Showing posts with label Kembara Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Kembara Indonesia. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

JJCP Indonesia : Day 04

Tarikh:
22 September 2013
Lokasi kejadian:
Jakarta - ITC Mangga Dua - Mangga Dua Square - Soekarno-Hatta International Airport - KLIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.30 pagi kami dah bangun. Sejuk betul aircond hotel ni. Kami kejut anak-anak bangun dari tidur. Agak senang jugak diorang bangun. Selalunya meragam. Kali ni tak pulak. Mungkin lena tidur berdendangkan bunyi sound system disco dari dinding sebelah. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk check-out hotel. Kat luar hotel Pak Wan dah sedia menunggu. Kesian bila tengok umurnya masih lagi bekerja dan tidur dalam van. Memang itulah kerja sebagai supir pariwisata ni. Huhu.. Yang penting berkat kerja yang dilakukan. Sementara menunggu barang masuk ke dalam van, Pak Wan ajak saya ke kedai Alfamart yang terletak kat seberang hotel. Beli kopi lagi.. Memang betul sedap kopi dari Indonesia ni. Kopi Top dan Tora Bika memang terbaik. Tak lupa juga kopi luwak yang rare tu.

Masa untuk loading barang masuk van.
Kedai Alfamart depan hotel. Bukan nak tunjuk yang berjalan tu ye. Hehe..
Jalanraya lengang. Berbeza bila malam menjelma..
Tak merasa jugak saya naik menatang bajaj ni. Sama macam tuktuk kat Bangkok.

@ Central Jakarta

Selesai loading barang ke dalam van, jam 9.00 pagi kami mula meninggalkan Wow Hotel. Kami mintak Pak Wan bawak kami ronda-ronda sekitar bandar Jakarta. Tak payah turun, tengok dari van je dah cukup. Lagipun cuaca dah mula panas. Kang meragam pulak budak-budak nanti. Pak Wan bawa kami ke area National Monument (Monas) dan masjid terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal. Dapatlah saya ambil gambar dari tingkap van. Cukup sebagai kenangan..

Lokasi MONAS dan Masjid Istiqlal di tengah Jakarta
Bus stand kat sini di tengah divider jalan raya. Lain dari yang lain..
Kereta kuda pun ada kat sini..
MONAS dari jauh.. Mercu tanda Jakarta..
Pemandangan di sekitar MONAS
Inilah dia masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid Istiqlal..
Banyak monumen kat sepanjang jalan
Gambaran sekitar kawasan Mangga Dua
Sungai yang sentiasa tinggi level airnya
@ ITC Mangga Dua

Seterusnya Pak Wan membawa kami ke tempat shopping ala Pasar Baru di Bandung. ITC Mangga Dua namanya. Jam 9.50 pagi kami sampai di tempat parking van pariwisata di tepi bangunan ITC Mangga Dua. Kami berjalan masuk ke dalam ITC Mangga Dua. Pintu masuk dia sama macam pintu masuk pasar besar kat Kuantan. Kelihatan banyak kedai yang baru mulakan perniagaan. Antara kedai pertama yang kami tuju adalah kedai menjual t-shirt Jakarta. Bandung dah ada t-shirt, takkan Jakarta takde pulak kan.. Mesti kena ada kenangan di Jakarta..

Port parking van pariwisata
Kedai jualan di dalam ITC Mangga Dua
Banyak lagi kedai yang belum bukak. Window shopping..
Kerepek dan keropok Made in Indonesia..
Ada kuih yang tak pernah saya tengok sebelum ni..
Selesai pilih baju yang agak berkenan di hati, kami berjalan jauh ke dalam ITC. Memang nampak macam Pasar Baru Bandung, tapi kurang menarik. Kami cuma jalan-jalan tengok barang je. Sempat jugak saya tengok kuih-muih Indonesia. Tak beli pun, takut tak sedap. Huhu.. Dah agak bosan meronda, Jam 11.15 pagi kami menuju keluar dari ITC Mangga Dua. Terkejut Pak Wan bila tengok kami dah selesai meronda. Tak best sangat la Pak Wan. Kami mintak Pak Wan bawak kami ke tempat lain, tapi jangan jauh sangat dengan airport. Takut tak sempat nak check-in nanti. Jalanraya kat Jakarta memang sentiasa sesak.

