Monday 31 August 2020

JJCP UK V.2: Day 05 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 1 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ NORTH CAVE MARKET & CARBOOT


Jam 5.30 pagi saya dah bangun dan kejut anak-anak untuk mandi, solat dan bersiap. Cadangnya nak check-out awal pagi ni sebab nak ke satu tempat yang agak menarik dan perlu untuk sampai awal di sana. Kalau kejut lambat nanti diorang nak breakfast lagi, nak kemas barang lagi, mesti lambat jadinya. Huhu.. Setelah semuanya bangun dan mandi, kami breakfast apa yang ada dalam stok makanan kami yang masih banyak lagi tu. Kena pastikan semuanya habis bila hari terakhir nanti. Taknak bawak balik dah. Selesai makan dan siapkan beg masing-masing, jam 7.10 pagi kami mula keluar dari bilik dan check-out.


Masa sewa kereta je merasa pakai Mercedes. Hihi..
Tq Travelodge Hull South Cave..
Setelah urusan check-out selesai, kami mula loading beg masuk ke dalam kereta. Cuaca mula cerah di luar dan sejuk tak terkata. Nak sangat kan travel time winter. Alhamdulillah setakat ni anak-anak semuanya tenang. Macam takde kesan pun cuaca sejuk ni pada diorang. Tambah si kecik tu. Siap bukak kasut lagi. Huhu.. Pertama kali dalam hidup diorang berada kat tempat sejuk macam ni. Bagi pengalaman berharga buat diorang. In shaa Allah ada rezeki nanti ayah bawak lagi tempat sejuk macam ni.

Kita bagi ais yang melekat kat cermin cair dulu
Jam 7.30 pagi bila cermin kereta dah mula clear dari ais, kami mulakan perjalanan ke destinasi pertama untuk hari ini. Lokasi tempat ni dekat je dari travelodge kami. Memang saya cari travelodge yang paling dekat sebab nak sampai di carboot seawal yang boleh. Manalah tau ada benda dan barang menarik yang kami boleh grab dulu. Hihi.. Carboot adalah antara tempat yang wajib pergi dalam penyediaan itinerary. Disebabkan ianya hanya buka time weekend, jadi kami takkan lepaskan peluang untuk mencuci mata di carboot. Itulah keistimewaan yang ada bila travel sendiri. Nak pergi ceruk mana pun takde masalah dan tak perlu kejar masa. Hihi..


Mencari lokasi carboot


@ NORTH CAVE MARKET & CARBOOT

Jarak dari travelodge ke North Cave Market & Carboot ni tak sampai 10 km. Tapi kami terpaksa u-turn jauh sebab travelodge kami terletak di seberang highway A63. Maka terpaksalah tambah lagi 10 km untuk sampai ke destinasi. Dah sampai lokasi boleh terlajak pulak sebab tak perasan signboard padahal Here Maps dah suruh masuk simpang. Biasalah, tempat baru nak sampai memang senang confuse. Hehe.. Akhirnya jam 7.45 pagi kami sampai di kawasan parking North Cave Market & Carboot. Kali ni kena hati-hati cari kawasan parking. Jangan jadi macam semalam parking atas lumpur. Nanti tak pasal kena mintak tolong lagi. Hihi..


Driving route: From Travelodge Hull South Cave to North Cave Market & Carboot
Setelah yakin kami parking di atas rumput yang kering, kami bersiap-siap untuk explore apa yang ada di North Cave Market & Carboot. Musim winter tak banyak carboot yang beroperasi. Untuk dapatkan kepastian, saya mencari facebook page carboot di UK untuk dapatkan info terkini tentang waktu operasi carboot. Kalau musim tak menentu selalunya carboot tak dibuka especially outdoor carboot dan akan dimaklumkan last minute dalam facebook. Sebab tu kena check sehari sebelum atau di awal pagi hari kejadian. Selalunya indoor carboot akan tetap beroperasi tak kira cuaca. Di North Cave Market & Carboot ni kedua-duanya ada.

