Thursday 25 April 2024

2021: Cuti-Cuti Domestik Aje

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Pertengahan tahun 2021, keadaan negara mula reda daripada pandemik Covid-19 setelah mengalami 3 kali gelombang wabak. Walaupun ada beberapa tempat yang masih berada dalam status Perintah Kawalan Pergerakan, namun ianya tidaklah seteruk masa mula-mula ia menular di seluruh negara. Aplikasi MySejahtera sentiasa update bagi memastikan diri tidak dijangkiti. Nak masuk kedai kena scan dulu untuk mengesahkan diri tidak membawa virus. Hotel, restoran dan kedai sudah mula beroperasi secara berperingkat. Lega sungguh bila kerajaan maklum dah boleh keluar namun SOP perlu dipatuhi. Benda tak nampak. Dibuatnya orang kat sebelah kita ada virus, selamba tak pakai mask, lepas tu bersin. Bunyi bersin memang amat sensitif di masa ini. Risau je kalau berjangkit. Sudah-sudah la kena kuarantin dua kali. Tak sanggup nak berkurung dah. Huhu..

Walaupun angka masih tinggi, tapi tidak seteruk masa mula-mula dulu

Kerajaan mengumumkan Covid-19 beralih ke fasa endemik menjelang Oktober 2021. Banyak sekatan sebelum ini yang akan dilonggarkan secara berfasa. Maka dapatlah rakyat bergerak semula. Hampir 2 tahun kehidupan banyak terkurung di rumah kot. Kelonggaran ini digunakan sebaiknya dengan perancangan percutian domestik. Airport juga dah mula beroperasi tapi saya masih tak berani untuk keluar negara sebab banyak negara lain yang masih berperang dengan wabak. Dibuatnya masa kat sana tetiba kena perintah berkurung, lagi sukar jadinya. Huhu... In shaa Allah satu hari nanti pasti akan kembali seperti sediakala dan jalani kehidupan dengan norma baharu. Bila anak-anak tanya nak jalan-jalan ke mana, dengan penuh yakin saya bagitau yang kita mulakan percutian domestik dengan melawat negeri Johor. Ada sebabnya kenapa saya pilih Johor sebagai destinasi pertama.

Jom jalan-jalan di Johor sambil pakai mask


@ HARD ROCK HOTEL DESARU COAST

Trip kami ke Johor adalah selama seminggu. Bukan family kami je, tapi konvoi bersama dengan family Rama, sahabat saya yang join trip ke Scandinavia pada tahun 2018 yang lalu. Dia pun kemurungan sebab dah lama tak berjalan. Inilah sebabnya kenapa saya nak pergi Johor, kerana nak tambah bilangan Hard Rock yang sudah dijejaki. Sebenarnya ini kali kedua saya dah sampai di Hard Rock Hotel Desaru Coast. Pada pertengahan tahun 2019 saya dah jejakkan kaki di sini tapi masa tu saya taknak jadikan barangan Hard Rock Hotel sebagai koleksi peribadi saya. Hanya Hard Rock Cafe je yang saya nak kumpul. Tapi bila saya sampai di Hard Rock Hotel London dalam trip yang terakhir kami, barulah saya rasakan dah alang-alang kumpul koleksi Hard Rock Cafe, apa salahnya mula mengumpul Hard Rock Hotel juga. Maka makin bertambah la koleksi peribadi saya dan jumlah Hard Rock yang saya dah sampai.

Hard Rock Hotel ketiga dalam senarai sampai sudah..

Hard Rock Hotel Desaru Coast dibuka secara rasmi pada September 2019. Namun sebenarnya ia telah pun beroperasi 4 bulan lebih awal. Kali pertama saya jejakkan kaki di sini adalah pada 4 Mei 2019, dua hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan. Rasa teruja jugalah sebab antara yang terawal sampai di sini. Masa tu saya masih ingat lagi merchandise kat Rockshop belum complete. Kelihatan beberapa buah lori di perkarangan hotel dan staff sedang memunggah barang. Nak cari pakaian pun tak banyak pilihan waktu tu. Jadi trip kali ni saya mula kumpul merchandise Hard Rock Hotel. Cantik juga corak dan design baju kat sini. Seperti biasa, saya akan cari design yang masih belum ada dalam koleksi peribadi saya.

Design tengkorak memang ganas. Terbaikk..

Dari Desaru kami teruskan perjalanan ke bandar Johor Bahru. Anak-anak sudah dijanjikan keseronokan di Legoland. Diorang request nak ke Legoland bila saya bagitau nak ke Johor. Wife pun dah booking siap-siap hotel di Legoland. Inilah peluang kami untuk dapatkan rate hotel yang amat berpatutan sebab banyak hotel yang baru beroperasi semula. Kalau hari biasa memang melampau tinggi la rate dia, tak mampu kami nak duduk. Banyak hotel seluruh negara yang tak dapat meneruskan perniagaan akibat daripada Covid-19. Jadi kepada hotel yang berjaya survive, untuk menarik pelanggan semula terpaksalah menawarkan harga bilik yang rendah sebab nak catch-up semula bisnes diorang. Ini kali kedua saya sampai di Legoland. Kali pertama kami datang masa grand opening pada tahun 2012. Masa tu punyalah ramai orang sampai kena beratur panjang untuk bermain. Tapi kali ni amat lengang. Apa lagi, semua permainan yang ada kami layan. Baru puas hati dan berbaloi dengan harga tiket. Hihi..

Jalan masuk pun lengang. Layan sepuasnya..


@ HARD ROCK CAFE PUTERI HARBOUR

Hari berikutnya kami ke satu lagi lokasi Hard Rock Cafe yang baru dibuka di Johor. Inilah punca utama saya nak ke Johor. Hihi.. Hard Rock Cafe Puteri Harbour baru beroperasi seminggu masa kami datang. Terletak di Iskandar Puteri dan berdekatan dengan Legoland, Hard Rock Cafe Puteri Harbour adalah HRC ke-34 dalam senarai yang saya sudah jejaki. Agak sukar juga nak mencari lokasi sebenar HRC Puteri Harbour ni. Saya terpaksa bertanya pada guard yang menjaga bangunan berhampiran sebab dalam waze ada ditunjukkan lokasi HRC tapi bila sampai tak nampak langsung signboard HRC. Ingatkan masih belum beroperasi lagi. Nasib baik guard tu tau kat mana. Rupanya saya kena masuk parking di Pinetree Marina Resort. Dari parking boleh terus akses ke bangunan kedai di mana terletaknya HRC Puteri Harbour. Serius kalau tak tanya guard tadi memang tak tau kat mana lokasi HRC ni. Huhu..

Dalam kawasan parking baru nampak signboard HRC

Kami terus masuk ke dalam bangunan. Hanya kelihatan beberapa kedai je yang beroperasi. Yang lain semuanya masih dalam construction. Kami turun ke tingkat bawah dan akhirnya sampai juga di HRC Puteri Harbour. Hanya kami je pengunjung yang ada kat sini. Nampak sangat tempat ni masih amat baru. Demi koleksi HRC saya sanggup datang melawat. Staff yang menyambut kami di pintu masuk maklum hanya rockshop je yang buka. Restoran masih belum beroperasi lagi. Memang tujuan kami datang untuk ke rockshop, bukan nak makan. Hihi.. Maka bermulalah sesi mencari dan memilih design baju untuk koleksi peribadi saya.

HRC yang ke-34. Rock on!

Alhamdulillah, dapat juga berjalan walaupun cuti-cuti domestik je. Sambil jalan dapat menambahkan koleksi peribadi Hard Rock. Dah lama rasanya tak berada di dalam negara pada bulan Disember. Cukuplah untuk 2020 dan 2021. Moga 2022 dan seterusnya ada sinar dalam kehidupan berkelana. Duit tabung travel dah banyak ni. Nampak gayanya ada harapan bawa anak-anak main salji. Kena pastikan dulu virus Covid-19 ni betul-betul dah immune. Nak hapuskan 100% virus ni memang takkan boleh. Cuma janganlah ada lagi sesi duduk diam-diam dalam rumah. Otak tak berkembang. Hahah.. 2022 here we come!


Wallahu ' alam..