Monday, 10 December 2012

JJCP Australia: Day 02 (Part #3)

Tarikh:
24 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Wodonga - Albury - Holbrook - Berkeley

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dengan rasa kelaparan yang agak kritikal, saya berdua meneruskan perjalanan ke sempadan Victoria - New South Wales, Wodonga. Nasib baik pemandangan sekitar yang superb dapat kurangkan rasa lapar. Senyum melihat kecantikan bumi ciptaan Allah.

@ Wodonga


Driving route: From Wangaratta to Wodonga

Saya berdua sampai di Wodonga jam 2.45 petang. Bandar Wodonga agak besar jugak, tapi saya tak sempat pun nak lalu. Cuma singgah di Visitor Information Centre kat Gateway Island. Sempat saya berdua berborak dengan pekerja kat situ. Katanya dia pun pernah datang ke Malaysia dan ramai juga orang Malaysia yang datang melawat Australia. Peramah juga lah orangnya. Kalau tak, takkan la dia kerja kat information centre ni kan. Saya pun meronda kawasan sekitar Gateway Village ni. Dapatlah berehat dan snap beberapa gambar untuk kenangan. Pastu bergerak ke sempadan dan menuju ke Albury.

Wife bergaya dengan kereta sewa

Depan Visitor Information Centre, Wodonga

Pintu masuk Gateway Village

Peta Gateway Village. Tak masuk pun sebab tak sempat nanti.

@ Albury


Driving route: From Wodonga to Albury

Dalam 10 minit perjalanan saya berdua singgah di bandar Albury. Dah masuk New South Wales territory. Hanya melihat pemandangan bandar dari dalam kereta je, saya berhenti di Albury Railway Station. Antara bangunan lama yang masih cantik terdapat di railway station. Snap beberapa gambar dan teruskan lagi perjalanan ke Holbrook. Masa dah tak cukup ni. Takut dah lewat petang tak dapat nak amik gambar pemandangan lagi.

Depan Albury Railway Station. Masih cun binaannya.

Tak dapat naik train, amik gambar signboard pun jadi le.

@ Holbrook


Driving route: From Albury to Holbrook

Hampir sejam memandu, saya berdua sampai di Holbrook jam 4.15 petang. Parking kat tepi Submarine Museum. Yang uniknya, muzium ni ada replika submarine yang original. Memang boleh nak panjat dan amik gambar. Maka saya berdua tak melepaskan peluang untuk jadikan kenangan.Yang penting, free. Hehe. Tapi kalau nak masuk dalam muzium kene la bayar. Kawasan sekitar yang lapang memang menjadi tempat orang ramai bersantai bersama keluarga. Anak-anak dibiar lepas berlari. Teringat kat anak-anak di KL. Berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan ke Wollongong. Kali ni perjalanan agak jauh, non-stop, insyaAllah.

Depan replika submarine. 1st class view.

Sempat posing sebelum memanjat.

Berehat santai gitu.

Agaknya nama kapal submarine ni kot.

@ Berkeley

Jam 4.45 petang saya berdua meneruskan perjalanan ke rumah abang saya. Alamat rumah abang dah saya set kan dalam TomTom. Abang saya pesan jangan lalu Illawara Highway sebab jalan sempit, banyak selekoh dan tak banyak orang lalu. Jadi saya set ikut laluan alternatif yang lain. Highway kat sini memang lurus betul. Boleh nampak sejauh 4 -5 kilometer. Saujana mata memandang. MasyaAllah. Dalam kereta tak berhenti memuji keindahan bumi Tuhan.

Check petrol, minyak tinggal 20%. Set kat TomTom untuk cari petrol station yang terdekat. Singgah kat tepi pekan Gundagai. Rupanya petrol pump dah tak beroperasi. Maybe TomTom ni version lama, tak update lagi. Takpe, saya berdua teruskan perjalanan dengan harapan berjumpa petrol station kat tepi highway.

Lepas setengah jam melepasi pekan Gundagai, sampai di hentian sebelah. Ada BHP kat situ. First time nak isi minyak kat negara orang ni. Agak kelakar, masuk kedai jumpa pekerja kaunter nak isi petrol 40AUD. Pekerja tu cakap kena isi dulu baru bayar. Heheh. Ingatkan sama macam kat Malaysia. Nasib baik la rupa saya ni melayu jawa tulen. Takde la rasa malu sangat. Ooo, kena isi dulu ye. Pergi balik kat kereta, isi petrol 40AUD. Pastu masuk kedai, bagitau nombor pump dan bayar. Malaysia tak boleh nak buat sistem macam ni. Confirm ramai yang isi dan terus blah. Maka banyak la petrol pump yang tutup sebab tak balik modal. Hehe. Kat sini boleh buat sebab sistem enforcement dia power. Kalau blah rasanya tak sampai 5 minit dah ada kereta polis ikut kat belakang. Haru je.

Jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang. Kejap lagi cuaca mula gelap. Hanya berborak dengan wife dan menghayati pemandangan senja di highway. Banyak jugak lori yang lalu. Lori kat sini 2-3 kali ganda besar dari lori kat Malaysia. Bila dia potong je bergoyang kereta kena angin. Dalam TomTom anggaran sampai jam 10 malam. Kebetulan hujan turun dengan lebatnya. Lagi perlahan la saya memandu. Biar perlahan asal selamat, insyaAllah.

Pemandangan yang saujana mata memandang. MasyaAllah, indahnya.

Signboard ke tempat main snow. Tapi snow dah cair sekarang. Huhu..

Jam 10.30 malam, setelah jauh berjalan, maka saya berdua pun sampai di rumah abang saya. Satu keluarga sambut saya di luar rumah. Alhamdulillah, hari kedua berjalan dengan baik tanpa sebarang kecelakaan. Masuk rumah, isteri abang dah hidangkan makan malam. Yes, itu yang ditunggu. Lapar sesangat dah ni. Dari subuh melantak kacang dan air mineral je. Nasib baik saya berdua je, kalau bawak anak-anak mau diorang mengamuk kelaparan. Dimulakan dengan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah. Burp..

Driving route: From Holbrook to Berkeley

Lepas makan, abang ajak saya keluar ronda-ronda kawasan sekitar. Tak ada pun kedai yang bukak selain pub. Memang orang sini tak keluar melepak malam-malam melainkan layan mabuk. Tambah-tambah hari khamis malam jumaat sebab payday. Gaji seminggu sekali. Nak harapkan kedai mamak 24 jam dengan tv projektor pasang channel bola memang takde la kat sini. Cuaca malam agak sejuk, mencecah 12oC. Tapi setakat pakai jaket nipis takde masalah nye. Still boleh bernafas dengan sempurna. Hehe.

Rumah abang setingkat je tapi agak luas dan cukup selesa untuk ahli keluarganya. Saya berdua dapat menumpang bilik anak dia, Farah. Nak mandi sejuk, cukup sekadar cuci apa yang patut. Dah hampir jam 1 pagi, jadual esok yang lagi pack menanti. Abang cadangkan saya berdua ke Sydney esok ditemani dua anak daranya, Farisha dan Farah. Kira dapat tourist guide free la ni. Hehe. Tq abang Lan. Menanti esok hari dengan harapan semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Petrol   : RM130.00
  - Jumlah  : RM130.00

# Day 02 Expenses: RM140.00

**Website yang membantu:

Wodonga/Albury

Holbrook

My Total Journey

Total mileage: 829 km
 
My Pictures Video

No comments:

Post a Comment