Tajuk yang sudah tentu menjadi perkara yang paling utama. Sebab mula-mula skali mesti nak buat pasport kan? Pastu nak beli tiket flight lagi, beli barang-barang asas lagi. Kalau gi negara time winter season kene prepare baju tebal-tebal lagi. Macam-macam yang nak disediakan. Persoalannya, mana nak cari duit lebih ni? Jom kita pikirkan sumber-sumber yang boleh membantu. Manalah tau boleh memotivasikan diri..
Untuk yang memang bergaji besar sure takde problem punye. Nak buat camna, masa kecik dulu belajar rajin-rajin pastu masuk universiti yang power, result pun kencang. Maka rewardnya kerja yang bergaji besar le. Tapi tak semestinya semua macam tu. Ada yang belajar dulu kejap on, lama off tapi sambung bisnes orang tua dapat jugak gaji yang lumayan. Saya selalu berpesan pada anak murid saya, belajar rajin-rajin. Ingat mak ayah awak kerja apa sekarang, camna susah payah diorang cari rezeki untuk sekolahkan awak. Tapi biasa lah, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Ada tu tak sempat masuk telinga pun.. Huhu.. Barang makin lama makin naik harga. Kerjaya kene stabil, tambah-tambah duduk kat KL. Harap-harap ada lah kesedaran sebelum terlambat.
Belajar rajin-rajin untuk menjamin masa depan (Ihsan google images) |
Buat part time pun masyuk gak nih (Ihsan google images) |
Banyak kerja-kerja sampingan yang boleh dibuat kat KL ni. Antara part time job yang boleh dibuat adalah berniaga kecil-kecilan (dalam pejabat dan bilik guru pun boleh, hehe..), buat MLM (sori, saya tak pandai buat kerja nih), main saham (ni pun saya tak pandai) dan lain-lain kerja yang halal. Macam saya, alhamdulillah dengan kudrat yang masih kuat ni adalah buat perniagaan kecil-kecilan dan dengan kerjaya guru dapatlah buat kelas tambahan pada yang memerlukan (macam nak promote tuisyen je, hehe..). Kalau nak cari rezeki yang haram rasanya lagi banyak, tapi jangan la ye. Tak berkat. Kes ragut yang berleluasa tu antara contoh cari rezeki haram la tu. Kesian kat mangsa ragut. Huhu..
Demi mencari pengalaman hidup, hendak seribu daya. Ku gagahi jua selagi hayat dikandung badan.. Selagi Tuhan mengurniakan akal fikiran dan badan yang sihat, ku teruskan.. Dan pabila Dia menariknya semula, tiada apa yang dapat dilakukan lagi.. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment