Thursday, 27 February 2014

JJCP Japan: Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Persiapan ke Jepun sudah hampir 70% siap. Tinggal nak selesaikan beberapa perkara yang juga dirasakan penting. Trip yang terdahulu dijadikan panduan untuk penambahbaikan trip yang seterusnya.

# Pasport & Visa

Yang ni dah tentu paling penting. Kena check expiry date, takut tinggal kurang dari 6 bulan dah tak boleh pakai. Pasport kami masih valid lagi. Dah sedia renew masa trip ke Indonesia. Siap buat pasport version baru lagi, yang ada logo ICAO kat depan. Memang kena ada logo ni untuk ke Jepun. Baru boleh dapat visa exemptions. Bermula dari 1 Julai 2013, kerajaan Jepun telah memansuhkan penggunaan visa untuk rakyat Malaysia yang melawat Jepun kurang dari 90 hari. Maka tak perlulah kami nak apply visa untuk ke sana. Bila baca blog tourists yang dah pernah ke sana di zaman visa, nampak macam leceh jugak masa nak apply. Yang tak tahan tu bila kena tunjuk baki akaun yang mesti ada at least RM10,000.00. Baru boleh nak dapat visa. Nampak sangat Jepun adalah negara yang tinggi kos hidupnya. Takut tourist mati kelaparan sebab barang kat sana semuanya mahal belaka. Huhu.. Sebab tu nak kena tunjuk bukti ada standby duit yang banyak kot. Entah la.. Yang penting sekarang dah tak perlu guna visa. Lagi ramai tourists boleh ke sana. Sebab tu la promo hotel and tours yang kami booking tu namanya Visa Waiver Promo. Sempena meraikan pemansuhan visa di Jepun. Hehe..

Logo ICAO untuk Visa exemptions ke Jepun (Ihsan Google Images)

# Surat Kelulusan

Macam biasa, sebagai penjawat awam kenalah apply kelulusan ke luar negara. Kalau tak apply, jadi apa-apa kat sana nanti silap haribulan boleh kena surcharge. Nanti masuk dalam fail peribadi kang susah pulak. Takut tak sempat masuk dah keluar dari kerajaan. Huhu.. Nampak macam leceh, tapi apa nak buat. Bukannya susah pun nak apply. Cuma isi borang yang berkenaan dan hantar kat pejabat sekolah. Dalam 2-3 minggu dapatlah jawapan.. Saya yang menurut perintah..

Surat permohonan perjalanan yang dah diluluskan. Alhamdulillah..
# Travel Insurance

Yang ni saya ada buat kesilapan sikit. Bukanlah kesilapan yang utama, cuma saya confuse cara apply dan validity insurans dari kerajaan ni. Apa yang saya tau, insurans dari kerajaan cuma boleh apply setahun sekali je. Jika takde buat claim maka bolehlah saya apply lagi. Rupanya bukan camtu. Setelah merujuk pada pejabat sekolah, setahun memang cuma sekali je boleh apply, tak kira ada buat claim atau tidak. Maknanya saya dah tak boleh apply insurans dari kerajaan untuk ke Jepun sebab dah buat masa ke Indonesia. Kalau tau macam tu, baik saya apply untuk ke Jepun sebab trip lagi lama dan jauh berbanding Indonesia. Tapi bila fikir balik, macam mana kita nak tau yang kita akan ke luar negara lagi buat kali kedua dalam masa setahun? Kadang-kadang trip last minute baru jalan. Contohnya masa plan ke Indonesia saya takde terfikir nak ke Jepun. Saya pun apply insurans. Bila dah lulus baru terfikir nak ke Jepun. Tak dapat nak apply dah. Kalau ada buat claim tu lain la cerita. Kira logik la kalau tak boleh apply lagi untuk tahun yang sama. Macam mana agaknya orang kerajaan yang selalu keluar negara dalam setahun ye? Hmm.. Maka terpaksalah saya apply insurans yang lain. Kena bayar RM159.00 kat MHInsure.. Huhu..

Pamphlet MH Insure tentang pakej yang ditawarkan
Dah naik MAS baik amik insurans dari dia je.. Senang cerita..
# Google Maps

Kalau di UK, saya cuma guna GPS je untuk ke mana-mana destinasi yang saya nak pergi. Tapi di Jepun saya guna public transport. Kenderaan kaki akan banyak digunakan. Huhu.. Dah tentu letih punyalah. Saya menggunakan khidmat bantuan dari Google Maps. Nak tengok mana lokasi yang akan saya tuju. Bila bukak je Google Maps, banyak tulisan Jepun dari English. Camna nak baca? Tak pasti pulak kalau Google Maps ada option translate jadi semua English. Tapi nasib baik la nama tempat dalam English. Senang nak refer. Saya kena pastikan di station mana saya akan turun untuk ke lokasi kejadian. Macam trip sebelum ni, saya akan tukarkan mode view kepada 360 live view. Dapat hafal bangunan pun dah ok. Nanti sampai kat sana boleh refer balik memori bangunan yang saya dah tengok kat Google Maps. At least dapat jugak membantu walaupun tak sampai 10% pun. Huhu..

Osaka Map. Dapat study lokasi JR Train station pun dah cukup baik.. (Ihsan Google Maps)
# City Maps 2 Go

Kalau di Malaysia saya selalu gunakan application Waze untuk jadi guide saya. Kat Indonesia pun Waze boleh guna. Cuma di Jepun saya tak berapa pasti. Untuk mengelakkan daripada terjadi kes tak boleh guna, saya download application baru yang sama fungsinya, iaitu CityMaps2Go for Android. Nak lagi selamat saya siap download kat Ipad sekali sebagai back-up. Hehe.. Android hanya boleh download maksimum 5 maps. Tapi kalau Ipad unlimited. Maka saya pun download region yang penting dulu seperti Osaka, Tokyo, Kyoto, Nagoya dan Yokohama kat dalam smartphone. Untuk Ipad saya download region yang sama plus Nara dan Hakone (Mt. Fuji). Daripada review orang yang dah pernah pakai, majoritinya kata not bad guna apps ni. Saya pun terus tag semua lokasi yang saya nak tuju dalam CityMaps2Go. Bila dah rasa macam sesat nanti bolehlah rujuk. Hehe.. Yang bestnya apps ni boleh guna offline. Harap menjadi, InsyaAllah..

CityMaps2Go.. Harap accurate la apps ni.. (Ihsan Google Images)
# Hyperdia

Yang ni memang amat saya perlukan sebab saya akan naik public transport sepanjang masa berada kat sana. Hyperdia akan bagi kita suggestion route yang kita boleh pilih. Cuma taip dari mana nak kemana, tarikh dan masa perjalanan. Nanti akan keluar cadangan perjalanan, up to 10 routes!. Bukan setakat route je, harga tiket train pun ada. Memandangkan saya akan guna JR Pass, cuma harga tiket untuk subway dan train lain yang tak termasuk dalam JR Pass je yang saya amik perhatian. Overall, Hyperdia adalah application yang amat membantu saya. Saya terus setting route perjalanan saya di sana nanti. It is not 100% accurate, but still reliable. Saya download apps Hyperdia dalam smartphones sebagai back-up. Boleh refer di hari kejadian nanti. Saya juga buat hard copy dalam MSExcel khas untuk train schedule je. Standby sekiranya tetiba takde line internet masa nak guna. Selalunya macam tu lah yang berlaku kat line internet. Time betul-betul nak guna, time tu la takde line. Huhu..

Contoh route suggestion dari website Hyperdia. Info yang lengkap untuk perjalanan di Jepun..
# Halal Foods

Bab ni lah yang paling utama sebenarnya. Makan untuk hidup. Hehe.. Saya google mencari halal foods kat setiap lokasi kejadian di sana. Restoran halal di sana agak kurang. Ada satu restoran di Kansai Airport yang ada halal certificate dari Malaysia. Nanti boleh cuba. Disebabkan tak banyak restoran halal, jadi saya tiada option untuk buat pilihan. Mana yang saya jumpa saya tag kat dalam CityMaps2Go. Kebanyakannya adalah restoran dari middle-east, sama seperti di UK. Menu nasi beriani, kebabs and the gang.. Terpaksa makan walaupun tak minat. Malu makan akan kelaparan. Huhu.. Trip kali ni saya buat kelainan sikit. Saya bawak travel rice cooker dan sedikit ration seperti beras dan makanan dalam tin. Maggi dah tentu ada. Tak besar pun travel rice cooker tu. Cuma 0.3L je. Jadilah untuk 2 orang makan. Comel, tak makan space banyak dalam beg pun. Banyak jugak blog yang saya baca orang bawak rice cooker ke Jepun. Bukannya takde langsung restoran halal, tapi kerana source limited dan harga makanan yang agak mahal membuatkan diorang bawak makanan sendiri kot. Wallahualam.. Takpe, saya pun nak cuba bawak rice cooker. Kita tengok nanti apa jadi dengan rice cooker tu kat sana. First time saya bawak bekal nasi ke luar negara.. Hehe..

Yeah.. Bekalan makanan sudah siap sedia untuk terbang ke Jepun. Hehe..
Rasanya dah cukup maklumat dan persediaan yang saya buat untuk ke Jepun. Harap takde kejadian buruk yang berlaku kat saya dan wife semasa di sana. Bukan sahaja keselamatan diri, tapi termasuk juga kesihatan diri. Mt. Fuji yang bakal meletus perlu diambil perhatian. Shinkansen yang teramat laju tu pun perlu diambil langkah berjaga-jaga. Boleh kata semua yang bakal berlaku di sana perlulah sentiasa berhati-hati. Niat baik iaitu untuk cari pengalaman baru di negara orang yang utama. InsyaAllah perjalanan kami berdua selamat semuanya. Wallahualam..

Japan.. let's jom! Hehe.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Insurans  : RM159.00
  - Ration     : RM77.50
  - Jumlah    : RM236.50

*Website yang membantu:

MHInsure

Google Maps

CityMaps2Go

Hyperdia

Halal Foods Japan

45 comments:

  1. Salam bro ..
    Nk tanye sikit . Agak2 kos ke tokyo tu tinggi x?
    Sy travel single jer ..
    Ni email sy . Bole share pape yg patot . Tq .damya87@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 2 u,

      Kos ke Tokyo amat tinggi. One of the most expensive city in the world. Sebelum pergi lagi dah banyak keluar duit untuk accomodation dan transport. Lepas tu tinggal nak bawak duit makan dan shopping je.

      Untuk single traveller takde masalah. Banyak option untuk accomodation yang berpatutan. Make sure beli JR Pass sebab boleh save banyak disitu.. JR Pass memang khas untuk foreign visitors. Harap penerangan saya membantu..

      Delete
  2. salam.
    kalau drpd osaka nak ke tokyo atau mount fuji public transport ape yg sesuai?
    dan berapa kos agk2?
    tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 2u..

      Dari Osaka nak ke Tokyo option yang paling mudah adalah naik Shinkansen. Tapi bayarannya agak tinggi untuk single ticket. Better beli JR Pass, lebih jimat. Kalau nak naik public bus boleh cuba tengok website night bus yang mana lagi murah dari Shinkansen. Hentian yang paling dekat untuk ke Mount Fuji adalah Odawara Station. Dari situ boleh naik teksi atau bas ke Mount Fuji/Hakone. Trip saya ke Mount Fuji guna tiket diskaun tour bus yang saya dapat masa booking hotel di Matta Fair.. Kos untuk transport agak tinggi di Jepun.. Tq for reading my blogs!.. :)

      Delete
  3. As Salam..Ade tak itenary trip dari Malaysia ke Osaka? Saya nak pegi around mid may depan..Boleh tlg email ke noraz1213@yahoo.com atau ni contact no saya 0196245066

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam..
      Ada banyak contoh itinerary yang boleh saya suggest untuk trip ke Osaka, bergantung kepada jangkamasa lawatan dan kos. InsyaAllah saya akan contact puan dalam masa terdekat.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. Salam. Syok baca blog ni sangat berinformasi. Just nak tengok itinerary boleh?
    Saya akan pegi Ogos 2014. Leh tlg emelkan? ms.alisyalin@gmail.com

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..

      Boleh, apa salahnya. Harap saudari boleh faham itinerary saya sebab agak complicated sikit, sama macam coretan blog saya ni. Hehe.. Saya emailkan sekali train schedules untuk rujukan saudari. Mana-mana yang tak faham bolehla bertanya ye. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  5. Salam.
    Blog yg banyak membantu.
    Boleh tak saya dapatkn iterinary dari malaysia ke tokyo?
    Saya akan ke sana pada oktober ni. Email saya at suhariharon@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Suhari.. Saya dah sent itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat membantu untuk persiapan trip saudara ke Tokyo. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. Salam. Blog saudara sgt berinformasi. �� Sy bercadang mahu ke Osaka-Kyoto-Tokyo selama seminggu. Blh sy dptkan iterinary? Email sy hazw_r@yahoo.com
    Sy masih confused tentang akaun bank 10k tu. Masih diperlukan ke bukti even tak perlu apply visa? Harap saudara dpt membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Saya dah email pada saudara itinerary Japan. Harap dapat dijadikan rujukan saudara..
      Semenjak visa ke Jepun dimansuhkan mulai Julai 2013, akaun bank 10k pun tak perlu nak disediakan sebagai bukti.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  7. Assalam.... Sy agak keliru dgn isu visa ni utk ke jepun. Passport sy tidak ada chip jadi perlu ke sana mendptkan visa utk kesana? Boleh tak En. kongsikan iternary utk Osaka, Kyoto dan Tokyo. Lg satu mcm mana nak beli tiket secara online utk universal studio, aquarium besar kat Osaka tu dgn Disneyland ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nazreen..
      Untuk ke Jepun tanpa gunakan visa, pasport kenalah tukar kepada yang ada chip tu. Kalau pasport lama dan takde chip, still boleh ke Jepun tapi kenalah apply visa. Daripada info yang saya dapat tentang cara nak apply visa ke Jepun agak rumit. Saya suggest baik tukar pasport baru yang ada chip tu, tak perlu nak pening kepala fikir tentang visa dah. Tinggal nak fikir tentang budget dan itinerary di sana je.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  8. Email sy nazreen2123@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah email apa yang Nazreen perlukan. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan..

      Delete
  9. Assalam..blh kongsi itinerary bro x?sy akan ke jepun january depan..blh sy tau kat mana bro dptkan p.wifi dgn jr pass?sy cadang nk beli bulan depan..ni email sy utk bro kongsikan itinerary.. mdamin2601@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mohd Amin,
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana dan juga info tentang pocket wifi dan JR Pass. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  10. Assalam..terima kasih atas perkongsian maklumat dan panduan melawat Jepun. Kalau tak keberatan saya nak mohon jasabaik Encik Khairul untuk berkongsi dengan saya itinerary encik dan info tentang wifi. Saya dan keluarga akan ke Jepun (Kyoto, Tokyo dan Hokkaido) pada hujung bulan ini. emel : arianur18@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Arianur,
      Saya dah email itinerary saya dan juga tentang wifi. Check your inbox ya.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  11. Assalamualaikum,

    Jika tidak keberatan boleh emailkan pada saya contoh itinerary dari kl ke osaka?
    Ni email sy: warnawanie@gmail.com.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  12. Assalamualaikum wbt.

    Blog yang sangat berinformasi dan mambantu. Saya akan ke Jepun pada bulan Mei 2015. Mohon jasa baik Encik Khairul untuk kongsikan itinerary dan train schedule sepanjang En Khairul di sana.
    Email saya : nim_8399@yahoo.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nim_8399,
      Saya dah sent apa yang dihajati. Harap dapat dijadikan panduan dan rujukan.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  13. Salam,

    Boleh sharekan itinerary dgn saya..Email: phatmazz@yahoo.com.Terima Kasih..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Phatmazz,
      Check your inbox. Harap dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  14. Assalamualaikum. Saya akan ke jepun februari ini.
    Boleh kongsikan itirenary encik? Ni email sy ilhamairid@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ilham,
      Saya dah sent itinerary seperti yang diminta. Harap dapat membantu. Enjoy your trip!.. Tq for reading my blog!..:)

      Delete
  15. assalammualikum.. sy hendak tnya yang cek akaun dalam bank tu still ada lagi atau x..insyallah plan nak gi osaka pertghan tahun..risau gak xdelah duit slm akaun smpai 10,000 ribu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Siti Rohaina,
      Sejak Julai 2013 dah tak perlu visa untuk ke Jepun. Tapi passport kenalah yang ada microchip. Tak perlu nak tunjuk bank account dah. Boleh je pergi dengan duit kurang dari RM10,000.. Hehe.. Enjoy your trip ya.. Tq for reading my blog!..

      Delete
  16. Salam khairul..
    Share iti boleh? hasmayatiab@gmail.com

    Lagi satu, klu kite renew passport automatic akan ada microchip tu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hasmayati..
      Check ur inbox ya!.. Ye betul, kalau kita renew pasport, kita akan dapat pasport yang ada microchip tu.. Dah boleh terus ke Jepun. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  17. Assalamualaikum.....info yang sangat membantu.....InsyaAllah....akan sampai di Jepun nanti....jika tak keberatan boleh email itinenary kat saya....zaharah@mpk.gov.my...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam zaharah,
      Alhamdulillah.. Sampai di Jepun nanti, kumpullah seberapa banyak pengalaman dan kenangan di sana. Mesti zaharah dah beli tiket flight ni. Hehe.. Anyway, check ur inbox. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  18. Tuan sy nak tanya.. Macam mana nak apply JR pass? Dan... Passport saya dikeluarkan pada Jan 2014.. Tapi kenapa ya x de microchip? Xpired 2019 pulak... Boleh ke tukar ke microchip? Caranya? Ada caj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norin Norina..
      JR Pass boleh buat kat JTB, Jalan Imbi. Sampai di Jepun Norin kena exchange kepada JR Pass. JR Pass dikeluarkan khas kepada tourist dari luar Jepun sahaja.
      Rasanya ada microchip pada passport yang dikeluarkan pada 2014. Baik Norina check betul-betul. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
    2. SALAM... jr pass tu bole dpt di train station ye? bole x share itenary .. sy nak pegi osaka december ni... :) thank u..kisses_ms@yahoo.com

      Delete
    3. Salam kisses_ms..
      JR Pass bole exchange di train station. Tapi nak beli kena di luar Jepun sebab JR Pass hanya dikeluarkan pada tourists. Check ur inbox ya!.. Hope it helps!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  19. Assalamualaikum Tuan.

    saya dgn adik beradik akan ke Tokyo hujung Disember 2015 neh. Jika x keberatan, minta kongsi itinerary Encik Khairul g harituh. wansaizzah@gmail.com

    Terima kasih di atas perkongsian, byk ilmu sy dpt. lagi2 on the maps part. Semoga diberkati Allah SWT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam WAN..
      Sori lambar reply. Harap sempat la nak study itinerary saya sebelum ke sana ye. Check ur inbox!.. Tq for reading my blog!.. :) Happy holidays!..

      Delete
  20. Assalamualaikum,
    Saya bercadang untuk ke Tokyo pada 8 march 2016. Kalau tak keberatan, mohon emailkan saya itenari tuan ke nurhazirah.muhdshah@gmail.com. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam hazirah shah..
      Check ur inbox ya.. Harap dapat membantu mana yang termampu.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  21. salam...sy akan ke osaka dan pulang ke malaysia dr tokyo selama 12hari pada awal oktober...bole emelkan itinery ke ain.nucleus@gmail.com? tqsomuch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Banyak masa lagi sebelum nak ke sana. Masih sempat nak cari info berguna tentang Japan. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  22. salam.Bolrh rmailkan saya itenary juga? Terima Kasih
    pshaari@gmail.com

    ReplyDelete