Tarikh:
22 September 2013
Lokasi kejadian:
Jakarta - ITC Mangga Dua - Mangga Dua Square - Soekarno-Hatta International Airport - KLIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 6.30 pagi kami dah bangun. Sejuk betul aircond hotel ni. Kami kejut anak-anak bangun dari tidur. Agak senang jugak diorang bangun. Selalunya meragam. Kali ni tak pulak. Mungkin lena tidur berdendangkan bunyi sound system disco dari dinding sebelah. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk check-out hotel. Kat luar hotel Pak Wan dah sedia menunggu. Kesian bila tengok umurnya masih lagi bekerja dan tidur dalam van. Memang itulah kerja sebagai supir pariwisata ni. Huhu.. Yang penting berkat kerja yang dilakukan. Sementara menunggu barang masuk ke dalam van, Pak Wan ajak saya ke kedai Alfamart yang terletak kat seberang hotel. Beli kopi lagi.. Memang betul sedap kopi dari Indonesia ni. Kopi Top dan Tora Bika memang terbaik. Tak lupa juga kopi luwak yang rare tu.
|
Masa untuk loading barang masuk van. |
|
Kedai Alfamart depan hotel. Bukan nak tunjuk yang berjalan tu ye. Hehe.. |
|
Jalanraya lengang. Berbeza bila malam menjelma.. |
|
Tak merasa jugak saya naik menatang bajaj ni. Sama macam tuktuk kat Bangkok. |
@ Central Jakarta
Selesai loading barang ke dalam van, jam 9.00 pagi kami mula meninggalkan Wow Hotel. Kami mintak Pak Wan bawak kami ronda-ronda sekitar bandar Jakarta. Tak payah turun, tengok dari van je dah cukup. Lagipun cuaca dah mula panas. Kang meragam pulak budak-budak nanti. Pak Wan bawa kami ke area National Monument (Monas) dan masjid terbesar di Asia Tenggara, Masjid Istiqlal. Dapatlah saya ambil gambar dari tingkap van. Cukup sebagai kenangan..
|
Lokasi MONAS dan Masjid Istiqlal di tengah Jakarta |
|
Bus stand kat sini di tengah divider jalan raya. Lain dari yang lain.. |
|
Kereta kuda pun ada kat sini.. |
|
MONAS dari jauh.. Mercu tanda Jakarta.. |
|
Pemandangan di sekitar MONAS |
|
Inilah dia masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid Istiqlal.. |
|
Banyak monumen kat sepanjang jalan |
|
Gambaran sekitar kawasan Mangga Dua |
|
Sungai yang sentiasa tinggi level airnya |
@ ITC Mangga Dua
Seterusnya Pak Wan membawa kami ke tempat shopping ala Pasar Baru di Bandung. ITC Mangga Dua namanya. Jam 9.50 pagi kami sampai di tempat parking van pariwisata di tepi bangunan ITC Mangga Dua. Kami berjalan masuk ke dalam ITC Mangga Dua. Pintu masuk dia sama macam pintu masuk pasar besar kat Kuantan. Kelihatan banyak kedai yang baru mulakan perniagaan. Antara kedai pertama yang kami tuju adalah kedai menjual t-shirt Jakarta. Bandung dah ada t-shirt, takkan Jakarta takde pulak kan.. Mesti kena ada kenangan di Jakarta..
|
Port parking van pariwisata |
|
Kedai jualan di dalam ITC Mangga Dua |
|
Banyak lagi kedai yang belum bukak. Window shopping.. |
|
Kerepek dan keropok Made in Indonesia.. |
|
Ada kuih yang tak pernah saya tengok sebelum ni.. |
Selesai pilih baju yang agak berkenan di hati, kami berjalan jauh ke dalam ITC. Memang nampak macam Pasar Baru Bandung, tapi kurang menarik. Kami cuma jalan-jalan tengok barang je. Sempat jugak saya tengok kuih-muih Indonesia. Tak beli pun, takut tak sedap. Huhu.. Dah agak bosan meronda, Jam 11.15 pagi kami menuju keluar dari ITC Mangga Dua. Terkejut Pak Wan bila tengok kami dah selesai meronda. Tak best sangat la Pak Wan. Kami mintak Pak Wan bawak kami ke tempat lain, tapi jangan jauh sangat dengan airport. Takut tak sempat nak check-in nanti. Jalanraya kat Jakarta memang sentiasa sesak.
|
Kedudukan ITC dan Mangga Dua Square yang tak berapa jauh |
@ Mangga Dua Square
Pak Wan bawak kami ke Mangga Dua Square yang terletak dekat je dengan ITC Mangga Dua. Tengok dari luar nampak macam menarik je tempat ni. Takpe, masuk dulu baru boleh cerita.. Jam 11.30 pagi kami sampai. Pak Wan turunkan kami di pintu masuk sebelah Hotel Amaris. Dia pesan bila dah selesai call dia sebab van tak boleh parking kat sini. Ok Pak Wan, jangan off phone ye. Hehe..
|
Landmark pintu masuk ke Mangga Dua Square |
5 minit berjalan dalam Mangga Dua Square dah boleh buat kesimpulan dah.. Tak menarik jugak.. Ingat macam MidValley ke, 1Utama ke.. Lebih kepada Yik Foong Ipoh yang baru upgrade. Huhu.. Mungkin Pacific Place je kot yang paling grand kat sini. Tapi tu terlebih grand pulak. Nak masuk pun tak berani. Kami turun ke tingkat bawah menuju ke Carrefour. Baru saya perasan, Tesco tak nampak pun kat sini. Giant ada jugak nampak. Dengar cerita Tesco akan masuk pasaran Indonesia tak lama lagi. Walmart pun sama. Makin banyak competitor nanti.
|
Jalan-jalan dalam Carrefour |
Kat dalam Carrefour pun kami tak buat apa-apa. Cuma melihat je. Dah tentu konsep sama macam kat Malaysia. Huhu.. Kat sini kopi segera je dah conquer satu row. Jabar yang dari haritu nak beli tak beli-beli akhirnya dapat jugak. Nak bagi ayah dia katanya.. Anak kesayangan ni.. Hehe.. Selesai bayar di kaunter, kami mencari tempat untuk mengisi perut kami yang dah lama kosong. Kami makan di A&W. Menunya lain dari di Malaysia. Tapi air Root Beer float yang sedap tu tetap ada. Kat sini memang banyak restoran A&W. Kat Malaysia dah macam hidup segan mati tak mau je. Cawan pun kadang-kadang takde, guna cawan biasa macam kat pasar malam tu. Huhu..
|
Banyak betul brand kopi kat sini. Satu row dia conquer! |
|
Pilih je mana yang nak. Sudah pasti kopi Top dan Tora Bika menjadi pilihan hati.. |
|
Harga motor kat sini boleh kata sama macam kat Malaysia |
|
Susu pun ada rumah tau.. |
Selesai makan, jam 1.30 petang kami keluar dari Mangga Dua Square. Selesai sudah aktiviti berjalan-jalan di Jakarta. Masa untuk ke airport. Walaupun flight kami jam 6.15 petang, apa salahnya sampai airport awal. Takut ada hal-hal lain je kat airport nanti. Baik standby awal-awal. Lepas call Pak Wan mintak pickup, 10 minit je dia dah sampai. Efisien sungguh Pak Wan ni. Rekemen 100% kalau nak guna servis pariwisata dia.
|
Sementara menunggu Pak Wan sampai, kasi settle si kecik ni dulu.. |
Jam 1.50 petang kami meninggalkan Mangga Dua Square menuju ke airport. Seperti yang dijangka, jalan dah mula jem. Bukan setakat jem, siap banjir air sungai melimpah lagi.. Huhu.. Saya bertanya kat Pak Wan, memang camni ke keadaan sungai kat Jakarta. Pak Wan kata ya memang camtu. Kalau hujan lama sikit memang banjir terus. Level air sungai sentiasa sama paras dengan jalanraya..
|
Pemandangan biasa di Jakarta. Air sungai naik ke jalanraya.. |
|
Gerun tengok level air sungai tu.. |
@ Soekarno-Hatta International Airport
Sambil melihat sekeliling sambil meredah jem, akhirnya lepas masuk ke jalan highway. Baru clear sikit. Jam 2.40 petang kami tiba di departure area Soekarno-Hatta International Airport. Mula keluarkan beg-beg kami yang agak banyak kuantitinya. Tibalah masa untuk mengucapkan selamat tinggal pada Pak Wan dan van Pariwisatanya. Terima kasih yang teramat sangat diucapkan pada Pak Wan kerana sudi menjadi supir kami dan melayan karenah kami dan anak-anak. InsyaAllah jika ada kesempatan dan peluang kami akan gunakan lagi servis dari Pak Wan. Terima kasih daun keladi..
|
Jarak dari kawasan Mangga Dua ke Soekarno-Hatta International Airport |
|
Masa untuk unload barang.. |
|
Berapa banyak troli nak pakai nih. Hehe.. |
|
Bergambar kenangan bersama Pak Wan, our supir.. |
Kami berehat-rehat di departure hall sambil menyiapkan anak-anak. Bersih dan tukar apa yang patut. Jam 3.45 petang baru kami mula check-in. Time ni la kena bayar Rp150,000/person. International Passenger Charge namanya. Huhu.. Sebab tu masa sampai hari pertama dah standby siap-siap simpan duit untuk bayar charge ni. Rasanya kalau kat airport bandung harga charge dia lain. Tak pasti pulak. Mungkin ikut saiz airport kot. Hehe.. Only at Indonesia..
|
Beratur menunggu turn untuk check-in |
|
Itu diaa.. passenger service charge.. Rp150,000 per person.. |
|
Resit berbentuk sticker yang dilekatkan kat belakang tiket, sebagai bukti pembayaran |
Jam 4.15 petang semua hal-hal di kaunter dan imigresen selesai. Kami singgah minum di Old Town sambil menunggu masa nak naik flight. Masa untuk menghabiskan saki baki duit rupiah yang ada. Dapatlah beli souvenir sekeping dua. Beberapa keping fridge magnet yang nampak cantik dibeli buat kenangan.. Tepat jam 6.00 petang kami semua menuju ke pintu D4 untuk naik flight. Jam 6.15 petang flight MAS MH722 terbang meninggalkan Indonesia. Berakhirlah sudah episod pengalaman hidup di Bandung dan Jakarta.. Masa untuk pulang ke tanah air tumpahnya darahku..
|
Our flight is MH722. Paling atas sekali.. |
|
Bye-bye Jakarta Indonesia! |
|
Senyum sebab puas atau sebab nak balik dah? Hehe.. |
@ KLIA
Sampai di KLIA jam 9.15 malam. Sempat lagi kami meronda kedai di area duty free zone. Jam 10.45 malam baru kami selesai ambil beg. Cadangan awal nak balik naik ERL. Tapi disebabkan dah lewat malam dan barang yang banyak termasuk badan yang dah letih, maka saya putuskan untuk naik teksi bermeter. Tak boleh nak naik teksi sedan sebab beg tak muat. Terpaksalah naik teksi MPV dengan charge RM2/km. Huhu.. Takpelah, janji sampai rumah dengan selamat. Dalam perjalanan balik, saya membuat refleksi tentang trip ke Indonesia ni. Bila melihat secara keseluruhan, sebenarnya banyak pengajaran berguna yang boleh digunakan untuk memperbaiki hidup diri sendiri di masa akan datang, dari segi kos hidup, kemudahan dan macam-macam lagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada di negara kita. Sampai di Wangsa Maju jam 11.50 malam. Alhamdulillah. Satu negara lagi bertambah dalam senarai pengalaman hidup. Bermula kembali kehidupan seperti sedia kala.. Wallahualam..
|
Setelah selesai angkut beg.. Banyak jugak tu.. |
|
Nah. Amekau.. Taxi fares from KLIA to Wangsa Maju.. |
*Kos wajib untuk sekeluarga:
- Lunch : RM55.00
- Airport charges : RM225.00
- Coffee : RM28.50
- Taxi : RM143.00
- Jumlah : RM451.50
*Website yang membantu:
ITC Mangga Dua
Mangga Dua Square
MONAS
Masjid Istiqlal
assalam kak boleh tak saya dapatkan no supir tu
ReplyDeleteSalam Rynna,
DeleteNo supir tu 0813 2090 5260 @ 0857 2008 4042. Nama dia Wawan Darmawan (Pak Wan) dari DAYA Tour's Travel..