Kedudukan ITC dan Mangga Dua Square yang tak berapa jauh
@ Mangga Dua Square

Pak Wan bawak kami ke Mangga Dua Square yang terletak dekat je dengan ITC Mangga Dua. Tengok dari luar nampak macam menarik je tempat ni. Takpe, masuk dulu baru boleh cerita.. Jam 11.30 pagi kami sampai. Pak Wan turunkan kami di pintu masuk sebelah Hotel Amaris. Dia pesan bila dah selesai call dia sebab van tak boleh parking kat sini. Ok Pak Wan, jangan off phone ye. Hehe..

Landmark pintu masuk ke Mangga Dua Square
5 minit berjalan dalam Mangga Dua Square dah boleh buat kesimpulan dah.. Tak menarik jugak.. Ingat macam MidValley ke, 1Utama ke.. Lebih kepada Yik Foong Ipoh yang baru upgrade. Huhu.. Mungkin Pacific Place je kot yang paling grand kat sini. Tapi tu terlebih grand pulak. Nak masuk pun tak berani. Kami turun ke tingkat bawah menuju ke Carrefour. Baru saya perasan, Tesco tak nampak pun kat sini. Giant ada jugak nampak. Dengar cerita Tesco akan masuk pasaran Indonesia tak lama lagi. Walmart pun sama. Makin banyak competitor nanti.

Jalan-jalan dalam Carrefour
Kat dalam Carrefour pun kami tak buat apa-apa. Cuma melihat je. Dah tentu konsep sama macam kat Malaysia. Huhu.. Kat sini kopi segera je dah conquer satu row. Jabar yang dari haritu nak beli tak beli-beli akhirnya dapat jugak. Nak bagi ayah dia katanya.. Anak kesayangan ni.. Hehe.. Selesai bayar di kaunter, kami mencari tempat untuk mengisi perut kami yang dah lama kosong. Kami makan di A&W. Menunya lain dari di Malaysia. Tapi air Root Beer float yang sedap tu tetap ada. Kat sini memang banyak restoran A&W. Kat Malaysia dah macam hidup segan mati tak mau je. Cawan pun kadang-kadang takde, guna cawan biasa macam kat pasar malam tu. Huhu..

Banyak betul brand kopi kat sini. Satu row dia conquer!
Pilih je mana yang nak. Sudah pasti kopi Top dan Tora Bika menjadi pilihan hati..
Harga motor kat sini boleh kata sama macam kat Malaysia
Susu pun ada rumah tau..
Selesai makan, jam 1.30 petang kami keluar dari Mangga Dua Square. Selesai sudah aktiviti berjalan-jalan di Jakarta. Masa untuk ke airport. Walaupun flight kami jam 6.15 petang, apa salahnya sampai airport awal. Takut ada hal-hal lain je kat airport nanti. Baik standby awal-awal. Lepas call Pak Wan mintak pickup, 10 minit je dia dah sampai. Efisien sungguh Pak Wan ni. Rekemen 100% kalau nak guna servis pariwisata dia.

Sementara menunggu Pak Wan sampai, kasi settle si kecik ni dulu..
Jam 1.50 petang kami meninggalkan Mangga Dua Square menuju ke airport. Seperti yang dijangka, jalan dah mula jem. Bukan setakat jem, siap banjir air sungai melimpah lagi.. Huhu.. Saya bertanya kat Pak Wan, memang camni ke keadaan sungai kat Jakarta. Pak Wan kata ya memang camtu. Kalau hujan lama sikit memang banjir terus. Level air sungai sentiasa sama paras dengan jalanraya..

Pemandangan biasa di Jakarta. Air sungai naik ke jalanraya..
Gerun tengok level air sungai tu..
@ Soekarno-Hatta International Airport

Sambil melihat sekeliling sambil meredah jem, akhirnya lepas masuk ke jalan highway. Baru clear sikit. Jam 2.40 petang kami tiba di departure area Soekarno-Hatta International Airport. Mula keluarkan beg-beg kami yang agak banyak kuantitinya. Tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada Pak Wan dan van Pariwisatanya. Terima kasih yang teramat sangat diucapkan pada Pak Wan kerana sudi menjadi supir kami dan melayan karenah kami dan anak-anak. InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang kami akan gunakan lagi servis dari Pak Wan. Terima kasih daun keladi..

