Wednesday, 13 February 2013

JJCP Singapore: Day 03

Tarikh:
23 Disember 2011
Lokasi kejadian:
Singapore City Tour

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 6 pagi wife saya dah kejutkan bangun. Saya ni kalau badan letih dan tidur lewat memang susah nak bangun. Letak sekuat mana alarm sebelah telinga pun belum tentu bangun lagi. Hehe.. Tapi kalau dapat tidur dengan sempurna, tepat 6 jam tidur mesti boleh bangun sendiri, insyaAllah. Cuma dah lama rasanya tak dapat tidur cukup 6 jam. Selalunya tidur malam dalam 3-4 jam je. Pastu ganti tidur kejap lepas zohor. Kerja waktu malam lebih efektif pada saya walaupun tak baik untuk kesihatan.. Huhu..

Setelah kejut anak-anak, kami semua bersiap untuk turun breakfast. Jam 7.45 pagi dah ada kat cafe hotel. Menu breakfast sama je macam semalam. Tak berapa lalu. Biasalah. Sebab tu hotel boleh bagi free breakfast sebab tau ramai yang tak selera sangat nak makan pagi-pagi nih. Cuba bagi free dinner, baru best. Hehe.. Time breakfast terjumpa pulak geng maharaja lawak 2011. Rupanya minggu ni diorang perform kat sini. Tapi takdelah saya nak menegur, setakat senyum je time amik makanan.

Hari ni ke Singapore naik kereta yang disewa dengan driver sekali. Zaidi namanya. Boleh relaks skit daripada nak rush naik turun eskalator kat imigresen macam semalam. Janji berjumpa kat lobi jam 8.30 pagi. Lepas dah agak kenyang layan breakfast, kami menunggu kat lobi hotel.

Tepat jam 8.30 pagi Zaidi sampai. Rupanya bukan van biasa, tapi Hyundai Starex Royale yang ada 11 seater tu. Besar dan selesa. Memang best. Ini semua kerja wife saya yang deal dengan khidmat kereta sewa tu. Ye lah, dengan Kak As satu family lagi. Ditambah dengan barang-barang yang bakal dibawak balik, mesti kena ada space yang besar.


(A) Hotel New York (B) Hotel Mutiara (C) Merlion Park (Ihsan Google Maps)

Jam 8.45 pagi kami mulakan perjalanan. Singgah di hotel Mutiara amik Kak As sekeluarga. Jam 9.15 dah ada kat imigresen. Semua urusan Zaidi yang setelkan. Kami semua duduk dalam kereta je. Mudah. Hehe. View kat imigresen macam hari-hari biasa, penuh dengan umat manusia. Dah selesai urusan kat imigresen, Zaidi bawak kami semua ke tempat paling famous kat Singapore. Landmark utama, Merlion. Takde apa yang menarik pun. Cuma patung singa keluar air dari mulut. Tapi view kat Merlion Park memang superb. Dapat tengok Marina Bay Sands di seberang Kallang River. Ramai jugak tourist kat Merlion Park ni. Kami pun amik peluang bergambar dengan Merlion. Bukti kehadiran kami di bandar Singapore.

Patung Gajah kat Merlion Park
View dari Merlion Park
Kallang River. Superb view.
Mercu tanda Singapore
Bersama mak dan Aisyah
Wife bersama Kak As
Bersama Abang Sabri
Kanak-kanak riang Ribena
Jam 10.30 pagi, setelah puas melihat Merlion yang statik tu, Zaidi bawak kami ke area Arab Street. Perjalanan melalui jalan paling popular kat Singapore, Orchard Road. Jalan yang penuh dengan butik-butik eksklusif. Siapa yang kaki shopping memang tak lepaskan peluang. Rasanya sehari tak cukup nak masuk kedai kat Orchard Road nih. Kami tak berhenti pun kat sini, just lalu je. Window shopping through car window. Hehe. Kami turun di Arab Street. Kat sini memang terkenal dengan jualan kain. Kaum wanita terus masuk ke kedai bershopping apa yang patut. Kaum lelaki pulak duduk kat luar kedai sambil tengok kereta yang lalu lalang. Huhu. Tak pandai saya nak tengok kain ni. Rasanya semua kain cantik-cantik belaka. Harga pun cantik gak.

