Saturday 9 May 2020

JJCP UK V.2: Day 03 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ JUMAAT, 29 NOVEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ CAMBRIDGE CENTRAL MOSQUE
@ CATH KIDSTON FACTORY SHOP


Jam 12.10 tengahari, P&R Bus tiba di hentian St. Andrew's Street. Kami beratur naik ke dalam bas yang tak ramai penumpang. Saya tunjukkan tiket pada driver bas dan duduk d bahagian belakang. Bas bergerak dan menuju ke beberapa hentian hinggalah sampai semula di Madingley Road Park & Ride. 3 jam berada di Cambridge Central sudah cukup memberikan pengalaman yang bermakna buat saya. Kalau ditakdirkan anak saya dapat sambung belajar di sini lagilah bertambah makna dalam hidup saya. In shaa Allah, tiada yang mustahil.

Tak sampai 15 minit perjalanan dah sampai di Madingley Road Park & Ride
P&R Bus route: From St. Andrew's Street to Madingley Road Park & Ride
Kami mengucapkan terima kasih pada driver sambil turun dari bas dan menuju ke parking kereta. Tiket yang dibeli dah boleh disimpan buat kenangan. Seterusnya saya akan drive menuju ke Cambridge Central Mosque. Masjid ni baru beroperasi dan agak unik pembinaannya. Beberapa minggu sebelum travel saya lihat di TV tentang wakil dari Malaysia yang melawat masjid ini. Tengok dalam TV nampak cantik binaan masjid ni. Macamana agaknya bila dapat tengok depan mata kejap lagi. Tak sabar rasanya. Hihi.. Daripada Here Maps, jarak dari sini untuk ke sana hanya 7km, tetapi jalan yang jem membuatkan kami bercinta agak lama di dalam kereta. Huhu.. Dapatlah kami menikmati pemandangan sepuasnya di sepanjang perjalanan menuju ke masjid.

Menikmati pemandangan dari tingkap kereta
Perjalanan yang sepatutnya hanya 15 minit je bertambah menjadi 45 minit akibat jalan yang jem. Huhu.. Jam 1.15 petang kami tiba di hadapan Cambridge Central Mosque. Masalah seterusnya adalah mencari parking. Di bawah masjid ini ada kawasan parking tapi ditutup dengan kon. Saya berhentikan kereta di bahu jalan dan wife saya bertanyakan pada guard yang menjaga laluan masuk ke kawasan parking tersebut. Wife saya kata hari ni kawasan parking di bawah ditutup. Kami boleh cari parking di bahu jalan yang tak mengganggu lalulintas. Di jalan utama memang dah tentu tak boleh parking. Huhu.. 20 minit jugalah mencari parking tapi masih tak jumpa. Akhirnya saya masuk ke kawasan perumahan di seberang masjid. Di sini tak boleh parking sebarangan. Atas line kuning atau zigzag memang langsung tak boleh parking. Kebetulan ada satu kereta keluar dari bahu jalan dan tiada line kuning. Boleh la kot parking kat sini. Harap-harap balik nanti takde surat cinta kat wiper kereta. Huhu..

Driving route: From Madingley Road Park & Ride to Cambridge Central Mosque


@ CAMBRIDGE CENTRAL MOSQUE

Pada mulanya saya ingat nak jalan kaki je dari Grand Arcade tadi terus menuju ke masjid. Nasib baik tak jadi ikut plan asal. Jauh juga sebenarnya nak menapak. Kalau takde anak-anak memang confirm jalan kaki punya. Hihi.. Kami bersiap-siap untuk jalan kaki sejauh lebih kurang 500 meter untuk sampai di masjid. MashaAllah, cantiknya Cambridge Central Mosque bila berada di depan mata kami. Kelihatan ramai jemaah sedang keluar dari masjid. Waktu Zohor di sini jam 12.55 tengahari dan Asar jam 2.30 petang. Kami masuk melalui lobi utama masjid. Agak ramai juga jemaah di dalam ruang solat utama. Rupanya ada majlis untuk meraikan saudara baru dalam Islam. Alhamdulillah..

Unik sungguh binaan Cambridge Central Mosque ni
Pembinaan Cambridge Central Mosque adalah hasil dari pembiayaan lebih 10,000 organisasi kerajaan dan swasta yang membeli tanah ini pada Februari 2008. Penderma utama adalah dari kerajaan Turki dan juga Qatar. Pembukaan rasmi masjid ini adalah pada 24 April 2019. Baru 7 bulan ia dibuka kepada umum. Apa yang menarik tentang masjid ini adalah ia berkonsepkan eco-friendly. It's the first eco-mosque in Europe!. Struktur dalam masjid ini seakan berada di dalam hutan. Sememangnya unik dan berbeza dari masjid-masjid lain yang pernah saya pergi. Alhamdulillah, dapat juga kami merasa menjejakkan kaki dan solat di masjid ni.

Tempat ambil wudhuk yang amat bersih dan selesa
Ruang solat utama. Sejuk dan tenang terasa.
Selesai solat, saya bersiap dan tunggu wife di luar sambil melihat keadaan di sekitar kawasan masjid. Boleh dikatakan semua struktur di sini dibuat dari kayu. Ada beberapa kawasan di luar masjid masih belum siap sepenuhnya. Dah siap semuanya nanti pasti lagi indah rupa masjid ni. Di pintu masuk masjid ada cafe tapi macam belum beroperasi lagi. Sedang melihat keadaan sekeliling, saya ditegur oleh seorang lelaki. Kami berborak dan dia menceritakan lebih detail tentang masjid ni. Mungkin dia staff yang bekerja di masjid ni kot. Dia amat berbangga bila ada orang luar yang datang ke masjid ni. Cuma sebagai kumpulan minoriti di UK, keselamatan umat Islam yang datang ke masjid ni adalah yang paling diutamakan.

Keadaan di lobi masjid
Di perkarangan masjid. Semuanya berasaskan kayu. It's eco-mosque!
Setelah semua selesai solat dan berada di perkarangan masjid, kami pun meninggalkan Cambridge Central Mosque dengan satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Masjid yang cantik ni berada di bumi UK, iaitu bukan negara Islam. Satu petanda yang amat baik untuk umat Islam di seluruh dunia. Kami berjalan semula ke kereta. Cadangnya nak makan dulu, tapi terpaksa tukar plan sebab nak kejar masa. Takut tak sempat nak menyelam kat tempat yang bakal dituju ni. Nanti tak puas pulak nak membelek sebab kedai dah nak tutup. Huhu.. Anak-anak takde masalah asalkan ada jajan yang diorang boleh makan. Daripada 4 orang anak saya, yang sulung je kuat makan. Yang kedua dan ketiga memang susah nak makan banyak. Yang bongsu ni pulak nampak macam bakal mengikut jejak abang sulungnya. Setiap sejam dia mintak susu. Hehe..

Kenangan terindah di Cambridge Central Mosque
Alhamdulillah takde surat cinta di wiper kereta. Hihi.. Jam 2.30 petang kami mulakan perjalanan ke destinasi berikutnya. Wife dah mula senyum lebar. Mana taknya, kejap lagi dia nak mulakan agenda personal shopper. Walaupun bukan barang sendiri, tapi kenikmatan membeli belah hanya yang berkenaan je yang faham. Hihi.. Keadaan jalan agak jem untuk keluar dari kawasan Cambridge. Hampir 20 minit kami sangkut. Lepas tu barulah lancar hingga ke destinasi yang dituju iaitu Cath Kidston Factory Shop. Daripada info, kedai ni tutup pada jam 5.00 petang. Sempat la bershopping selama 2 jam untuk kawan-kawan. Diorang dah standby dengan phone masing-masing walaupun waktu di Malaysia sekarang dah hampir tengah malam. Shopping punya pasal, sampai Subuh pun sanggup tunggu. Hihi..

Budak ni masih jetlag lagi nampaknya. Hihi..


@ CATH KIDSTON FACTORY SHOP

Jam 3.10 petang kami sampai di depan Cath Kidston Factory Shop yang terletak di St. Neots. Kawasan parking amat luas, tapi tak banyak pun kereta di sini. Mungkin diorang dah sampai awal pagi tadi. Harap-harap masih ada lagilah barang yang best price. Disebabkan si kecil tu masih nenyak tidur, jadi saya hanya tunggu di kereta sementara wife saya pergi menyelam kat dalam tu. Hehe.. Cath Kidston antara barang yang paling banyak dapat pesanan dari kawan-kawan sebab kami dah maklumkan untuk ke sini masa Black Friday. Daripada sekecil lanyard hinggalah sebesar beg travel, semuanya kami dapat order. Lain macam penangan orang perempuan shopping ye. Kami layankan aje, janji bisnes jalan. Hihi..


Driving route: From Cambridge Central Mosque to Cath Kidston Factory Shop
Masa yang ditunggu oleh wife dan kawan-kawan sudah tiba..
Saya dapat jangkakan sampai tutup tempat ni barulah wife saya keluar. Hihi.. Nak keluar dari kereta cuaca amat sejuk. Jadi duduklah dalam kereta menemani si kecil yang tidur ni. Setengah jam berlalu, dia pun bangun dari tidur. Nak bawa dia masuk dalam kedai macam takde keperluan pun. Jadi saya ajak anak-anak saya ke supermarket Lidl yang terletak bersebelahan dengan kilang Cath Kidston ni. Nak jalan kaki agak jauh juga. Cuaca pulak sejuk dan berangin. Saya bawa kereta ikut jalan besar menuju ke Lidl. Daripada cuci mata kat dalam Cath Kidston, baik jalan-jalan dalam supermarket. Mana tau ada barang yang berkenan dan murah boleh la beli. Apa-apa pun jajan mesti kena pau punya. Hihi..

