Tuesday 25 January 2022

JJCP UK V2: Day 13 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI /TARIKH:
@ ISNIN, 9 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ HEATHROW AIRPORT
@ TRAVELODGE LONDON WEMBLEY HIGH ROAD
@ SAM'S PERI PERI CHICKEN


Kami menunggu shuttle bus di lobi hotel bersebelahan dengan pejabat Green Motion Car Rental. Banyak juga beg yang kami bawa. Itu belum beranak habis lagi. Barang dari London dah tentu ada. Huhu.. Takpe, in shaa Allah kami dapat bawa semuanya dengan selamat di hari terakhir nanti. Yang penting beg jangan lebih muatan. Nanti kena extra charges dari Royal Jordanian. Hihi.. Kalau dikirakan, kami berenam boleh bawa 6 beg besar berat 23 kg dan 6 carry bag berat 7kg. Rasanya tak cukup pun sebab kami cuma bawa 3 beg besar dan 3 beg sedang. Nak dapatkan 3 beg sedang seberat 23 kg memang sukar. Lainlah kalau letak batu dalam tu. Hahah.. Mungkin akan bertambah satu lagi beg kat London nanti. Kalau tak jumpa beg Samsonite tu, beg lain pun jadilah untuk kami dapatkan berat yang paling ngam untuk bawa naik flight nanti.

Menunggu ketibaan shuttle bus dalam kesejukan

Tepat jam 6.00 petang Hoppa Bus H1 sampai di lobi hotel. Saya keluarkan tiket yang saya beli masa naik haritu sebab itu tiket return dan tunjuk pada driver bas. Setelah pastikan semua anak-anak dan beg dibawa naik, bas pun bergerak ke destinasi berikutnya. Hanya kami je yang ada dalam bas. Bas berhenti di beberapa hotel untuk mengambil penumpang lain sebelum menuju ke Heathrow Airport.

Muka puas sebab dapat shopping tadi kat Bicester Village. Hihi..


@ HEATHROW AIRPORT

Setengah jam berada dalam Hoppa Bus H1, akhirnya jam 6.30 petang kami sampai di Heathrow Airport. Setelah mengucapkan terima kasih pada driver bas, kami bawa beg masuk ke dalam terminal. Ada satu perkara yang nak diuruskan dulu sebelum kami naik tube underground. Ada 2 beg yang wife saya dah kemas dan tak perlu nak buka lagi. Daripada bawa sekali lebih baik kami simpan di baggage storage kat airport macam kami buat masa kat airport Copenhagen dulu. Buat penat je nak bawa sekali sebab memang takkan buka pun. Sanggup saya bayar upah simpan daripada kena bawa sebab travelodge yang kami akan duduk di London nanti agak jauh juga. Saya bawa 2 beg tersebut ke kaunter Left Baggage.


Lokasi baggage storage di Heathrow Airport

Beg kami akan disimpan selama 3 hari di sini hingga hari kami nak balik nanti. Lihat pada senarai harga simpanan beg agak tinggi juga untuk 3 hari. Mula-mula ingatkan hanya GBP7.50/beg, tapi rupanya harga kena accumulate ikut hari. Jadi saya kena bayar GBP27.50/beg. Jumlah untuk 2 beg adalah GBP55.00. Lebih kurang je nilai macam kat airport Copenhagen. Fuhh, jumlah tu lepas beli 2 pasang kasut kat Clarks. Huhu.. Kena terima kenyataan, harga di airport memang mahal. Sedangkan sewa kereta kat airport pun ada extra fees, inikan pulak tempat simpan beg. Apa boleh buat, bayar je lah. Janji senang kami nak bergerak selama 3 hari ni.

GBP55.00 melayang. Untuk mudah memang perlukan pengorbanan..

