Wednesday 13 May 2020

JJCP UK V.2: Day 04 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SABTU, 30 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ SCUNTHORPE CENTRAL
@ SCUNTHORPE CENTRAL MOSQUE


Cahaya matahari yang terik memancar menemani perjalanan kami ke destinasi berikutnya. Tapi ia bukan bermakna cuaca di luar panas. Huhu.. Kami singgah seketika di stesen minyak. Anak-anak nak ke toilet. Nasib baik stesen minyak ni takde kedai. Kalau tak dah tentu kena pau lagi. Hihi.. Kami teruskan perjalanan melalui jalan kampung yang amat indah. Selalu saya terbayangkan untuk habiskan sisa kehidupan di tempat macam ni bila dah bersara nanti. Mesti hidup tenang sepanjang hari. Tak dapat kat sini, kat kampung di Malaysia pun seronok juga. Yang penting jauh dari kota yang sentiasa penuh dengan manusia dan juga pencemaran alam sekitar.

Nampak panas tapi sejuk yang amat. Huhu..


@ SCUNTHORPE CENTRAL

Jam 1.00 petang kami dah sampai di bandar Scunthorpe. Saya ikut arahan pada Here Maps menuju ke lokasi parking tapi jalan ditutup kerana construction. Terpaksalah ikut jalan yang lain. Apabila sampai di lokasi parking kereta, semua parking lot penuh. 3 kali saya pusing masih tiada kereta yang keluar. Hari ni kan Sabtu. Dah tentu ramai orang keluar untuk bershopping. Saya ke kawasan parking lain yang berhampiran, juga tiada lot kosong. Terpaksalah saya google mencari parking lain yang tidak jauh dari sini. Akhirnya jumpa juga di hujung jalan. Itupun kebetulan ada sebuah kereta yang baru keluar. 20 minit masa kami terbuang hanya kerana mencari parking. Huhu..


Driving route: From Stickney Car Boot Sale to Scunthorpe
Kami bersiap-siap sementara saya mencari tempat untuk bayar parking. Daripada info pada signboard, caj parking di sini hanya pada hari weekdays je. Tapi ada ayat tambahan menyatakan free parking hanya untuk 2 jam. Tak pasti ianya applies untuk weekdays ataupun termasuk weekends. Saya taip no plate kereta tanpa masukkan duit. Tiket yang keluar menunjukkan masa parking free untuk 2 jam. Rasanya tak cukup 2 jam kat sini untuk kami solat, makan dan jalan-jalan di kawasan sekitar. Parking pulak jauh dari tempat asal. Jadi saya taip lagi sekali no plate kereta dan bayar GBP2.50 untuk tambahan lagi 2 jam. Cukup lah kot. Kalau seronok bershopping kejap lagi, maka saya terpaksalah cari parking yang lain kerana maximum stay di kawasan parking ni hanya 4 jam. In shaa Allah cukup 4 jam kami di sini. Hihi..

Dapat parking di Scunthorpe Market East
Mula-mula free, lepas tu kena bayar sebab tak cukup 2 jam. Hihi..
Dari parking kereta kami berjalan menuju ke masjid yang terletak berhampiran dengan parking asal yang penuh tadi. Sampai di depan pintu masjid, kelihatan seperti tempat ni dah tak beroperasi. Ketuk pintu pun tiada yang menyahut. Tengok pada tingkap pun dah boleh agak tiada penghuni. Kami terpaksa berjalan ke depan sikit kerana ada satu lagi masjid yang saya jumpa dalam maps. Sampai di masjid kedua, sama juga tiada penghuni. Saya masuk ke dalam kedai di sebelah masjid tersebut dan bertanya pada tuan kedai. Dia kata memang dah lama masjid di sebelah tak beroperasi. Dia cadangkan untuk saya ke masjid utama di jalan utama. Nampaknya makin jauh kami kena jalan kaki. Huhu.. Nasib baik cuaca sejuk. Takdelah rasa penat sangat sebab tak berpeluh.

Masjid pertama. Tutup..
Masjid kedua. Pun tutup juga. Huhu..


@ SCUNTHORPE CENTRAL MOSQUE

Kami teruskan berjalan melalui jalan utama. Akhirnya kami sampai di depan Scunthorpe Central Mosque. Kelihatan ramai lelaki yang melepak di hadapan masjid. Risau juga kalau diorang kacau kami sebab gaya dan pakaian mereka agak menakutkan. Huhu.. Kami cuba buka pintu masjid tapi berkunci. Berkali-kali kami ketuk pintu dan berikan salam masih tiada respons. Kemudian seorang lelaki datang kepada saya dan dia tunjukkan batu pada tangannya. Dia suruh saya baling batu pada cermin tingkap masjid. Lagilah saya bertambah risau. Saya senyum dan menolak dengan cara baik. 5 minit menunggu, akhirnya sebuah kereta berhenti di tepi saya. Seorang lelaki berkopiah minta saya masuk ikut pintu depan masjid. Laa, ingatkan kami kat depan masjid, rupanya ini pintu belakang masjid. Hihi.. Kami berjalan semula ke jalan besar dan masuk lorong menuju ke pintu utama masjid. Lega bila dapat jauhkan diri dari kumpulan lelaki tadi.

Ini pintu belakang masjid rupanya
Yang ni barulah betul pintu hadapan masjid. Hihi
Kami ketuk pintu masjid. Nampak macam ada orang di dalam tapi pintu tetap tidak dibuka. 15 minit kami menunggu di luar. Anak-anak bergilir bantu ketuk pintu. Mana perginya lelaki dalam kereta tadi? Huhu.. Masjid di luar negara kebanyakkannya tak dibuka setiap masa atas faktor keselamatan. Hanya ketika masuk waktu solat je akan dibuka, itupun hanya setengah jam paling lama. Masih teringat lagi masa saya di Luxembourg. Kebetulan ketika tu imam baru tutup masjid masa kami sampai. Dia buka semula dan minta kami solat dengan segera. Masjid tu selalu diganggu oleh orang sekitar yang anti-Islam. Nampaknya kami kena cari tempat tersembunyi untuk solat seperti yang saya lakukan ketika di Paris dan Jepun dulu. Masa di Kastrup International Airport, Copenhagen pun kami solat kat lorong di tepi bangunan. Itulah kekangan yang dihadapi apabila berada di negara bukan Islam. Apa-apa pun solat wajib didirikan.

Waking route around Scunthorpe Central
Makin ramai kumpulan lelaki berada di kawasan sekitar. Kami rasa tak selesa menunggu lama di luar masjid kerana diperhatikan oleh mereka. Kami teruskan berjalan kaki meninggalkan kawasan masjid. Lain macam gaya orang kat sini. Saya masih tak puas hati kenapa masjid ni ditutup. Selalunya masjid atau surau yang kecil je buka sekejap ketika waktu solat. Tapi ini adalah Central Mosque. Kalau betul pun tutup, jika ada orang di dalam apalah salahnya bukakan khas untuk kami masuk. Kami cuma nak menziarah dan menumpang solat je. Mungkin ianya ada kena mengena dengan kes yang berlaku di London Bridge semalam membuatkan keselamatan masjid diperketatkan supaya tidak berlaku sesuatu yang tak diingini. Takde rezeki kami untuk merasai pengalaman solat di Scunthorpe Central Mosque. Mungkin ada hikmah di sebaliknya.


Wallahu 'alam..

5 comments:

  1. Tempat nampak sangat cantik dan rasa tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea, kawasan kampung di sini memang terasa tenang. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Hai! Tq for reading my blog! :)

    ReplyDelete
  3. Salam. Seronok baca blog ni... bila nk smbg next part 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Sejak PKP ni sibuk memanjang. Kena tukar tempat kerja baru. Dah stabil nanti saya pasti akan sambung ya. Anyway tq for reading my blog!.. :)

      Delete