Saturday 14 April 2018

JJCP VietCam: Souvenirs & Collectible Items

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Untuk family trip kali ni, tak banyak barangan souvenir yang saya bawa balik. Niat utama hanyalah untuk berjalan menjejaki Cambodia dan melawat tempat yang popular dan bersejarah di Phnom Penh dan Siem Reap. Sebagai kenangan, hanya fridge magnet je yang saya beli. Itupun tak sampai 10 biji. Huhu.. Mungkin kerana awal-awal lagi masa sampai di Vietnam saya dah rasa tak puas hati tentang bas yang kami sewa. Kemudian ditambah dengan driver bas di Cambodia yang sepatah haram tak faham bahasa Inggeris. Haduii.. Terus hilang mood nak shopping. Nasib baik ada kawan-kawan travel yang join. Dapatlah kurangkan sikit stress pasal bas ni. Hahah..

# FRIDGE MAGNETS

Jadilah dapat beli beberapa fridge magnet untuk memenuhkan pintu peti ais kat rumah. Hihi.. Kalau dikira fridge magnet dari mula saya travel, dah tak muat nak letak kat fridge 2 pintu. Kena beli fridge lagi satu untuk letak semuanya. Takkan sampai kena beli peti ais baru kot. Hehe.. Nampaknya dah tak sesuai nak letak kat pintu peti ais. Tunggu sikit masa lagi, saya ingat nak beli magnetic board besar yang boleh digantung kat dinding dan letak semua fridge magnet saya. Bukan apa, bila dah terpaksa guna sampai ke bahagian bawah peti ais, anak bongsu saya suka sangat cabut dan buat main. Setakat cabut je takpe lagi, tapi dia siap baling lagi. Banyak jugalah fridge magnet sya yang dah pecah. Huhu.. Sebab tu banyak fridge magnet yang saya simpan dalam almari. Mana yang nampak menarik je saya lekatkan kat pintu peti ais. Hihi..

Cukup sebagai syarat ntuk destinasi yang dah dilawati

# STARBUCKS CITYMUG

Starbucks dah mula keluarkan citymug khas kepada pengumpul yang dinamakan Starbucks You Are Here Collection. Serius cantik dan comel design dia. Yang paling penting saiz citymug ni sama untuk semua Starbucks di seluruh dunia. Kotak pun nampak menarik. Amat sesuai untuk dijadikan koleksi peribadi. Dulu saiz mug berbeza mengikut lokasi. Design pun simple je. Daripada koleksi saya, cuma citymug Jepun yang saya rasa paling menarik design dia. Buat masa ni Starbucks Malaysia belum keluarkan lagi. Mungkin satu hari nanti akan keluar juga. Apa-apa pun saya amat berminat dengan design yang terbaru ni. Macam mana dengan citymug yang saya dah beli sebelum ni? Nak buat display rasanya tak menarik sebab saiz setiap citymug tak sama. Mungkin saya akan jadikan citymug lama untuk kegunaan harian atau pun jual kepada pengumpul tegar. Agak ramai juga kaki kumpul citymug Starbucks dalam group facebook yang saya join. Manalah tau mungkin ada yang berminat. Dapat la duit sikit. Hihi.. Masalahnya sekarang, adakah saya akan kumpul semula design terbaru dari lokasi yang saya dah pergi sebelum ni? Nak pergi balik macam tak logik. Cara lain yang lebih sesuai adalah dengan memesan kepada rakan-rakan yang travel ke sana. Itupun kalau mereka sudi nak belikan dan bawa balik. Setakat negara jiran takde masalah, bila-bila masa je boleh pergi beli citymug yang baru. Hehe..

Starbucks You Are Here Collection pertama saya. Cantik..

# HARD ROCK CAFE ANGKOR

Di Siem Reap ada Hard Rock Cafe yang mula beroperasi pada tahun 2014. Dapatlah saya kumpul koleksi t-shirt HRC yang ke-25 dalam koleksi peribadi saya. Kebanyakan design yang menarik saya dah ada. Jadi terpaksalah pilih mana-mana design lain yang saya masih belum ada lagi. Barulah berwarna-warni keadaan dalam almari HRC saya. Hihi.. Tension betul masa saya di Phnom Penh dan nampak logo HRC kat satu dinding bangunan bertulis 'Opening Soon'.. Kalau bukak kan ke bagus. Huhu.. Persoalannya sekarang, kat siapa saya nak pesan bila HRC Phnom Penh dah buka nanti. Harap ada lah rakan travel yang nak ke sana dan sudi terima pesanan dari saya. Nak bayar lebih sikit pun takpe, kira upah la tu. Hihi.. Dalam facebook pun ada juga group pengumpul tegar t-shirt HRC. Kalau ada ahli group yang nak jual t-shirt HRC Phnom Penh, dah tentu saya akan beli punya. Hehe..

HRC Angkor t-shirt for me. Simple je design dia..
HRC Angkor pilihan wife saya
Ini je lah barangan souvenir dan collectible items yang saya bawa balik. Paling sikit dalam sejarah travel saya. Hihi.. Cukuplah sebagai kenangan saya pernah menjejakkan kaki di bumi Cambodia. Anak-anak saya lagi banyak barang souvenir yang diorang beli. Nak bagi kat cikgu sekolah katanya. Untungnya jadi cikgu, banyak dapat hadiah dari anak murid. Itupun kalau murid suka guru tu. Kalau tak suka pun dapat hadiah juga, iaitu mural di pintu kereta. Huhu.. Maka habislah sudah penceritaan perjalanan saya sekeluarga bersama kawan-kawan menjelajah bumi Cambodia yang utamanya dan Vietnam sebagai starting dan ending point sebab tiket flight murah hanya ke Ho Chi Minh City. Kalau la tiket flight ke Phnom Penh atau Siem Reap dapat murah dah tentu kami takkan pergi ke Vietnam. Hihi.. So, next travel nak ke mana? Masih menjadi tanda tanya. Website tiket flight sentiasa disemak. Ada je mana-mana tiket yang murah dan kena pulak dengan tarikh, apa lagi yang nak ditangguhkan. Grab je terus. Moga dapat apa yang diimpikan. Wallahu 'alam..

JJCP VietCam: Post Mortem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah selesai juga penceritaan saya tentang perjalanan mencari pengalaman di bumi Vietnam dan Cambodia ni. Walaupun dah lama ia berlalu namun setiap pengalaman yang dilalui akan diingati sampai bila-bila. Sejak melawat Angkor Wat badan saya dah mula rasa tak sedap. Sampai je Malaysia, makin teruk terasa. Sakit semua sendi dan otot. Huhu.. Apa lagi, keesokan harinya saya terus ke klinik buat check-up. Risau juga kalau terkena virus kat sana. Nanti kena kuarantin pulak. Huhu.. Doktor kata simptom sama macam denggi tapi belum boleh disahkan. Saya yang sejak dari kecik lagi tak pernah duduk dalam wad, kalau boleh taknak la kena tahan. Boleh pulak nak mintak taknak warded. Hehe.. Sampel darah saya diambil dan saya dapat cuti sakit 2 hari. Esok kena datang lagi jumpa doktor. Saya dapat kad dengue patient monitoring record. Hanya pantau di rumah je. Lega tak kena masuk wad. Hihi..

Suspek denggi la pulak. Huhu..
Lepas 2 hari masih lagi tak baik-baik. Makin bertambah risau dibuatnya. Doktor tambah lagi 2 hari cuti sakit. Kiranya minggu tu langsung tak masuk pejabat. Huhu.. Alhamdulillah, pagi Sabtu pergi check-up, doktor mengesahkan saya dah sihat sepenuhnya. Isnin nanti boleh la masuk pejabat semula. Kerja yang menimbun dah sedia menunggu tu. Seminggu lebih tak masuk opis, dah boleh agak ketinggian dokumen yang perlu diselesaikan. Hihi.. Teruk juga penangan trip VietCam ni. Sampai seminggu dapat cuti sakit. Hahah.. Sambung balik cerita post-mortem tentang family trip ke VietCam..

Makan ubat sampai habis ye. Hihi..

# KOS

Jumlah keseluruhan kos sekeluarga untuk trip VietCam ni dari mula beli tiket flight hinggalah kos Uber dari KLIA balik ke Wangsa Maju di hari terakhir adalah sebanyak RM4,930.32. Agak tinggi juga kerana kali ni kami sewa bas. Memang dah dijangka kos agak tinggi sebab kami gunakan khidmat bas dan driver. Apa boleh buat. Rasanya kalau nak buat self-drive trip kat Cambodia memang tak berani. Kalau Europe selamba je sebab yakin jalanraya dia cantik. Hehe.. Walaupun hampir lima ribu, namun pengalaman hidup tu yang penting. Ditambah dengan pengalaman bas rosak dan berkelah tepi jalan bersama anak-anak. Kenangan hidup tu. Hihi..

Pengalaman hidup si kecik baring atas hammock kat tepi jalan. Hihi..

# KEPUASAN

Untuk trip kali ni saya ada rasa sikit ketidakpuasan hati, especially tentang bas yang kami sewa. Lain daripada tu boleh dikatakan agak puas hati walaupun harga tiket untuk masuk ke Angkor Wat melampau mahalnya. Untuk merasa sekali dalam seumur hidup melihat ancient religious monument yang terbesar di dunia dan pokok besar yang menjalar, maka redha ajelah dengan harga tiket tu. Huhu.. Pengalaman yang diperolehi takkan dapat diganti dengan wang ringgit. Sepatutnya pihak kerajaan Cambodia kurangkan sikit harga tiket tu. Tapi nak buat camna, dah naik harga pun masih ramai yang datang melawat. Haduii..

Akan ku simpan buat tatapan anak cucu. Hihi..

# TERKILAN

Satu-satunya perkara yang buat saya terkilan adalah apabila kami tak dapat nak merasa durian Monthong yang dikatakan amat sedap tu. Takde rezeki kami sampai tiada musim. Yang ada cuma durian Kampung Cham yang biasa. Ingatkan masa perjalanan dalam bas adalah terjumpa gerai menjual durian kat tepi jalan. Tapi malangnya takde pun dan perjalanan kami pun waktu malam. Siapa nak jual durian malam-malam buta kan. Hihi.. Takpelah, mungkin satu hari nanti kami akan ke Cambodia lagi, walaupun peratusan agak tipis. Banyak lagi negara Asia Tenggara yang kami belum explore. Manalah tau nanti trip travel seterusnya kena transit 10 jam kat Phnom Penh, dapatlah cari durian Monthong dan singgah di Hard Rock Cafe. Hehe..

Jadilah dapat makan durian Kampung Cham

# RAKYAT

Rata-rata rakyat Cambodia sama seperti rakyat Vietnam. Susah nak bezakan antara kedua negara ni. Ikut pada pengalaman saya, di Vietnam lagi banyak scam berbanding Cambodia. Sepanjang trip saya di Cambodia, hanya tambang tuktuk je yang menjadi isu. Yang lain tiada masalah. Mungkin kerana group kami ramai, jadi susah la diorang nak menipu. Tapi apa-apa pun harga tiket masuk ke Royal Palace dan Angkor Wat tu pun dah dikira scam jugak sebab mahal. Huhu.. Lagi hebat, scam dari kerajaan terus. Hehe.. Penjual dan rider tuktuk kat sini sudah semestinya ramah dan friendly, siap ada yang fasih cakap melayu lagi. Secara keseluruhannya rakyat Cambodia agak friendly dan kami tak rasa takut sangat berjalan di tempat yang gelap. Yang potong barisan masa beratur kat imigresen tu tak pasti rakyat Vietnam atau Cambodia. Takde kesedaran sivik sungguh la perempuan tu. Huhu..

Budak menjual ni yang paling friendly. Hihi..

# SHOPPING

Shopping di Cambodia sama seperti di Vietnam, cuma pasar malam di Phonm Penh agak kurang menarik berbanding di Siem Reap. Di Russian Market pun tak berapa menarik untuk shopping. Ho Chi Minh City juga yang paling best untuk menghabiskan duit. Hehe.. Harga jualan pula agak berpatutan dan masih lagi boleh tawar menawar untuk dapatkan harga yang paling murah. Untuk pertama kalinya dalam sejarah travel saya tak beli apa-apa souvenir di Cambodia selain fridge magnet. Selalunya ada jugak la sehelai dua t-shirt yang dibawa balik. Kali ni tak beli satu pun. Hanya t-shirt Hard Rock Cafe je yang menjadi tanda sudah sampai di Cambodia. Itupun sebab nak buat koleksi peribadi.

