Nak pergi bercuti? Dalam negara atau luar negara? Asia? Europe? Middle-East? Apa dia? Air Asia ada buat promotion? Wow! Memang best.. Tapi bila memikirkan soal duit terus jadi tak best. Ye lah, nak ke luar negara memang perlukan kos yang tinggi. Bukan setakat tiket flight, kene pikir accomodation, transport, meals, souvenirs, shopping dan lain-lain. Tambah-tambah kalau pergi ke negara yang currency dia lebih tinggi dari negara kita. Confirm sebulan sebelum pergi dan sebulan selepas balik makan megi je lah. Hehe. Biar tak cukup makan asalkan dapat berjalan. Jangan macam tu. Haru jadinya.
Beli tiket flight je dah beribu abis (Ihsan google images) |
Kepada yang berkemampuan, memang takde masalah la kalau nak bercuti ke luar negara. Duit bonus 4 tahun lepas pun tak guna lagi, apa ada hal. Hehe.. Yang penting kepuasan diri dapat melihat negara orang. Ayat yang paling best saya pernah dengar, "penat-penat orang kerja cari duit lebih, sukahati la orang nak gi mana pun". Biasa lah tu. Lain orang, lain pandangannya. Antara hobi saya mendaki gunung. Ada kawan yang tanya apa yang saya dapat dengan mendaki gunung selain sakit otot dan kepenatan yang melampau. Berbaloi ke? Entahlah, memang betul penat tapi macam rasa kepuasan dalam diri bila dah sampai ke puncak. Tak tau macamana nak explain tahap kepuasan tu. Yang tak minat confirm tak paham dan taknak ambil tahu, betul tak? Minat manusia ni pelbagai.
Berbaloi ke? Tepuk dada tanya wallet (Ihsan google images) |
Berbaloi atau tidak pergi melancong bergantung pada kehendak individu masing-masing. Tengok pada tujuan sebenar melancong. Kalau mindset memang nak shopping memanglah banyak duit yang digunakan. Kalau hanya untuk tengok culture orang luar dan explore keindahan dunia ciptaan Tuhan rasanya kos boleh dikurangkan. Macam saya, first priority memang point yang kedua tu. Tapi kalau ada duit lebih sikit boleh la nak shopping apa yang patut. Jika persediaan rapi dah buat serta ada sedikit knowledge tentang negara yang nak dituju insyaAllah trip akan jadi lancar dan berbaloi sangat-sangat! Balik Malaysia pun muka ada senyuumm.. Hehe.. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment