Friday 10 April 2020

JJCP UK V.2: Day 02 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 28 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ HOPPA BUS H1
@ GREEN MOTION CAR RENTAL
@ OODLES CHINESE - LUTON
@ TRAVELODGE BEDFORD WYBOSTON


Kami ikut signboard menuju ke Central Bus Station untuk mencari lokasi Hoppa Bus. Dalam info yang saya baca, Hoppa Bus berhenti di Terminal 2 dan 3. Lokasi di Terminal 3 saya tak jumpa. Yang saya nampak hanya signboard menuju ke Terminal 2. Terpaksalah berjalan jauh sikit dalam terowong mengikut arah yang ditunjukkan. Bagilah senaman kaki sikit. Lama sangat dah duduk dalam flight tadi. Anak-anak seronok je berjalan. Baru sampai, masih super excited lagi. Hihi..

Ikut je lah signboard Central Bus Station tu

@ HOPPA BUS H1

Tepat jam 5.00 petang kami dah sampai di Central Bus Station. Kelihatan Hoppa Bus H1 sedang berhenti menunggu penumpang di hentian. Untuk kepastian, saya bertanya pada driver bas. Betul bas ni akan berhenti di Holiday Inn M4/J4 di mana Green Motion Car Rental terletak di hadapan hotel tersebut. Dengan pantas kami angkat beg masuk ke dalam bas. Nasib baik tak ramai penumpang. Kalau tak kalut jugalah dengan beg-beg kami yang banyak ni. Huhu.. Bas terus bergerak mengikut route perjalanannya. Saya ambil kesempatan untuk berborak dengan driver. Dia tanya saya dari mana. Bangga apabila dia tau tentang Malaysia dan katanya orang Malaysia baik-baik belaka. Dia ingat kami tinggal di sini. Dia kata mesti saya orang kaya datang bercuti ke UK kerana currency di sini amat tinggi. Saya jawab kalau kaya saya tak naik bas ni. Saya naik black cab terus. Hahah.. Friendly sungguh la driver ni.

Jom naik Hoppa Bus
Cuaca dah gelap dan jalan agak jem di sekitar Heathrow Airport
Hoppa Bus adalah servis bas untuk hotel-hotel yang berada dalam kawasan sekitar Heathrow Airport. Jika hotel tu betul-betul dekat dengan airport boleh naik free shuttle bus yang dipanggil Heathrow Free Travel Zone (HFTZ). Tak perlu gunakan oyster card pun. Tapi Holiday Inn yang kami nak pergi ni agak jauh dan kenalah bayar. Harga tiket pun boleh tahan mahalnya. Huhu.. Apa boleh buat, living cost di UK memang tinggi. Kenalah terima kenyataan. Ada 11 jenis Hoppa Bus yang beroperasi di sekitar Heathrow airport mengikut route yang ditetapkan. Kena pastikan ke mana destinasi yang nak dituju.

Jenis Hoppa Bus dan route yang dilalui oleh setiap bas
Harga tiket Hoppa Bus berbeza-beza mengikut cara pembelian. Tiket boleh dibeli samada melalui website/app, hotel kiosk ataupun beli terus kat driver bas. Saya pilih cara ketiga. Walaupun agak mahal berbanding cara yang lain, tapi ianya memudahkan saya. Hihi.. Beli tiket return lebih murah berbanding single ticket. Saya beli satu tiket family return yang berharga GBP21.00. Tiket ni tak cover untuk saya sekeluarga kerana maksimum hanya 2 dewasa dan 3 kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Jadi anak saya sorang masuk dalam tiket Fa dan Abang Fikri. Diorang tetap save daripada beli single ticket. Saya tanya pada driver berapa harga untuk 4 dewasa dan 4 kanak-kanak. Dia kata akan bagi special price. Tapi bila tengok resit sama je harga yang diberi. Huhu.. Terlebih peramah rupanya driver ni. Ayat manis je lebih. Hahah..

Cara beli tiket dan resit bayaran melalui driver bas
15 minit perjalanan dalam bas, akhirnya kami sampai di lobi Holiday Inn. Tiket return kena simpan elok-elok. Masa balik nanti kena tunjukkan pada driver bas. Kami turunkan semua beg dan berkumpul di depan pejabat Green Motion Car Rental. Masih sama keadaannya di sini seperti tahun 2012 dulu. Kelihatan ada beberapa customer sedang berurusan di kaunter. Kami terpaksa tunggu sebentar di luar kerana ruang di dalam agak sempit. Saya sempat berborak dengan sorang lelaki melayu. Dia adalah pilot untuk Malaysia Airlines dan baru je mendarat tengahari tadi. Dia tengah tunggu kawan-kawannya yang lain turun dari bilik hotel. Saya ada sorang kawan yang juga pilot MAS. Dia kenal sangat dengan kawan saya tu. Siap bagi nama samaran lagi. Hihi.. Lusa baru flight dia balik ke Malaysia. Elysha tanya kita tidur Holiday Inn ke malam ni. Kita tak tidur sini sayang. Kita tumpang lobi dia aje. Hehe..

Hoppa Bus H1 route: From Heathrow Central Station to Holiday Inn M4/J4
Jumpa pilot MAS. Terbaik anak melayu..

@ GREEN MOTION CAR RENTAL

Customer yang ada di kaunter tadi dah selesai. Kami masuk ke dalam dan berurusan dengan staff bertugas yang bernama Danielle. Saya berikan dokumen booking kereta sewa. Dia tak offer insurans tambahan sebab saya ambil pakej premium plus sekali dengan full insurance. Kami dapat kereta yang sama seperti dalam booking iaitu Mercedes Vito Tourer 9-seater automatic diesel. Saya perlu gunakan kad kredit sebagai security deposit sebanyak GBP50.00. Jika tiada apa-apa yang berlaku terhadap kereta yang disewa, nilai tersebut akan dikreditkan semula. Kad debit dan cash tak boleh guna ya. Untuk pembayaran booking secara online boleh bayar pakai kad debit. Kesimpulannya, untuk memandu kereta sewa driver wajib ada kad kredit atas nama sendiri. Tak boleh guna kad kredit orang lain walaupun hanya untuk pre-authorisation.

Pejabat Green Motion di luar Holiday Inn
Agak mudah juga urusan kami di kaunter. Mana taknya, dah ambil premium plus package memang lancar la semuanya. Cuba kalau ambil pakej dan insurans paling minimum, dah tentu panjang lebar dia explain dan paksa kami. Semua rental company memang macam tu modus operandinya. Insurans adalah antara cara untuk mereka jana pendapatan extra. Itu belum lagi kalau terjadi apa-apa kat kereta. Lagi banyaklah diorang boleh charge. Sewa kereta perlukan hati yang kering. Berani untuk bawa kereta dengan selamatnya dan terima dengan hati terbuka jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Gaduh kang jadi pulak macam perempuan US yang sewa kereta dulu. Sampai maksimum dia kena bayar penalti walaupun hanya calar sikit. Sepatutnya boleh nego lagi. Tapi sebab banyak cakap terus kena teruk. Orang US la katakan. Hihi..

Danielle sedang uruskan kereta kami
Selesai semua urusan di kaunter, Danielle minta saya ambil kereta kat kawasan parking di belakang hotel. Saya masuk ke dalam hotel dan mencari pintu untuk ke bahagian belakang tapi tak jumpa. Saya keluar balik dan pusing ikut tepi hotel, pun masih tak jumpa kawasan parking untuk kereta sewa. Saya jumpa balik Danielle. Dia kata takkan saya tak ingat. Kata pernah sewa kereta di sini sebelum ni. Ye betul, tapi masa tu kereta dah ada kat lobi hotel. Tak pernah saya ambil kereta kat belakang hotel ni. Cerita 2012 tu. Dia pun masih sekolah rendah kot time tu. Huhu.. Akhirnya dia sendiri bawa saya ke belakang. Kan senang kalau buat macam ni tadi. Takde la saya ronda keliling hotel macam pak guard. Hehe.. Saya dibawa masuk dalam satu pejabat dan menunggu untuk dilayan oleh staff yang menguruskan kereta di garaj. Saya tunjukkan dokumen rental agreement yang Danielle beri tadi. Tak sampai 5 minit kereta kami dah berada di depan pejabat. Time to check our rental car.

Rental agreement yang lengkap dengan total charges dan security deposit
Kene check kereta betul-betul
Mileage kereta: 15148 miles. Diesel ada suku.
Antara kesukaran utama apabila ambil kereta sewa waktu malam adalah pencahayaan yang kurang. Susah nak identify jika ada minor scratch atau damage pada body kereta. Huhu.. Tapi kali ni mudah sangat saya nak detect sebab agak teruk juga condition kereta yang saya dapat. Terlalu banyak minor damage yang saya dapat kesan. Saya panggil staff bertugas dan tunjuk bahagian-bahagian yang dikenalpasti sudah calar dan kemek sebelum saya mula menyewa. Staff tu dengan bersahaja kata tak perlu risau sebab saya ambil full insurance. Jadi kalau ada calar baru pun takde masalah. Biar betul. Boleh jamin ke condition kereta macam ni takkan bagi masalah sepanjang penyewaan. Taknak la kalau breakdown kat tengah jalan nanti. Huhu.. Dia beri jaminan kereta ni takkan memberikan masalah pada saya. Saya minta jika ada kenderaan lain yang boleh ditukar tapi malangnya kereta 9-seater dah takde dalam garaj. Alasan je tu. Huhu..

Cuaca gelap pun boleh nampak banyak kesan calar. Huhu..
Apa boleh buat, terpaksalah kuatkan hati dan bertawakal sepanjang 11 hari penyewaan. Saya tetap ambil gambar semua part yang calar. Bahagian bawah enjin siap ada kesan patah lagi. Huhu.. Rasanya memang diorang bagi kereta yang paling buruk kepada penyewa yang ambil full insurance. Andai kata ada calar baru pun diorang tak kisah sebab tak perlu nak charge. Kalau ambil insurans murah baru dia bagi yang betul-betul cantik sebab senang nampak  calar baru. Barulah diorang boleh charge kaw-kaw. Boleh diterima pakai juga teori saya ni. Dulu saya dapat kereta Toyota Auris punyalah cantik. Masa tu saya pakai insurans luar. Apa-apa pun inilah kereta sewa yang paling teruk keadaan fizikalnya dalam sejarah penyewaan saya. Huhu.. Staff tu bagi sekali child car seat dan booster seat. Dia suruh saya pasangkan sendiri sebab takde dalam job description dia untuk pasang child car seat. Hmmm, nampaknya ini kali kedua dan last saya sewa kereta dari Green Motion. Cakap dalam hati je, taknak bagi kereta dengar. Merajuk pulak dia kang. Hihi.. Saya drive di kawasan parking untuk sesuaikan diri dan terus ke lobi hotel. First time drive Mercedes panjang ni. Hehe..

Mari belajar susun beg dalam kereta. Hehe..
Saya pasang child car seat di bahagian depan sementara Abang Fikri bantu masukkan beg ke dalam kereta. Seat depan boleh duduk 3 orang. Punyalah susah nak pasang kat bahagian tengah sebab tak nampak lubang untuk masukkan seat beat. Hujan renyai pulak turun membantu menyejukkan lagi keadaan yang tengah panas. Huhu.. Daripada basah kuyup, saya pasangkan di bahagian tepi sebab ada ruang yang agak luas. Wife saya terpaksa bersempit sikit duduk di bahagian tengah. Tahan sampai hotel je. Esok pagi setting semula child car seat ni. Alhamdulillah semua beg kami muat masuk di bahagian belakang. Memang super panjang kereta ni. Anak-anak dah ambil tempat masing-masing. Diorang bertiga duduk di barisan belakang. Fa dan Abang Fikri duduk di barisan tengah. Jam 6.15 petang setelah pasang GPS Here Maps, kami mulakan perjalanan dengan doa agar dipelihara keselamatan kami sepanjang berada di bumi UK. Off to the next destination.