Jom menyelam cari barang rare di sini
Kami masuk ke bahagian indoor dulu sebab sejuk sangat cuaca di luar. Kami ditegur oleh seorang local bertanyakan tentang kami. Seronok dia bila kami kata dari Malaysia sebab wife dia pun orang Asia. Dia tegur kami sebab dia jarang nampak orang luar datang ke sini. Dia tanya macam mana saya boleh tau tempat ni yang boleh dikatakan berada di kawasan ceruk kampung. Saya pun jawab semuanya kerana the power of google. Hahah.. Kami teruskan berjalan masuk ke bahagian indoor. Lega sikit sebab tak sejuk sangat kat dalam ni. Hehe..

Layan indoor dulu. Gerai kat luar tu cuma boleh tengok je la ye. Hihi..
Banyak juga gerai kat dalam ni. Layann..
Kalau nasib baik, banyak benda yang menarik dijual di carboot. Sebab tu saya looking forward mencari lokasi carboot bila tiba weekend di sini. Harga barang yang dijual memang tak masuk akal. Siap boleh tawar menawar lagi. Hihi.. Orang UK ni barang-barang dia ikut season. Dah habis season dia jual sebab beli yang baru. Di Malaysia pun dah mula banyak lokasi carboot. Saya pernah juga berniaga di tapak carboot yang terletak di Taman Melawati. Salah satu carboot yang terbesar terletak kat belakang rumah saya di Kota Damansara. Seronok dapat cuci mata tengok jualan. Cuma yang tak seronoknya bila matahari dah mula naik mulalah berpeluh kepanasan. Tunggu kumpul barang-barang bagi banyak dulu. In shaa Allah saya akan berniaga juga di situ. Berniaga adalah satu keseronokan.

Berniaga di carboot suatu waktu dahulu. Best!!
Si kecik dah mula teruja tengok banyak mainan yang murah-murah di sini. Dari kereta Hotwheels yang berharga 50 pence hinggalah remote control car berharga GBP3.00, kalau boleh semuanya dia nak. Huhuu.. Tak boleh nak layan sangat. Dapat satu buat dia pegang dalam stroller sudah cukup membuatkan dia berhenti merengek. Hihi.. Penjual kat sini semuanya veteran belaka. Apa yang seronoknya, semua gerai yang kami pergi diorang akan tegur kami dengan baik dan ramah. Perkataan "Hello dear" beserta senyuman memang wajib diterima. Walaupun hanya menjual used items, tapi layanan yang diberi amat baik. Elysha yang minat baju princess, dari harga GBP10.00 terus dapat diskaun 50% sebab auntie tu suka tengok dia. Hihi..

Cantik kan bekas teh/kopi/gula tu? Harganya? Tak masuk akal lah.. Hihi..
Lebih setengah jam meronda di indoor, kami ke outdoor pula. Kelihatan banyak gerai baru mula dibuka. Eimran dan Eiman dah mula teruja tengok game PS4 yang semurah GBP2.00. Saya pun suka juga sebab game PS4 kebanyakannya mahal di Malaysia. Apa lagi, kebenaran diberi untuk beli beberapa games yang diorang suka. Hihi.. Set Monopoly Star Wars pun hanya GBP5.00 di sini. Nampak baru seperti tak digunakan lagi. Terus saya terfikir bagus juga kalau boleh buat niaga barang-barang macam ni. Iklan kat mudah.my atau carousell kejap je boleh jual ni. Hehe.. Apa-apa pun bagi keseronokan pada diri sendiri dan anak-anak dulu.