Selesai urusan simpan beg. Walaupun boleh bersusah payah bawa sekali beg tu, tapi saya dapat rasakan beg kami akan bertambah lagi pada hari terakhir nanti. Hihi.. Seterusnya kami berjalan menuju ke stesen tube underground. Sambil berjalan saya buat anggaran kira-kira untuk nilai oyster card yang akan saya beli untuk sekeluarga. Rasanya cukup seorang GBP25.00 ditambah dengan GBP5.00 yang non-refundable untuk card activation. Beginilah kos hidup kat London. Itu baru kos public transport, belum kos yang lain lagi. Bertabahlah ya.. Demi pengalaman hidup kami sekeluarga. Kita bagi anak-anak belajar dan memahami tentang kehidupan sebenar di negara luar.

Perjalanan menuju ke tube underground

Untuk oyster card, kanak-kanak bawah 11 tahun percuma jika naik bersama penjaga. Untuk 11 hingga 15 tahun ada yang free dan harga diskaun, tapi kena ada photocard. Nampaknya saya kena beli 4 oyster card untuk kami sekeluarga. Masa tengah meneliti menu pada mesin tiket, saya ditegur oleh staff yang bertugas. Mungkin dia nampak saya confuse nak beli tiket sebab lama juga saya kat depan mesin. Saya maklumkan pada dia yang saya nak beli 4 tiket oyster card. Dia tanya berapa umur anak-anak saya. Elysha dan Eirfan dah tentu tak perlu oyster card sebab bawah 11 tahun. Untuk Eimran dan Eiman, diorang dalam kategori umur 11 hingga 15 tahun. Staff tu bantu saya untuk register kad Eimran dan Eiman untuk dapatkan diskaun. Mungkin dia masukkan alamat rumah dia kot untuk register. Jadi saya bayar GBP30.00/card untuk kad saya dan wife, manakala Eimran dan Eiman saya cuma bayar GBP20.00/card menjadikan kesemuanya GBP100.00 untuk kos public transport kami sepanjang 3 hari di London. In shaa Allah cukup. Kalau ada baki masa balik nanti boleh refund semula.

Staff bertugas bantu saya register kad Eimran dan Eiman

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan pada staff tersebut. Alhamdulillah, ada juga yang sudi membantu register kan kad diskaun untuk anak-anak saya. Mula-mula takut juga kalau kena scam. Manalah tau kan, lepas dah tolong register dia mintak duit kopi ke, duit rokok ke. Tapi lepas selesai urusan pembelian oyster card dia terus ucapkan selamat bercuti di London dan beredar ke tempat lain. Kira betul la dia tolong dengan ikhlas. Nak tau diskaun menjadi atau tak, masa tap oyster card nanti boleh tengok adakah nilai kad Eimran dan Eiman berbeza dengan saya dan wife punya. Kami berjalan ke platform menunggu train sampai.

Wife tunjuk nama Uxbridge, kenangan masa pertama kali kami sampai pada 2012 dulu.

Tepat jam 8.00 malam, tube Piccadilly Line tiba di platform 2. Kami naik dan tube bergerak menuju ke stesen mengikut route. Anak-anak teruja dapat naik London tube underground buat pertama kali dalam hidup diorang. Eimran masih tak percaya yang dia akan menjejakkan kaki di bumi London. Mula-mula masa saya kata nak bawak pergi UK dia ingatkan saya main-main. Itulah, ayah dan ami umur 33 tahun baru ada passport travel ke luar negara. Korang masih sekolah lagi dah dapat merasa tau. Apa-apa pun bersyukur kerana diberikan peluang dan kesempatan. Doakan agar family kita sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki yang berpanjangan ya.

Oyster card antara option utama untuk naik public transport di London

Kami turun di Hammersmith Station dan tukar kepada Hammersmith & City Line menuju ke Baker Street Station. Sampai di Baker Street Station kami tukar line lagi sekali kepada Bakerloo Line terus ke Wembley Central Station. Agak complicated juga route yang saya pilih. Sebenarnya banyak tube line yang saya boleh pilih untuk sampai ke Wembley Central Station. Bezanya adalah masa, jarak perjalanan, bilangan bertukar tube line dan harga tiket. Yang penting sampai ke destinasi tujuan. Kami bukan rushing nak kemana-mana malam ni.

Abang Fikri sentiasa tenang orangnya. Cool..

Jam 9.50 malam barulah kami sampai di Wembley Central Station. Hampir 2 jam perjalanan kami naik 3 jenis tube line dan ditambah dengan masa menunggu train sampai di setiap stesen. Huhu.. Kenapa tak pilih travelodge yang dekat dengan airport? Setiap kali memilih lokasi travelodge, saya akan pastikan 2 perkara menepati syarat iaitu murah dan juga hampir dengan public transport. Daripada pencarian semua lokasi travelodge di London, hanya inilah satu-satunya yang menepati syarat dan bonus yang pastinya wife saya akan suka iaitu di depan travelodge ni ada Primark. Senang nak shopping nanti. Hihi..

Akhirnya sampai juga kami di Wembley Central Station

Tube route: From Heathrow Airport to Wembley Central Station


@ TRAVELODGE LONDON WEMBLEY HIGH ROAD

Kami tap oyster card untuk keluar dari stesen. Kad Eimran dan Eiman dapat diskaun. Alhamdulillah. Staff tube underground tadi memang betul membantu kami. Keluar je dari stesen, pusing ke belakang bangunan dan kami terus sampai di pintu masuk Travelodge London Wembley High Road. Tak perlu nak tarik beg dan jalan jauh. Hihi.. Bangunan travelodge bercantum sekali dengan underground station. Wife dah mula teruja bila nampak signboard Primark masa keluar dari stesen tadi. Hari ni Primark dah tutup. Kalau buka mesti dia ajak masuk punya. Hehe.. Jangan risau, kita pasti akan ada masa untuk ke Primark, kedai yang amat sesuai untuk golongan marhaein dan bajet macam kami ni untuk bershopping di London. Di sebelah travelodge pula ada Sport Direct dan juga Tesco Express. Tesco Express masih buka lagi hingga jam 12 tengah malam. Anak-anak dah mula ajak beli jajan lepas kami check-in. Diorang memang pantang nampak supermarket. Hihi.. Sabar, kita pergi makan dulu ye anak-anakku.

Wembley Central Map

Daripada nama travelodge, memang ianya dekat dengan Wembley Stadium dan juga London Designer Outlet. Sebenarnya takde perancangan dalam itinerary yang saya buat untuk melihat kedua-duanya. Pilihan travelodge adalah seperti yang saya nyatakan iaitu murah dan dekat dengan public transport. Kalau ada kesempatan sehari dua ni mungkin kami akan jalan kaki melihat Wembley Stadium dan cuci mata di London Designer Outlet. Tapi rasanya tak sempat kot sebab Fa dan Abang Fikri pertama kali datang ke London. Kenalah bawa diorang jalan-jalan tengok landmark utama kat sini seperti Big Ben, Tower Bridge, Buckingham Palace dan lain-lain. Tak lengkap kalau datang ke sini tak melawat landmark yang popular di London.

Travelodge London Wembley High Road @ GBP145.00 for 3 nights

Kami naik ke tingkat satu untuk urusan check-in di lobi hotel. Ini adalah travelodge terakhir kami untuk trip kali ni. Kami ambil terus untuk 3 malam berharga GBP145.00. Kira murah dah tu sebab lokasinya di bandar London. Kami dapat bilik bernombor 230 dan Fa bilik 231. Selesai urusan check-in, kami terus naik ke tingkat 2 dan menuju ke bilik masing-masing. Alhamdulillah kami dapat 1 katil queen dan 2 katil single. Barulah kami sekeluarga selesa nak tidur walaupun terpaksa berhimpit. Hihi..

Travelodge memang berbaloi dengan harganya. Terbaikk!

