Wednesday, 5 December 2012

JJCP Australia: Day 01

Tarikh:
23 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Wangsa Maju - KL Sentral - LCCT - Air Asia X

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

23 Oktober 2011, wife saya awal-awal pagi lagi dah kejutkan. Jam baru pukul 5 pagi. Flight pukul 1.20 petang. Lama lagi. Rupanya wife saya tak tidur sebab excited nak ke Australia. Sampai camtu sekali. Takpe, dalam flight boleh tidur. Bersiap-siap, jam 8.00 pagi saya berdua dah ada di jalan depan rumah, tunggu teksi untuk ke KL Sentral. Masa tunggu teksi sampai tu, teringat sebelum ni selalu pergi KLIA cuma untuk hantar dan ambil orang je. Kali ni saya pulak yang pergi, tapi takde siapa pun yang nak hantar. Jadi anak bongsu memang macam tu. Saya yang menurut perintah. Hehe.. Takpelah, bayar RM15.00 kat pakcik teksi tu lagi senang, tak menyusahkan orang.

Tunggu teksi. My wife bawak sorang lagi, dalam perut 4 bulan..

Taxi route: From Wangsa Maju to KL Sentral

Dari KL Sentral saya naik ERL ke Salak Tinggi dan shuttle bus ke LCCT (RM12.50/person). Time naik shuttle bus tu jalan jem. Rupanya hari tu ada MotoGP rupanya. Ada yang tensen dalam bas sebab takut terlepas flight. Ada jugak yang mintak driver bas tu hantar kat KLIA dulu. Banyak cantekk.. Naik ERL sampai KLIA terus la.. Jangan menyusahkan orang lain.

Tiket KLIA Transit

Dalam ERL. Hidung agak kembang sebab first time naik. Hehe..

ERL route: From KL Sentral to Salak Tinggi Transit

Transit Bus route: From Salak Tinggi Transit to LCCT

Dalam pukul 11.45 pagi saya berdua dah sampai di LCCT. Terus check-in. Saya tak berapa arif tentang prosedur nak check-in ni. Semua wife yang settlekan. Sempat melayan breakfast roti sosej dan fraps kat Starbucks. Pukul 12.30 dah standby untuk naik flight. Ramai juga orang melayu yang naik flight ke Melbourne ni. Ada yang nampak macam bekerja, ada jugak yang nampak macam saya berdua, honeymoon.

Tepat jam 1.00 petang dah boleh masuk dalam flight. Alhamdulillah takde delay. Bila duduk je baru terasa kecik betul space seat dia. Seat Mira saya lagi selesa rasanya. Nak buat macam mana, tiket murah. Terima je la seadanya. Janji selamat sampai ke destinasi. Ingatkan Air Asia X seat pun saiz XL la. Rupanya bilangan seat yang makin banyak. Saya pun tak pernah naik Air Asia biasa. Maybe sama je kot space seat dia.

Masih kembang lagi.. Dan lagi.. Dan lagi..

Pukul 1.20 petang flight mula bertolak. Perjalanan mengambil masa 7 jam 50 minit. Dijangka sampai Melbourne jam 12.10 tengah malam. Kene set jam tambah lagi 3 jam. Sebab beza waktu Malaysia dan Melbourne +3 jam. Makanan yang dah pre-order diberi. Kalau nak yang lain-lain kene beli sendiri. Kalau saya tau la, dah lama saya bawak makanan banyak-banyak simpan dalam beg. Harga makanan pun paham-paham je la. Kata nak ke Melbourne, apa sangat nilai harga makanan dalam Air Asia ni. Huhu.. Budjet.. Budjet..

TV takde, Ipod takde, handphone pun takde lagu MP3. Apa nak buat? Setakat bangun pergi toilet aje la. Wife saya tengah seronok bersembang dengan uncle cina kat sebelah. Aktiviti 7 jam 50 minit selain makanan pre-order adalah tidur dan toilet.. Kejap-kejap bangun sebab flight bergoyang. Takut jugak dibuatnya. Berdoa ajelah agar selamat mendarat.. Zzzzz.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Teksi                        : RM15.00
  - ERL & Shuttle Bus  : RM25.00
  - Jumlah                    : RM40.00

# Day 01 Expenses: RM40.00

**Website yang membantu:

KLIA Express

My Pictures Video

No comments:

Post a Comment