Cuaca sejuk pun layan juga. Seronok tengok barang antik yang dijual.
Bila tak tahan sejuk, kami masuk balik ke dalam. Barang-barang yang menjadi checklist semasa survey tadi mula dicari dengan harapan takde orang lain yang beli. Selesai di dalam, keluar semula ke outdoor kerana ada beberapa gerai lagi yang baru dibuka. Kelihatan kawasan parking dah mula banyak kereta berbanding kami datang tadi. Tak sedar dah lebih sejam kami berada di sini. Apabila semuanya dah puas hati, kami mula berjalan ke kereta. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya bila dapat datang ke carboot. Semuanya bermula pada 2012 ketika kami lalu depan stadium di Doncaster. Nampak ramai orang di kawasan parking stadium. Rupanya ada carboot di situ. Tiada dalam itinerary asal, kami singgah juga. Terus bertambah lagi satu beg. Hahah.. Lepas tu saya akan pastikan jika ke UK lagi saya akan masukkan carboot sebagai aktiviti wajib singgah.

Nampak kereta kat kepala si kecik tu? Dah cukup puas hati muka dia. Hehe..
Tepat jam 9.00 pagi kami mula perjalanan ke destinasi berikutnya. Ikutkan hati memang nak duduk lama kat carboot tadi. Tapi disebabkan banyak lagi tempat yang nak explore, jadi kami teruskan jua perjalanan. Dapat singgah tadi pun dah cukup puas. Tak dapat bayangkan kalau kami duduk di sini. Setiap minggu kot pergi carboot. Hehe.. Impian itu memang ada, tapi apa-apa pun biarlah hujan batu di negara sendiri. Di negara orang yang berhujan emas sebagai tourist atau traveller sudah cukup sebagai satu pengalaman hidup yang amat berharga.

Jom teruskan perjalanan..
Destinasi seterusnya agak jauh juga. Dalam perjalanan ada satu lagi carboot yang saya set dalam itinerary. Tapi tak pasti beroperasi atau tidak. Setelah berbincang, kami ambil keputusan untuk teruskan perjalanan kerana takut tak sempat sebab waktu siang yang singkat. Carboot seterusnya ni dikatakan antara carboot terbesar di bahagian timur UK. Lagi lama la kami kat sana nanti. Takpe, next trip in shaa Allah boleh set semula untuk ke sana. Maka tiadalah rezeki kami untuk ke carboot yang kedua untuk hari ini. Anak-anak dah mula senyap dalam kereta. Tidur la tu sebab malam tadi entah pukul berapa diorang tidur. Lokasi berikutnya adalah untuk menikmati pemandangan. Moga apa yang bakal dilihat nanti sama seperti apa yang saya tengok dalam internet. Dan moga dapat berjumpa dengan hero zaman dulu yang amat popular masa zaman kanak-kanak saya.

Wallahu 'alam..

Sunday 30 August 2020

JJCP UK V.2: Day 04 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SABTU, 30 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ AFC FRIED CHICKEN
@ SCUNTHORPE CENTRAL
@ TRAVELODGE HULL SOUTH CAVE


@ AFC FRIED CHICKEN

Dah tiada rezeki kami untuk solat di Scunthorpe Central Mosque, kami berjalan menuju ke destinasi berikutnya, iaitu mencari tempat makan. Cadangan asalnya nak makan di satu restoran halal yang telah saya set dalam itinerary. Tapi dalam perjalanan ke masjid tadi kami lalu depan satu restoran halal. Nampaknya anak-anak dah pandai tengok logo halal pada pintu restoran. Terus diorang masuk ke dalam restoran. Hihi.. Kebetulan ada tempat kosong untuk kami. Saya tengok menu dan masing-masing mula memilih makanan yang diorang nak cuba.

Jom isi perut masing-masing dulu
Kami pilih menu Lamb Donner Kebab dan Mixed Kebab. Bila di luar negara kebab sudah menjadi salah satu menu kami. Bukan minat makan kebab tapi dah takde pilihan. Janji halal. Hihi.. Eiman mintak satu tambahan menu untuk dia. Saya kata tak perlu sebab dua menu ni dah cukup untuk kami sekeluarga. Tapi dia tetap nak juga sebab harga makanan tu cuma GBP1.50 je dalam menu. Dah teringin sangat, saya pun suruh la dia order di kaunter. Tak beli kang dia merajuk pulak. Biasalah anak nombor dua. Memang betul ke orang kata anak nombor dua ni pelik sikit perangainya? Bukan pelik, tapi special pada saya. Layankan aje. Hihi..

