Monday 11 May 2020

JJCP UK V.2: Day 04 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SABTU, 30 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ STICKNEY CAR BOOT SALE


Jam 4.30 pagi saya dah bangun tanpa bunyi alarm. Mungkin kerana tidur awal dan terlalu nyenyak malam tadi. Sementara menunggu waktu solat Subuh, saya melayan berita di TV. Semalam telah berlaku satu serangan di London Bridge. Seorang bekas banduan bernama Usman Khan yang membunuh 2 orang warga UK dan mencederakan 3 orang telah ditembak mati oleh polis tempatan. Kes ini telah mendapat liputan meluas seluruh dunia. Sudah tentu nama Islam dikaitkan lagi dengan pengganas. Bila lah agaknya dunia ni nak aman dan semua agama hidup dalam keadaan harmoni. Bila berlakunya perkara seperti ini, golongan anti-Muslim pasti akan berbuat sesuatu hinggakan yang tak bersalah juga akan terkena tempiasnya. Kami yang ada di bumi UK sekarang ni dah rasa tak senang hati. Risau je kalau berlaku sesuatu yang tak diingini pada kami. Moga dijauhkan hendaknya. In shaa Allah..


Kenapalah boleh berlaku perkara macam ni. Huhu..
Jam 5.30 pagi saya mandi dan bersiap. Kemudian saya kejut anak-anak. Waktu Subuh hari ni jam 6.05 pagi. Selesai solat kami breakfast bersama-sama. Menu untuk pagi ni adalah roti, sup dan juga mee segera. Awal pagi dah makan maggi. Hihi.. Anak-anak memang pantang nampak maggi. Sebab tu kat rumah saya dah lama tak beli mee segera. Senyap-senyap je diorang makan. Bila saya terasa nak makan, bukak almari memang satu pun takde. Huhu.. Anak yang kedua, si Eiman yang paling kuat makan. Bila bagi nasi, sikit je dia makan. Kalau maggi, 2 bungkus pun selamba je dia hadap. Huhu.. Nampaknya kena pantau pembelian maggi di rumah. Biar satu rumah tak makan.

Kat sini kita kasi chance dia makan maggi. Makan time breakfast lagi. Hihi..
Selesai makan dan bersihkan semua bekas, kami bersiap-siap untuk check-out. Cadangnya nak keluar awal pagi ni sebab nak pergi car boot sale. Selalunya banyak pilihan yang menarik jika sampai awal di sana. Tapi bila bawa anak-anak ni kenalah banyak bersabar. Memang susah nak ikut plan asal. Jadi jam 7.45 pagi barulah kami keluar dari bilik. Saya letakkan kunci di kaunter dan keluar menuju ke kereta. Sejuk sungguh cuaca pagi ni. Kabus tebal di sekitar hotel. Anak-anak dah mula berlari di kawasan parking kereta. Ada kesan ais di atas jalan raya dan rumput membuatkan mereka lagi teruja. Pertama kali dalam hidup diorang dapat tengok salji walaupun tak tebal. Jadilah buat syarat. Kalau ada rezeki, esok lusa suhu lagi rendah mungkin dapat tengok salji turun dari langit.

Thank you Travelodge Grantham South Witham!
Kabus tebal. Anak-anak jakun tengok lopak ais atas jalan. Hihi..
Abang Fikri bantu masukkan beg ke dalam kereta. Bertambah satu beg tapi masih muat lagi. Tak tau la macam mana kalau bertambah lagi untuk hari-hari berikutnya. Kalau tak muat terpaksalah letak kat bahagian kaki anak-anak. Hehe.. Ini pun nasib baik kami bawa 3 beg besar dan 3 beg sederhana. Kalau semuanya bawa beg besar memang confirm tak muat. Itulah yang merisaukan saya masa nak sewa kereta haritu. Kalau Fa dan Abang Fikri sewa kereta lain in shaa Allah takde masalah. Takpelah, buat masa ni jangan fikir dulu pasal muat atau tidak. Yang penting pintu boot kereta tu boleh ditutup. Cuma saya tak dapat nak tengok melalui rear-view mirror. Mengharapkan side-view mirror je lah ketika memandu. Huhu..

Belum cukup padat lagi ni. Hahah..
Bergambar dulu sebelum mulakan perjalanan
Jam 8.10 pagi setelah enjin kereta dipanaskan dan doa dibacakan, kami mulakan perjalanan hari ni. Jalan yang berkabus membuatkan jarak pemandangan menjadi terbatas. Terpaksalah bawa kereta perlahan. Kalau takde kabus pun perlahan juga saya bawa kereta. Hihi.. Daripada highway, kami keluar simpang ke jalan dalam menuju ke Boston. Jangan ingat kat US je ada Boston. Kat sini pun ada tau, cuma tak famous lah. Hihi.. Kelihatan rumput di tepi jalan dipenuhi dengan salji putih. Anak-anak lagi teruja dibuatnya. Mungkin malam tadi ada salji yang turun agaknya. Jika berada di kawasan kampung lagi mudah nak tengok salji berbanding di bandar kerana banyak tempat yang masih belum terusik. Pemandangan pun lebih cantik di countryside. Sebab tu lebih baik sewa kereta dan pandu sendiri. Ikutlah nak ikut jalan mana pun. Boleh je berhenti bila-bila masa. Hihi..

