Friday 10 April 2020

JJCP UK V.2: Day 02 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 28 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ HOPPA BUS H1
@ GREEN MOTION CAR RENTAL
@ OODLES CHINESE - LUTON
@ TRAVELODGE BEDFORD WYBOSTON


Kami ikut signboard menuju ke Central Bus Station untuk mencari lokasi Hoppa Bus. Dalam info yang saya baca, Hoppa Bus berhenti di Terminal 2 dan 3. Lokasi di Terminal 3 saya tak jumpa. Yang saya nampak hanya signboard menuju ke Terminal 2. Terpaksalah berjalan jauh sikit dalam terowong mengikut arah yang ditunjukkan. Bagilah senaman kaki sikit. Lama sangat dah duduk dalam flight tadi. Anak-anak seronok je berjalan. Baru sampai, masih super excited lagi. Hihi..

Ikut je lah signboard Central Bus Station tu

@ HOPPA BUS H1

Tepat jam 5.00 petang kami dah sampai di Central Bus Station. Kelihatan Hoppa Bus H1 sedang berhenti menunggu penumpang di hentian. Untuk kepastian, saya bertanya pada driver bas. Betul bas ni akan berhenti di Holiday Inn M4/J4 di mana Green Motion Car Rental terletak di hadapan hotel tersebut. Dengan pantas kami angkat beg masuk ke dalam bas. Nasib baik tak ramai penumpang. Kalau tak kalut jugalah dengan beg-beg kami yang banyak ni. Huhu.. Bas terus bergerak mengikut route perjalanannya. Saya ambil kesempatan untuk berborak dengan driver. Dia tanya saya dari mana. Bangga apabila dia tau tentang Malaysia dan katanya orang Malaysia baik-baik belaka. Dia ingat kami tinggal di sini. Dia kata mesti saya orang kaya datang bercuti ke UK kerana currency di sini amat tinggi. Saya jawab kalau kaya saya tak naik bas ni. Saya naik black cab terus. Hahah.. Friendly sungguh la driver ni.

Jom naik Hoppa Bus
Cuaca dah gelap dan jalan agak jem di sekitar Heathrow Airport
Hoppa Bus adalah servis bas untuk hotel-hotel yang berada dalam kawasan sekitar Heathrow Airport. Jika hotel tu betul-betul dekat dengan airport boleh naik free shuttle bus yang dipanggil Heathrow Free Travel Zone (HFTZ). Tak perlu gunakan oyster card pun. Tapi Holiday Inn yang kami nak pergi ni agak jauh dan kenalah bayar. Harga tiket pun boleh tahan mahalnya. Huhu.. Apa boleh buat, living cost di UK memang tinggi. Kenalah terima kenyataan. Ada 11 jenis Hoppa Bus yang beroperasi di sekitar Heathrow airport mengikut route yang ditetapkan. Kena pastikan ke mana destinasi yang nak dituju.

Jenis Hoppa Bus dan route yang dilalui oleh setiap bas
Harga tiket Hoppa Bus berbeza-beza mengikut cara pembelian. Tiket boleh dibeli samada melalui website/app, hotel kiosk ataupun beli terus kat driver bas. Saya pilih cara ketiga. Walaupun agak mahal berbanding cara yang lain, tapi ianya memudahkan saya. Hihi.. Beli tiket return lebih murah berbanding single ticket. Saya beli satu tiket family return yang berharga GBP21.00. Tiket ni tak cover untuk saya sekeluarga kerana maksimum hanya 2 dewasa dan 3 kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah. Jadi anak saya sorang masuk dalam tiket Fa dan Abang Fikri. Diorang tetap save daripada beli single ticket. Saya tanya pada driver berapa harga untuk 4 dewasa dan 4 kanak-kanak. Dia kata akan bagi special price. Tapi bila tengok resit sama je harga yang diberi. Huhu.. Terlebih peramah rupanya driver ni. Ayat manis je lebih. Hahah..