Selesai order dan bayar. Tunggu nombor dipanggil bila siap nanti
Masa menunggu makanan sampai, customer makin ramai masuk ke dalam kedai dan beratur. Nasib baik kami sampai dulu. Kalau tak terpaksalah tunggu sampai meja kosong. Dah la ada 3 meja je kat dalam restoran ni. Jangan pelik bila berada di UK, kebanyakan kedai makan yang kecil di sini adalah untuk take-away sahaja. Dan majoriti restoran halal di sini dalam kategori ini. Jadi kebarangkalian untuk dapat makan di kedai bergantung pada nasib juga. Kalau ada tempat kosong, lebih baik duduk cepat. Hihi.. Tak sampai 15 minit menunggu, akhirnya nombor order kami dipanggil. Seperti biasa, anak-anak bantu angkat makanan dari kaunter ke meja.

Tuu diaa.. Mari menjamu selera..
Makanan yang Eiman order tak dapat lagi. Tengah sedap makan, staff kaunter panggil. Eiman dengan pantas bangun dan ambil menu yang dia nak sangat tu. Bila buka je bekas, ianya bukan seperti yang dia mahukan. Dia dapat bawang goreng! Haha.. Bila saya tengok menu, yang tertulis adalah fried onion. Dia ingat onion rings. Prinsip anak nombor dua, dia tetap makan juga bawang goreng tu. Kami gelak je, tapi tak boleh lama-lama. Nanti dia merajuk lagi susah nak pujuk. Hahah.. Itulah, ayah dah kata jangan mengada tambah menu yang bukan-bukan. Ini bukan kat Malaysia. Teringat masa ke UK tahun 2012 dulu, wife saya teringin sangat nak minum air laici. Sekali yang dapat buah laici, tanpa air. Makan juga la untuk menjaga maruah walaupun kena gelak. Hehehe.. Selesai makan kebab beserta bawang goreng, jam 2.45 petang kami bersiap untuk keluar dari restoran dan teruskan perjalanan.

Melayan suasana petang di Scunthorpe Central

@ SCUNTHORPE CENTRAL

Sebenarnya dah takde apa yang kami cadang nak buat untuk hari ni. Tinggal nak ke Travelodge je untuk bermalam. Jadi kami ambil peluang untuk jalan-jalan di Scunthorpe Central. Kelihatan banyak gerai jualan dibuka di ruang pejalan kaki sempena Krismas yang bakal tiba. Agak meriah juga suasana di sini. Eimran dah mula teruja tengok kedai kasut yang besar. Saya bagi dia peluang untuk masuk dan tengok mana-mana kasut yang menjadi idaman dia. Kalau murah boleh la beli. Kalau harga sama macam tiket flight baik cuci mata aje. Hihi.. Setakat nak cari kasut, ada tempatnya di UK ni untuk dapatkan harga yang betul-betul murah. Sabar, baru hari ke-4 di sini. Ada 10 hari lagi nak mencari kasut yang diidamkan. Banyak tempat lagi yang kami akan explore.

Selamba je kepala Trump dibuat sebagai toilet brush. Hahah..
Suka betul Eimran bila dapat cuci mata dalam kedai kasut. Sampai tak tau mana satu pilihan hati. Dia memang minat pada kasut dan pakaian. Kasut dia kat rumah lagi banyak dari saya. Huhu.. Memang minat remaja sekarang ni. Saya pulak tak minat sangat beli kasut. Selagi kasut yang ada masih elok saya pakai aje. Dah rosak baru boleh fikir beli yang baru. Beli kasut mahal-mahal pun letak kat kaki je kot. Masing-masing punya minat. Kami melayan suasana christmas market. Nak beli makanan dah tentu tak boleh. Saya bagi anak-anak layan permainan ala funfair yang ada di sini. Jadilah buat syarat. Nak main banyak kali memang kopak la jawabnya. Kalau harga RM3.00 sekali main boleh tahan lagi. Tapi GBP3.00 terpaksalah berpada-pada. Hahah..