Jarak dari kawasan Mangga Dua ke Soekarno-Hatta International Airport
Masa untuk unload barang..
Berapa banyak troli nak pakai nih. Hehe..
Bergambar kenangan bersama Pak Wan, our supir..
Kami berehat-rehat di departure hall sambil menyiapkan anak-anak. Bersih dan tukar apa yang patut. Jam 3.45 petang baru kami mula check-in. Time ni la kena bayar Rp150,000/person. International Passenger Charge namanya. Huhu.. Sebab tu masa sampai hari pertama dah standby siap-siap simpan duit untuk bayar charge ni. Rasanya kalau kat airport bandung harga charge dia lain. Tak pasti pulak. Mungkin ikut saiz airport kot. Hehe.. Only at Indonesia..

Beratur menunggu turn untuk check-in
Itu diaa.. passenger service charge.. Rp150,000 per person..
Resit berbentuk sticker yang dilekatkan kat belakang tiket, sebagai bukti pembayaran
Jam 4.15 petang semua hal-hal di kaunter dan imigresen selesai. Kami singgah minum di Old Town sambil menunggu masa nak naik flight. Masa untuk menghabiskan saki baki duit rupiah yang ada. Dapatlah beli souvenir sekeping dua. Beberapa keping fridge magnet yang nampak cantik dibeli buat kenangan.. Tepat jam 6.00 petang kami semua menuju ke pintu D4 untuk naik flight. Jam 6.15 petang flight MAS MH722 terbang meninggalkan Indonesia. Berakhirlah sudah episod pengalaman hidup di Bandung dan Jakarta.. Masa untuk pulang ke tanah air tumpahnya darahku..

Our flight is MH722. Paling atas sekali..
Bye-bye Jakarta Indonesia!
Senyum sebab puas atau sebab nak balik dah? Hehe..
@ KLIA

Sampai di KLIA jam 9.15 malam. Sempat lagi kami meronda kedai di area duty free zone. Jam 10.45 malam baru kami selesai ambil beg. Cadangan awal nak balik naik ERL. Tapi disebabkan dah lewat malam dan barang yang banyak termasuk badan yang dah letih, maka saya putuskan untuk naik teksi bermeter. Tak boleh nak naik teksi sedan sebab beg tak muat. Terpaksalah naik teksi MPV dengan charge RM2/km. Huhu.. Takpelah, janji sampai rumah dengan selamat. Dalam perjalanan balik, saya membuat refleksi tentang trip ke Indonesia ni. Bila melihat secara keseluruhan, sebenarnya banyak pengajaran berguna yang boleh digunakan untuk memperbaiki hidup diri sendiri di masa akan datang, dari segi kos hidup, kemudahan dan macam-macam lagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita. Sampai di Wangsa Maju jam 11.50 malam. Alhamdulillah. Satu negara lagi bertambah dalam senarai pengalaman hidup. Bermula kembali kehidupan seperti sedia kala.. Wallahualam..

Setelah selesai angkut beg.. Banyak jugak tu..
Nah. Amekau.. Taxi fares from KLIA to Wangsa Maju..
*Kos wajib untuk sekeluarga:
  - Lunch                  : RM55.00
  - Airport charges : RM225.00
  - Coffee                 : RM28.50
  - Taxi                     : RM143.00
  - Jumlah                : RM451.50

*Website yang membantu:

ITC Mangga Dua

Mangga Dua Square

MONAS

Masjid Istiqlal

Tuesday, 24 December 2013

JJCP Indonesia : Day 03

Tarikh:
21 September 2013
Lokasi kejadian:
Bandung - Jakarta (Hard Rock Cafe) - Wow! Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6.15 pagi kami dah bangun. Hari ni mudah sikit nak kejut anak-anak. Mungkin semalam dah terlalu penat. Sampai hotel terus tidur. Sebab tu senang nak bangun. Kami kemas barang-barang ke dalam beg. Lepas breakfast terus check-out. Saya sempat mengambil gambar keadaan sekitar hotel yang kecik tapi cantik berkonsepkan British style.

