Thursday, 13 December 2012

JJCP Australia: Day 04 (Part #2)

Tarikh:
26 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Sea Cliff Bridge - Rube Hargrave Park - Stockland Shellharbour

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun kecewa sebab tak dapat nak tengok Three Sisters, tapi keadaan cuaca yang sejuk dan nyaman buat saya berdua tersenyum. Takkan dapat kat Malaysia cuaca macam ni. Memang best. Perjalanan kami diteruskan ke Sea Cliff Bridge. Tak tau apa yang menarik kat sana, tapi tengoklah bila sampai nanti.

Jam 3.45 petang kami mula meninggalkan Blue Mountains. Kali ni jalan ke Sea Cliff Bridge agak sesak. Mungkin ramai yang balik dari kerja. Kepala dah pening tapi tahan jugak sebab memang takde orang lain yang boleh drive. View sepanjang perjalanan takde yang menarik sangat. Kejap masuk highway, pastu masuk jalan dalam pulak, ikut kawasan perumahan.

Kat sini pun ada tempat nama Liverpool

@ Sea Cliff Bridge

Setelah lebih 2 jam memandu akhirnya sampai jugak kat Sea Cliff Bridge. View laut dari jambatan ni memang superb. Rupanya Sea Cliff Bridge ni jalannya terkeluar sampai ke laut. Berhenti kat hujung jambatan, kami semua keluar berjalan sepanjang jambatan ni. Hebat diorang boleh buat jambatan macam ni. Harap tak runtuh la hendaknya. Banyak betul mangga yang berkunci sepanjang tiang jambatan. Kononnya untuk buat kenangan pada couple yang sedang bercinta. Nanti bila dah tua leh tunjuk kat anak cucu yang diorang penah letak mangga kat sini. Macam-macam. Teringin jugak nak letak satu buat kenangan tapi tak beli pulak mangga. Takpe, gambar pun dah cukup sebagai kenangan terindah.

Driving route: From Leura to Sea Cliff Bridge

Ada info tentang sejarah pembinaan Sea Cliff Bridge.

Banyaknya mangga. Bukti cinta sejati la tu.

Saujana mata memandang. MasyaAllah.

Kalau jatuh memang tak sempat mengucap ni.

Mengabadikan kenangan di Sea Cliff Bridge

Dah setengah jam berjalan atas jambatan, kami bergerak ke taman berdekatan, Rube Hargrave Park. Lepak kat situ, makan nasi kerabu lagi. Makan sambil menghayati pemandangan laut. Ada tandas yang unik kat situ. Pintu terbukak dan tertutup automatik, pastu bila kat dalam lagu instrumental dipasangkan. Lagi senang nak 'buat kerja' kot. Feel je. Hehe. Tapi kene cepat, lepas 10 minit kalau tak keluar pintu akan terbukak dengan sendirinya. Kalau sembelit camna la agaknya ye? Hehe.

Driving route: From Sea Cliff Bridge to Rube Hargrave Park

Ini la dia toilet berlagu. Ingat, 10 minit je tau.

Sekitar Rube Hargrave Park.

Memang feel layan nasi kerabu sambil nikmati pemandangan.

Depan view laut, belakang view gunung. Memang terbaik.

Jam 7 malam kami mula bertolak pulang. Singgah di Stockland Shellharbour jam 8 malam untuk ronda-ronda dan shopping. Kat sini ada macam-macam supermarket yang murah, ala Tesco dan Carrefour. Tapi kat sini supermarket yang famous adalah Coles, Woolworths, Kmart dan Target. Harga barang dia pun boleh tahan murah. Tapi yang paling murah kalau dibandingkan dengan Malaysia adalah pinggan mangkuk Corelle dan mainan Fisher Price. Agak besar jugak mata wife saya tengok Corelle yang sangat-sangat murah. Shopping jangan tak shopping.

Driving route: From Rube Hargrave Park to Stockland Shellharbour

Di Shellharbour. Prepare to shop!

Dah lebih sejam kat dalam Stockland, badan pun dah penat, kami balik ke rumah. Sampai kat rumah jam 9.45 malam. Bersihkan diri, makan malam dan berehat untuk aktiviti hari esok. Abang ada kerja sikit kat uni esok, so dia cadangkan saya berdua berjalan-jalan di area Wollongong je. Takde masalah, lagipun sampai kat sini tak merasa lagi meronda kat bandar Wollongong. Haritu pergi awal pagi, kedai pun tak bukak lagi. Pengalaman baru menanti esok, insyaAllah. Wallahualam..

Driving route: From Stockland Shellharbour to Rumah Abang Lan

 
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - tiada -

# Day 04 expenses: RM97.50

**Website yang membantu:

Sea Cliff Bridge

Stockland Shellharbour

Coles

Woolworths

Kmart

Target
http://www.target.com.au

My Pictures Video

No comments:

Post a Comment