Kalau dapat hadiah teddy bear tu besar macam mana nak bawak balik? Hehe..
Nampaknya tak berjaya bawa balik teddy bear besar. Hihi.. Seterusnya kami ke kedai yang memang wajib kena masuk bila berada di UK iaitu Poundland. Anak-anak yang paling teruja sebab boleh pilih coklat yang diorang suka sebab harga yang amat berpatutan sama seperti nama kedainya. Hehe.. Saya pun suka juga masuk Poundland ni. Bukan setakat makanan yang dijual di sini, barang-barang lain pun ada juga. Yang penting harganya murah. Kadang-kadang yang murah pun kalau tak dipantau banyak juga duit yang habis kat sini. Sama la macam kat Daiso atau Eco tu. Sedar tak sedar beratus juga kena bayar. Huhu..

Kedai wajib masuk bila berada di sini. Layann..
Walaupun hanya setengah jam berada di dalam Poundland, banyak juga hasil yang dibawa keluar. Untuk saya hanya plug dan juga usb car charger yang dibeli. Selalunya saya memang bawa setiap kali travel. Cuma kali ni macam mana boleh terlupa. Jadi terpaksalah beli untuk pasang camera dan GPS dalam kereta. Cuaca masih cerah lagi. Baru pukul 3.30 petang, takkan dah nak bergerak ke hotel. Tak jauh dari Poundland, ada satu lagi kedai yang wajib masuk jika berada di UK. Kepada yang budget traveller mesti tau. Apa lagi kalau bukan Primark!. Hahah.. Kalau terasa nak shopping sakan seperti orang kaya boleh la buat kat Primark. Itu je lah level yang kami mampu bila berada di bumi UK ni. Yang penting anak-anak seronok dapat beli pakaian yang boleh dikategorikan sebagai murah di UK.

Banyak pilihan pakaian yang cantik di Primark
Sebenarnya kami pun ada ambil order untuk barang di Primark. Jadi untuk pertama kali ni saya dan wife ambil gambar dulu dan share dalam group whatsapp. Dalam masa seminggu ni boleh la kawan-kawan pilih mana yang berkenan sebab di hujung trip nanti pasti kami akan ke Primark lagi. Kebanyakan barang dalam Primark sama je untuk semua cawangan. Kalau takde pun sebab dah habis stok. Kepada yang terus order boleh la kami beli dulu. Takut banyak sangat yang order sampai tak terbeli masa hari terakhir nanti. Baik selesaikan dulu mana-mana yang dah masuk order. Wife belum habis hantar gambar lagi dah ada yang memesan walaupun kat Malaysia sekarang dah tengah malam. Shopping punya pasal, always 24 hours available. Hahah..

Yang order boxer pun kami terima. Hehe..
Di UK antara filem yang paling famous adalah Harry Potter. Awal-awal lagi kami dah dapat order dari kawan-kawan. Di Primark juga ada jual barang Harry Potter, tapi tak banyak seperti di butiknya yang terletak di London. Kami pasti akan singgah nanti sebab nak ambil gambar dengan troli yang melekat kat dinding Platform 9 3/4 yang popular dalam filem tu. Saya tak minat sangat tengok movie Harry Potter. Rasanya 2 episod pertama je yang saya layan. Takpelah, tak beri kesan sangat pun pada saya. Setakat dapat beli satu fridge magnet pun dah cukup sebagai kenangan. Koleksi Starbucks Citymug dan Hard Rock lagi penting buat saya. Hehe..