Jalan agak jem petang ni. Huhu..
Teruk juga jem petang ni. Dulu saya tak merasa langsung suasana jem kat UK. Kali ni lain macam sesaknya. Mungkin ada banyak jalan yang tutup kesan dari banjir besar yang berlaku baru-baru ni. Ganas juga banjir kali ni. Nasib baiklah sekarang ni keadaan dah beransur pulih. Tapi masih ada lagi jalan raya dan kawasan rendah yang ditutup. Saya tak pasti route yang saya susun kena banjir atau tak. Daripada weather forecast yang saya check, cuaca dah semakin baik di kebanyakan tempat di UK. Moga bertambah baik di hari-hari berikutnya. Risau bila lalu jalan kampung je. Selalunya kawasan kampung dan pedalaman yang senang banjir. Huhu.. Sambil melayan jem, saya study semua button yang ada pada panel dan steering. Agak complicated juga kereta Mercedes ni. Yang penting button asas seperti buka tingkap dan tangki minyak saya dah tau. Kejap lagi nak isi minyak. Fuel policy kali ni quarter to quarter. Tak tau berapa jauh kereta ni boleh pergi dengan full tank.

Panel meter simple je tapi button kat tepi dan steering banyak. Huhu..
Anak-anak dah mula lapar. Sebelum ke hotel saya memang set untuk singgah makan dulu. Semua jenis makanan saya cari di UK. Nasi, seafood, western semuanya saya search agar dapat merasa kelainan setiap kali makan di sini. Setiap hari makan burger pun tak best juga kan. Hihi.. Apa-apa pun pastikan ianya halal dan diyakini. Di UK takde masalah untuk mencari restoran halal. Cuma harga je la mungkin agak mengejutkan. Huhu.. Untuk hari pertama sampai di UK, saya nak bawa makan chinese noodles yang agak famous di sini. Banyak cawangan restoran ni di seluruh UK. Salah satu cawangannya adalah di Luton, tempat yang bakal kami singgah sekejap lagi. Let's jom.



@ OODLES CHINESE - LUTON

Setelah lebih 2 jam saya drive dalam kesesakan jalan raya akhirnya jam 8.20 malam kami tiba di bandar Luton. Jarak dari Heathrow Airport ke Luton tak sampai 60 km pun dan highway sepanjang jalan. Jadi boleh la bayangkan betapa teruknya jem tadi. Huhu.. Hujan renyai yang turun di sepanjang perjalanan dah mula reda tapi angin masih kuat. Kesejukan makin terasa. Saya mencari parking berhampiran restoran tapi tiada yang kosong. Kali kedua saya pusing barulah ada sebuah kereta keluar dari bahu jalan. Pertama kali bawa kereta super panjang, saya perlu bantuan kamera hidup dari Abang Fikri. Kereta ni takde camera view. Setakat bunyi je belum meyakinkan saya lagi. Huhu.. 

Driving route: From Green Motion Car Rental to Oodles Chinese - Luton
Kami bersiap untuk ke restoran Oodles Chinese yang terletak di seberang jalan. Eimran masa kat airport tadi dia kata tak sejuk pun bila duduk di luar terminal. Siap buka sweater lagi. Sekarang ni nampak lain macam dia punya gigil. Hahah.. Nilai darjah selsius semata-mata bukanlah ukuran sebenar kesejukan sesuatu tempat tu. Pakej bersama hujan dan angin perlu diambil kira sekali. Baru dia tau penangannya. Ayah dah kena masa pergi Jepun dulu. Tak bawa longjohn sebab dalam weather forecast tak sejuk mana berbanding UK tahun sebelum tu. Sekali dah sampai Jepun, kuat betul angin dia. Sejuk sampai ke tulang. Menyesal tak sudah. Huhu..

Alaa, bukak la sweater tu. Kata boleh tahan sejuk. Hihi..
Our first halal restaurant in this trip.
Meal pertama kami di UK dah makan chinese food. Hihi.. Anak-anak teruja bila tengok menu. Kalau boleh nak makan sorang satu. Nafsu je lebih tu. Diorang tak tau portion makanan kat sini besar. Saya sendiri tak dapat nak habiskan. Dalam family saya hanya Eimran sorang je yang saya yakin sebab dia kuat makan. Badan pun dah sama saiz dengan saya. Banyak kali juga dia pujuk nak pinjam pakaian dan kasut saya. Hehe.. Untuk kali pertama, saya bagi peluang anak-anak pilih apa yang diorang nak makan. Saya dan wife tak order. Kami pau dari portion diorang nanti. Mesti tak habis punyalah. Saya order 4 menu iaitu 3 medium dan 1 small. Air tin saya ambil 2 je sebab mahal. Lepas ni kena bawa bekal air masak je. Hihi..

Eiman tengah buat pilihan. Nampak berselera dia tengok menu.
Lepas order ambil gambar dulu. Hanya kami je kat dalam restoran ni.
Menu yang saya order dah siap dan ambil di kaunter. Terkejut anak-anak tengok portion makanan yang diorang order. Small dengan medium takde beza pun. Huhu.. Sambil diorang makan, saya dan wife pau sekali. Dapat rasa semua menu. Alhamdulillah semua yang saya order amat sedap. Seperti yang dijangka, Eimran sorang je yang dapat habiskan portion dia. Yang lain semua tak larat dah. Baki makanan tu boleh buat breakfast esok pagi atau malam ni nak habiskan kat hotel lebih baik. Dah sejuk nanti mesti tak sedap. Kat travelodge takde microwave seperti AirBnb. Makan la macam mana cara sekalipun ye anak-anakku. Sedap atau tidak bukan persoalannya. Yang penting perut kenyang . Di negara orang tak boleh nak memilih makanan. Pesanan ini khas buat Elysha yang hanya makan ayam KFC tu. Hihi..

