Tarikh:
22 Disember 2011
Lokasi kejadian:
Universal Studios Singapore
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.30 pagi saya dan wife dah bangun. Tinggal nak kejut anak-anak yang liat nak bangun. Biasalah, budak-budak memang susah sikit nak kejut. Tambah pulak tidur kat hotel dengan aircond yang amat sejuk dan selesa. Tapi bila sebut nak pergi USS terus laju je bangun. Muka pun ceria je. Huhu..
Bersiap apa yang patut. Jam 7 pagi dah mula turun untuk breakfast. Agak ramai jugak orang kat cafe. Kebanyakannya nak ke Universal Studios sebab nampak ada sticker USS melekat kat baju. Kami cari meja kosong dan terus ambik makanan. Banyak gak pilihan breakfast kat hotel ni. Makan ala kadar je. Takut sakit perut dalam bas nanti.
|
Tak sabar tunggu bas yang tak sampai lagi |
Jam 8 pagi kami dah berada kat lobi hotel. Tunggu bas sampai. Ingatkan filght je delay, rupanya bas pun sama. Jalan jem kot. Kak As sekeluarga dah mula bergerak ke Singapore. Diorang naik bas lain. Jam 8.30 pagi baru bas sampai. Anak-anak dah mula excited. Diorang first time naik bas. Saya pun dah lama tak naik bas. Bas 2 tingkat. Saya sekeluarga naik atas dan duduk kat belakang. Mak dan Aisyah duduk di bawah je, tak larat nak naik atas.
|
Akhirnya sampai jugak bas ni. USS here we come! |
Sampai kat imigresen semua penumpang kena turun. Rupanya kena jalan kaki untuk masuk border. Saya ingatkan imigresen check dalam bas je. Kesian mak saya kena berjalan kaki naik turun eskalator. Ramai giler orang yang nak masuk Singapore. Tengok kat jalanraya, orang naik motor dah tak tau berapa barisan beratur nak masuk Singapore. Kereta jangan cakap la. Sesak! Nasib baik saya tak bawak kereta masuk Singapore. Letih kalau jem macam ni. Cukuplah jem kat KL je. Dari rumah nak ke opis wife cuma 8 km je tapi perjalanan sejam lebih. Huhu.. Jalan Genting Kelang, biasalah..
Lepas dah settle kat imigresen, kena naik bas balik. Bas bergerak menuju ke Resorts World Sentosa. Tengok view dari tingkap bas, takde beza pun jalanraya kat Singapore berbanding Malaysia. Cuma yang agak kagum Singapore sangat bersih. Mungkin negara kecik, senang nak buat enforcement. Salah sikit terus dapat tiket. Katanya makan chewing gum pun kena banned. Tapi saya setuju sangat kalau kena banned kat Malaysia. Sakit hati bila terpijak chewing gum. Huhu..
Sampai kat bus station Resorts World Sentosa jam 10.15 pagi. Wife terus beratur redeem tiket masuk USS. Kak As sekeluarga tak sampai lagi. Rasanya diorang gerak dulu tadi. Maybe lewat sikit kat imigresen kot. Jam 10.30 pagi baru nampak Kak As sekeluarga. Kami semua terus menuju ke pintu masuk Universal Studios kat bahagian atas bus station.
|
Wife tengah beratur redeem tiket USS |
|
USS 1-Day entrance ticket. |
|
Sedia untuk masuk ke USS |
|
Gambar background ni mesti kena amik. |
Mula beratur untuk masuk. Saya kena tahan sebab bawak makanan dari luar. Terpaksa la cari tong sampah nak buang. Rasa rugi betul kena buang makanan. Kalau tau la awal-awal dah sorok kat dalam baju. Hehe.. Takpelah, hanya roti dan air je. Ramai betul umat manusia kat sini. Tak tau camna la rupa kalau pergi time weekend. Sure pack punya. Anak saya Eiman dah mula menangis nak belon. Saya pun beli la. Belon warna silver kosong tanpa tulisan Universal Studios berharga 12SD. Giler mahal! Kalau ada tulisan USS tu takpe la jugak. Boleh wat kenangan. Ini kosong je, macam beli kat pasar malam Taman Melawati yang berharga RM5. Kalau dikira 12 x 2.45 = RM29.40 tu! Betul-betul cekik darah la harga dia. Tu belum tengok harga makanan dalam tu lagi.. Huhu..
|
USS Map (Ihsan Google Images) |
Ada banyak section dalam Universal Studios ni. Ikut je la apa yang ada dalam map. Setakat merry-go-round tu boleh la anak-anak saya naik. Lagipun tak ramai yang menunggu turn. Lepas tu terus ke tempat roller coaster. Saya ni tak berminat sangat nak bermain dalam taman tema nih. Disebabkan anak-anak, saya pergi la jugak. Takkan la saya tak berminat taman tema, anak-anak yang jadi mangsa. Demi anak-anak, banyak jugak taman tema kat Malaysia yang saya dah bawak diorang pergi. Sejujurnya, saya takut naik benda yang laju dan tinggi. Boleh sakit jantung rasanya. Last naik kat Genting Highlands masa bujang dulu, pastu dah taubat tak nak naik. Tachophobia dan acrophobia. Kalau masuk fear factor atau amazing race confirm kalah terus. Huhu.. Harap anak-anak saya tak ikut macam saya. Rugi nikmat dunia. Hehe..
|
Baru masuk USS. Amik gambar dulu. |
|
Merry-go-round. Ketinggian yang sesuai untuk Eiman. |
Ada jugak tempat yang saya masuk. Antaranya wayang 4-D cerita shrek. Yang tu saya berani. Hehe.. Naik bot slow Madagascar pun ok je. Makin lama makin ramai orang kat sini. Nak main pun kena beratur panjang. Rugi masa betul. Jam 2 petang mula mencari tempat makan. Tengok harga, memang dah agak dah. Makan satu family jumlahnya 70SD. Wow! I love Universal Studios.. Love sangat la tu.. Nak buat camna, tempat dah grand, harga pun kena la grand jugak. Makan takde masalah sangat kalau mahal, tapi kes belon tadi yang memang tak puas hati sesangat.
|
Makan time! |
Lepas makan kami mencari tempat solat. Hmm, rasanya USS ni ramai orang Islam yang datang. Apa salahnya buat bilik kecik untuk solat. Katanya ada satu bilik kat pintu masuk tadi. Ramai orang solat kat situ. Tandas yang takde paip memang dah jadi satu hal. Saya awal-awal dah prepare kalau ke luar negara mesti bawak botol kosong, kompas kiblat, sejadah travel dengan selipar. Sama macam masa pergi Australia haritu. Saya dan husband kak As, abang Sabri pun apa lagi, terus cari port kat mana-mana hujung yang takde ramai orang lalu lalang. Ada jumpa satu port, tapi ada pintu kayu. Mengharapkan takde orang bukak pintu tu. Alhamdulillah selesai bersolat. Makin kurang rasanya orang Islam Singapore nih..
|
Binaan zaman purba yang menarik. |
|
Eimran (kanan) sedih tak dapat naik roller coaster sebab tak cukup tinggi. |
|
|
Itu dia belon 12SD. Kalau ada cop USS puas hati la jugak. |
|
Penjaga Firaun katanya.. |
|
Tinggi betul orang kat belakang tu. |
Dah lewat petang saya ke tempat Transformers. Antara movie dan collectors item yang menjadi favourite saya. Beratur nak naik Transformers the Ride, permainan paling hot kat USS. Tengok kat waiting time kena tunggu 120 minit! Mak aihh, lamanya! Masa beratur sama lama dengan layan satu movie kat panggung wayang tu. Anak saya Eimran yang memang minat sangat kat Transformers nak jugak naik. Itu la yang saya kata tadi, tak minat taman tema antara sebabnya waiting time yang lama. Tapi anak-anak punya pasal, nanti tak naik kang menyesal. Maka berdiri la saya beratur selama 2 jam untuk ride yang hanya ambik masa 15 minit. Tapi best la bila dah dapat naik. Ride dia takdela bergerak macam roller coaster, tapi view dia membuatkan macam kita bergerak laju. Bila dah abis rasa macam taknak keluar, nak terus sambung ride lagi sekali sebab memikirkan kena beratur selama 2 jam tadi. Tak berbaloi beratur 2 jam untuk ride 15 minit. Kalau bagi 2 round baru puas hati. Huhu.. Yang penting anak-anak saya suka dan puas hati.
|
Jaga-jaga nanti kereta tu transform jadi Bumblebee. |
|
Berlatarbelakangkan replika Transformers. |
|
Tengah sesi beratur nak naik Transformers the Ride. |
Lepas tu masuk pulak kedai jual barang transformers. Ada jugaklah beli sesuatu untuk anak-anak, walaupun boleh dapat kat Malaysia. Bila orang tanya boleh jawab beli kat USS. Nampak standard sikit. Hehe.. Hari pun dah lewat petang. Kami semua melepak kat tepi tangga tengok ada orang buat dance show. Ada jugak yang pakai costume The Grinch, Marylin Monroe dan macam-macam lagi. Kira meriah jugak la kat USS nih. Dalam jam 6.30 petang orang ramai dah mula balik. Time tu saya bawak Eimran dengan anak kak As, Aqila pergi jalan-jalan cari permainan yang tak ramai orang. Dapatlah main 2-3 lagi permainan. Alhamdulillah cuaca cukup baik sepanjang hari ni, tak hujan pun. Cukup la rasanya mencari pengalaman dalam USS untuk trip kali ni. Boleh dikatakan berpuas hati selain harga belon tadi. Huhu.. Ada rezeki boleh pergi lagi, tapi Universal Studios yang lain pulak, insyaAllah.
|
Dekat dance show |
|
Bergambar kat old-skol taxi sebelum balik. |
Jam 7.30 malam kami semua mula meninggalkan USS sebab bas akan mula bertolak jam 8 malam. Mula la balik aktiviti naik turun eskalator kat imigresen macam pagi tadi. Alhamdulillah, jam 10.30 malam kami sampai dengan selamatnya kat hotel. Sebelum naik ke bilik kami sempat makan malam kat kedai depan hotel. Jam 11.30 malam kami dah berada dalam bilik hotel, bersihkan diri, berehat dan tidur. Esok nak masuk Singapore lagi. Nak lihat samada shopping sakan atau setakat window je. Wallahualam..
*P/S: Nak bagitau, belon tadi dah terlepas sangkut kat siling lobi hotel. Belon 12SD tinggal menjadi kenangan.. Huhu..
*Kos wajib untuk 1 family:
- Meals : RM204.00
- Jumlah : RM204.00
# Day 02 Expenses: RM204.00
**Website yang membantu:
Singapore Immigration
My Pictures Video
No comments:
Post a Comment