Lokasi Cottonwood Bed & Breakfast
British style di atas kepala katil. Bahaya kalau anak-anak capai.. Huhu..
Decoration dinding yang amat cool..
Corridor hotel pun penuh frame gambar Britain
Ada balkoni tempat rehat di bahagian atas hotel
Reception desk.. Pekerja baru tu.. Hehe..
Poskad yang dihantar oleh bekas pengunjung hotel. Good review!
Jam 8.00 pagi kami turun ke bawah untuk breakfast. Hari ni breakfast nasi kuning. Nampak macam nasi minyak je tapi takde rasa. Boleh la setakat nak alas perut. Dari hari pertama sampai hari ni perut masih normal, tak sakit. Risau jugak kalau kena sakit perut. Saya selalu kena diarrhea kalau makan benda yang tak pernah makan. Kira perut first time terima makanan baru, terkejut agaknya. Huhu.. Alhamdulillah, masih boleh bertahan buat masa ni.. Selesai makan, jam 9.00 pagi kami angkat beg turun ke bawah. Masa untuk check-out. It's a good bed and breakfast hotel, walaupun jauh dari bandar. Kena book hotel besar sikit kalau datang dengan family. Ada rezeki datang ke sini lagi nak amik hotel yang betul-betul kat tengah bandar. At least boleh jalan kaki meronda waktu malam..

Ruang breakfast yang santai
Dah makan jangan lupa angkat pinggan sendiri ye..
Nasi kuning.. Kena makan dengan sambal baru ada rasa..
Selesai packing barang untuk dibawa turun
Bergambar kenangan di pintu masuk hotel
Baju sama.. Umur pun sama.. Bulan lahir je lain..
Goodbye Cottonwood..
@ Rumah Mode

Destinasi kami adalah nak repeat balik ke Rumah Mode. Semalam dapat sejam je kat sana. 20 minit perjalanan, jam 9.45 pagi kami dah sampai di area Rumah Mode. Kami meronda di factory outlet sekitar Rumah Mode. Masih tak menepati citarasa kami. Hanya window shopping je. Jam 10.00 pagi baru kami melangkah ke Rumah Mode. Kali ni baru kami merasa puas meronda dalam Rumah Mode. Walaupun kebanyakannya ada barangan yang reject, tapi masih berpuas hati dengan design beg dan pakaian di sini. Lebih 2 jam jugak kami di Rumah Mode. Lagipun lepas ni nak terus ke Jakarta. Bandung menjadi kenangan. Walaupun banyak lagi tempat di Bandung yang kami tak sempat pergi seperti Tangkuban Parahu dan Chibaduyut tapi insyaAllah satu hari nanti kami akan datang lagi..

Factory outlet di sebelah Rumah Mode.. Kurang menarik..
Semalam tak sempat bergambar di sini
Rumah Mode is a woman's world..
Ada train khas kat Rumah Mode ni. Tak sempat nak naik..
Selesai membeli belah di Rumah Mode, jam 12.30 t/hari kami berangkat menuju ke Jakarta. Rancangan awal nak duduk di Bandung je. Esok terus gerak ke airport. Tapi disebabkan keadaan trafik di Jakarta yang melampau sesaknya, takut jugak terlepas flights kalau bertolak dari Bandung. Cara selamat, lepak Jakarta untuk semalam. Esok boleh ronda-ronda kat area dekat dengan airport. Masa sampai haritu cuaca dah gelap. Hari ni merasa kami melihat pemandangan di sepanjang highway. Agak cantik juga highway di Indonesia ni. Pemandangan pun tak kurang hebatnya. Baru ku tahu yang Bandung ni terletak di atas bukit. Cuaca sejuk sikit dari di Jakarta. Jam 1.30 petang kami singgah di Rest Area KM 97 untuk lunch dan solat jamak.

Ceria pulak si kecik ni dalam van
Highway Bandung - Jakarta yang smooth. Belum sampai Jakarta lagi..
Pelik ada, kelakar pun ada nama tempat kat Indonesia nih..
@ Rest Area KM 97

Sampai di Rest Area KM 97, kami terus menuju ke masjid. Ye betul masjid, bukan surau. Apa yang menarik di Rest Area highway Indonesia adalah masjidnya besar dan cantik belaka. Kedai makan pun banyak. Kalau kat Malaysia setakat surau je dan kedai makan pun limited. Tengok je la RnR Tapah.. Fuhh, tak sanggup nak berhenti kat situ.. Sanggup tahan kencing dari masuk ke RnR Tapah. Huhu.. Selesai solat jamak, kami meronda di kedai yang ada di situ. Ada kedai yang menjual kek keluaran Kartika Sari yang dikatakan terkenal di Indonesia. Kami lunch di Restoran Morning Glory. Dari luar nampak macam hebat dan sedap. Sebelum tu kami ada membeli ayam goreng untuk anak-anak. Rupanya kami tak boleh makan makanan dari luar. Dah anak-anak nak makan, kami bagi je la. Tengok menu, harganya ok lagi. Teringin nak minum kopi luwak tapi harganya melampau mahal. Tak jadi nak minum. Huhu.. Lepas makan kami mintak bil. Terkejutnya kami bila dalam bil ada bayaran untuk makanan dari luar. Wow, kena penalty rupanya. Huhu.. Takpelah, taknak panjangkan cerita kami bayar je la. Nanti tak sampai Jakarta pulak karang lagi susah. Hehe..

Sampai sudah di Rest Area KM 97
Masjid di Rest Area. Besar sungguh..
Mesjid Al-Mi'raj namanya
Antara barang hilang di masjid yang dikumpul..
Order ayam goreng untuk anak-anak

Melepak sambil menunggu ayam goreng siap
Menu di Restoran Morning Glory
Dari Bandung tadi tak tidur-tidur dia nih.. Huhu
Layan kopi untuk perjalanan yang masih jauh
Resit makan.. Outside food kena charge jugak. Huhu..
Selesai lunch, jam 3.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Jakarta. Destinasi pertama di Jakarta adalah nak ke Hard Rock Cafe untuk menambah lagi koleksi t-shirt hard rock kami. Pak Wan kata dia tau di mana lokasi HRC. Di sepanjang jalan menghampiri bandar Jakarta, jalan dah mula sesak. Kelihatan ada orang yang menjual makan dan minuman di tengah jalan. Ambil kesempatan ketika kereta tak bergerak. Memang itu pemandangan biasa di Jakarta, kata Pak Wan. Rakyat Indonesia terdesak mencari rezeki untuk hidup dengan melakukan pelbagai cara. Huhu.. 

Nak sampai Jakarta dah..
Macam Masjid Shah Alam je..
Haa, akhirnya dia tertewas juga..
Tol lagi.. Sape Halim ni ye?
Jualan di tengah jalan..
Ramai rupanya yang menjual di tengah jalan..
@ Jakarta

Kami tiba di tengah bandar Jakarta jam 5.30 petang. Rupanya Pak Wan membawa kami ke lokasi HRC yang lama. HRC Jakarta baru berpindah lokasi di Pacific Place. Masalah timbul bila Pak Wan tak tau camna nak pergi ke Pacific Place. GPS pulak dia tak guna. Nasib baik Waze boleh digunakan di Indonesia. Saya pulak yang tunjuk Pak Wan jalan ke sana. Huhu.. Sampai di Pacific Place jam 6.00 petang. Melihatkan keadaan sekeliling, rasanya kawasan Pacific Place ni untuk golongan elit dan atasan. Masa kami turun di lobi, tak nampak langsung kenderaan yang biasa-biasa, semuanya mewah belaka. Kami je yang naik van Pariwisata. Huhu.. Patutlah Pak Wan tak tau tempat ni. Tak kisahlah, mewah atau tak, rasanya semua ada hak nak datang ke sini.

