Tarikh:
25 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Sydney
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sampai je kat jeti terus ke kaunter tiket. Siap tanya boleh ke pakai tiket daily pass. Tak boleh katanya. Kena la beli single tiket berharga 5.30AUD/person. Tak kisah la, asal dapat tengok pemandangan dari feri. Naik feri jam 3.20 petang. Kebetulan ada jugak tourist dari Malaysia naik sekali tapi tak tegur, senyum je. Kami duduk di bahagian belakang feri, open air. Hujan mula renyai tapi dengan angin yang kuat, terasa macam lebat. Tak kira, nak lepak jugak kat luar. Hehe. View Opera House dari feri memang cantik. Baru la nampak keseluruhan bangunan tersebut, sebab Opera House ni betul-betul kat hujung tebing. Tak lepaskan peluang untuk bergambar.
Senyum dengan harapan dapat guna tiket daily pass. Tapi hampa.. |
Ini dia myFerry ticket. |
Sydney Harbour Bridge. View from ferry. |
Feri mula meninggalkan jeti. |
Gambar ni menjadi wallpaper desktop kat rumah.. |
Baru melintasi bawah Harbour Bridge. |
Melalui Luna Park. Tak semua orang suka taman tema ye. |
Muka ceria sebab puas bergambar. |
Ferry route: From Circular Quay to King Street |
Ada beberapa hentian feri ni berhenti. Perhentian untuk ke Darling Harbour antara yang paling hujung sekali. Ok lah, untung sikit beli tiket dapat duduk lama dalam feri. Setelah hampir sejam dalam feri, kami turun di Darling Harbour King Street Jetty. Meronda sambil melihat keindahan sepanjang jeti memang syok. Time ni saya dah mula menggigil kesejukan. Terpaksa tahan je lah. Kami lalu depan Sydney Aquarium, Sydney Wildlife Zoo dan Madame Tussauds Sydney. Madame Tussauds ni patung lilin artis. Setakat nak tengok patung lilin baik tak payah pada saya. Tak rasa menyesal pun kalau tak masuk. Ikut pada cita rasa masing-masing nak masuk ke tak.
Di jeti Darling Harbour King Street. |
Banyak feri dan kapal yang berlabuh. Restoran dalam kapal pun ada. |
Water taxi pun ada. Entah berapa la harga tiket dia ye. |
Wildlife Sydney Zoo. Setakat amik gambar kat luar je. |
Sydney Aquarium. Kalau bagi lego besar ni kat anak-anak mau pengsan 18 kali. |
Tak sempat kalau nak ke semua tempat. |
Hard Rock Cafe Sydney. Menyesal tak beli selai T-Shirt kat situ. |
Tak dapat dipastikan kewujudan logo ini. |
Langkah seterusnya ke Sydney Visitor Centre dan lepak minum kopi di McCafe. Kopi je lah dapat minum, McChicken tu cuma boleh tengok sambil telan air liur. Huhu. Berehat sekejap kat McCafe, kemudian layan taman air kat depan McCafe tu. Agak kreatif taman air tu. Dibuat sistem macamana nak alirkan air. So kita kene pam air, pusingkan roda bagi air tu keluar, tahan air tu jadi macam empangan. Memang best la. Hebat kreativiti orang Sydney ni. Harap-harap kat Malaysia ada company yang buat taman kreatif macam ni. Cuma takut ada yang terjun main air je.
Kanak-kanak ceria Ribena |
Depan Sydney Visitor Centre |
Inilah dia Taman Air yang kreatif tu. Mula-mula kena pam air. |
Kena tekan batu bagi air keluar pastu lalu kat kincir air. |
Halang air bagi banyak pastu baru tarik ke atas. |
Agak penat memusing benda alah tu bagi air naik ke atas. |
Lepas dah puas layan kreativiti masing-masing, kami bergerak ke Tumbalong Park. Kawasan taman ni dijaga kebersihannya. Ada jugak patung kategori 18SX diletakkan di situ. Memang ukiran seni abstrak, tapi kalau kat Malaysia memang tak sesuai. Sensitiviti kena jaga. Tapi kat sini nak letak apa-apa pun boleh, memang diorang takde masalah pun. Duduk serumah sebelum kahwin memang standard.
Orang tengok mesti kata jakun kan? Peduli hapa.. Ada ku kesah? |
Malu konon. Malu tapi mahu. Hehe.. Hanya orang berseni je yang paham ni. |
Kaki pun dah mula lenguh-lenguh. Respect juga saya kat wife yang mengandung 4 bulan tapi boleh tahan berjalan. Bila ditanya, dia jawab faktor cuaca buat dia boleh tahan. Yelah, peluh pun tak keluar. Kami lalu pulak Chinese Garden, amik gambar kat monumen yang nampak unik dan akhirnya terus sampai di Central Station. Jauh jugak kami berjalan. Tapi bila melihat view yang menarik sepanjang perjalanan, ditambah dengan cuaca yang sejuk, dapatlah kuranglah sikit rasa penat tu.
Tempat Chun Li dari Street Fighter. Hehe.. |
Di kiri menyatakan sayang pada di kanan. Di kanan tersipu malu.. Hehe.. |
Tak tau apa dia tapi nampak unik. Amik je lah gambar. |
Walking Area @ Sydney |
Jam 6.45 petang kami sudah tiba di Central Station. Tunggu train yang akan bergerak jam 7 malam. Dalam train baru terasa penat dan letih. Apa lagi, tidur je la sampai ke Wollongong. Jangan terlajak tidur sudah. Jam 8.45 malam kami tiba di Wollongong Train Station dan diluar abang sudah menunggu. Sampai di rumah abang, kami berdua terus bersihkan diri dan makan. Saya pinjam laptop abang untuk transfer gambar ke dalam pendrive. Memory card dikosongkan untuk acara esok pulak. Tidur dan menanti apa yang menarik menunggu di esok hari. Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
Sementara menunggu train sampai di Central Station. |
Senyum dalam keletihan.. |
Tersedar dari tidur, nampak signboard nama tempat ni.. |
Train route: From Sydney Central Station to Wollongong Station |
Driving route: From Wollongong Station to rumah Abang Lan |
- Ferry ticket : RM34.45
- McCafe : RM20.15
- Jumlah : RM54.60
# Day 03 Expenses: RM124.80
**Website yang membantu:
Sydney Ferries
Wildlife Sydney Zoo
Sydney Sea Life Aquarium
Madame Tussauds Sydney
My Pictures Video
No comments:
Post a Comment