Sebelum masing-masing mula baring, adalah lebih baik kami terus turun ke bawah untuk mencari makan malam. Bila dah mula baring memang malas nak bangun dan keluar. Anak-anak laju je keluar dari bilik menuju ke lif bila tau nak pergi makan. Kesian diorang lapar sejak dari alas perut dengan doughnut petang tadi. Fa dan Abang Fikri taknak ikut. Diorang penat sangat hari ni. Nak tapaukan pun diorang taknak. Lepas mandi mesti terus tidur agaknya. Anak-anak kami memang susah nak tidur malam. Tak tau macam manalah agaknya bila balik nanti. Mesti kena jetlag punya. Lagi susah la diorang nak tidur pada waktu yang betul. Huhu..

Let's jom makan malam


@ SAM'S PERI PERI CHICKEN

Keluar dari travelodge, kami melintas ke seberang jalan. Terdapat satu restoran halal iaitu Sam's Peri Peri Chicken yang masih buka terletak sebaris dengan Primark. Terdapat banyak restoran halal di sekitar kawasan di sini tapi saya malas nak jalan jauh. Cuaca gelap dan tak ramai orang lalu lalang. Kedai pun banyak yang dah tutup. Mana restoran halal yang berdekatan dan masih buka kami masuk terus. Anak-anak pun dah tak tahan tengok menu ayam goreng dan burger yang dipamerkan. Bila lapar semuanya nampak sedap belaka. Hihi..

Alhamdulillah rezeki kami dapat makan malam di sini

Saya order 2 set meals berharga GBP10.00 dan 1 set double deals burger berharga GBP4.99. Cukup rasanya untuk kami sekeluarga. Kalau tak cukup boleh tambah lagi sebab takde orang lain pun dalam kedai ni. Yang datang pun cuma geng grab food ambil pesanan online. Lepas bayar terus makanan kami disediakan di kaunter. Sedap juga burger dan ayam goreng dia. Saiz burger pun sama macam kat Malaysia. Selalunya burger kat luar negara bersaiz besar. Tak berani nak beli sorang satu sebab takut tak habis.

Marilah kita habiskan rezeki yang ada depan mata

Alhamdulillah, lega bila perut kami terisi dengan makanan. Barulah tenang tidur malam ni. Hihi.. Selesai makan, anak-anak ajak singgah beli jajan kat Tesco Express. Esok je lah kita pergi ya. Hari ni dah cukup kenyang. Nasib baik takde yang membantah. Maka kami pun terus naik ke bilik. Lepas mandi dan solat, kami berehat sambil menonton tv. Wife sedang fikirkan strategi untuk memaksimumkan penggunaan beg. Saya pulak sedang menyusun perjalanan untuk esok. Jam 11.30 malam anak-anak semuanya dah tidur dengan sendirinya tanpa dipaksa. Penat sangat perjalanan hari ni. Moga dipermudahkan urusan kami pada esok hari.

Wallahu 'alam..






Monday 24 January 2022

JJCP UK V2: Day 13 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI /TARIKH:
@ ISNIN, 9 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ BICESTER VILLAGE
@ GREEN MOTION CAR RENTAL


Sedang layan memandu menuju ke lokasi kejadian, indikator AdBlue pada meter kereta keluar lagi. Kali ni ada anggaran 495 miles sebelum AdBlue habis dalam tangki. Takpe, petang ni dah nak hantar kereta. Tak sampai pun mileage tu. Jadi tak perlulah saya nak berhenti di stesen minyak untuk beli AdBlue macam trip kat Scandinavia dulu. Leceh kan pakai kereta kena isi cecair selain dari petrol atau diesel. Dulu saya pakai motor 2 lejang pun jenuh la nak isi minyak 2T. Masa tu baru first time pakai motor. Nampak macam best merempit dengan motor 2 lejang sebab bunyi dia. Hehe.. Itulah sekali saya pakai. Lepas tu jual dan tak beli dah motor 2 lejang. Penat nak maintain. Huhu..

AdBlue cukup sampai return kereta nanti. Diesel pun cukup rasanya.

Hampir sejam memandu, akhirnya jam 11.20 pagi kami sudah hampir sampai di lokasi kejadian. Boleh pulak saya salah masuk simpang. Terpaksalah berjalan kat kawasan perumahan sambil mencari jalan untuk patah balik ke jalan utama. Macam mana boleh terlepas simpang walaupun guna Here Maps. Huhu.. Mungkin teruja melihat pemandangan sekeliling dan jalan besar yang banyak traffic light, sampai lupa nak masuk lorong yang betul. Saya masuk ke jalan Pingle Drive. Kelihatan banyak kereta di kawasan parking dan pekerja yang membantu menunjukkan lorong yang masih kosong untuk parking kereta. Kami naik hingga ke bahagian atas bangunan parking. Memang penuh kenderaan kat sini. Maklumlah, krismas tak lama lagi.

Road Trip: From Burford to Bicester Village

Driving route: From Burford to Bicester Village


@ BICESTER VILLAGE

Alhamdulillah, ada pun parking yang kosong. Kami bersiap-siap untuk mulakan aktiviti mencuci mata sambil mencari barang pesanan dan juga untuk diri sendiri. Dari bumbung parking, kami turun ke bawah. Ada train station di sini. Masa 2012 dulu takde pun. Orang dari London dah boleh datang ke sini dengan naik public transport, tak perlu nak sewa kereta atau naik tourist bus. Ditambah dengan jumlah kenderaan yang banyak, maknanya lagi ramai la orang kat sini hari ni. Huhu..


Ada orang dah mula teruja.. Layankan aje lah..

Cuaca cerah hari ni tetapi suhu tetap sejuk dan berangin. Wife saya masuk ke setiap butik yang ada. Saya dan anak-anak tunggu kat luar je. Tak pandai nak tengok dan menilai barang. Pada saya semuanya cantik-cantik belaka. Cuma harganya kurang cantik pada pandangan saya. Tapi disebabkan wife saya agak pakar dalam menilai barang, ada barang yang walaupun harganya agak tinggi, tapi masih murah berbanding di Malaysia. Saya percaya sebab masa 2012 dulu dia pernah beli satu handbag yang harganya agak mahal pada saya. Tapi bila balik Malaysia dan tengok kat butik, harga beg tu hampir 3 kali ganda lagi mahal dari yang wife saya beli. Patutlah ramai orang Malaysia suka shopping kat UK. Duit baki dari harga barang yang rendah boleh cover tiket flight. Barang dapat, jalan-jalan pun dapat. Hihi..

Wife tengok barang kat dalam, saya tengok orang kat luar

Duduk kat luar lama-lama tak boleh juga sebab sejuk yang agak melampau. Sampai pedih kulit tangan saya dibuatnya bila keadaan berangin. Nampaknya kena masuk jugalah sebab dalam butik ada heater. Hihi.. Sambil tu boleh la bergambar. Wife saya kalau dah mula shopping dia memang susah nak ambil gambar melainkan kalau nak iklankan dalam group whatsapp. Sesiapa yang berkenan boleh la order terus. Jangan bila kami dah keluar dari sini baru nak order, memang kami takkan patah balik. Huhu..

Boot Timberland dan beg Coach Star Wars antara yang saya minat

Memang betul la ada barang yang betul-betul murah kat sini. Boot Timberland tu hanya GBP35.00 je. Itu belum masuk claim VAT lagi. Memang tak dapat la harga ni kalau masuk butik Timberland kat Malaysia. Kebetulan kasut travel Columbia saya pun dah arwah kat Travelodge Swindon pagi tadi. Macam kebetulan je kan jumpa kasut yang lebih kurang sama. Hehe.. Apa-apa pun saya dan wife nak selesaikan dulu pesanan dari kawan-kawan. Untuk barang sendirian berhad kita akan bincang semula nanti. Ruang luggage kena fikir juga. Masih banyak lagi masa nak meronda kat sini. Hihi..

Boleh pulak ada arcade kat dalam butik Coach ni. Layan...

