Monday, 31 December 2012

JJCP Singapore: Day 01

Tarikh:
21 Disember 2011
Lokasi kejadian:
Kuantan - Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas semua persiapan dah siap, dengan passport dan segala kelengkapan, petang 20 Disember 2011 saya sekeluarga bertolak balik ke Kuantan. Takde apa yang menarik pun jalan dari KL ke Kuantan. Mungkin sebab dah selalu saya balik ke kampung. Macam dulu time ikut jalan lama agak seronok sikit tengok pemandangan. Tapi sejak dah ada highway ni jalan makin lurus, kiri kanan nampak hutan je. Cuma yang best cepat sikit sampai Kuantan. Dalam 3 jam dah ada kat bandar Kuantan.


(A) Rumah saya - (B) Rumah mak = 256 km

Sampai kat rumah mak jam 10 malam. Sempat makan malam dan berborak dengan mak tentang trip ke Singapore. Jam 11.30 malam semua dah masuk tidur sebab esok kalau boleh nak bertolak awal pagi. Selalunya kalau cakap nak bertolak jam 7 pagi mesti akhirnya jam 9 pagi baru bertolak. Standard tu. Hehe. So, kalau nak bertolak jam 9 pagi kena sebut kata nak bertolak 7 pagi. InsyaAllah jam 9 pagi jugak bertolak.

Esoknya memang betul tepat jam 9 pagi kami mula meninggalkan Kuantan. Perjalanan melalui jalan pantai timur, jalan yang juga saya dah biasa sebab selalu balik kampung sedara mara di Johor. Alhamdulillah tahun ni tak banjir. Kalau tak jalan ke Mersing mesti dah tutup. Kami melalui Pekan, Kuala Rompin, Endau, Mersing dan masuk ikut jalan Kota Tinggi terus ke Johor Bahru. Ada jugak berhenti kejap untuk isi minyak dan ke tandas. Tak laju pun saya bawak sebab muatan agak berat. Tak dapat nak bayangkan bila balik dari Singapore nanti. Macamanalah nak sumbat barang-barang shopping dalam kereta.


(A) Rumah mak - (B) Hotel New York = 307 km

Sampai di Johor Bahru jam 2.30 petang. Sempat singgah makan dan terus check-in hotel New York kat JB. Kak As sekeluarga bertolak dari KL dan dia bermalam kat Hotel Mutiara. Malam baru sampai JB katanya sebab singgah di Melaka kejap. Check-in kat hotel jam 4 petang. Agak besar jugak hotel ni, tengah bandar JB. Dapat 2 bilik untuk 3 malam. Bilik besar dan selesa, ada 2 katil queen size. Satu bilik untuk saya sekeluarga dan satu lagi untuk mak dan Aisyah. Ada swimming pool dalam bangunan tapi kecik je. Sesuai la untuk anak-anak saya lepaskan gian.

Hotel New York (Ihsan Google Images)
Malam tu saya hanya tapau makanan kat gerai depan hotel. Makan dalam bilik sebab mak nak berehat dalam bilik hotel. Lepas makan dalam jam 10.30 malam saya sekeluarga dah mula tidur untuk hadapi hari esok. Esok pagi bas datang jam 8 pagi ambik kat lobi hotel. Tak boleh lambat-lambat, kang kena tinggal. Kena breakfast awal pagi sok. Macamana la rupanya Singapore ni ye. Harap-harap Singapore tak mengecewakan saya. Wallahualam..


*Kos wajib untuk 1 family:
  - Petrol    : RM100.00
  - Tol         : RM24.60
  - Meals    : RM85.00
  - Jumlah : RM209.60

# Day 01 Expenses: RM209.60

**Website yang membantu:

East-Coast Highway

New York Hotel

No comments:

Post a Comment