Hampir sejam shopping kain, kami semua mencari tempat makan. Restoran Zam Zam yang memang famous dengan nasi beriyani dan murtabak menjadi pilihan. Hujan turun dengan lebatnya. Teringin saya nak makan murtabak Singapore yang dikatakan sedap sangat. Bila tengok rupa murtabak tu memang tak menarik. Tapi bila dah masuk dalam mulut baru tau kesedapannya. Saiz pun boleh tahan besar. Sorang makan pun tak boleh habis punya. Memang sedap sesangat. Rugi kalau datang Singapore tak makan murtabak ni. Thanks to suami Kak As, Abang Sabri kerana belanja kami semua. Alhamdulillah..

Hujan mula reda, kami ke Golden Landmark Shopping Complex yang terletak kat seberang jalan. Dah masuk dalam kompleks tu, hujan mula lebat balik. Maka kami semua duduk melepak kat situ sampai la hujan berhenti. Kompleks ni old style sikit. Macam Campbell dan Pertama Complex je rupanya. Tak banyak pun kedai yang menarik untuk ditinjau. Kedai pakaian je yang banyak. Sempat lagi kaum wanita ni bershopping pakaian. Tak cukup lagi rupanya kain yang dibeli tadi. Selagi duit masih ada selagi itulah keinginan bershopping masih tinggi dalam diri. Hehe. Takpelah, janji puas hati.

Dah lebih 2 jam kami berada kat dalam kompleks. Hujan masih belum reda. Tengok pada awan, rasanya macam seharian je hujan ni. Jam 4 petang kami teruskan perjalanan ke Masjid Malabar untuk menunaikan solat jamak. Niat nak solat kat dalam kompleks, tapi malangnya takde pun ruang solat disediakan. Hampa betul. Rasanya ramai lagi umat Islam kat Singapore ni. Sedih bila takde banyak tempat untuk bersolat. Huhu. Setelah selesai solat, kami menuju ke shopping complex yang paling besar, paling famous dan paling lama beroperasi (24 jam), iaitu Mustafa Centre. Ala Mydin kat Malaysia tapi lagi besar. Nak beli LCD TV jam 3 pagi pun takde masalah. Hehe.

Sampai di Mustafa Centre jam 5 petang. Jalan jem teruk, ditambah dengan hujan yang lebat. Parking limited, nasib baik kami sewa kereta. Zaidi drop kami betul-betul kat pintu masuk Mustafa Centre. Rupanya Mustafa Centre ni banyak blok. Ada blok untuk barang elektrik. Kalau nak cari pakaian kena ke blok yang lain. Patutlah besar semacam Mustafa Centre ni. Kami semua berpecah ikut haluan masing-masing. Zaidi bawak saya dan Abang Sabri ke kedai kamera betul-betul kat depan Mustafa Centre. Katanya kamera kat sini agak murah kalau dibandingkan dengan kat Malaysia. Dia dah lama kenal dengan tokey kedai sebab selalu bawak customer kat situ. Harap-harap dapat harga member. Saya memang dah survey siap-siap harga kamera kat Malaysia sebelum datang ke sini. Kalau betul-betul murah memang teringin nak angkat satu. Bila tengok harga yang ditawarkan, dicampur dengan harga member dari Zaidi, maka memang murah la harga kamera tu. Mula-mula Abang Sabri yang beli kamera dulu. Saya berminat tapi takut nanti tak pakai sangat kamera tu. Sebab sejarah saya beli gadjet memang macam tu. Mula-mula memang berminat, tapi lepas 2-3 bulan mesti dah tak layan dah. Tak kiralah apa jenis gadjet pun. Hatta handphone pun sama. Dah 6 bulan pakai smartphone yang harga nak sampai seribu, tapi phonebook pun belum penuh masukkan nombor lagi. Huhu.

