Friday 8 May 2020

JJCP UK V.2: Day 03 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 29 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ MADINGLEY ROAD PARK & RIDE
@ CAMBRIDGE P&R BUS
@ CAMBRIDGE


Tepat jam 6.00 pagi saya dikejutkan oleh alarm dari phone. Lepas mandi dan solat Subuh saya kejut anak-anak. Mudah sungguh diorang bangun pagi ni. Selalunya liat nak bangun. Mungkin sebab excited nak jalan-jalan tengok bumi UK. Baguslah kalau sepanjang hari senang bangun tidur macam ni. Samalah dengan saya. Kalau time kerja macam malas je nak bangun pagi. Tempat orang kemain senang nak terjaga. Pakai alarm phone yang tak berapa kuat pun boleh tersedar dengan mudah. Hihi.. Anak-anak bergilir gunakan bilik air untuk mandi. Wife sediakan breakfast daripada ration yang dibawa. Semua dah siap makan, jam 7.15 pagi kami bersiap untuk check-out. Anak-anak mainkan peranan masing-masing. Setiap pagi diorang kena bersihkan bekas makanan, bekas toiletries dan bantu bawa beg ke kereta.


Check-out. Thank you Travelodge Bedford Wyboston!
Cuaca pagi ni agak sejuk dan berkabus. Sementara Abang Fikri dan Eimran susun beg di belakang kereta, saya setting semula baby car seat di bahagian tengah seat hadapan. Kesian wife kena tahan duduk seat sempit semalam. Sampai kena sengetkan kaki sebab tak muat. Huhu.. Seat dalam kereta ni tak berapa selesa. Bahagian tengah dan belakang tak boleh nak recline seat. Dah check semua part kat bawah seat, memang takde button untuk baringkan seat. Maka terpaksalah diorang bertabah duduk tegak sepanjang perjalanan macam naik public transport. Huhu..

Abang Fikri pakar dalam memuatkan semua beg. Hihi..
Baru nampak rupa sebenar kereta ni. Panjang sungguh la..
Alhamdulillah, berjaya juga pasang baby car seat dengan betul. Barulah wife saya selesa sikit duduk di tepi pintu. Sebelum mulakan perjalanan kami bergambar kenangan di sekitar Travelodge. Anak-anak dah mula pujuk pergi kedai dalam Shell di sebelah. Tadi kat lobi pun dah mintak beli jajan kat vending machine. Pantang nampak kedai diorang ni. Diorang belum tengok lagi kedai-kedai yang lain especially Poundland. Semua barang harga 1 pound. Tapi bila check-out berpuluh pound boleh habis. Hehe..Sabar, banyak hari lagi kita kat sini.

Ceria di pagi hari walaupun tak berjaya pau jajan kat vending machine. Hihi..

Good Morning Bedford Wyboston!

Tepat jam 8.00 pagi setelah membaca doa, kami mulakan perjalanan menuju ke destinasi pertama pada hari ini. Cuaca amat baik pagi ni. Kenderaan pun tak banyak di atas jalan raya. Ingatkan boleh la sampai awal. Tapi sangkaan saya meleset. Lagi beberapa kilometer nak sampai destinasi jalan raya menjadi sesak. Sampai tak bergerak langsung. Huhu.. Tak pasti samada jalan tutup akibat banjir ataupun peak hour orang nak pergi kerja. Terpaksalah kami layan jem sebelum sampai tempat yang dituju. Semalam dah kena, hari ni pun kena lagi. Kalau setiap hari kena jem macam ni kepala pun boleh jem. Takut tak dapat nak ikut itinerary on-time. Silap haribulan ada tempat yang kena skip. Huhu..

Mula-mula lancar, lepas tu jem. Haduii..
Ada orang masih jetlag lagi. Hehe..


@ MADINGLEY ROAD PARK & RIDE

Jam 8.45 pagi barulah kami berjaya keluar simpang dari jalan utama yang jem tadi. Ramai sungguh orang nak ke bandar Cambridge. Kami parking di Madingley Road Park & Ride. Di Cambridge tak banyak option untuk parking kereta dan agak mahal juga caj parking di tengah bandar. Daripada tambah jem nak mencari parking, baik naik bas P&R yang disediakan. Biar kepala driver yang jem bawa bas. Dah memang itu kerja dia. Hihi.. Ada 5 lokasi Park & Ride di sekitar Cambridge dan Madingley Road adalah yang paling dekat dengan laluan kami.

Driving route: From Travelodge Bedford Wyboston to Madingley Road Park & Ride
Lokasi Park & Ride di Cambridge
Tak banyak kereta di kawasan parking yang luas di sini. Saya parking berhampiran dengan hentian bas. Tiada bayaran dikenakan jika parking kurang dari 18 jam. Takdelah lama sangat kami berada kat sini. Kami bersiap-siap untuk naik P&R Bus. Tiket boleh dibeli secara tunai melalui driver bas. Ada beberapa jenis tiket bas boleh dibeli bergantung pada perjalanan. Untuk kami semua, saya beli satu tiket group berharga GBP8.50/return dan satu tiket adult return berharga GBP3.00/return. 3 orang kanak-kanak free dengan satu tiket dewasa. Jadi dapat lah save GBP0.50 daripada beli 4 tiket adult return yang berharga GBP12.00. Hihi..

Info di hentian bas
Simpan tiket ni untuk balik nanti


@ CAMBRIDGE P&R BUS

5 minit menunggu akhirnya P&R Bus sampai di hentian. Kami beratur bersama beberapa penumpang lain masuk ke dalam bas. Pertama kali diorang naik bas double decker, dah tentu nak duduk atas. Bila lagi nak merasa. Bas mula bergerak menuju ke bandar Cambridge. Jalan yang jem tadi dah clear. Mungkin tadi jem disebabkan semua nak masuk kerja sebelum pukul 9.00 pagi kot. Yang bercuti bagilah peluang kepada yang bekerja. Hihi.. Elysha seronok dapat naik bas. Teruja dia menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan. Tujuan saya melawat Cambridge adalah untuk tunjukkan kat anak-anak tempat belajar orang bijak pandai. Bagaimana suasana persekitaran universiti yang terkenal di dunia ni. Dulu saya dah melawat Oxford. Kali ni Cambridge pulak. Setakat ni saya hanya ada dictionary je. Hihi.. Manalah tahu satu hari nanti ada di antara anak-anak saya yang berjaya melanjutkan pelajaran di sini. In shaa Allah, tiada yang mustahil. Boleh la saya dan wife datang melawat selalu sambil bershopping. Hehe..

Seronok anak-anak dapat pengalaman baru dalam hidup

@ CAMBRIDGE

Perjalanan dalam P&R Bus memakan masa hanya 10 minit je untuk sampai ke hentian pertama. Anak-anak dah bersiap-sedia untuk perjalanan jauh menggunakan kaki. Eirfan dan Elysha boleh gilir-gilir duduk atas stroller kalau tak larat nak berjalan. Yang lagi dua orang tu bertabahlah ye. Macam inilah cara ayah dan ami travel selalu, banyak menggunakan transport kaki sendiri. Hihi.. In shaa Allah diorang boleh bertahan. Secara psikologinya, kalau berada kat tempat baru takde rasa penat sangat berjalan kaki. Tapi kalau tempat yang selalu pergi, nak jalan ke seberang jalan pun malas. Hehe..


P&R Bus route: From Madingley P&R to Bridge Street
Sejuk terasa apabila jejakkan kaki di bumi Cambridge. Cahaya matahari tetap memancar tapi tak berangin. Kurang la sikit kesejukan tu nak cecah sampai tulang kami. Hihi.. Dari persimpangan Bridge Street kami berjalan ke arah University of Cambridge. Saya amat kagum dengan senibina bangunan lama di UK yang masih kekal hingga sekarang. Memang kena dengan style travel saya iaitu untuk menghayati pemandangan dan senibina lama. Rasa macam berada di zaman dulu. Seram pun ada juga kalau jalan sorang-sorang waktu malam. Huhu..

Turun dari bas terus nampak bangunan yang cantik-cantik. Kagum!..
Saya pernah cuba belajar photography. Adalah sekali pergi kelas Canon cara-cara untuk ambil gambar yang menarik. Sekurangnya bila travel dapatlah ambil gambar menarik. Siap beli kamera DSLR dan lens yang beribu harganya. Nampaknya sekali tu je lah pergi kelas. Hangat-hangat tahi ayam rupanya. Nampak sangat photography bukan minat saya. Hihi.. Saya guna mode auto je walaupun tau banyak benda boleh dibuat oleh kamera tu. Nak set aperture pun tak pandai. Kadang-kadang kawan pinjam. Tapi sekarang ni orang guna smartphone dan macam-macam apps untuk cantikkan gambar. Akhirnya kamera tu dibiarkan menghuni dalam stor. Huhu.. Apa-apa pun dapat tengok live depan mata adalah pengalaman yang terbaik. Gambar sebagai kenangan. Gambar yang cantik pula adalah bonus.