Kabus tebal di sepanjang perjalanan
Road trip: From Grantham to Stickney

Jam 9.00 pagi kabus mula menghilang dan cahaya matahari menyinari pemandangan. Daripada GPS Here Maps, ada lebih setengah jam lagi untuk sampai ke destinasi. Si kecil tu dari tadi tak tidur. Nampaknya dah kembali ke kehidupan normal. Hihi.. Saya paling risau dengan dia kalau tak tahan cuaca sejuk. Tapi rasanya dia boleh bertahan. Kat rumah pun dialah yang paling suka suruh buka aircond kuat-kuat. Tak pakai baju pun selamba je dia boleh tahan. Cuma kat sini takut dia demam sebab terkejut setiap masa cuaca sejuk. Moga dia dan anak-anak yang lain boleh bertahan hingga ke akhir trip, in shaa Allah..

Kuyu je mata dia. Yang penting dia duduk diam..
Jam 9.40 pagi kami sampai di Stickney. Kami tak nampak lagi mana-mana signboard lokasi car boot sale yang sebenarnya. Car boot sale di UK amatlah banyak. Masa summer memang takde masalah. Untuk winter hanya beberapa car boot je yang beroperasi. Itupun bergantung pada keadaan semasa di lokasi kejadian. Jika malam tadi hujan lebat, mungkin lokasi berubah dan mungkin juga langsung tak beroperasi. Kiranya kami cuba dan jaya je, dengan harapan ianya buka. Saya follow beberapa page car boot, tujuannya untuk dapatkan live update tentang operasinya. Kalau batal diorang akan maklumkan dalam page berkenaan. Setakat ni takde apa-apa berita lagi. Mungkin car boot sale di Stickney ni buka, cuma belum sampai tempatnya lagi. Kami masih mengharap..

Dari Boston ke Stickney, masih belum jumpa lagi lokasi car boot sale
Andai kata tak jumpa kat mana letaknya car boot sale, kami akan teruskan perjalanan hingga ke destinasi berikutnya. Kira takde rezeki nak bershopping di car boot. Sebenarnya car boot adalah antara agenda utama kami travel ke sini. Masa 2012 dulu kami dapat pergi satu car boot sale di Doncaster. Itupun secara tak sengaja sebab nampak ada orang pikul kerusi tepi jalan. Banyak jugalah barang yang kami borong ketika tu. Walaupun barang second-hand, tapi kualitinya nampak seperti baru dan seperti belum digunakan. Siapa taknak beli kasut Clarks yang langsung takde kesan di tapak berharga 50 pence? Hehe.. Lepas 5 minit melepasi pekan Stickney dan melalui kawasan lapang, akhirnya kami nampak signboard car boot sale. Alhamdulillah, ianya beroperasi!. Akhirnya dapat juga kami pergi ke car boot. Dengan pantas saya masuk simpang dan menuju ke kawasan parking yang disediakan.

Driving route: From Travelodge Grantham South Witham to Stickney Car Boot Sale


@ STICKNEY CAR BOOT SALE

Stickney Car Boot Sale terletak di satu kawasan lapang. Saya mencari port parking di kawasan yang agak berlecak. Nak dijadikan cerita, tayar kereta kami sangkut dalam lumpur. Dah cuba masuk gear dan pakai kayu pada tayar pun tetap tak bergerak. Huhu.. Silap saya juga termasuk kawasan tu. Patutnya parking kat atas jalan berpasir. Saya minta wife dan Fa bawa anak-anak pergi cuci mata dulu sementara saya dan Abang Fikri mencari jalan penyelesaian untuk keluarkan kereta. Kebetulan ada satu lori pun sangkut juga. Driver tu berjumpa dengan seorang petugas car boot untuk minta bantuan. Satu traktor bergerak ke arah lori tersebut dan menariknya keluar dari lumpur. Dah selesai je terus Abang Fikri berjumpa dengan petugas tu. Rupanya memang traktor tu bertujuan untuk bantu kereta yang tersangkut. Kami mencari tools untuk ikat di bahagian depan kereta. Nasib baik jumpa kat bahagian seat bawah kereta. Petugas tu bantu pasangkan tools tersebut dan akhirnya kereta kami berjaya dikeluarkan dari lumpur. Alhamdulillah. Saya mengucapkan terima kasih pada petugas tersebut dan terus parking kereta di atas jalan berpasir. Lega..


Agak jauh ke dalam lokasi car boot sale
Rescue mission done. Hehe..