Setiap butik yang popular di Malaysia kami masuk. Mula-mula survey dan ambil gambar dulu. Kemudian bila ada yang order baru masuk balik dan beli. Macam tu la keadaan kami bila pertama kali jadi personal shopper ni. Seronok juga sebenarnya sebab dapat banyak maklumat dan pengalaman berharga. Kalau dulu kami hanya datang untuk masuk ke butik dan lihat barang-barang yang kami berkenan je. Kali ni ada butik yang kami sebelum ni tak pernah ambil tau pun kami masuk sebab ada kawan yang order. Amat pelbagai minat kawan-kawan kami. Hihi..

Saya hanya memerhati sambil memanaskan badan dalam butik..

Kasut Clarks antara yang ramai peminat di kalangan kawan-kawan kami. Jenuh nak melayan. Untuk kasut kalau berminat kami boleh bawa balik tapi tanpa kotak sebab rugi ruang luggage. Siapa yang takde masalah dapat tanpa kotak kami akan belikan. Mana lah tau, ada orang nak kotak beserta ubat gegat dalam kasut tu. Kalau boleh taknak kotak tu rosak. Kalau macam tu kami tak dapat lah nak belikan melainkan kami pos dan kos postage ditanggung sendiri oleh pembeli. Itupun mungkin sukar sebab kami malas nak cari post office semata-mata untuk pos sepasang dua kasut. Hihi..

Budak-budak ni relaks je lepak kat luar. Tak sejuk ke sayang?

Kami meneruskan pencarian luggage bag Samsonite. Kali ni kalau jumpa kami akan terus beli sebab memang murah dah harga yang ditawarkan. Kami pula memang nak mencari lagi satu luggage bag saiz besar. Malangnya kat sini takde beg tersebut. Huhu.. Menyesal jugalah tak beli masa jumpa haritu. Kira takde rezeki untuk kami. Nak beli beg tu kat Malaysia memang tak berbaloi sebab jauh lebih mahal. Kami cari jenama beg yang lain, mana tau kalau berminat. Tapi hampa bila semua butik beg yang kami masuk takde yang menarik perhatian kami. Ada lagi last option masa kat London nanti. Masih menaruh harapan.

Paling menarik beg Tumi. Tapi harganya.. Alahai..

Dah lebih separuh butik kat sini kami masuk dan survey. Senarai order dah makin bertambah. Wife mula masuk semula ke butik untuk belikan pesanan dari kawan-kawan. Ada jugalah terselit satu dua barang untuk diri sendiri. Anak-anak yang tunggu di luar dah mula lapar. Roti ada kat kereta. Boleh lupa nak bawak sekali tadi. Kat sini ada gerai jual doughnut dan juga dua gerai halal menjual chinese food dan makanan dari Lebanon. Sebagai alas perut, saya belikan doughnut untuk anak-anak. Harganya bukan la seperti doughnut biasa yang saya beli masa kat Swindon Designer Outlet dulu. Ini doughnut ala Krispy Kreme. Satu box mengandungi 4 doughnut berharga GBP16.00. Makan sampai menjilat jari ya anak-anakku. Hehe..

Antara gerai makanan yang boleh dimakan di sini

Anak-anak makan sambil menunggu ami diorang keluar dari butik. Selamba je diorang ni makan dalam suasana sejuk berangin. Macam takde perasaan pun. Saya yang boleh dikatakan agak kuat menahan kesejukan pun rasa tak boleh tahan. Memang pedih rasa kulit bila disapa angin sejuk. Huhu.. 15 minit menunggu akhirnya wife saya keluar dari butik dengan membawa beberapa hasil di dalam paperbag. Bisnes personal shopper part-time aje. Hihi.. Anak-anak pun dah alas perut masing-masing. Sampai London nanti kita makan lagi ye. Satu part dah selesai. Seterusnya kami mencari tempat untuk solat. Di sini disediakan satu bilik yang dipanggil contemplation room di mana semua penganut diberikan ruang untuk beribadat. Sama seperti di kebanyakan lapangan terbang Eropah di mana bilik beribadat bercampur disediakan. Semua penganut boleh beribadat mengikut kepercayaan masing-masing di ruang yang disediakan. Kira selesa dan privacy jugalah daripada solat di bawah tangga atau di tepi kawasan pejalan kaki macam saya solat di airport Copenhagen dulu. Apa yang penting, solat tetap kena jaga walau di mana berada.

Bagus juga bawak stroller, boleh sangkut barang. Jom solat dulu di contemplation room

Kami masuk ke dalam contemplation room. Kelihatan ramai juga orang Islam kat dalam ni. Saya memberikan salam kepada seorang tourist dari Indonesia yang bersiap untuk keluar dari ruangan tempat kasut. Dari gaya bahasa dia menjawab membuatkan saya tau dia dari Indonesia. Ada juga orang bukan muslim yang saya nampak di satu ruangan yang lain. Setelah ambil wudhuk di tempat yang disediakan, kami menunggu giliran untuk solat kerana ruang yang diberi hanya muat untuk 5-6 orang jemaah dalam satu masa.

Tempat kasut, ruang wudhuk dan ruang solat untuk muslim

Selesai solat kami bersiap-siap untuk keluar dan sambung aktiviti di butik-butik yang lain. Tak sedar dah hampir 3 jam kami kat sini. Bila seronok shopping memang tak ingat masa berlalu dengan cepat. Hihi. Kami kena pastikan kereta sewa dihantar sebelum jam 6.00 petang. Karang tak pasal-pasal kena penalti bayar lebih sebab lewat hantar. Huhu.. Daripada sini ke tempat return kereta dalam 80 km. Mungkin ambil masa dalam sejam lebih sikit untuk sampai di sana. Jadi paling lewat jam 4.30 petang kami boleh beredar dari sini. Rasanya dah takde tempat lain lagi yang kami nak singgah lepas ni. In shaa Allah sempat sampai sebelum waktunya. Wife dapat lagi pesanan terbaru. Kena tunggu lagilah nampaknya. Hihi..

Ada order baru untuk Gucci dan Swarovski. Eimran setia menunggu..

Jam 3.45 petang waktu order dah ditutup dan barulah kami selesai membeli pesanan daripada kawan-kawan. Kami berjalan menuju ke parking kereta. Wife kelihatan amat berpuas hati dapat pergi ke sini dan menghabiskan masa lebih 4 jam meronda dan mencuci mata. Dia langsung tak makan sejak dari sampai tadi. Bila dah teruja bershopping, perut lapar pun tak terasa. Sampai kat kereta nanti mesti dia lapar dan makan roti. Hihi.. Saya pun rasa puas dapat berjalan kat sini. Walaupun banyak factory dan designer outlet kat UK, Bicester Village adalah antara outlet yang paling popular dan ramai orang mengunjunginya. Dah kira wajib hadir kepada kaki shopping. Tambahan pula dah ada train berhenti kat sini dari London. Kalau diikutkan, Cheshire Oaks adalah designer outlet yang terbesar kat UK. Tapi disebabkan lokasinya yang terletak di utara, jadi tak ramai orang ke sana berbanding ke Bicester Village.

Dah puas? Jom kita ke London dan return kereta

Jam 4.10 petang kami mulakan perjalanan meninggalkan Bicester Village menuju ke destinasi terakhir kami berkenderaan. Lepas ni kami kena naik public transport pulak. Indikator AdBlue yang menunjukkan anggaran 470 miles sebelum pengisian tidak saya hiraukan. Hanya 50 miles diperlukan untuk kami sampai ke tempat return kereta sewa. Seperti yang dijangkakan, wife saya mencari roti untuk dimakan. Bila dah habis shopping pasti lapar. Hihi.. Cuaca dah mula gelap. Anak-anak pun dah mula senyap. Masing-masing tidur la tu. Kesian diorang tidur dalam keadaan perut hanya dialas dengan doughnut mahal tadi.

Dah tak perlu risau dengan isu AdBlue lagi..