Red post box antara benda ikonik di UK bersama red phone box.
Cantik sungguh pemandangan di sekitar University of Cambridge, salah satu universiti yang terbaik di dunia!. Tengok muka student yang kayuh basikal pun nampak pandai-pandai belaka. Hehe.. Saya bagitau pada anak-anak, belajar rajin-rajin in shaa Allah dapat sambung belajar kat sini ataupun mana-mana universiti yang terbaik. Ayah dan ami akan usaha sungguh-sungguh untuk hantar korang semua belajar ke mana saja demi masa depan korang. Si abang senyum tersipu-sipu je. Mana taknya, buat masa ni asyik main phone tanpa henti. Huhu.. Masih ada peluang lagi untuk berubah. Saya amat yakin dengan kebolehan anak-anak saya.

Amik gambar untuk bagi semangat belajar. Hihi..
Tak dapat nak ronda dalam universiti, dapat tengok dari luar pun dah cukup gembira. Dulu dah tengok keadaan di University of Oxford, kali ni dapat tengok Cambridge pulak. Dictionary dari kedua-dua universiti ni saya ada. Itu jelah yang mampu buat masa ni. Hehe.. Setelah berpuas hati mengagumi struktur binaan bangunan universiti di sini, kami sambung jalan-jalan di kawasan sekitar. Kami mencari kedai souvenir untuk beli sekeping dua fridge magnet sebagai kenangan telah menjejakkan kaki di bumi Cambridge. Kami tak bercadang nak duduk di sini seharian. Ada beberapa tempat lagi yang perlu kami singgah sebelum malam menjelma. Dah la waktu siang singkat. Jadi kami kena bergerak pantas untuk explore sebanyak mungkin tempat yang menarik di sini.

Tak dapat belajar, dapat sambar sehelai hoodie ni pun best juga. Hihi..
Kami berjalan menuju ke Cambridge Market Square yang terletak di satu kawasan lapang. Hanya kelihatan beberapa gerai yang baru mulakan perniagaan. Baru pukul 9.30 pagi. Masih awal lagi. Kami jalan-jalan dulu di kawasan sekitar. Shopping complex pun masih belum buka lagi, tapi nampak macam meriah suasana di sini. Mana taknya, hari ni adalah sambutan Black Friday iaitu hari pertama untuk Christmas Shopping. Maka banyaklah butik yang buat sales melampau pada hari ini. Sebab tu kami tak boleh nak stay lama di sini. Ada tempat yang perlu kami singgah untuk jalankan tugas sebagai personal shopper. Kawan-kawan dalam group whatsapp khas dah tak sabar nak buat pesanan secara live. Wife saya pun tak sabar dah tu. Hehe..

Hanya beberapa gerai baru beroperasi di Cambridge Market Square
Kami berjalan di satu lorong dan masuk ke dalam kedai yang sudah mulakan perniagaan. Seperti sedia maklum, butik Clarks adalah antara yang famous di UK. Kalau di Malaysia harganya tak pernah jatuh. Even buat sales pun masih mahal harganya. Masih teringat lagi masa 2012 dulu saya boleh tak beli kasut boot Clarks yang berharga GBP19.00. Masa tu ingatkan semua butik Clarks akan jual dengan harga yang sama. Rupanya setiap butik lain harganya dan bergantung pada sales of the day. Setiap hari berlainan kasut akan dijual murah. Menyesal tak sudah. Takpelah, takde rezeki nak pakai boot Clarks yang berharga RM100.00 waktu tu. Memang takkan dapat harga tu di factory outlet Malaysia walau sales menjunam sekalipun. Huhu..