Isu kereta sangkut dah selesai. Barulah senang hati nak mencuci mata. Banyak lagi kereta yang berada atas lecak tu. Mesti diorang akan terima nasib yang sama dengan saya. Hehe.. Sejuk sungguh cuaca kat sini. Menusuk sampai ke tulang. Huhu.. Tak banyak gerai yang sedang beroperasi. Ada juga yang dah mula simpan barang jualan masing-masing. Banyak barang dah terjual, buat apa lagi tunggu kat situ. Hihi.. Sebab itulah kami bercadang nak datang seawal pagi yang boleh. Takpelah, mana-mana gerai yang tinggal ni pun sudah cukup bermakna. Sekurangnya dapat juga cuci mata. Mungkin masih ada lagi hidden items yang menjadi idaman kami di sini. Entah mana perginya wife saya dan anak-anak. Bila nampak jualan murah memang susah nak cari. Hihi..

Nasib la siapa yang parking kat atas rumput yang berlecak tu. Hihi..
Jom jalan-jalan sambil menyelam. Hihi..
Boleh dikatakan semua barang harian ada dijual di car boot. Daripada sekecil-kecil barang seperti kasut, pakaian dan mainan hinggalah sebesar-besar barang seperti almari, kerusi dan meja makan. Buah-buahan dan makanan juga ada dijual. Apa yang menarik di car boot, semua barang boleh tawar hingga dapat harga yang dirasakan sesuai. Tapi kalau dah nego melampau lepas tu tak beli, siapa tak marah. Huhu.. Untuk yang travel bajet memang digalakkan untuk singgah ke car boot sale sebab jika bernasib baik dapat barang yang memang diiginkan dengan harga yang super murah. Kalau bajet tinggi tak perlu lah datang ke tempat macam ni. Baik stay kat London je layan butik yang mahal-mahal. Hihi..

Kena pandai mencari. Kasut Nike tu saiz saya pulak tu. Haishh..
Buah-buahan dan sayuran amat segar dan murah
Setengah jam meronda barulah jumpa wife saya. Ada plastik di tangan tanda ada barang yang dia berminat. Anak-anak dah mula teruja tengok barang masing-masing. Si kecil tu dah nampak gerai menjual kereta mainan. Dia memang pantang nampak kereta. Benda lain dia tak kisah sangat. Tapi kalau kereta memang menjadi idaman dia especially monster truck. Kat rumah berpuluh kali ulang cerita pasal monster truck pun dia layan macam baru pertama kali tengok. Hihi.. Kereta hot wheel tak payah cerita, boleh penuh ruang tamu. Kat sini hot wheel dijual dengan harga GBP1.00 untuk 5 biji kereta. Makin galak la si kecil tu. Eimran pulak teringin hoodie Superdry yang berharga GBP4.00. Rugi pulak kalau tak beli. Alah membeli menang memakai.

Nampak macam ada yang dapat topi baru tu. Hehe..
Sejam meronda kat sini dah cukup puas. Tak dapat bayangkan kalau sampai awal pagi tadi. Mesti lagi banyak gerai yang beroperasi. Saya kembali ke kereta sambil menunggu yang lain. Fa dan Abang Fikri yang dah ada kat kereta sambung lagi meronda. Ada la benda yang dia nak cari tu. Abang Fikri memang berminat kumpul barang lama dan antik. Kalau dah berkenan tu amik je lah. Nanti menyesal kalau tak beli. Siap masuk dalam mimpi lagi. Hehe.. 15 minit saya tunggu di kereta sambil makan bekal maggi, barulah nampak kewujudan yang lain menuju ke kereta. Semua amat berpuas hati dapat jalan-jalan di car boot sale. Diorang seronok bila saya kata esok mungkin akan ke car boot lagi tapi di tempat lain. Selalunya car boot hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad. Jadi jangan lepaskan peluang ke car boot bila berada di sini pada hujung minggu. Hihi..

Banyak hasil selaman Fa dan Abang Fikri. Hehe..
Seronok si kecil tu dapat kereta mainan
Menyelam dah selesai, makan hasil bekalan pun sudah. Tepat jam 11.00 pagi kami mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. Dalam perjalanan kami makan buah-buahan segar yang dibeli tadi. Rasa macam makan buah yang baru keluar dari peti ais. Hihi.. Destinasi berikutnya kami bercadang nak mencari barang-barang pesanan di tempat yang paling wajib untuk dikunjungi untuk golongan bajet macam kami. Mana lagi kalau bukan Primark. Dulu memang banyak saya beli barang di Primark untuk anak-anak. Kali ni diorang sendiri dapat rasai pengalaman berada di dalam Primark. Hari ni cawangan Primark yang akan kami pergi terletak di bandar Scunthorpe. Boleh singgah solat dan makan sekali. Moga sampai dengan selamatnya.

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Terbaik Cikgu. Teruskan menulis. Lepas habis baca trip Scandinivia, layan penulisan cikgu pasal trip UK V2. Kagum dengan Cikgu dapat ingat dan menulis secara detail trip yang dilakukan setiap hari..kalau saya, memang tak ingat laa detail bahkan yang minggu lepas punya pun tak ingat dah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis bila ada masa terluang. In shaa Allah ingatan masih kuat untuk ceritakan pengalaman travel. Banyak nota yang dibuat. Hihi..

      Delete