Thursday, 20 December 2012

JJCP Australia: Day 06

Tarikh:
28 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Mittagong - Bowral - Berrima - Goulburn - Canberra

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bangun jam 6.30 pagi. Bersiap-siap untuk balik ke Melbourne. Terasa cepat masa berlalu. Macam nak stay lama je lagi tapi kerja kene pikir jugak. Ini pun sebab cuti deepavali seminggu. Kalau cuti akhir tahun boleh la nak stay dalam 2 minggu. Abang pun kata kejap benar datang ke sini. Takpelah, ada rezeki boleh datang lagi bawak anak-anak. Pergi Gold Coast dan Brisbane memang ada dalam pikiran. InsyaAllah, ada rezeki nanti pergi jugak ke sana.

Breakfast sambil berborak-borak. Flight lusa tapi nak jugak dapat seharian di Melbourne. Stakat ni baru ke Tullamarine Airport je. Abang free hari ni. Jadi dia sekeluarga nak bawak saya berdua berjalan kat pekan country side sepanjang perjalanan. Maybe dia nak bawak sampai ke Canberra kalau ada masa. Saya berdua ok je. Lagi pun tak kisah sampai pukul berapa pun kat Melbourne sebab bukan ada booking hotel pun. Tengoklah camna, bila mata dah mengantuk cari la mana-mana tempat yang boleh berhenti tidur.

Jam 8.30 pagi kami semua dah keluar rumah. Abang bawak saya berdua ke kedai perfume dekat bandar Wollongong. Agak murah perfume kat sini. Kalau setakat Versace dan  Elizabeth Arden tu memang 70% lagi murah dari kat Malaysia. Tapi kalau brand yang terkenal lebih kurang sama je harganya. Beli la jugak perfume untuk kenangan dari Australia. Masuk pulak kedai sukan. Cadang nak beli jersi ragbi Australia, tapi harganya mahal sungguh. Memang dah agak sebab kain jersi ragbi lagi tebal dari jersi bola. Saya pun tak jadi beli. Dapat beli jersi yang designnya menunjukkan Australia pun jadila. Buat kenangan.

@ Mittagong

Dalam setengah jam meronda kat kedai perfume dan kedai sukan, perjalanan diteruskan. Berhenti isi minyak 30AUD, kami menuju ke Mittagong. Antara country side yang cantik sebab abang kata banyak pokok tulip kat taman. Jam 10.15 pagi kami dah sampai di pekan Mittagong. Nasib kurang baik sebab pokok tulip dah layu, musim dah abis. Tinggal daun je, bunga dah takde. Tak kisahla, saya pun bukannya peminat pokok bunga. Cuma view jadi tak berapa cantik. Berehat kejap sambil amik gambar kat Winifred West Park.

Driving route: From Rumah Abang Lan to Mittagong

View taman tulip walaupun tinggal daun je.

Kalau time musim bunga tulip mesti cantik giler taman ni.

Bandar Mittagong. Kecik je tapi cantik dan nampak aman.

Sempat ronda-ronda kawasan sekitar

@ Bowral

Jam 11.15 pagi kami bergerak menuju ke pekan seterusnya, Bowral. Dekat je dari Mittagong ke Bowral, dalam 15 minit perjalanan. Singgah dah jalan-jalan sekitar pekan. Jumpa Vinnies la pulak. Apa lagi, masuk le. Mana tau ada barang-barang yang minat. Harga pun murah. Dapatlah beli set coaster gambar lukisan lama Australia. Memang cantik. Tak tau nak pakai ke tak kat Malaysia nanti. Silap-silap simpan je dalam almari buat perhiasan.

Driving route: From Mittagong to Bowral

Welcome to Bowral

Banyak betul tugu peringatan perang.

View latarbelakang pekan Bowral.

Yeah.. Vinnies here we come..

Antara 'sedikit' hasil dari Vinnies.

@ Berrima

Agak-agak dah jumpa barang yang diminati, jam 12.15 t/hari kami bergerak ke Berrima. Pekan Berrima kecik je macam Kampung Kepayang kat Ipoh, tapi banyak view yang cantik. Pokok lavender ditanam merata. Harum je baunya. Dapatlah amik gambar sekitar pekan. Ada Australian Alpaca Centre kat sini. Alpaca ni haiwan berbulu macam biri-biri, nampak macam unta tapi kecik dan takde bonggol. Tak masuk pun, cuma amik gambar kat luar je.

Driving route: From Bowral to Berrima

Pemandangan country side sepanjang perjalanan.

Macam pekan koboi je Berrima ni

Deretan kedai yang ada di Berrima

Tanah pasir, lagi nampak macam pekan koboi.

Tempat jual bunga rupanya Berrima ni.

Pokok lavender tumbuh melata.

Australian Alpaca Centre. Tengok dari luar je.

@ Goulburn

Jam 1 petang kami bergerak ke Goulburn. Perjalanan amik masa 45 minit untuk sampai ke pekan Goulburn. Agak besar pekan Goulburn ni. Sempat jalan-jalan kat kawasan pekan dan terjumpa Salvos pulak. Masuk jangan tak masuk. Dapat jugak saya beli satu jersi kriket Australia. Walaupun tak penah main kriket dan tak tau pun nama sorang player kriket, tapi disebabkan jersi tu cantik dan ada tulisan Australia, jadi saya pun beli buat kenangan. Farisha dan Farah call abang bagitau yang diorang dah bergerak nak balik ke Wollongong dari Canberra. So, abang tak dapat nak bawak saya berdua ke Canberra. Takde masalah, TomTom boleh bawak saya berdua, insyaAllah. Kami berhenti kat patung Big Merino yang memang betul-betul big. Last point bersama abang sekeluarga. Abang ada bagi nombor contact kawan dia di Melbourne. Mana tau kalau sempat bolehlah singgah kejap. Dapatlah mandi dan bersiap apa yang patut sebelum naik flight. Lepas dah bersalam dan berjuta ucapan terima kasih sebab bawak pergi jalan-jalan, maka saya berdua mulakan perjalanan ke Canberra. Tq for everything abang Lan sekeluarga!

Driving route: From Berrima to Goulburn

Lepas ni ke Canberra pulak

Latarbelakang pekan Goulburn

Antara bangunan lama yang masih wujud.

Bergambar sebelum berpisah

Memang 'big' betul Merino nih.

Perjalanan dari Goulburn ke Canberra mengambil masa dalam sejam setengah. Highway ke Canberra amat cantik, view kawasan yang lapang kiri dan kanan. Ada jugak nampak kipas giant untuk janakuasa elektrik bertabur kat kawasan padang lapang. Dalam TomTom ada tunjuk Lake George kat sebelah highway, tapi bila tengok tak nampak pun tasiknya. Rupanya tasik tu kering.

Saujana mata memandang.

Dari jauh kelihatan kipas giant janakuasa elektik.

@ Canberra

Jam 4.30 petang saya berdua dah masuk sempadan Canberra. Pitstop pertama adalah ke Mount Ainslie Lookout, port untuk tengok keseluruhan lanskap bandar Canberra dari atas bukit. Sebab dah petang, tak sempat nak menjelajah lebih lama kat Canberra ni. Dapat tengok Canberra dari atas bukit pun dah cukup seronok. Ada rezeki boleh tengok kangaroo liar kat kawasan bukit ni. Tengok signboard kat tepi jalan bagitau ada banyak kangaroo liar di sini. Harap-harap berjumpa.

Driving route: From Goulburn to Canberra

On the way naik ke Mount Ainslie.

Sampai di Mount Ainslie Lookout jam 4.45 petang. Terus ke lookout point tengok bandar Canberra. MasyaAllah cantiknya. Lokasi lookout ni memang lurus menghadap bangunan Parliament House. Saya berdua tak melepaskan peluang bergambar sepuas-puasnya. Canberra ni adalah Australian Capital Territory, lebih kurang macam Putrajaya. Takde tempat yang menarik sangat untuk shopping. Yang banyak cuma bangunan kerajaan je. Saje je saya berdua nak ke sini. Alang-alang dah sampai Australia, apa salahnya jejakkan kaki ke tanah Canberra. Boleh tambah koleksi bandar yang saya dah jejaki.


Mount Ainslie. Tinggi jugak.

Info tentang view Canberra

View dari lookout.

Mengabadikan kenangan di Canberra.

Menikmati pemandangan keseluruhan Canberra.

Seterusnya saya berdua singgah di Australian War Memorial. Takde niat pun nak ke sana, cuma bila check kat TomTom, inilah visitor's attraction yang paling dekat. Masa dah takde, kejap lagi dah nak gelap. Perjalanan nak ke Melbourne masih jauh lagi. Dapat singgah kat satu attraction pun dah cukup, buat kenangan. Takde apa-apa yang menarik pun kat sini. Cuma bangunan dia yang cantik dan banyak patung peringatan perang. Ramai jugak pelancong kat sini. Dari depan war memorial tu nampak jelas jalan lurus menuju ke Parliament House. Di sepanjang jalan ke Parliament House pun banyak patung peringatan. Sesuai untuk pelancong datang bergambar.

Driving route: From Mount Ainslie Lookout to Australian War Memorial

Di Australian War Memorial

Di tepi memorial. Baru bina rasanya.

Orang letak bunga tanda peringatan.

Depan pintu masuk

Pemandangan dari depan memorial.

Jam dah nak pukul 6 petang. Kena bergerak ke Melbourne ni. Tak tau kat mana nak tidur malam ni. Memang takde buat reservation kat mana-mana hotel pun. Gamble hati kering di negara orang. Hehe. Check kat TomTom jarak perjalanan ke Melbourne lagi 650 km. Jauhnya. Saya berdua pun mulakan perjalanan. Agak-agak mata dah mula ngantuk saya cari je mana-mana hentian tepi highway. Sampai di Yass jam 7 malam. Singgah isi minyak 40AUD dan beli air kopi. Konon taknak bagi mengantuk. Lepas sejam memandu, wife saya dah mula tidur. Bila dia tidur saya pun lagi la terasa mengantuk sebab takde orang nak ajak berborak. Entah berapa puluh kali mulut menguap, akhirnya singgah di Tallarook Service Area (southbound). Ada petrol station Mobil dan beberapa lori besar yang parking di hujung. Kawasan agak terang, sesuai nak tidur dalam kereta. Jam dah nak hampir tengah malam. Dengan hati yang tawakal, saya parking kat hujung petrol station dan bukak tingkap sikit Saya set alarm jam 5 pagi dan terus tidur. Harap-harap takde la benda buruk berlaku sepanjang masa tidur ni, insyaAllah. Menanti hari esok camna la rupanya bandar Melbourne.. Wallahualam..

Driving route: From Australian War Memorial to Tallarook Service Area

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Petrol    : RM227.50
  - Coffee   : RM13.00
  - Jumlah : RM240.50

# Day 06 Expenses: RM240.50

**Website yang membantu:

Mittagong

Bowral

Berrima

Goulburn

Canberra

My Pictures Video

No comments:

Post a Comment