Night Market di Siem Reap agak happening berbanding yang lain

# KESELAMATAN

Agak selamat untuk berjalan di Cambodia waktu malam, cuma kebanyakan kedai di pasar malam tutup jam 12.00 tengah malam. Ingatkan sampai jam 3-4 pagi. Baru je bercadang nak lepak sampai pagi. Huhu.. Yang buka hanya pub dan bar. Nak layan live band kat Hard Rock pun tak kesampaian. Kami takdelah sampai jalan di lorong yang sunyi. Rasanya kat mana-mana pun ada bahayanya jika berjalan di tempat yang gelap dan sunyi. Jadi tak perlu lah mencari penyakit nak jalan sorang-sorang kat tempat gelap. Hihi.. Buat masa ni hanya di Jepun je saya rasa yakin dan selamat bila berada di lorong sunyi. Tempat lain saya kurang yakin. Masih teringat saya berdua bersama wife melepak kat lorong tepi hotel jam 3 pagi sebab nak melayan suasana sejuk. Sikit pun tak rasa takut masa tu. Kat Jepun ada banyak kedai yang buka 24 jam. Tu yang rasa happening tu. Rindu nak ke sana lagi. Hihi..

Senyum walaupun kecewa jam 12.00 tengah malam Hard Rock dah tutup

# KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, family trip ke VietCam boleh dikatakan berjaya walaupun ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Boleh pulak time family trip ianya terjadi. Kesian pada anak-anak yang terpaksa menghadapi keadaan dalam cuaca yang panas. Sebenarnya tak berapa sesuai trip ke Angkor Wat membawa anak-anak kecil sebab perlu jalan jauh untuk masuk ke dalam. Mulalah masing-masing buat muka keletihan dan merengek. Mak dan ayah yang juga keletihan terpaksa melayan kerenah anak masing-masing. Nasib baik saya bawa stroller. Yang tak larat tu boleh la naik dua orang sekaligus. Jangan stroller patah sudah la. Hihi.. Sepatutnya trip bawa anak-anak pergi tempat macam Disneyland atau Universal Studios. Barulah diorang enjoy the trip. Next session boleh la buat cadangan family trip ke Disneyland Hong Kong pulak, insyaAllah. Banyak pengalaman hidup yang kami dapat dalam trip VietCam ni. Pengalaman yang mendewasakan dan menginsafkan diri. Moga bertemu di trip yang akan datang. Dah banyak plan tempat menarik, cuma masa dan kesempatan je yang belum ada. Sampai masanya, rancangkan kerja dan kerjakan rancangan. Wallahu 'alam..

Nanti kita naik bas ramai-ramai lagi macam ni ok. Hihi..

MY POINT OF VIEWS

Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country


**Vietnam saya dah bagi review masa trip ke Western Europe pada 2015..


# CAMBODIA

@ LOCALS: 6/10
     - Penjual amat friendly. Rata-rata mereka tak ambil peduli pada tourists.

@ LANGUAGE: 4/10
     - Driver bas patut belajar basic English. Nasib baik staf hotel banyak membantu.

@ SCENERY: 5/10
     - View sama seperti di Malaysia. Typical Asian village.

@ CLEANLINESS: 5/10
     - Biasa-biasa aje. Kawasan kebanyakannya berdebu. Yang allergic kena pakai mask.

@ PUBLIC TOILET: 6/10
     - Setakat yang saya masuk semuanya agak bersih. Banyak kulit lemon dalam mangkuk. Hihi..

@ PUBLIC TRANSPORT: 6/10
     - Syok layan tuktuk. Open air. Make sure deal tambang dulu sebelum naik.

@ ACCOMODATION: 7/10
     - Ta Prohm Hotel di Siem Reap is the best!.. Staf hotel amat baik dan banyak membantu.

@ ISLAMIC: 6/10
     - Ada perkampungan muslim di Siem Reap. Masjid pun ada.

@ HALAL FOODS: 7/10
     - Kawasan perkampungan muslim banyak restoran halal. Di Phnom Penh pun banyak juga.

@ CURRENCY: 7/10
     - Matawang Riel memang murah, tapi mereka lebih prefer USD. Huhu..

@ SHOPPING: 5/10
     - Tak menarik perhatian. Ho Chi Minh City lagi best untuk bershopping.

@ WEATHER: 4/10
     - Lagi panas dan bahang dari Malaysia. Berdebu pulak tu. Huhu..

@ REPEAT: 3/10
     - Unlikely, tapi kalau ada flight transit boleh singgah beli t-shirt HRC Phnom Penh. Hihi..

@ OVERALL: 5/10
     - Pengalaman baru tetap tercipta..