This is sooo sedap. Terbaiklah Oodles Chinese!
Jumlah harga makanan kami adalah GBP29.40. Jika convert beratus harganya. Huhu.. Kena terima hakikat makanan di UK mahal. Jadi untuk setiap hari hanya sekali je sesi makan berharga mewah kita ye anak-anak. Masa breakfast boleh makan rations yang dibawa. Sup, bubur, mee segera, tuna dalam tin dan macam-macam lagi. Pastikan habis semuanya hingga hari terakhir di sini. Takde kerja nak bawa balik Malaysia semula. Banyak lagi benda lain yang nak dimasukkan dalam beg tu. Hihi.. Selesai makan kami cadang nak ke kedai buah di seberang. Tadi nampak macam menarik buah-buahan yang dijual. Kawasan di sini kelihatan banyak restoran dan kedai halal. Takde masalah andai kata kedai Oodles Chinese ni tutup sebab ada option lain untuk makan di sekitar.

Banyak kedai dan restoran halal di kawasan ni
Nasib tak baik apabila kedai buah yang kami nampak tadi dah tutup. Takde rezeki nak makan buah hari ni. Kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya. Kami singgah di stesen minyak. Untuk memudahkan pengiraan kos minyak yang digunakan, saya akan isi amaun GBP50.00 untuk setiap pengisian. Stesen minyak di sini sama seperti dulu dan negara Eropah yang lain, iaitu isi dulu dan baru bayar di kaunter. In shaa Allah tiada kejadian isi minyak percuma di sini. Lepas isi terus blah. Pasti kena tahan dalam masa terdekat. Jangan buat hal ye. Hihi.. Selesai isi minyak, kami teruskan perjalanan. Anak-anak dah mula senyap di belakang. Samada diorang main game atau tidur kekenyangan.

Harga diesel seliter @ GBP1.299. Fuhh..
Harga minyak di sini berubah setiap masa. Lain stesen minyak lain harganya. Diesel lagi mahal dari petrol tapi mileage tinggi. Stesen minyak yang terletak di kawasan luar bandar lebih murah dari di bandar dan juga highway. Tapi kalau minyak dah E terpaksalah isi juga. Guna kereta sendiri boleh bajet lagi berapa jauh kereta masih boleh berjalan. Lokasi stesen minyak pun tahu. Kat tempat orang macam mana nak bajet. Takut tak sempat cari stesen minyak je. Huhu.. Tahun 2012 harga minyak lagi tinggi, hingga GBP1.50/liter. Tapi masa tu currency murah sikit, hanya RM5.00/GBP. Kira lebih kurang jugalah dengan sekarang ni. Apa-apa pun ianya tetap lagi tinggi dari Malaysia. Bersyukur jadi rakyat Malaysia.

Sampai tempat ni boleh la isi minyak penuh. Hihi..


@ TRAVELODGE BEDFORD WYBOSTON

Jam 10.15 malam kami sampai di Travelodge Bedford Wyboston, hotel pertama daripada 12 Travelodge yang saya dah book untuk trip kali ni. Saya langsung tak book Premier Inn sebab harganya yang agak mahal berbanding Travelodge. Walaupun Premier Inn lebih selesa, tapi tujuan kami nak tidur dan mandi je. Cukuplah dapat hotel yang berpatutan. Hihi.. Di UK saya tak pasti adakah mereka check bilangan orang dalam satu bilik. Di Jepun memang strict, kalau bilik tu untuk 2 orang je, maka memang kena ada 2 orang. Kat Malaysia main belasah je duduk seramai yang boleh. Hehe.. Travelodge hanya allocate maksimum 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk setiap bilik. Saya book 2 bilik. Harga tetap sama walaupun booking bilik 2 orang atau 4 orang. Jadi 2 orang anak saya kononnya akan tidur di bilik Fa dan Abang Fikri. Tak pasti diorang check atau tidak, yang penting isu bilik kami selesai. Hehe..

Driving route: From Oodles Chinese - Luton to Travelodge Bedford Wyboston
Travelodge Bedford Wyboston @ GBP26.00/night
Saya berurusan di kaunter. Staff bertugas amat friendly orangnya. Saya berikan dokumen booking padanya. Dia bertanya berapa orang semuanya sambil melihat kami semua yang duduk di depan kaunter. Nampaknya dia check juga bilangan ahli. Nasib baik Fa dan Abang Fikri join. Boleh 'tumpangkan' 2 orang anak saya dalam bilik diorang. Hihi.. Selesai buat pembayaran sebanyak GBP26.00/night untuk satu bilik, staff tersebut berikan invois dan juga kunci bilik sambil mengucapkan enjoy your stay dengan senyuman. Nasib baik dapat bilik bawah. Kalau tak jenuh la nak mengangkat beg naik tangga. Hehe.. Anak-anak bantu bawa beg masing-masing masuk ke dalam bilik.

Bilik amat kemas dan teratur
Takpelah bilik sempit sikit. Janji ada tempat untuk tidur. Dah lama tak nampak katil. Hehe.. Anak-anak mintak mandi dalam bathtub. Saya tak bagi sebab dah lewat. Nanti bila sampai hotel awal baru boleh duduk lama dalam bathtub tu. Selesai bersihkan diri, wife susun siap-siap pakaian yang akan kami guna esok. Mudah supaya tak kelam kabut di awal pagi. Tak boleh suruh diorang cari pakaian sendiri. Nanti bersepah dibuatnya. Beg yang pecah tadi masih boleh digunakan walaupun dah tercabut sebiji tayar dia. Tengoklah esok lusa boleh buang dah beg tu. Beg ni wife saya pinjam kat kawan dia. Dah maklumkan padanya. Kawannya tak kisah sebab dah memang dah uzur pun beg tu. Dah sampai masa untuk dilupuskan. Hihi.. Apa-apa pun kami dah buat report kat travel insurans. Harap dapat claim.