It's Black Friday today! Jom masuk butik Clarks
Saya bukanlah seorang yang kaki shopping. Tak pernah minat untuk membeli belah walaupun untuk diri saya sendiri. Sebab tu masa penyediaan itinerary, bab tempat shopping semuanya wife saya yang carikan dan saya hanya susun route perjalanan dan masa perjalanan je. Tapi ianya amat berbeza bila berada di UK. Saya jadi teruja pulak untuk membeli belah. Tambahan pula kali ni kami jadi personal shopper, jadi sambil menyelam minum air la jawabnya. Hihi.. Nasib baik kami ni budget traveller. Kalau kaya, dah lama kami borong barang-barang kat sini. Kadang-kadang ada benda yang terpaksa tengok je walaupun ianya murah. Iman tak kuat memang boleh over-budget punya. Duit yang dibawa ni pun dari order kawan-kawan. Jangan buat macam duit sendiri sudah lah. Huhu..

Haishh.. Dah siap ukur kaki nampaknya tu. Hehe..
Jam 10.00 pagi semua kedai dan butik di dalam Grand Arcade sudah mula dibuka. Orang pun dah mula ramai untuk membeli belah. Kami tak nampak lagi muka orang Asia di sini. Anak-anak ternampak kedai Smiggle. Sudah pasti kami kena masuk. Smiggle yang popular dengan barang yang berwarna-warni membuatkan anak-anak mula teruja. Layankan aje. Jangan semuanya diorang nak borong sudah la. Hihi.. Time ni keluar lah ayat pencil case kat rumah dah koyak lah, kotor lah dan macam-macam lagi. Alasan biasa untuk dapatkan pencil case baru dari Smiggle la tu. Hehe.. Antara alat tulis yang paling popular dijadikan alasan di rumah adalah pensil dan pemadam. Asal suruh buat kerja je mesti dua benda ni takde. Tak tau mana perginya. Huhu..

Kuat sungguh daya tarikan warna Smiggle ni kan. Huhu..
Sambil melayan karenah anak-anak, kami cari juga barang Smiggle yang dipesan kawan-kawan. Ingatkan takde yang berminat. Hantar gambar dalam whatsapp terus ada yang order. Nampaknya Smiggle pun boleh dibuat niaga. Hihi.. Setakat benda kecil boleh la dibawa balik. Luggage space kami banyak. In shaa Allah tak lebih 180kg untuk semua barang yang dibeli. Lagipun ada barang yang akan kami pos dari sini. Andai dah terlebih muatan, kami pos barang-barang kami. Yang kawan-kawan order kami bawa balik dulu. Barang customer lagi penting. Hihi.. Selesai di kedai Smiggle, kami sambung jalan-jalan di dalam Grand Arcade. Anak-anak bila dah dapat barang masing-masing terus jadi lapar. Kejap lagi kita cari tempat makan untuk alas perut dulu ye. Kami keluar dari Grand Arcade dan berjalan menuju ke market square. Mungkin ada sesuatu yang boleh dimakan di situ. Sebelum tu kami singgah masuk di beberapa kedai untuk mencari souvenir dan juga barangan yang dipesan oleh kawan-kawan.

Barang Harry Potter pun ada juga kawan yang order. Layann..
Yang ni pun boleh dibuat sebagai kenangan terindah
Jam 11.00 pagi, setelah jumpa apa yang dicari di kedai souvenir, kami berjalan semula ke arah Cambridge Market Square. Dengan cuaca yang sejuk, buah-buahan di sini nampak segar belaka. Air buah pun nampak fresh. Ada satu gerai halal yang menjual nasi beriyani di sini. Anak-anak taknak makan berat. Diorang nak makan snek je untuk alas perut. Jadi kami ke gerai yang menjual waffle dan juga hot chocolate. Terus teringat kat kedai waffle kami di Wangsa Maju. Walaupun kedai waffle kami kecik je tapi mampu bertahan lebih 11 tahun di dalam stesen LRT Wangsa Maju tu. Alhamdulillah, rezeki anak-anak kami.