Cara beli tiket dan resit bayaran melalui driver bas
15 minit perjalanan dalam bas, akhirnya kami sampai di lobi Holiday Inn. Tiket return kena simpan elok-elok. Masa balik nanti kena tunjukkan pada driver bas. Kami turunkan semua beg dan berkumpul di depan pejabat Green Motion Car Rental. Masih sama keadaannya di sini seperti tahun 2012 dulu. Kelihatan ada beberapa customer sedang berurusan di kaunter. Kami terpaksa tunggu sebentar di luar kerana ruang di dalam agak sempit. Saya sempat berborak dengan sorang lelaki melayu. Dia adalah pilot untuk Malaysia Airlines dan baru je mendarat tengahari tadi. Dia tengah tunggu kawan-kawannya yang lain turun dari bilik hotel. Saya ada sorang kawan yang juga pilot MAS. Dia kenal sangat dengan kawan saya tu. Siap bagi nama samaran lagi. Hihi.. Lusa baru flight dia balik ke Malaysia. Elysha tanya kita tidur Holiday Inn ke malam ni. Kita tak tidur sini sayang. Kita tumpang lobi dia aje. Hehe..

Hoppa Bus H1 route: From Heathrow Central Station to Holiday Inn M4/J4
Jumpa pilot MAS. Terbaik anak melayu..

@ GREEN MOTION CAR RENTAL

Customer yang ada di kaunter tadi dah selesai. Kami masuk ke dalam dan berurusan dengan staff bertugas yang bernama Danielle. Saya berikan dokumen booking kereta sewa. Dia tak offer insurans tambahan sebab saya ambil pakej premium plus sekali dengan full insurance. Kami dapat kereta yang sama seperti dalam booking iaitu Mercedes Vito Tourer 9-seater automatic diesel. Saya perlu gunakan kad kredit sebagai security deposit sebanyak GBP50.00. Jika tiada apa-apa yang berlaku terhadap kereta yang disewa, nilai tersebut akan dikreditkan semula. Kad debit dan cash tak boleh guna ya. Untuk pembayaran booking secara online boleh bayar pakai kad debit. Kesimpulannya, untuk memandu kereta sewa driver wajib ada kad kredit atas nama sendiri. Tak boleh guna kad kredit orang lain walaupun hanya untuk pre-authorisation.

Pejabat Green Motion di luar Holiday Inn
Agak mudah juga urusan kami di kaunter. Mana taknya, dah ambil premium plus package memang lancar la semuanya. Cuba kalau ambil pakej dan insurans paling minimum, dah tentu panjang lebar dia explain dan paksa kami. Semua rental company memang macam tu modus operandinya. Insurans adalah antara cara untuk mereka jana pendapatan extra. Itu belum lagi kalau terjadi apa-apa kat kereta. Lagi banyaklah diorang boleh charge. Sewa kereta perlukan hati yang kering. Berani untuk bawa kereta dengan selamatnya dan terima dengan hati terbuka jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Gaduh kang jadi pulak macam perempuan US yang sewa kereta dulu. Sampai maksimum dia kena bayar penalti walaupun hanya calar sikit. Sepatutnya boleh nego lagi. Tapi sebab banyak cakap terus kena teruk. Orang US la katakan. Hihi..

Danielle sedang uruskan kereta kami
Selesai semua urusan di kaunter, Danielle minta saya ambil kereta kat kawasan parking di belakang hotel. Saya masuk ke dalam hotel dan mencari pintu untuk ke bahagian belakang tapi tak jumpa. Saya keluar balik dan pusing ikut tepi hotel, pun masih tak jumpa kawasan parking untuk kereta sewa. Saya jumpa balik Danielle. Dia kata takkan saya tak ingat. Kata pernah sewa kereta di sini sebelum ni. Ye betul, tapi masa tu kereta dah ada kat lobi hotel. Tak pernah saya ambil kereta kat belakang hotel ni. Cerita 2012 tu. Dia pun masih sekolah rendah kot time tu. Huhu.. Akhirnya dia sendiri bawa saya ke belakang. Kan senang kalau buat macam ni tadi. Takde la saya ronda keliling hotel macam pak guard. Hehe.. Saya dibawa masuk dalam satu pejabat dan menunggu untuk dilayan oleh staff yang menguruskan kereta di garaj. Saya tunjukkan dokumen rental agreement yang Danielle beri tadi. Tak sampai 5 minit kereta kami dah berada di depan pejabat. Time to check our rental car.

Rental agreement yang lengkap dengan total charges dan security deposit
Kene check kereta betul-betul
Mileage kereta: 15148 miles. Diesel ada suku.
Antara kesukaran utama apabila ambil kereta sewa waktu malam adalah pencahayaan yang kurang. Susah nak identify jika ada minor scratch atau damage pada body kereta. Huhu.. Tapi kali ni mudah sangat saya nak detect sebab agak teruk juga condition kereta yang saya dapat. Terlalu banyak minor damage yang saya dapat kesan. Saya panggil staff bertugas dan tunjuk bahagian-bahagian yang dikenalpasti sudah calar dan kemek sebelum saya mula menyewa. Staff tu dengan bersahaja kata tak perlu risau sebab saya ambil full insurance. Jadi kalau ada calar baru pun takde masalah. Biar betul. Boleh jamin ke condition kereta macam ni takkan bagi masalah sepanjang penyewaan. Taknak la kalau breakdown kat tengah jalan nanti. Huhu.. Dia beri jaminan kereta ni takkan memberikan masalah pada saya. Saya minta jika ada kenderaan lain yang boleh ditukar tapi malangnya kereta 9-seater dah takde dalam garaj. Alasan je tu. Huhu..

Cuaca gelap pun boleh nampak banyak kesan calar. Huhu..
Apa boleh buat, terpaksalah kuatkan hati dan bertawakal sepanjang 11 hari penyewaan. Saya tetap ambil gambar semua part yang calar. Bahagian bawah enjin siap ada kesan patah lagi. Huhu.. Rasanya memang diorang bagi kereta yang paling buruk kepada penyewa yang ambil full insurance. Andai kata ada calar baru pun diorang tak kisah sebab tak perlu nak charge. Kalau ambil insurans murah baru dia bagi yang betul-betul cantik sebab senang nampak  calar baru. Barulah diorang boleh charge kaw-kaw. Boleh diterima pakai juga teori saya ni. Dulu saya dapat kereta Toyota Auris punyalah cantik. Masa tu saya pakai insurans luar. Apa-apa pun inilah kereta sewa yang paling teruk keadaan fizikalnya dalam sejarah penyewaan saya. Huhu.. Staff tu bagi sekali child car seat dan booster seat. Dia suruh saya pasangkan sendiri sebab takde dalam job description dia untuk pasang child car seat. Hmmm, nampaknya ini kali kedua dan last saya sewa kereta dari Green Motion. Cakap dalam hati je, taknak bagi kereta dengar. Merajuk pulak dia kang. Hihi.. Saya drive di kawasan parking untuk sesuaikan diri dan terus ke lobi hotel. First time drive Mercedes panjang ni. Hehe..

Mari belajar susun beg dalam kereta. Hehe..
Saya pasang child car seat di bahagian depan sementara Abang Fikri bantu masukkan beg ke dalam kereta. Seat depan boleh duduk 3 orang. Punyalah susah nak pasang kat bahagian tengah sebab tak nampak lubang untuk masukkan seat beat. Hujan renyai pulak turun membantu menyejukkan lagi keadaan yang tengah panas. Huhu.. Daripada basah kuyup, saya pasangkan di bahagian tepi sebab ada ruang yang agak luas. Wife saya terpaksa bersempit sikit duduk di bahagian tengah. Tahan sampai hotel je. Esok pagi setting semula child car seat ni. Alhamdulillah semua beg kami muat masuk di bahagian belakang. Memang super panjang kereta ni. Anak-anak dah ambil tempat masing-masing. Diorang bertiga duduk di barisan belakang. Fa dan Abang Fikri duduk di barisan tengah. Jam 6.15 petang setelah pasang GPS Here Maps, kami mulakan perjalanan dengan doa agar dipelihara keselamatan kami sepanjang berada di bumi UK. Off to the next destination.

Jalan agak jem petang ni. Huhu..
Teruk juga jem petang ni. Dulu saya tak merasa langsung suasana jem kat UK. Kali ni lain macam sesaknya. Mungkin ada banyak jalan yang tutup kesan dari banjir besar yang berlaku baru-baru ni. Ganas juga banjir kali ni. Nasib baiklah sekarang ni keadaan dah beransur pulih. Tapi masih ada lagi jalan raya dan kawasan rendah yang ditutup. Saya tak pasti route yang saya susun kena banjir atau tak. Daripada weather forecast yang saya check, cuaca dah semakin baik di kebanyakan tempat di UK. Moga bertambah baik di hari-hari berikutnya. Risau bila lalu jalan kampung je. Selalunya kawasan kampung dan pedalaman yang senang banjir. Huhu.. Sambil melayan jem, saya study semua button yang ada pada panel dan steering. Agak complicated juga kereta Mercedes ni. Yang penting button asas seperti buka tingkap dan tangki minyak saya dah tau. Kejap lagi nak isi minyak. Fuel policy kali ni quarter to quarter. Tak tau berapa jauh kereta ni boleh pergi dengan full tank.