Usianya berakhir di UK. Huhu..
Jam 11.30 malam saya mula merebahkan diri atas katil. Tidur di atas flight tak sama feel dia berbanding tidur atas katil. Anak-anak mintak tengok tv sampai tertidur. Suka hati korang la. Jangan tak tidur sudah la ye. Saya kena tidur dulu sebab esok nak pakai banyak tenaga untuk drive dan jalan-jalan mengikut jadual itinerary yang saya dah buat. Anak-anak boleh je tidur dalam perjalanan kalau mengantuk. Pengalaman hidup baru bakal tercetus esok. Moga dipermudahkan semuanya.

Wallahu 'alam..





Sunday 5 April 2020

JJCP UK V.2: Day 02 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 28 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ ROYAL JORDANIAN RJ111
@ HEATHROW AIRPORT


Selesai pemeriksaan kastam secara menyeluruh, kami duduk di ruang menunggu sementara boarding gate dibuka. Agak ramai juga penumpang yang akan naik flight dengan kami. Setakat ni saya tak nampak lagi orang Melayu. Masa flight dari KLIA saya perasan ramai juga. Takkan la diorang turun di Bangkok dan Amman je, takde yang sampai lajak ke London. Tiket flight murah ni. Hehe.. Jam 10.45 pagi barulah kami dibenarkan untuk masuk ke dalam flight. Kali ni takde priority untuk family with kids. Jadi kenalah beratur dalam barisan dan menunggu panggilan mengikut seating row.

Menunggu boarding gate dibuka. Itu kot flight kami.

@ ROYAL JORDANIAN RJ111

Untuk flight kali ni kami dapat seat di barisan tengah. Tak boleh nak buat pilihan masa check-in haritu sebab flight transit. Hanya flight dari KLIA je yang dapat pilih. Jadi kenalah tunggu semua penumpang yang berada di seat belakang masuk dulu, akhirnya baru giliran kami. Bila trip satu family, saya tak boleh duduk sebelah wife. Kena duduk berasingan untuk jaga anak-anak. Barulah diorang behave sikit. Yang sulung dan kedua kena duduk jauh antara satu sama lain. Tak boleh duduk bersama dua orang ni. Asyik bergaduh je kerjanya. Time tidur je diorang tak bergaduh. Kadang-kadang perkara kecil pun jadi besar. Patut lagakan je kepala diorang ni bagi faham sikit. Huhu..

Dapat seat sebaris di depan. Standby buat susu untuk si kecik dulu..
Kali ni semua tv berfungsi dengan baik
Jam 11.30 pagi, flight Royal Jordanian RJ111 berlepas dengan amat lancar menuju ke London. Flight duration 5 jam 25 minit untuk sampai di Heathrow Airport. Mungkin ada sesi makan sekali. Hihi.. Lapar pulak bila lama sangat masa transit. Duduk kat airport yang mahal pulak tu. Seperti biasa saya tak suka layan movie. Jadi saya browse lagu yang ada. Layan la sampai tertidur walaupun dah set taknak tidur lagi. Huhu.. Elysha tanya bila nak sampai sebab dia rasa lama sangat dah duduk dalam flight tapi tak sampai London lagi. Haa rasakan. Sebelum ni selalu tanya bila nak naik flight lagi kan. Kali ni baru betul merasa naik flight lama sampai bosan. Hehe..

Ayah, bila kita nak makan? Sabar jap ye..
2 jam berada di awangan, kelihatan stewardess sedang mengedarkan makanan. Kali ni ada pilihan nasi bersama ayam atau ikan. Elysha yang hanya makan ayam KFC sudah tentu pilih ikan. Saya pulak pilih ayam sebab nanti mesti Elysha tak habis makan punya. Dapat merasa dua menu. Hihi.. Alhamdulillah, makanan yang kami dapat tidak mengecewakan. Setakat ni sedap juga makanan yang dihidangkan oleh Royal Jordanian. Cuma cabin crew agak serius sikit lah. Cuba la senyum sikit. Awak kan frontliner untuk flight ni. Jaga reputasi majikan awak. Kena berikan perkhidmatan sehabis baik untuk customer. Kalau ada masalah peribadi jangan bawa ke tempat kerja. Nasihat dalam hati je tu. Hehe..

Satu kenikmatan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata
Alhamdulillah kenyang semuanya. Dah boleh rehat sambung dengar lagu sampai tertidur. Eirfan dari awal tadi asyik bercakap je. Terpaksalah wife saya layan dia. Tengok tv sambil berdiri atas seat. Siap menyanyi lagi. Harap takde penumpang lain tegur. Lepas tengok 10 minit tukar cerita lain. Tau pulak dia tekan button kat skrin tu. Huhu.. Selagi tak menjerit dan menangis sekuat hati dah kira well behave. Sebab tu kalau bawak tengok wayang, kena pastikan cerita dah nak hujung tayangan baru pergi sebab orang tak ramai. Keliling panggung dia ronda. Hihi.. Sedar tak sedar, lagi setengah jam flight kami akan mendarat di Heathrow airport. Tak sabar nak sampai London. Letih sangat dah duduk lama dalam flight. Huhu..

Dari 3 jam dah tinggal kurang setengah jam untuk mendarat. Yess..

@ HEATHROW AIRPORT

Jam 2.45 petang waktu UK, flight Royal Jordanian RJ111 telah mendarat dengan lancar dan selamatnya di Heathrow Airport. Ini kali kedua saya dan wife turun di sini. Kenangan 2012 masih tersemat dalam jiwa kami. First experience is always a memorable ones. Anak-anak dah excited nak jejakkan kaki di bumi UK. Kami ada 14 hari untuk explore bumi UK bersama. Moga banyak pengalaman hidup yang baru buat kami sekeluarga. Fa dan Abang Fikri pun excited juga sebab ini kali pertama diorang sampai UK. Dulu masa trip ke Western Europe saya tak dapat nak selitkan trip ke UK sebab masa tak cukup. Time tu misi kami nak menjejaki 9 negara dalam masa 9 hari. Alhamdulillah berjaya dilaksanakan. Pengalaman hidup yang paling bermakna tu.

Flight route: From Queen Alia International Airport to Heathrow Airport, England
Kami mengucapkan terima kasih pada cabin crew atas layanan di sepanjang penerbangan dan yang paling penting sampai ke destinasi dengan selamatnya. Lepas menunaikan hajat masing-masing di tandas, kami berjalan menuju ke terminal untuk urusan pemeriksaan imigresen. Agak jauh juga nak berjalan sampai ke checkpoint pertama. Takpe, saya dah set untuk ambil kereta sewa pada jam 6.00 petang. Ada banyak masa lagi untuk uruskan semua perkara di airport. No need to rush. Rushing sangat nanti tak enjoy dibuatnya. Bila bawa anak-anak kena tenang dan sabar, sebab memang banyak kali akan berhenti dalam perjalanan atas permintaan mereka. Hehe..


Welcome to UK! Senyum semuanya. Hihi..
Terkejutnya bila sampai di kaunter imigresen, punyalah ramai orang beratur. Melingkar macam ular. Huhu.. Takkan la ada kaunter yang tutup di masa tourist tengah ramai macam ni. Disebabkan terlalu ramai jadi staff bertugas tak dapat nak kawal. Maka terpaksalah kami beratur juga bersama-sama dengan yang lain. Eirfan dah mula gelisah tak duduk diam. Stroller pulak tak dapat lagi. Bertabahlah melayan que yang panjang. Ada sorang perempuan ambil peluang untuk potong que. Sikit-sikit dia take over orang di depannya. Pandai strategi dia. Sampai kat kami, wife saya halang dan tenung dia. Terus tak jadi potong dah. Tapi ramai dah dia berjaya tapau barisan. Time macam ni pun nak buat hal. Ingat semua kat sini suka beratur panjang ke? Huhu..

Dulu takde lah sepanjang ni. Musim holiday besar-besaran agaknya.
Sejam kami beratur namun tak sampai-sampai lagi giliran kami. Ada lagi satu lingkaran untuk sampai ke kaunter. Eirfan dah mula merengek sebab panas. Pampers penuh pun ya juga tu. Huhu.. Sorang petugas nampak kami sekeluarga. Dia pun buka penghadang dan beri kami masuk ikut laluan khas. Dapat juga kami percepatkan urusan di kaunter imigresen. Pegawai bertugas tanya apa tujuan kami ke UK. Saya jawab dengan jujur, nak pergi holiday. Dia pun senyum dan mengucapkan selamat bercuti. Selesai jua akhirnya setelah lebih sejam beratur panjang. Seterusnya kami berjalan menuju ke area baggage claim untuk ambil beg kami. Daripada info, beg dari flight kami akan keluar di Belting 5. Anak-anak bantu mencari dan mengangkat semua beg. Alhamdulillah semua beg kami dah ada. Cuma ada satu beg kami yang pecah tapi roda masih berfungsi. Nanti boleh buat report pada Royal Jordanian Airlines dan juga insurans kami. Apa boleh buat, terpaksalah beli baru. Huhu..

Done baggage claim walaupun ada satu beg pecah. Sedih..
Seterusnya kami melalui pemeriksaan kastam dan terus keluar ke arrival hall di Terminal 3. Lega apabila semua urusan di airport berjalan dengan lancar walaupun terpaksa beratur panjang. Sebelum teruskan aktiviti, macam biasa saya akan keluar dulu dari terminal untuk dapatkan feel suasana di London. Acara wajib tu apabila sampai airport. Kononnya untuk sesuaikan diri dengan cuaca semasa. Macam-macam lah. Hehe.. Kemudian saya masuk semula dan bantu Abang Fikri untuk urusan pembelian simcard. Ada banyak pakej yang boleh dibeli untuk tourist. Rasanya pakej minimum yang bernilai GBP25.00 dah cukup untuk diorang berdua. Itu pun rasanya tak habis guna. Bergantung pada Abang Fikri nak pakej yang mana satu. Terpulang pada dia. Janji boleh browse tanpa masalah sepanjang berada di sini hingga hari terakhir.

Amik feel cuaca di luar terminal dulu
Pakej yang paling minima tu dah cukup untuk cover 14 hari di sini
Pocket wifi kami pun dah activate dan semua berjaya setting dalam phone masing-masing. Walaupun data unlimited, tapi bila penggunaan lebih dari had speed internet akan jadi slow. Jadi saya nasihatkan anak-anak saya supaya jangan download mana-mana video bersaiz besar sepanjang berada kat sini. Game diorang dah install siap-siap. Video kereta untuk Eirfan pun dah save dalam phone. Biarlah dia nak tengok banyak kali pun. Janji senyap. Hehe.. So, next step kami nak ke tempat sewa kereta. Oyster card jangan beli dulu sebab kami bukan nak ke London. Dah selesai ronda UK nanti baru boleh beli. Dulu kami terus ke Uxbridge dan bermalam di Travelodge. Keesokan harinya baru naik bas ambil kereta sewa di Green Motion. Kali ni dari airport terus ke sana. Harap kami naik bas yang betul.


Wallahu 'alam..

Mencari arah ke Central Bus Station

JJCP UK V.2: Day 02 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 28 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ TRANSIT - QUEEN ALIA INTERNATIONAL AIRPORT


Jam 12.20 tengah malam waktu Thailand, flight Royal Jordanian RJ181 mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. Saya sambung tidur semula setelah lampu cabin ditutup. Anak-anak saya paksa tidur juga. Takut diorang jetlag bila sampai sana nanti. Tak seronok la nanti tak dapat tengok pemandangan sebab mengantuk di siang hari. 2 jam kemudian lampu cabin dibuka semula menandakan waktu makan berikutnya. Kali ni ada pilihan samada nak makan udang atau ikan. Ingatkan menu ringan je seperti roti sebab awal pagi. Elysha yang duduk di sebelah saya masih tak bangun lagi. Kalau dia tak larat makan, ayahnya boleh habiskan. Hehe..

Dua-dua menu dapat merasa. Hihi..
Awal pagi dah makan berat. Dua-dua saya habiskan. Hihi.. Sedap pulak tu makanan dia. Lepas makan saya sambung tidur lagi. Rasanya ada sesi makan lagi lepas ni sebab flight duration lebih 9 jam. Dapatlah tidur lama sikit. Selesai makan, lampu cabin ditutup lagi sekali untuk saya sambung tidur semula. Makan dan tidur je lah dalam flight ni. Nak buat apa lagi. Hihi.. Hampir 5 jam saya dapat tidur apabila cabin terang semula. Kelihatan stewardess edarkan makanan lagi. Kali ni Elysha dah bangun dan lapar katanya. Menu kali ni tiada pilihan, hanya roti dan air fresh orange. Kira breakfast la ni. Layann..

Makan lagi... dan lagi.. Rezeki jangan ditolak.
Elysha anak saya yang paling tak kuat makan. Jenis memilih makanan pulak tu. Ayam tak suka, tapi KFC nampak sedap je dia makan. Kicap manis je dia suka. Makanan berkuah pun ikut mood. Apa-apa pun sayur memang tiada dalam menu hidup. Budak-budak memang susah kan nak makan sayur. Huhu.. Kalau makan nasi kat rumah, dapat makan 5 suap kira banyak dah tu. Patutlah kurus kering je dia. Kesimpulannya, ayah dia jugak yang kena habiskan. Hihi.. Habis makan saya tak tidur sebab dah cukup kuota tidur saya untuk hari ni. Menunggu masa untuk flight sampai ke destinasi dengan menumpang tv di seat Elysha. Dia sambung tidur balik. Budak-budak kena tidur lama. Hehe..

Sikit lagi nak sampai Amman


@ TRANSIT - QUEEN ALIA INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 4.40 pagi waktu Jordan, flight mula menurun dan akan mendarat di Queen Alia International Airport. Saya set pada jam ikut waktu Jordan, 6 jam lewat dari waktu Malaysia. Bila travel, saya akan pakai jam digital yang boleh set beberapa waktu ikut negara yang dituju. Tak perlu lah nak pusingkan jam setiap kali sampai destinasi yang berubah waktu. Penting kena set jam, nanti takut terlepas waktu flight sebab masih refer pada waktu Malaysia. Huhu.. Jam 4.50 pagi flight Royal Jordanian RJ181 telah mendarat dengan selamatnya di Queen Alia International Airport. Si kecil Eirfan amat behave dalam flight. Dari KL ke bangkok tadi dia tak tidur. Lepas tu dia tidur di sepanjang perjalanan dari Bangkok ke Amman. Untung la abang dia dapat pau makanan dia. Hihi.. Eirfan tanya kita dah sampai London ke sebab dia nampak semua dah bersiap untuk keluar dari flight. Belum lagi sayang. Kita singgah Amman dulu ye.

Flight route: From Suvarnabhumi Airport to Queen Alia International Airport, Jordan
Seperti biasa, masuk je dalam terminal masing-masing mencari tandas. Untuk transit kami kena melalui pemeriksaan kastam dan juga imigresen. Kastam di sini agak strict. Lama juga kami beratur menunggu giliran. Backpack saya dan Eimran kena tahan untuk diperiksa seluruhnya. Takde apa pun dalam beg tu. Hanya pakaian dan juga gajet kami je. Dah prosedur, kenalah akur. Banyak tanya kang lagi lama kena tahan. Huhu.. Nasib baik dia tak tanya selfie stick saya yang canggih seperti yang saya kena kat Doha Airport tahun lepas. Jenuh nak explain macam mana nak guna selfie stick tu. Dia ingat pisau lipat agaknya benda tu. Hihi..

Tepat jam 5.00 pagi di Amman. Sejuk juga cuaca kat sini.
Beratur menunggu giliran untuk diperiksa
Done checking. Jom cari port dalam terminal.
Selesai urusan pemeriksaan kastam dan imigresen, kami berjalan di dalam terminal mencari tempat untuk berehat. Kami kena tunggu dalam 6 jam untuk flight berikutnya. Besar sungguh airport ni. Terminal baru airport ni dibuka pada tahun 2013. Nama airport ni diambil dari Queen Alia, bekas permaisuri Jordan yang mati dalam kemalangan helikopter pada 1977. Airport ini pernah mendapat anugerah Best Airport in Middle East pada tahun 2014. Walaupun dah hampir 6 tahun terminal baru ni dibuka, tetapi nampak seperti masih baru keadaannya. Amat besar dan cantik. Kami mencari tempat duduk berhampiran restoran dan duty-free area. Boleh la alas perut sambil jalan-jalan kat area duty-free.

Banyak kedai dah buka. Boleh cuci mata. Hihi..
Kami duduk di kawasan foodcourt berhampiran McDonalds dan kedai duty-free. Saya dan anak-anak berjalan mencari lokasi Gate 204 untuk flight berikutnya dan surau untuk solat Subuh. Jauh juga jarak di antara Gate 204 dengan foodcourt tempat kami duduk. Tak ramai orang di terminal pada waktu ni. Kejap lagi bila dah terang mesti ramai orang. Kami nampak signboard surau di hujung terminal. Lokasinya terletak di tingkat bawah. Surau amat bersih dan luas. Tiada jemaah lain, hanya kami bertiga. Selesai solat, kami kembali ke foodcourt. Rupanya ada surau di foodcourt ni, dekat je dengan tempat kami duduk. Tak perasan ada signboard surau di sebelah sana. Takpe, yang penting dah tau mana Gate 204. Hihi..

Jumpa signboard ghurfat alsolat dan ghurfat altadkhin. Hihi..
Surau amat selesa dan bersih
Ada 5 jam lagi sebelum naik flight berikutnya. Saya dan wife mencari makanan untuk alas perut. Kekenyangan makan dalam flight tadi masih terasa lagi. Kami ke McDonalds. Sebelum order saya check dulu currency rate untuk Jordanian Dinar. Tengok pada menu nampak macam murah je harga makanan dalam JOD. Sekali semak, JOD1.00 bersamaan dengan RM5.90. Huhu.. Lagi tinggi dari nilai GBP. Jordanian Dinar adalah currency yang ke-4 tertinggi di dunia selepas Kuwait, Bahrain dan Oman. GBP berada di tangga ke-5. Saya pernah gunakan matawang Omani Rial masa trip umrah pada 2016. Nak beli fridge magnet pun kena fikir panjang sebab OMR1.00 bersamaan dengan RM11.00 waktu tu. Amat menakutkan. Huhu.. Jadi yang mampu dibeli di McDonalds hanyalah 2 fries yang berharga JOD4.00. Makan sampai licin ye. Hihi..

Jangan main-main dengan Jordanian Dinar.
RM23.50 untuk 2 fries. Fuhh..
Tahan ye anak-anak. Diorang pun masih kenyang lagi makan dalam flight tadi. Kejap lagi naik flight kita makan lagi. Hihi.. Untuk menghabiskan masa, saya dan wife berjalan di duty-free area. Tak boleh bawa anak-anak, nanti macam-macam yang dipujuknya. Kami melihat barangan yang dijual. Ada kawan suruh tengokkan harga perfume. Walaupun currency tinggi, mungkin harga duty-free di sini murah berbanding di Malaysia. Fridge magnet kena cari juga sebagai tanda dah sampai di Jordan walaupun hanya menjejakkan kaki di terminal. Harga rokok di sini masih tetap murah berbanding duty-free di KLIA. Rasanya semua harga rokok di negara Middle East murah kot. Diorang pengeluar tembakau agaknya. Huhu.. Harga perfume pun boleh tahan murah juga. Saya mencari jika ada local perfume berbau harum yang sama seperti di Oman dulu. Harum dan murah.

Kita layan kedai duty-free dulu sambil cuci-cuci mata
Jam 8.00 pagi setelah habis semua area duty-free dah cover, kami bersiap untuk bergerak ke Gate 204. Boleh la duduk kat ruang menunggu tu dalam 3 jam lagi sebelum dipanggil. Huhu.. Duduk kat area foodcourt ni asyik rasa nak makan je sebab bau ayam goreng McDonalds. Kat ruang menunggu tu jauh dari kedai. Senang sikit nak pantau pergerakan anak-anak. Hihi.. Diorang memang pantang nampak kedai jual makanan dan mainan. Eirfan tu mainan favourite dia kereta. Tak kisah la apa saiz pun, sebesar hotwheels pun dia layan. Sabar ye nak, kat UK nanti kita cari kereta banyak-banyak kat carboot. Hehe..

Seronok sungguh dia main stroller pinjam tu
RJ111 to London: Flight status @ 11.20 am 'On Time'. Terbaik..
Jenuh juga nak menunggu sampai boarding gate dibuka. Eirfan dari duduk atas kerusi dah mula baring atas lantai carpet. Biarlah, janji dia tak berlari. Staff airport datang dan minta untuk ambil semula stroller kerana ramai penumpang lain yang nak guna. Dah ada kat ruang menunggu ni kami tak perlu stroller dah. Terima kasih kepada pihak airport kerana menyediakan stroller percuma untuk dipinjam. Saya dah mula rendahkan postur badan. Rasa macam nak tidur pun ada. Huhu.. Tiba-tiba pihak airport arahkan kami untuk keluar dari ruang menunggu kerana nak buka kaunter check boarding pass. Ada flight yang akan berlepas. Ruang menunggu ni untuk Gate 202 hingga 204.

Kena pindah kat luar ruang menunggu
Sedang duduk menunggu sampai terlelap, ada sorang perempuan datang ke arah wife saya. Dia mintak tolong jagakan beg dia. Wife saya tolak dan buat tak layan. Lain macam cara approach dia. Kat airport jangan sekali-kali tolong jagakan beg orang lain. Bukan taknak membantu. Silap haribulan ada benda terlarang dalam beg tu. Sia-sia je kena tangkap nanti. Huhu.. Agak meragukan juga cara perempuan tu minta kami jagakan beg dia. Risau juga kami sebab rasanya dia akan naik flight sama dengan kami. Janganlah kerana dia flight jadi delay. Huhu.. Jam 10.30 pagi kedengaran flight RJ111 bersedia untuk boarding. Kami beratur untuk pemeriksaan boarding pass. Lagi sekali saya dan Eimran kena tahan untuk diorang check bagpack kami. Siap check seluruh badan kami. Rasanya saya dah shave muka. Takdelah nampak ganas sangat. Hehe.. Nasib baik semuanya berjalan dengan lancar. Cuma beg kami je la kena susun balik. Dah pandai buka tak tau nak kemas balik ye. Haishh.. Moga tak kena check beg lagi lepas ni.


Wallahu 'alam..