Banner HRC di sepanjang Pacific Place. Baru beroperasi di sini..
Pacific Place.. High class tempat ni..
Kami berjalan menuju ke HRC yang terletak di tepi bangunan. Kami lalu di depan pintu masuk Galeries LaFayette, sama seperti shopping complex mewah di Paris. Memang eksklusif bila dipandang dari luar. Siap kena bodyscan dulu sebelum nak masuk. Bila sampai di depan HRC pun sama, ada bodyscan. Rupanya semua company dari Europe dan US kena bodyscan sebab khuatir ada ancaman bom dari terrorist. Huhu.. Sampai begitu sekali.. Tak kisahlah, yang penting kedatangan kami tak mengancam sesiapa. Hanya nak tambah koleksi t-shirt HRC kami. Pencarian untuk penambahan koleksi bermula..

Di depan pintu masuk Galeries LaFayette..
Di depan HRC kat sebelah Galeries LaFayette
Replika HRC Jakarta.
Rock bebeh! Hehe..
Selesai hal di HRC, kami masuk kejap ke dalam Galeries LaFayette. Teringat masa kat Paris dulu. Lepas scan badan dan barang, kami masuk ke dalam. Memang grand sangat. Lagi hebat dari kat Paris. Wife saya tengok harga beg yang dijual. Lagi mahal dari di Paris. Tak sampai 10 minit kat dalam tu saya bawak anak-anak keluar. Takut jugak kalau terlanggar barang-barang kaca kat dalam tu. Saya dan anak-anak tunggu kat pintu luar je.

Sambil menunggu wife kat luar Galeries LaFayette
Eksklusif.. Dan mahal.. Huhu..
Setengah jam wife saya meronda dalam tu akhirnya dia keluar jugak. Ingatkan ada la hasil yang dibawa keluar, tapi takde. Mahal sangat katanya kalau nak dibanding dengan di Paris dulu. Sebenarnya kat Paris pun mahal. Cuma perfume Anick Goutal je murah. Cuci mata je lah.. Kami call Pak Wan mintak dia amik kami kat tempat drop tadi. Jam 7.30 malam van sampai. Kami terus menuju ke arah hotel untuk check-in. Masalah timbul bila Pak Wan lagi sekali tak tau kat mana lokasi Wow! Hotel. Walaupun tau hotel tu kat area Mangga Besar tapi tak pasti lorong yang mana. Apa yang Pak Wan bagitau cuma lokasi hotel kami ni tempat yang jelek gitu. Huhu.. Hujan turun dengan lebatnya. Akhirnya jam 9.00 malam kami berjumpa dengan Wow! Hotel. Hmm, memang kecik je hotel ni, terletak di barisan rumah kedai je. Di sebelah kanan kedai salon rambut dan di sebelah kiri ada disco. Huhu.. Patutlah Pak Wan kata jelek.

Antara gerai di sepanjang jalan Mangga Besar yang menjadi perhatian saya..
@ Wow! Hotel

Nak tak nak terpaksa jugak kami check-in hotel ni disebabkan waktu dah agak lewat untuk cari hotel yang lain. Selesai check-in, kami masuk ke bilik. Bilik lagi kecik dari Cottonwood. Memang tak sesuai untuk keluarga. Kalau berdua je takde masalah. Kedengaran bunyi dari disco di sebelah. Hehe.. Boleh tidur sambil layan lagu disco. Malam belum makan lagi ni. Saya menunggu Wan dan Jabar untuk keluar mencari makan malam sampai tertidur. Jam 10.00 malam Wan call dan mengajak saya keluar. Dari hotel kami berjalan kaki menuju ke KFC di seberang blok. Kelihatan ramai betul pelacur tengah menunggu pelanggan di sepanjang blok. Kami terus masuk ke dalam KFC dan order makanan. Sambil makan, kami melihat gelagat orang yang sedang deal untuk melanggan. Memang jelek tempat ni. Huhu.. Selesai makan kami bergerak balik ke hotel dengan membawa makanan yang dibungkus. Cukuplah kot makan burger KFC sebagai menu makan malam. Jam 11.00 malam, dah tak tau apa nak buat, saya pun sambung tidur balik.. Menunggu hari esok untuk ronda Jakarta dan balik Malaysia.. Wallahualam..

Pintu masuk Wow Hotel.. Memang wow pun.. Huhu..
*Kos wajib untuk sekeluarga:
  - Lunch   : RM 65.00
  - Dinner  : RM 35.00
  - Jumlah : RM 100.00

*Website yang membantu:

Kartika Sari