Lepas dah keluar dari kedai kamera tu, saya meronda dalam Mustafa Centre. Hati masih lagi teringat kat kamera DSLR Canon EOS 600D. Dah tak boleh fokus kat barang-barang dalam Mustafa Centre tu. Nak beli ke tak? Hmmm.. Fikir lagi sampai betul-betul puas hati. Saya masih lagi belum beli apa-apa barang untuk diri saya kat Singapore ni. Duit SD yang ditukar masih banyak lagi kat dalam wallet ni. Wife saya tak tau la apa status wallet dia, dah habis kot. Hehe. Masuk ke bahagian pakaian, saya beli la sehelai dua pakaian. Agak murah jugak bila dah diconvertkan ke Ringgit Malaysia. Tapi yang paling teruja sekali bila masuk bahagian perfume. Tak pasti perfume kat sini original atau tidak, tapi memang murah sesangat. Terkejut saya. Ada yang kata original, ada jugak yang kata tak. Tapi yang pastinya saya dah borong 7 botol perfume! Gila kan? Setahun pakai pun tak habis. Hehe.

Hati kat kamera masih ada. Keputusannya... saya ajak Zaidi pergi balik kat kedai kamera tadi. Keputusan 99.9% beli kamera tu. Lepas dah belek kamera tu untuk ke berapa kali ntah (tak ingat sebab banyak kali dah), saya bertanyakan tentang warranty. Nasib baik Canon ada international warranty. Boleh hantar kat Canon Malaysia kalau ada masalah. Ye lah, nanti jadi apa-apa takkan nak ke Singapore lak kan. Akhir sekali, lepas dah deal harga ditambah dengan member's best price, maka saya pun beli la. Jumlah kamera serta extra lens dan aksesori lain dalam RM600 kurang dari kat Malaysia. Good deal kot. Yang penting kamera tu Made In Japan. Hehe.. Akhirnya kamera DSLR Canon EOS600D telah menjadi kepunyaanku. Harap-harap selalulah saya menggunakannya, insyaAllah.

Setelah masing-masing dah membeli belah, jam 9 malam kami semua berkumpul kat depan Mustafa Centre. Agak puas hati dengan barang-barang yang dibeli. Badan pun dah mula keletihan. Jam 9.30 malam kami semua mula meninggalkan Mustafa Centre dan menuju balik ke Johor Bahru. Barang-barang mula disusun dengan baik dalam kereta. Takut kena check dengan imigresen. Hehe. Sampai di imigresen, Zaidi setelkan semuanya. Takde pun nak check barang-barang kami. Alhamdulillah. Zaidi menghantar saya sekeluarga dulu. Jam 10.45 malam dah ada kat lobi hotel. Thanks to Zaidi sebab menjadi driver dan guide kami dengan baik. Saya bagi sebotol perfume kat dia. Apa ada hal, saya ada lagi 6 botol. Hehe. Memang niat saya pun nak bagi dia sebotol sebagai souvenir.

Saya berjalan ke kedai membeli makanan. Yang lain dah naik ke bilik. Mak tak larat nak berjalan. Memang diakui penat sangat hari ni. Dinner kat dalam bilik je. Dah selesai makan dan bersihkan diri, jam 12.30 malam kami semua masuk tidur. Menanti hari esok untuk balik ke Kuantan dengan barang-barang yang secara logik akalnya memang tak muat nak masuk dalam kereta. Tak tau la camna nak susun barang esok. Huhu. Yang penting semua puas hati dapat berbelanja dan dapat melihat negara orang. Alhamdulillah. Diharap perjalanan esok lancar dan selamat sampai ke Kuantan, insyaAllah..

*P/S: Sori tak dapat nak promote si Zaidi ni. Dia dah tukar nombor lain. Tak dapat nak contact. Apa-apa pun Zaidi is the best guide in Singapore.

*P/S: Sori tak banyak gambar. Kelam kabut sebab hujan lebat sampai lupa amik gambar.

*Kos wajib untuk satu family: - tiada -

# Day 03 Expenses: - tiada -

**Website yang membantu:

Merlion Park

Orchard Road

Mustafa Centre

My Pictures Video

2 comments:

  1. Replies
    1. Dah takde sejak phone kena virus. Habis semua nombor kat phonebook hilang. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete