Bila dah beli tiket ke Jepun, mulalah saya mencari seberapa banyak info tentang negara matahari terbit ni. Negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dan juga 'layanan' yang telah diberikan pada datuk dan nenek kita. Jahat sungguh orang Jepun ni.. Tapi itu semua dah menjadi sejarah. Kalau arwah atok dan nenek saya masih hidup lagi, dah tu tau pulak yang saya nak ke Jepun, mesti kena marah kan? Hehe..
Jepun - Zaman Perang dulu-dulu.. (Ihsan Google Images) |
Encik Google telah memberikan begitu banyak info tentang Jepun ni.. Lagi banyak dari trip ke UK & Paris dulu. Pening kepala dibuatnya. Bila dengar tentang negara Jepun, mesti terpikir tentang barangan dari Jepun especially barang elektrik. Sape yang tak pernah dengar jenama Sony, Toshiba dan yang sewaktu dengannya? Cuma sekarang ni je baru barangan dari Korea mula bersaing hebat dengan Jepun. Itu baru barang elektrik. Kenderaan pulak lagilah famous. Honda, Toyota, Mitsubishi etc.. Dah belambak nampak kat jalanraya. Part kenderaan Korea kalah teruk. Hehe.. Masih belum masanya lagi kot..
Do you have a Honda? (Ihsan Google Images) |
Apa yang boleh dikata tentang Jepun adalah tentang kreativiti dan inovasi mereka. Hebat betul diorang bila masuk bab teknologi ni. Malaysia masih terlalu jauh untuk menyainginya. Apa yang mata kasar kita nampak adalah barangan dan produk dari Jepun. Sebenarnya tunjang kejayaan negara Jepun adalah datangnya dari rakyatnya sendiri yang begitu berdisiplin. Ye betul, tahap disiplin yang memang susah nak dicapai dan diikut oleh rakyat kita sendiri. Saya suka betul tengok cerita dokumentari tentang Jepun. Memang betul-betul teruja dengan cara hidup rakyatnya dan bagaimana mereka bekerja untuk memajukan diri dan negara mereka sendiri. Ada satu slot dalam TV Al-hijrah tentang kehidupan rakyat Jepun. Ia menceritakan bagaimana mereka mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. sedangkan umat Islam sendiri susah nak mengikutnya. Bukannya hal yang besar, cuma hal susun kasut je. Bagaimana susunan kasut di Jepun berbanding dengan susunan kasut di masjid. Nampak macam simple je isu dia tapi kesannya sungguh mendalam. Ikut logik akal memang betul jugak apa yang cuba disampaikan oleh rancangan TV Al-hijrah tu.
Kat Jepun kasut memang tersusun (Ihsan Google Images) |
Rakyat Jepun telah dilatih untuk berdisiplin sejak dari kecil lagi. Sebab tu tak menjadi masalah bila dah besar. Ibarat melentur buluh.. Kalau dah keras tak guna pun nak lentur. Melantun balik kena kepala sendiri adalah. Terus patah jadinya. Huhu.. Antara satu lagi dokumentari tentang rakyat Jepun yang saya masih ingat adalah tentang apa yang budak-budak Jepun belajar masa di awal persekolahan. Takde benda lain, semuanya tentang sivik je. Di sekolah kita, mata pelajaran sivik masih baru diperkenalkan. Kalau start dekat budak tingkatan 4 dan 5, memang takde kesan punyalah. Dah pernah ajar pun. Huhu..
Tunduk adalah cara yang terhormat di Jepun (Ihsan Google Images) |
Dari segi bahasa pulak, orang Jepun tak perlu pun nak menguasai bahasa Inggeris. Bagi diorang, guna bahasa sendiri pun dah cukup untuk memajukan diri dan negara. Bahasa Inggeris tetap diajar di sekolah tapi cuma salah satu mata pelajaran yang biasa je. Janji belajar sudah cukup.. Huhu.. Negara kita pulak perlu mahir berbahasa Inggeris. Adakah sebab kita pernah dijajah oleh British? Tapi Jepun pun pernah jajah kita. Wallahualam.. Sememangnya bahasa Inggeris adalah bahasa antarabangsa. Sebab tu kena belajar betul-betul. Apa yang penting sekarang kita di Malaysia memang kena menguasai bahasa Inggeris kalau nak maju ke depan. Hantar resume kena tulis mahir berbahasa Inggeris, time interview kena fluent speaking. Biarpun ala-ala ke pasar borong susunan bahasa Inggeris kita, yang penting faham soalan dan faham jawapan. Hehe.. Orang Jepun biar la dengan bahasa dia. Diorang sendiri dah buktikan dengan guna bahasa sendiri pun boleh maju. Saya pernah belajar bahasa Jepun ketika di sekolah dulu. Dari Tingkatan 1 sampai 4. Sekolah berasrama penuh, wajib amik satu bahasa asing. Saya prefer bahasa Jepun daripada Arab. Yang saya masih ingat adalah nama sensei yang ajar saya, Yuka Fujisawa. Ingat pun pasal dia comey. Ayat yang paling selalu dengar dari dia adalah 'hayaku' (cepat) sebab kami selalu lambat masuk kelas dia. Orang Jepun kan menepati masa. Lambat je nama terus dah ada kat Pengetua. Huhu.. Kalau tulisan pulak saya masih ingat tulis nama sendiri dalam tulisan Jepun je. Setakat perkenalkan diri tu masih boleh la sikit-sikit. Kecik-kecik tak nak belajar, dah besar menyusahkan orang. Hehe..
Antara jenis tulisan di Jepun (Ihsan Google Images) |
Walaupun nampak macam saya ni mengagungkan negara Jepun, tapi tak semuanya perfect di sana. Dari segi kedudukan geografi, lagi baik di Malaysia. Tak perlu risau kes gempa bumi, gunung berapi, taufan dan lain-lain bencana alam. Walaupun ada jugak kes bangunan bergegar di Malaysia, tapi masih selamat, insyaAllah. Tsunami pun terkena jugak walaupun tak seganas di Acheh. Mungkin sebab muka bumi dah bergerak sikit kot. Wallahualam..
Tsunami di Jepun.. Scary.. (Ihsan Google Images) |
Secara kesimpulannya, Jepun adalah negara yang maju. Ada yang baik, ada juga yang tak baik tentang negara Jepun ni. Yang baik bolehlah dijadikan contoh dan teladan. Yang buruk dibuang jauh-jauh. Inilah antara gambaran awal yang saya dapat tentang negara Jepun. Masih banyak lagi maklumat yang perlu dicari. Still searching the information for our trip to Japan... Wallahualam..
Satu-satunya sijil Jepun yang saya pernah dapat. Pertandingan melukis kot. Lupa.. |
No comments:
Post a Comment