Kena pau itu pasti. Hehe..
Setiap kali travel, saya memang suka sangat masuk ke dalam supermarket. Kadang-kadang bukan nak beli apa pun, hanya nak cuci mata tengok barangan yang dijual. Untuk makanan kena pastikan betul-betul jika nak membeli. Bukannya ada tanda halal Jakim walaupun roti plain. Tapi sebagai umat Islam, kita mestilah alert dan tahu nak bezakan mana yang halal dan haram. Saya masih teringat masa pertama kali travel ke negara bukan Islam iaitu Australia pada 2011. Masa sampai tu saya kena drive sejauh lebih 1000km dari Melbourne untuk sampai ke rumah abang saya yang terletak di Wollongong. Masa tu saya bawa bekal serunding pesanan arwah mak saya dan juga maruku untuk diberi pada abang. Kat airport serunding tu kena rampas. Jadi sepanjang perjalanan selama lebih 17 jam tu saya dan wife hanya makan maruku dan air mineral je. Roti kosong dan air kopi pun takut nak beli masa berhenti kat stesen minyak. Huhu.. Nasib baik berjaya sampai rumah abang dengan selamatnya. Kenangan terindah semua tu. Pengalaman mendewasakan kita. Hihi..

Dah kena pau, kita tunggu balik kat parking. Bila wife nak keluar ni? Huhu..
Jam 4.00 petang, kelihatan Fa dan Abang Fikri keluar dari kedai. Giliran saya pulak masuk ke dalam kedai sementara Fa tolong jaga si kecil tu dalam kereta. Teringin juga nak tengok scene kat dalam. Tengok dalam group whatsapp memang meriah sungguh. Asal wife saya tunjuk gambar ada je yang tambah order. Risau jugak saya kalau terlebih banyak barang yang dibeli. Takut tak muat nak masuk dalam beg. Huhu.. Iklan kat luar kedai diskaun sampai 70%. Fuhh, patutlah tak berhenti bunyi mesej dalam whatsapp. Saya kena involve juga dalam situasi ni. Walaupun tak pandai memilih, sekurangnya boleh tolong bawakan barang yang dibeli. Hihi..

Cantik design bunga dia. Nampak klasik.
Nasib baik wife masih kenal saya masa tegur dia. Ingatkan dah lupa sebab tengok barang dalam kedai ni. Hehe.. Wife saya kata banyak barang yang dah takde stok. Awal pagi tadi ramai orang dah borong. Ini jelah yang tinggal. Saya tengok keliling, banyak je barang lagi. Mungkin yang special item dah habis kot. Takpelah, mana-mana yang ada ni kalau masuk order kita amik je. Kita bukannya nak niaga besar-besaran sampai bukak butik kat KL. Shopping hanya untuk kawan-kawan terdekat je. Baru nak belajar jadi personal shopper kecil-kecilan. Dalam group whatsapp tu tak sampai 50 orang pun. Cukup la untuk memenuhkan kuota luggage 180kg kami. Hihi..

Beg pun ramai juga yang pesan. Mana yang ada je lah ye.
Cukup 10 minit duduk dalam kedai ni dah membuatkan saya pening kepala. Tak tau macamana wife saya boleh bertahan. Itulah kelebihan orang perempuan. Bab ni memang saya surrender awal-awal. Macam tak sesuai pulak saya nak pakai lanyard Cath Kidston bawak pergi kerja. Hihi.. Takpelah, yang penting wife saya dan kawan-kawan puas hati. Saya kembali ke kereta dulu tengok anak-anak ye. Dah selesai nanti bagitau, boleh suruh askar-askar tolong angkatkan barang. Jam 4.40 petang anak saya bagitau yang maknya tengah buat pembayaran. Alhamdulillah, keluar juga sebelum kedai tutup. Takut juga kalau dia tolong pekerja tutupkan kedai. Hehe..

Tu diaa.. Baru satu butik. Ada berbelas hari lagi ni. Huhu..
Kisah Black Friday untuk hari ni dah tamat. Standby untuk hari mendatang pulak. Barang yang dibeli tu letak je kat belakang kereta. Sampai hotel nanti baru susun balik dalam beg. Nampaknya beg bakal beranak malam ni. Hihi.. Tepat jam 5.00 petang ketika pekerja kedai mula tutup lampu dan pintu masuk, kami mulakan perjalanan mencari tempat makan. Kesian anak-anak makan roti dan jajan je sepanjang hari ni. Si kecil tu sambung tidur lagi. Teruk sangat jetlag tu. Hihi.. Wife saya kata ada lagi barang Cath Kidston yang orang pesan. Cuma kalau jumpa lagi nanti mungkin harga tak sama dengan hari ni. Yang penting pembeli setuju dengan harga yang ditawarkan. Perut sudah lapar ni. Tempat makan jauh juga dari sini. Moga sampai tempat yang dituju dengan selamatnya.

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Hebat jg Cambridge Mosque.
    Hah .... ada pun papan tanda "Ablution Area". Sy pi Central Mosque, Regents park tanya seorg jemaah (kulit hitam) mana "Ablution Area." Dia tercengang, tak tau apa benda. Bila cakap place to wash, ohh .... wuduk area. Poning den jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Lain tempat lain namanya kot. Masa di Scandinavia dulu banyak masjid kecil yang saya pergi. Setakat ni alhamdulillah bila sebut ablution area diorang faham.

      Delete