Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Antara perkara yang paling utama sebelum ke luar negara adalah pasport. Takde pasport camna nak ke luar negara kan? Dokumen penting tu. Kepada yang first timer tu boleh la pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia. Tapi, antara jabatan kerajaan selain jabatan pendaftaran, memang jabatan imigresen kat area KL ni penuh dengan umat manusia. Rumah saya dekat dengan cawangan Taman Seri Rampai. Masa nak buat tu saya ke sana lepas setengah jam dibuka, tapi nombor giliran dah habis untuk hari tersebut. Jadi, memang kene datang 'super awal' untuk buat pasport ni. Rupanya ramai rakyat Malaysia yang suka ke luar negara. Mungkin semua tempat menarik kat Malaysia ni dah pergi agaknya. Tak pun saje-saje nak kosongkan peti simpanan kat dinding rumah. Hehe. Khidmat online pun ada, tapi tak pasti boleh untuk pemohon kali pertama atau hanya untuk renew je. Pemohon boleh pilih nak amik RM100/2 tahun (untuk yang sekali-sekala ke luar negara) atau RM300/5 tahun (untuk yang rasakan pergi oversea ni macam balik kampung je). Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga tua separuh harga. Untuk ke luar negara, pasport mestilah valid lebih dari 6 bulan dari tarikh pulang. Kalau tak susah nanti bila nak balik Malaysia. Kira buat pasport 2 tahun tu boleh pakai untuk selama 18 bulan je.
|
Dokumen penting ni. Simpan elok-elok kat money belt ye.. |
Perkara kedua, nak buat visa pulak. Visa ni kira macam pas pelawat untuk ke negara tersebut. Ada pelbagai jenis visa untuk pelbagai tujuan. Saya tak berapa arif tentang visa ni. Tapi, sebelum nak ke luar negara, pastikan negara tersebut perlukan visa atau tak. Nanti bila tiket flight dah beli tapi visa kena reject, kira sedekah je la kat company airlines yang memang dah sedia kaya tu. Suka penumpang sebelah sebab banyak space dalam flight. Option lain, cuba jual murah kat mudah.my.. Hehe.
|
Contoh visa (Ihsan Google Images) |
Jika nak memandu ke luar negara, pastikan memohon permit memandu di luar negara. Kalau setakat pergi melancong je tak perlulah nak apply lesen antarabangsa. Buat rugi bayar RM150 untuk setahun. Hanya apply permit memandu je, RM10 untuk upah print surat permit tu. Sebenarnya permit memandu ni hanya untuk rujukan orang di sana, sebab lesen kita dalam bahasa melayu. Jadi kene la ada translation letter untuk inform yang kita ni ada lesen memandu. Untuk negara komanwel mungkin takde masalah. Tapi tak pasti pulak kalau nak memandu di negara yang tak iktiraf lesen Malaysia. Maybe kena apply lesen antarabangsa jugak kot. Kadang-kadang diorang tak tengok pun permit tu sebab boleh paham dengan lesen kita. Cuma untuk langkah berjaga-jaga, kang dah sewa kereta, dah bayar deposit, last-last tak dapat nak bawak kereta. Haru je.. Rosak semua program.
|
Contoh permit memandu dari JPJ. RM10 je. |
Rasanya ini lah perkara utama yang perlu diselesaikan seawal yang boleh sebelum pergi melancong. Macam visa tu kadang-kadang amik masa yang lama untuk approve. Especially US. Biasa la, bila dah anggap orang luar ni semua terrorists banyak la prosedur nya. Nama ada Muhammad dan ada pulak Bin, ditambah dengan jambang yang panjang pulak, insyaAllah kena siasat kat imigresen. Apa-apa pun sediakan payung sebelum basah kuyup. Nanti demam kang susah.Wallahualam..
**Website yang membantu:
Pasport dan Visa
Permit Memandu
Hi bro,
ReplyDeletePasport ni berapa lama ye boleh siap ? tq
Hi bro,
DeleteDalam sehari je pasport dah boleh siap. Saya cadangkan bro pergi ke UTC sebab mudah dan bukak on weekend.
salam. nak tanya.. permit memandu ke korea dan australia boleh buat yang rm10 tu ke?
ReplyDeleteSalam.. Untuk ke Korea saya tak pasti sebab saya sendiri belum pernah ke sana. Untuk ke Australia memang saya cuma gunakan permit memandu RM10 (translation letter) yang dikeluarkan oleh JPJ. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteSalam ... nak tanya .. untuk memandu di indonesia macam mana ye ... kena dapat lesen memandu antarabangsa ke atau cukup guna permit memandu sahaja ?... memandu di bali ... tq
ReplyDeleteSalam zul hafifi..
DeleteSaya tak pernah memandu di Indonesia lagi. Tapi saya yakin tak perlu gunakan lesen memandu antarabangsa. Permit memandu sudah memadai, wallahualam. Tq for reading mt blog!.. :)