Monday, 10 December 2012

Belajar, Kerja atau Holiday?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ada beberapa cara bagaimana seseorang tu ke luar negara. Tapi yang mana menjadi pilihan? Adakah semua option tu ada pada kita? Mari kita bincangkan.

Belajar
Ramai student Malaysia yang sambung pelajaran ke luar negara. Ada yang disebabkan oleh result peperiksaan yang hebat ataupun dari duit poket ibubapa yang hebat. Kalau yang sambung belajar kerana result dan ditaja, memang betul-betul hebat. Dan kalau belajar tak sehebat mana tapi ibubapa yang hebat pun ok jugak, dah ditentukan olehNya lahir dalam keluarga yang berjaya, rezeki masing-masing siapa yang tau. Bersyukur dengan apa yang diperolehi. Kepada yang tak berjaya, kan dah ditegur oleh ibubapa dan guru, belajar rajin-rajin untuk masa depan yang cerah. Ikutlah pada siapa yang percaya dan yang nak ikut atau tak.

Bila dah dapat study kat oversea ni memang ada lah peluang nak berjalan-jalan. Ada je masa terluang, time cuti nak release tension lepas exam, boleh la pergi trip ke negara jiran yang lain dengan kengkawan. Banyak blog yang saya baca, students pergi berjalan pusing satu europe, nampak seronok je. Duit poket ada yang datang samada dari biasiswa, simpanan sendiri ataupun tajaan FAMA (Father and Mother). Jangan result exam teruk sudah la ye. Terus jadi macam sia-sia je. Ilmu dan ijazah yang diperoleh tu dapat lah dibawa pulang dan digunakan untuk memajukan lagi negara Malaysia hendaknya, insyaAllah.

Best ke melancong ke luar negara atas tiket sebagai seorang student? Puas ke berjalan dengan bebanan otak yang penuh dengan benda yang nak difikirkan? Dengan nak pikir tentang belajar, exam, makan minum, paperwork kene reject dan macam-macam lagi. Saya tak pernah dapat experience macam tu sebab saya pun cuma belajar kat universiti tempatan je. Tak merasa nak belajar sampai ke oversea. Akibat main-main time sekolah dulu la ni. Lahir pun dari keluarga yang sederhana dan bahagia. Teguran semangat dari ibubapa dan guru pun masuk separuh je kot. Itu yang dapat level universiti tempatan je. Belajar di oversea atau di dalam negara sama je, yang penting rajin dan dapat result yang baik. Alhamdulillah saya bersyukur sebab dapat juga sambung belajar dan berkerjaya mulia. Apa-apa pun memang untung dapat belajar kat oversea sebab sambil belajar boleh lihat negara orang. Tahniah dan respect dari saya untuk ex-students saya yang berjaya khususnya dan semua oversea students amnya.

Respect kat student Malaysia di oversea (Ihsan Google Images)
Kerja @ Kursus
Bila rajin belajar, result kencang, maka peluang nak dapat kerja yang hebat pun menjadi cerah. Dapat pulak kerja yang memang ada cawangan di oversea. Memang peluang la tu. Ada jugak company yang sponsor pekerjanya sambung belajar di oversea. Dapat arahan pergi seminar, kursus atau presentation kat oversea, perbelanjaan ditanggung, siap boleh claim lagi. Siapa yang taknak? All-in tu. Ada jugak yang memang kena kerja jaga cawangan di oversea. Semua ahli keluarga boleh bawak, rumah dan kereta disediakan. Apa lagi, siap-siap barang, jumpa ibubapa, cium tangan mintak berkat dan bekerjalah demi diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.

Sambil bekerja boleh la ambik kesempatan melancong. Kalau dihantar berkursus selama 3 hari, harap dapatlah extra 2 hari untuk bershopping. Kalau tak dapat, memang limited lah masa nak explore negara tu, setakat berada kat tempat kursus je. Tapi at least berpeluang nak menjejakkan kaki ke oversea yang ditanggung sepenuhnya pulak tu. Saya pun tak merasa nak berkursus atau nak sambung belajar sampai ke oversea. Kerja sebagai guru mana ada buat kursus ke luar negara. Kalau pengetua maybe ada. Jawatan tinggi di jabatan kerajaan pun maybe ada. Niat di hati saya untuk sambung master memang ada, tapi cuma universiti tempatan je lah, insyaAllah. Takde rezeki nak buat di oversea, nak buat camna. Yang penting saya tetap bersyukur.

Best ke kalau bekerja atau menghadiri kursus di luar negara? Sambil bekerja boleh melancong. Atau tak puas sebab kena pikirkan soal kerja? Entahlah, kalau saya pernah merasa boleh la bagi komen. Tapi kerja tetap kerja, melancong tu perkara kedua.

Dapat kerja kat Google memang makan tak habis.. (Ihsan Google Images)
100% Holiday
Belajar di dalam negara dan kerja di dalam negara pun takde masalah untuk ke luar negara. Kerja rajin-rajin, buat business untuk side income, insyaAllah berpeluang untuk holiday ke oversea. Macam dah diceritakan dalam post sebelum ni, penat-penat belajar dan kerja, hasil yang diperoleh tu sukahati la nak pergi mana pun. Yang penting hasil tu halal, baru lah berkat. Menang main nombor ekor pastu duit tu buat beli tiket kapal terbang, Takut kapal terbang takleh nak terbang je. Tapi kesian kat penumpang lain lak. Takpe, Tuhan maha mengetahui. Akan ada balasannya, insyaAllah. Harap-harap rezeki yang saya peroleh datangnya dari hasil yang halal. Wallahualam..

Bila dah dapat hasil dari penat lelah bekerja, maka tak salah kalau nak holiday ke oversea. Memang dalam mindset hanya untuk holiday je, tak payah memikirkan soal belajar dan kerja. Yang ni memang experience saya. Seronok dan puas bila dapat melawat negara orang tanpa nak pikirkan soal lain. Baru terasa syok yang amat sangat. Duit memang banyak abis sebab takde siapa nak sponsor, tapi kepuasan dan pengalaman tu yang penting.

Ada satu lagi option kalau nak pegi holiday dengan cara percuma. Masuk la apa-apa peraduan yang hadiahnya melancong. Banyak kali jugak saya mencuba tapi belum ada rezeki nak dapat. Sekarang ni memang banyak peraduan yang offer melancong. Biasalah, cara nak promote brand masing-masing. Harap-harap mengenalah satu hari nanti, insyaAllah.

Holiday pakai duit sendiri memang kos tinggi, tapi mindfree.. (Ihsan Google Images)
Kesimpulannya, tak kiralah ke oversea kerana belajar, kerja, kursus ataupun holiday. Yang penting merasa pengalaman di negara orang. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal dan dah cinta, maka kena la cari duit untuk pergi lagi. Rezeki boleh dicari, tapi pengalaman hidup mungkin datang sekali seumur hidup. Tapi ingat, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, pandai-pandailah pilih ye. Kita hanya mampu merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan. Rancangan yang baik insyaAllah mendapat reward yang baik. Apa-apa pun bersyukur dengan apa yang telah diberikan olehNya. Tak tau bila kenikmatan ini akan ditarik semula. Wallahualam..


No comments:

Post a Comment