Panel meter simple je tapi button kat tepi dan steering banyak. Huhu..
Anak-anak dah mula lapar. Sebelum ke hotel saya memang set untuk singgah makan dulu. Semua jenis makanan saya cari di UK. Nasi, seafood, western semuanya saya search agar dapat merasa kelainan setiap kali makan di sini. Setiap hari makan burger pun tak best juga kan. Hihi.. Apa-apa pun pastikan ianya halal dan diyakini. Di UK takde masalah untuk mencari restoran halal. Cuma harga je la mungkin agak mengejutkan. Huhu.. Untuk hari pertama sampai di UK, saya nak bawa makan chinese noodles yang agak famous di sini. Banyak cawangan restoran ni di seluruh UK. Salah satu cawangannya adalah di Luton, tempat yang bakal kami singgah sekejap lagi. Let's jom.



@ OODLES CHINESE - LUTON

Setelah lebih 2 jam saya drive dalam kesesakan jalan raya akhirnya jam 8.20 malam kami tiba di bandar Luton. Jarak dari Heathrow Airport ke Luton tak sampai 60 km pun dan highway sepanjang jalan. Jadi boleh la bayangkan betapa teruknya jem tadi. Huhu.. Hujan renyai yang turun di sepanjang perjalanan dah mula reda tapi angin masih kuat. Kesejukan makin terasa. Saya mencari parking berhampiran restoran tapi tiada yang kosong. Kali kedua saya pusing barulah ada sebuah kereta keluar dari bahu jalan. Pertama kali bawa kereta super panjang, saya perlu bantuan kamera hidup dari Abang Fikri. Kereta ni takde camera view. Setakat bunyi je belum meyakinkan saya lagi. Huhu.. 

Driving route: From Green Motion Car Rental to Oodles Chinese - Luton
Kami bersiap untuk ke restoran Oodles Chinese yang terletak di seberang jalan. Eimran masa kat airport tadi dia kata tak sejuk pun bila duduk di luar terminal. Siap buka sweater lagi. Sekarang ni nampak lain macam dia punya gigil. Hahah.. Nilai darjah selsius semata-mata bukanlah ukuran sebenar kesejukan sesuatu tempat tu. Pakej bersama hujan dan angin perlu diambil kira sekali. Baru dia tau penangannya. Ayah dah kena masa pergi Jepun dulu. Tak bawa longjohn sebab dalam weather forecast tak sejuk mana berbanding UK tahun sebelum tu. Sekali dah sampai Jepun, kuat betul angin dia. Sejuk sampai ke tulang. Menyesal tak sudah. Huhu..

Alaa, bukak la sweater tu. Kata boleh tahan sejuk. Hihi..
Our first halal restaurant in this trip.
Meal pertama kami di UK dah makan chinese food. Hihi.. Anak-anak teruja bila tengok menu. Kalau boleh nak makan sorang satu. Nafsu je lebih tu. Diorang tak tau portion makanan kat sini besar. Saya sendiri tak dapat nak habiskan. Dalam family saya hanya Eimran sorang je yang saya yakin sebab dia kuat makan. Badan pun dah sama saiz dengan saya. Banyak kali juga dia pujuk nak pinjam pakaian dan kasut saya. Hehe.. Untuk kali pertama, saya bagi peluang anak-anak pilih apa yang diorang nak makan. Saya dan wife tak order. Kami pau dari portion diorang nanti. Mesti tak habis punyalah. Saya order 4 menu iaitu 3 medium dan 1 small. Air tin saya ambil 2 je sebab mahal. Lepas ni kena bawa bekal air masak je. Hihi..

Eiman tengah buat pilihan. Nampak berselera dia tengok menu.
Lepas order ambil gambar dulu. Hanya kami je kat dalam restoran ni.
Menu yang saya order dah siap dan ambil di kaunter. Terkejut anak-anak tengok portion makanan yang diorang order. Small dengan medium takde beza pun. Huhu.. Sambil diorang makan, saya dan wife pau sekali. Dapat rasa semua menu. Alhamdulillah semua yang saya order amat sedap. Seperti yang dijangka, Eimran sorang je yang dapat habiskan portion dia. Yang lain semua tak larat dah. Baki makanan tu boleh buat breakfast esok pagi atau malam ni nak habiskan kat hotel lebih baik. Dah sejuk nanti mesti tak sedap. Kat travelodge takde microwave seperti AirBnb. Makan la macam mana cara sekalipun ye anak-anakku. Sedap atau tidak bukan persoalannya. Yang penting perut kenyang . Di negara orang tak boleh nak memilih makanan. Pesanan ini khas buat Elysha yang hanya makan ayam KFC tu. Hihi..

This is sooo sedap. Terbaiklah Oodles Chinese!
Jumlah harga makanan kami adalah GBP29.40. Jika convert beratus harganya. Huhu.. Kena terima hakikat makanan di UK mahal. Jadi untuk setiap hari hanya sekali je sesi makan berharga mewah kita ye anak-anak. Masa breakfast boleh makan rations yang dibawa. Sup, bubur, mee segera, tuna dalam tin dan macam-macam lagi. Pastikan habis semuanya hingga hari terakhir di sini. Takde kerja nak bawa balik Malaysia semula. Banyak lagi benda lain yang nak dimasukkan dalam beg tu. Hihi.. Selesai makan kami cadang nak ke kedai buah di seberang. Tadi nampak macam menarik buah-buahan yang dijual. Kawasan di sini kelihatan banyak restoran dan kedai halal. Takde masalah andai kata kedai Oodles Chinese ni tutup sebab ada option lain untuk makan di sekitar.

Banyak kedai dan restoran halal di kawasan ni
Nasib tak baik apabila kedai buah yang kami nampak tadi dah tutup. Takde rezeki nak makan buah hari ni. Kami teruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya. Kami singgah di stesen minyak. Untuk memudahkan pengiraan kos minyak yang digunakan, saya akan isi amaun GBP50.00 untuk setiap pengisian. Stesen minyak di sini sama seperti dulu dan negara Eropah yang lain, iaitu isi dulu dan baru bayar di kaunter. In shaa Allah tiada kejadian isi minyak percuma di sini. Lepas isi terus blah. Pasti kena tahan dalam masa terdekat. Jangan buat hal ye. Hihi.. Selesai isi minyak, kami teruskan perjalanan. Anak-anak dah mula senyap di belakang. Samada diorang main game atau tidur kekenyangan.

Harga diesel seliter @ GBP1.299. Fuhh..
Harga minyak di sini berubah setiap masa. Lain stesen minyak lain harganya. Diesel lagi mahal dari petrol tapi mileage tinggi. Stesen minyak yang terletak di kawasan luar bandar lebih murah dari di bandar dan juga highway. Tapi kalau minyak dah E terpaksalah isi juga. Guna kereta sendiri boleh bajet lagi berapa jauh kereta masih boleh berjalan. Lokasi stesen minyak pun tahu. Kat tempat orang macam mana nak bajet. Takut tak sempat cari stesen minyak je. Huhu.. Tahun 2012 harga minyak lagi tinggi, hingga GBP1.50/liter. Tapi masa tu currency murah sikit, hanya RM5.00/GBP. Kira lebih kurang jugalah dengan sekarang ni. Apa-apa pun ianya tetap lagi tinggi dari Malaysia. Bersyukur jadi rakyat Malaysia.

Sampai tempat ni boleh la isi minyak penuh. Hihi..


@ TRAVELODGE BEDFORD WYBOSTON

Jam 10.15 malam kami sampai di Travelodge Bedford Wyboston, hotel pertama daripada 12 Travelodge yang saya dah book untuk trip kali ni. Saya langsung tak book Premier Inn sebab harganya yang agak mahal berbanding Travelodge. Walaupun Premier Inn lebih selesa, tapi tujuan kami nak tidur dan mandi je. Cukuplah dapat hotel yang berpatutan. Hihi.. Di UK saya tak pasti adakah mereka check bilangan orang dalam satu bilik. Di Jepun memang strict, kalau bilik tu untuk 2 orang je, maka memang kena ada 2 orang. Kat Malaysia main belasah je duduk seramai yang boleh. Hehe.. Travelodge hanya allocate maksimum 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk setiap bilik. Saya book 2 bilik. Harga tetap sama walaupun booking bilik 2 orang atau 4 orang. Jadi 2 orang anak saya kononnya akan tidur di bilik Fa dan Abang Fikri. Tak pasti diorang check atau tidak, yang penting isu bilik kami selesai. Hehe..

Driving route: From Oodles Chinese - Luton to Travelodge Bedford Wyboston
Travelodge Bedford Wyboston @ GBP26.00/night
Saya berurusan di kaunter. Staff bertugas amat friendly orangnya. Saya berikan dokumen booking padanya. Dia bertanya berapa orang semuanya sambil melihat kami semua yang duduk di depan kaunter. Nampaknya dia check juga bilangan ahli. Nasib baik Fa dan Abang Fikri join. Boleh 'tumpangkan' 2 orang anak saya dalam bilik diorang. Hihi.. Selesai buat pembayaran sebanyak GBP26.00/night untuk satu bilik, staff tersebut berikan invois dan juga kunci bilik sambil mengucapkan enjoy your stay dengan senyuman. Nasib baik dapat bilik bawah. Kalau tak jenuh la nak mengangkat beg naik tangga. Hehe.. Anak-anak bantu bawa beg masing-masing masuk ke dalam bilik.

Bilik amat kemas dan teratur
Takpelah bilik sempit sikit. Janji ada tempat untuk tidur. Dah lama tak nampak katil. Hehe.. Anak-anak mintak mandi dalam bathtub. Saya tak bagi sebab dah lewat. Nanti bila sampai hotel awal baru boleh duduk lama dalam bathtub tu. Selesai bersihkan diri, wife susun siap-siap pakaian yang akan kami guna esok. Mudah supaya tak kelam kabut di awal pagi. Tak boleh suruh diorang cari pakaian sendiri. Nanti bersepah dibuatnya. Beg yang pecah tadi masih boleh digunakan walaupun dah tercabut sebiji tayar dia. Tengoklah esok lusa boleh buang dah beg tu. Beg ni wife saya pinjam kat kawan dia. Dah maklumkan padanya. Kawannya tak kisah sebab dah memang dah uzur pun beg tu. Dah sampai masa untuk dilupuskan. Hihi.. Apa-apa pun kami dah buat report kat travel insurans. Harap dapat claim.

Usianya berakhir di UK. Huhu..
Jam 11.30 malam saya mula merebahkan diri atas katil. Tidur di atas flight tak sama feel dia berbanding tidur atas katil. Anak-anak mintak tengok tv sampai tertidur. Suka hati korang la. Jangan tak tidur sudah la ye. Saya kena tidur dulu sebab esok nak pakai banyak tenaga untuk drive dan jalan-jalan mengikut jadual itinerary yang saya dah buat. Anak-anak boleh je tidur dalam perjalanan kalau mengantuk. Pengalaman hidup baru bakal tercetus esok. Moga dipermudahkan semuanya.

Wallahu 'alam..





6 comments:

  1. Satu saya suka pasal Canada atau USA nyer kereta sewa, semuanya berada di dalam kawasan Airport ... jadi senang ... tak perlu nak risau risau nak cari transportation ke sana ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tuan. Hanya itu je option murah beserta child car seat & booster seat. Ikutkan memang nak cari kat airport je sebab mudah. Tapi harga sewa child car seat sampai GBP10/day..

      Delete
  2. Green Motion ..... either you love it OR hate it. Bagi anak2 tenggok TV UK w/pun documentary, berhati2 ya, kekadang bila dah lewat mlm, ada "turtle without shell".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup la 2 kali amik kat Green Motion. Ye tuan, TV UK ada special channel. Kena pantau diorang tengok channel kartun je. Hehe..

      Delete
    2. W/pun dah lebih 1 tahun sy mention dlm post awak yg lain, baru² ni terbaca about 'Green Motion' di blog Modern Mum's Thingy. Post nya pun dah 2 tahun lepas. Just utk precaution & utk mrk yg bercadang utk sewa kete di UK. Sila baca ni : https://modernmumthingy.com/hati-hati-sewa-kereta-di-uk/

      Klau you buat search di FB, ni satu akan kuar "Class Action Against Green Motion" - private group, jadi malas nak join.

      Delete
    3. Ye tuan, saya pun ada terbaca pasal Green Motion ni. Sebenarnya masa trip 2012 dulu saya dapat tengok depan mata sendiri macam mana customer mengamuk kena charge pasal scratch yang minima pada kereta. Tapi masa tu tetap teruskan sebab dah booking semua. Tawakkal je lah. Alhamdulillah takde apa-apa masalah.

      Then masa 2019 saya sewa lagi sebab harganya yang murah. Risau juga diorang tak check sekali masa saya pick-up kereta. Alasan yang diberikan saya amik full coverage insurance. So tak perlu diorang nak check. Lega, takde apa-apa masalah lepas saya return.

      Dah 2 kali 'selamat', tak mungkin jadi kali ketiga. So, lepas ni memang cari company lain la. Hehe..

      Delete