Gerai nasi beriyani halal. Ada bendera Malaysia berkibar kat salah satu gerai di sini.
Kita alas perut dengan waffle dulu
Masa menunggu giliran untuk order waffle, seorang wanita tua yang berada di depan menegur saya dengan senyuman. Dia tengok anak-anak saya dan bertanya kenapa diorang tak sekolah. Saya jawab di Malaysia sekarang musim cuti sekolah. Barulah dia faham. Dia ingatkan kami duduk di sini. Dia kata di UK kalau anak tak sekolah atau ponteng, ibubapa akan kena penalti. Fuhh, amat strict undang-undang di sini. Kat Malaysia belambak budak ponteng sekolah tanpa sebab. Kalaulah Malaysia amalkan undang-undang macam kat UK ni kan bagus. Barulah ibubapa ambil berat tentang anak-anak mereka yang suka ponteng sekolah. Takdelah diorang jadikan guru-guru di sekolah sebagai babysitter. Bila ada kes je terus nak saman tanpa usul periksa. Huhu.. Sebelum wanita tua tu beredar, dia ucapkan happy holidays pada saya dan suruh saya cuba hot chocolate. Dia kata hot chocolate di gerai ni antara yang terbaik pernah dia minum. Saya yang pada mulanya nak order waffle je terus order hot chocolate sekali. Mudah betul saya termakan hasutan. Kalau tak sedap siaplah wanita tua tu. Hihi..

Nutella waffle dan hot chocolate untuk dikongsi
Fuhh, memang betul la sedap sangat hot chocolate ni. Rasanya inilah hot chocolate yang paling sedap saya pernah minum sepanjang hidup saya. Sedap sampai tak cukup satu. Hihi.. Waffle dengan topping nutella pun tak kurang hebatnya. Kedai saya takde topping nutella. Yang ada coklat biasa je dan juga peanut butter yang paling laris. Kalau pakai nutella terpaksalah letak harga tinggi. Tak dapat nak kekalkan harga sedia ada. Hihi.. Dapat rasa sorang sikit pun dah cukup puas hati. Fa dan Abang Fikri ada beli samosa kat gerai nasi beriyani tadi. Jadilah buat alas perut masing-masing. Apa-apa pun hot chocolate dia memang amat terbaik. Tambah pulak minum dalam keadaan cuaca sejuk. Rugi kalau tak cuba kalau berada di Cambridge. Tuan kedai pun amat peramah orangnya. 5 bintang saya bagi kat resepi hot chocolate dia. Confirm teringat sampai bila-bila. Hihi..

Roti kat sini nampak gebu semuanya. Harga pun boleh tahan..
Kami teruskan berjalan kaki meronda di kawasan sekitar. Kemudian kami masuk semula ke dalam Grand Arcade dan melihat kedai-kedai yang ada di dalam. Kami masuk butik Vans sebab ada dalam senarai pesanan kami. Andai ada barang yang dipesan boleh kami beli terus sebab sales Black Friday hanya hari ni je. Esok mungkin harga dah jadi lain. Vans juga antara brand yang popular di kalangan anak muda di Malaysia. Kadang-kadang rasa tak logik dengan design kasutnya yang simple boleh mencecah harga beratus-ratus ringgit. Saya pun tak pasti kenapa ramai sangat minat dengan kasut Vans ni. Selain dari design standard kotak-kotak dia tu, ada juga design rare yang menjadi igauan anak muda sekarang ni. Even anak saya pun suka dengan kasut Vans. Kalau murah dari harga di Malaysia apa salahnya beli sepasang untuk anak-anak. Diorang pun jarang beli kasut kecuali anak dara sorang tu. Biasalah, perempuan kan. Hehe..

Nasib baik ada yang melayan si kecik tu masa kami mencari barang
Tepat jam 12.00 tengahari sampailah masa untuk kami tinggalkan bandar Cambridge. Cukup dah pengalaman kami meronda di sini sambil shopping apa yang patut. Baru satu tempat je yang kami pergi dah banyak yang kami beli untuk kawan-kawan. Ada banyak hari lagi ni. Huhu.. Anak-anak masih ada benda lagi yang diorang nak. Sabar, banyak tempat lagi yang kita akan terjah. Takkan la dalam satu hari ni je nak beli barang. Nanti hari lain kalau jumpa yang lebih menarik kang menyesal pulak. Saya cakap buat sedapkan hati je. Saya pun pernah menyesal tak beli kasut Clarks dulu. Hihi.. Takpe, kali ni trip kami well-prepared. Ada banyak lokasi untuk membeli belah yang akan dituju. Dulu saya main terjah je tanpa buat itinerary yang lengkap. In shaa Allah jika ada rezeki tak lari gunung dikejar. Hehe.. Untuk balik semula ke Madingley Road Park & Ride, kami kena tunggu bas di bahagian luar Grand Arcade, iaitu di St. Andrew's Street. Moga kami tunggu dan naik bas yang betul.

Wallahu 'alam..

Walking route: Locations in Cambridge Central

No comments:

Post a Comment