Antara barang Harry Potter yang ada di Primark. Tetap Made in China. Hehe..
Selesaikan dulu order yang baru dapat
Jam 4.30 petang kami dah berada di luar Primark. Cuaca dah mula gelap. Kami berjalan ke parking kereta. Sejuk sungguh cuaca di luar. Jam 4.45 petang kami mulakan perjalanan menuju ke Travelodge berikutnya. Dalam perjalanan saya singgah di Shell untuk isi minyak. Fuhh, nilai GBP50.00 amat tinggi untuk matawang kita bila mengisi minyak. Huhu.. Apa boleh buat, demi pengalaman hidup. Bersyukur harga minyak di Malaysia murah. GBP50.00 tu sama nilai bawak kereta pergi kerja untuk 2 minggu kot. Tapi saya bawak motor je. Lagi jimat. Lebih kurang RM100.00 je untuk sebulan berulang dari Kota Damansara ke Putrajaya. Tak sanggup hadap jem dan tol kalau bawak kereta. Hihi..

Alangkah indahnya kalau nilai 50.00 tu dalam RM. Huhu..
Dari Scunthorpe, kami akan melalui satu jalan yang bertol. Jangan ingat di UK semua jalan free ye. Untuk melalui Humber Bridge menuju ke Hull, tol sebanyak GBP1.50 dikenakan kepada kenderaan kami. Kalau cerah boleh je ikut jalan yang takde tol sambil melayan pemandangan. Tapi disebabkan dah gelap, lebih baik ikut route yang paling dekat. Sekurangnya dapatlah merasa bayar tol kat bumi UK ni. Pengalaman juga tu, walaupun berbayar. Hihi..


Cermin kotor dan cameraman amatur. Hihi..


@ TRAVELODGE HULL SOUTH CAVE

Selepas melalui Humber Bridge, tinggal lagi 20 km perjalanan untuk ke destinasi terakhir kami pada hari ini. Anak-anak dah sedap tidur dalam kereta. Tepat jam 6.00 petang kami sampai di Travelodge Hull South Cave yang terletak di Highway A63. Anak-anak bantu keluarkan semua barang dan beg dari kereta sementara saya uruskan check-in di lobi hotel. Alhamdulillah kami dapat bilik di tingkat bawah. Harapnya semua Travelodge yang kami tidur dapat bilik di bawah, melainkan jika ada lif. Hihi..


Driving route: From Scunthorpe to Travelodge Hull South Cave
Kami dapat bilik 003 dan 004, dekat dengan pintu lobi. Tak perlu nak tarik beg jauh. Suasana dalam bilik tetap sama dengan travelodge yang lain, cuma bezanya kedudukan katil extra. Apa-apapun driver mesti dapat satu katil khas untuk berehat. Penat tau drive jauh-jauh ni. Hehe.. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk berehat. Rutin seterusnya adalah mengemas semula beg-beg kami. Barang yang dibeli hasil order dari kawan-kawan disusun dan disimpan dalam beg supaya mudah nak anggarkan berapa banyak lagi ruang dalam beg kami. Beg yang dah penuh boleh tinggal terus dalam kereta, tak perlu keluarkan lagi untuk hari-hari berikutnya. Jenuh juga nak keluarkan semua beg setiap kali sampai hotel. Kesian kat anak-anak sebab diorang la yang kena angkat. Hihi..

Travelodge Hull South Cave @ GBP32.00/night
Cukup selesa untuk kami sekeluarga
Jam 10.00 malam saya dah mula tarik selimut. Anak-anak request nak makan dan tengok tv. Pandai-pandai korang la ye. Jangan tak tidur sampai pagi sudahlah. Banyak lagi aktiviti yang nak dibuat esok hari. Diorang boleh tidur dalam kereta. Driver kena tidur awal untuk kumpul tenaga memandu. Alhamdulillah hari ke-4 di bumi UK berjalan dengan lancar. Moga diberikan kekuatan untuk menempuh hari esok.

Wallahu 'alam..