Last Road Trip to Green Motion Car Rental


@ GREEN MOTION CAR RENTAL

Saya memandu buat kali terakhirnya melalui highway M40 dalam kegelapan petang menuju ke London. Tepat jam 5.20 petang kami sudah sampai di Green Motion Car Rental. Untuk return, saya perlu membawa kereta ke bahagian belakang hotel, tempat yang sama masa saya ambil kereta haritu. Anak-anak dikejutkan. Dah tamat masa untuk tidur dalam kereta. Selalunya bila bangun, diorang akan bantu angkat beg dan bersiap untuk check-in travelodge. Tapi kali ni kena naik public transport dulu untuk ke trevelodge ya. Masih jauh lagi perjalanan hari ni. Sebelum turun dari kereta, saya rekod mileage terakhir kereta. Baru boleh calculate berapa jauh saya drive untuk trip kali ni, termasuk lalu jalan sesat dan berkali-kali kena u-turn. Hihi..

Driving route: From Bicester Village to Green Motion Car Rental

Seorang staff pun takde yang datang kepada kami. Takkan diorang taknak check keadaan kereta. Jangan la tetiba nanti saya dapat emel mengatakan ada kerosakan pada kereta dan terpaksa tolak dari kad kredit saya. Huhu.. Jika baca tentang review company ni memang banyak yang komplen tentang perkara yang sama. Risau juga kalau terjadi kat saya. Setakat sepanjang penyewaan kereta ni, takde pulak saya langgar apa-apa. Kalau ada scratch pun kesan dari sebelum saya sewa. Sebab tu saya ambil gambar siap-siap sebelum start sewa haritu. Tapi banyak sangat bahagian yang calar, takut ada yang saya tak ambil gambar. Saya keluarkan dokumen perjanjian dan masuk ke dalam pejabat untuk berjumpa dengan staff bertugas.

Ada 2 orang staff bertugas. Moga dipermudahkan urusan kami..

Saya maklumkan pada staff bertugas untuk return kereta. Dia hanya tengok dokumen perjanjian saya dan ambil kunci kereta. Saya tanya tak perlu ke nak check keadaan kereta. Baik selesaikan sekarang daripada saya dapat makluman bila dah balik Malaysia nanti. Susah nak argue masa tu. Staff tu kata diorang tak perlu check sebab kereta sewa saya guna full coverage insurance. Jadi jika ada calar baru yang mungkin ada pun diorang takkan charge saya. Saya double confirmkan sebab nak dapatkan 100% kepastian. Staff tu kata tak perlu risau, takkan ada surcharge dari pihak diorang. Alhamdulillah, lega buat masa ni. Harap-harap betul lah apa yang dikatakan oleh staff tu. Kena tunggu dalam seminggu dua ni kalau dapat emel dari Green Motion. Kalau tak dapat barulah boleh lega sepenuhnya. Huhu..

Total mileage pemanduan untuk trip kali ni: 2802 km

Jauh jugak saya memandu kali ni. Tapi masih tetap tak dapat kalahkan trip saya masa ke Western Europe dulu iaitu 4501 km. Masa tu memang jauh perjalanan merentas 9 negara. Pergi couple pulak tu, memang boleh pergi jauh. Kalau bawak anak-anak sukar sikit nak plan jalan jauh macam tu. Takut tak sempat sampai sebab banyak kali berhenti. Tapi untuk trip kali ni sejauh 2802 km pun dah cukup terbaik untuk trip satu family. Semua puas hati dapat jalan-jalan di bumi UK. Alhamdulillah, mission untuk drive bersama family di UK accomplished! Selesai urusan di Green Motion Car Rental, kami berjalan membawa beg masing-masing menuju ke bahagian lobi hotel untuk menunggu shuttle bus yang akan bawa kami ke Heathrow Airport. Maka bermulalah perjalanan menggunakan public transport di London. In shaa Allah pengalaman naik public transport masa trip 2012 dulu masih segar dalam ingatan.


Wallahu 'alam..