Tarikh:
24 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Tullamarine Airport - Thrifty Car RentalAssalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 12.15 t/malam saya berdua dah tiba di Tullamarine Airport, Melbourne. Kene check dengan imigresen. Agak strict jugak imigresen dia. Habis semua barang dalam beg diselongkarnya. Mak saya ada bekalkan kacang, kerepek dan serunding untuk diberi pada abang saya. Last-last serunding tak lepas. Betul-betul punya dia check. Ditekannya bekas serunding tu. Tak lepas sebab serunding tu tak halus, ada struktur kasar dikhuatiri kandungannya. Takpe lah, bukan rezeki abang saya. Sori mak, tak dapat nak bagi kat abang. Huhu..
Air Asia X route: From LCCT Airport to Melbourne Airport |
Jam 1.15 pagi baru lepas urusan di imigresen. Sampai kat lobi airport, terus keluar sebab nak merasa angin kesejukan Melbourne. Memang sejuk! Dalam 10oC suhunya. Tapi jaket nipis yang dipakai dapat elak kesejukan tu. First time saya merasa cuaca macam tu dalam hidup. Memang excited sangat-sangat. Hehe.. Booking untuk amik kereta sewa pukul 5 pagi. Melepak je la kat lobi sampai pukul 5 pagi. Ramai juga orang yang tidur kat lobi ni. Sempat saya berborak dengan uncle cina yang duduk sebelah wife saya dalam flight tadi. Dia datang Melbourne sebab saja bercuti, nak duduk dengan anak dia yang belajar kat sini. 3 bulan katanya nak duduk sini. Fuhh.. Memang terus jadi expert uncle tu jalan-jalan kat Melbourne.
Saya berjalan-jalan tengok kedai-kedai yang ada kat dalam airport. Tengok McDonalds, bukan main sedap gambar burgernya. Tapi malangnya tak dapat nak makan. Minum kopi McCafe boleh la. Wife saya dah sedap tidur kat kerusi lobi. Saya pulak memang tak boleh tidur. Mungkin sebab sepanjang perjalanan dalam flight saya bantai tidur je.
Bila boring menunggu sampai pukul 5 pagi, saya pun pergi la merokok kat luar airport. Perkara pertama yang mengagumkan saya. Saya takde la merokok betul-betul tepi jalan. Tapi tetiba kereta yang sedang laju berhenti. Dia ingat saya nak lintas jalan. Saya yang rasa macam bersalah je terus lintas jalan. Memang berdisiplin sungguh pemandu kat sini. Memang pejalan kaki menjadi keutamaan pada pemandu. Kalau la macam ni kat Malaysia kan ke bagus. Mentaliti kena ubah dulu..
Bila boring menunggu sampai pukul 5 pagi, saya pun pergi la merokok kat luar airport. Perkara pertama yang mengagumkan saya. Saya takde la merokok betul-betul tepi jalan. Tapi tetiba kereta yang sedang laju berhenti. Dia ingat saya nak lintas jalan. Saya yang rasa macam bersalah je terus lintas jalan. Memang berdisiplin sungguh pemandu kat sini. Memang pejalan kaki menjadi keutamaan pada pemandu. Kalau la macam ni kat Malaysia kan ke bagus. Mentaliti kena ubah dulu..
Boring menunggu sampai gambar ni pun dambil.. |
Pukul 4.50 pagi saya berdua dah bergerak ke office Thrifty. Lokasinya seberang jalan dari airport, sebelah Hotel Park Royal. Harap-harap bukak la Thrifty ni. Perjalanan masih jauh ni. Tepat jam 5 pagi lampu dalam office Thrifty terbukak. Alhamdulillah. Terus saya masuk dan bagi dokumen booking kereta. Agak susah jugak nak paham slang Aussie nih. Dah tu laju pulak tu dia bercakap. Saya setakat yes no yes no je. Wife saya yang lebih hebat speaking dari saya pun kurang paham sebab percakapannya laju. Tapi boleh la paham sikit-sikit.
Bersedia untuk amik kereta kat Thrifty |
Thrifty bagi kereta jenis Holden Barina Auto. Holden ni memang Aussie local car. Macam Proton dan Perodua kat Malaysia. Dia bagi kunci dengan Tomtom GPS sekali. GPS penting sesangat. Kalau tak memang jadi macam The Amazing Race, kena pakai manual map. Petrol dah diisi full, maknanya time return nanti kene bagi full jugak. Kemudian dia bagitau lokasi kereta tu di parking lot. Saya rasa pelik. Takde pulak dia check sekali condition kereta tu. Saya pun check sendiri kereta if ada calar kat mana-mana. Takut bila return nanti dia tuduh kita buat calar. Naya je kena bayar. Ok, kereta nampak macam baru. Saiz pun comel. Macam kereta Viva. Sesuailah untuk saya berdua.
Ini lah dia Holden Barina. Comel kan? (Kereta @ orang tu? Hehe..) |
Perjalanan dimulakan tepat jam 5.30 pagi. Nak setup TomTom ni pun masalah jugak. Pening camna nak kelaur dari airport. Main gamble je. Last-last berjaya masuk highway keluar dari airport. TomTom pun terus jadi betul arahannya. Ciss.. Kereta dah mula banyak atas jalan. Orang nak pergi kerja la tu. Agak kekok masa mula-mula memandu. Tapi kejap je. Lepas 15 minit dah rasa macam jalan ini ana yang punya. Hehe..
Isyarat tangan menunjukkan sudah pro dengan cara pemanduan di sini.. |
Perjalanan diteruskan dari Tullamarine Airport ke Seymour.. Pemandangan
sekeliling highway, MasyaAllah cantik yang amat. Kuasa Tuhan menciptakan
alam yang serba indah untuk manusia. Cuma manusia je samada hargai
ataupun tidak.. Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- tiada -
- tiada -
**Website yang membantu:
Car Rental
Maps
No comments:
Post a Comment