Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Ingatkan post mortem ni untuk kes bedah mayat je. Kalau kat sekolah selalunya bila keluar result exam baru keluar ayat post mortem nih. Rupanya pergi trip pun ada post mortem ye. Hehe.. Bukan apa, cuma nak buat kesimpulan keseluruhan trip dan perkara yang boleh diperbaiki untuk trip akan datang supaya lebih baik, lancar dan bermakna. Value for money.
#1. Kos
First thing yang perlu dikira adalah kos yang wajib digunakan masa trip. Nama pun trip budget. Selama 8 hari saya berdua ke Australia total expenses yang wajib untuk 2 orang setelah ditambah pada keseluruhan perjalanan adalah sebanyak
RM3978.50. Agak budget la jugak. Kos boleh dikurangkan kalau dapat tiket flight lagi murah dan kadar sewa kereta yang lebih murah. Advantage yang paling besar adalah kerana abang saya ada kat sana. Memang boleh potong kos untuk tempat tinggal dan makan. Memang itu la yang paling utama kalau nak bercuti kat luar negara. Kalau takde sesiapa kat sana memang makin tinggi budget untuk ke sana. Kos ni tak termasuk shopping. Yelah kan, shopping ni adalah keinginan, bukan keperluan. So, ianya bergantung pada individu masing-masing. Yang kaki shopping confirm kos sampai 5 angka pun takde masalah punya.
 |
Ke luar negara memang pakai banyak duit (Ihsan Google Images) |
#2. Kepuasan
Sejujurnya saya amat berpuas hati dapat explore macam-macam sepanjang berada kat Australia nih. Self drive adalah punca utama kepuasan saya. Sekali pergi dapat terus ke Melbourne, Canberra dan Sydney. Memang puas hati sungguh. Pada saya yang buat boleh atau tak ke luar negara ni adalah kerana harga tiket flight. Kalau tiket murah sure ramai yang dah ke luar negara. Sebab harga tiket ni adalah separuh dari harga keseluruhan trip. Sebab tu lah bila dapat beli tiket flight memang ronda habis-habisan. Sekali pergi dapat jejak 3 bandar besar. Tu yang puas hati tu. Penat tu memangla penat, tapi kepuasan yang penting.
 |
Tiket flight - kenapala engkau mahal sangat? (Ihsan Google Images) |
#3. Terkilan
Ada jugak yang saya terkilan masa ke Australia. Yang pertama, tak dapat nak tengok dan pegang kangaroo, wallabies, koala, penguin dan tasmanian devil. Dah la binatang ni takde kat Malaysia. Memang terasa rugi tak masuk zoo kat sana. Harga nak masuk zoo memang mahal, tapi rasa macam menyesal jugak. Cuma dapat tengok sekor kangaroo yang mati kat tepi highway. Huhu. Yang kedua, t-shirt Hard Rock. Dah ada kat luar cafe dah, kenapalah tak beli selai. Tu la, nak budget punya pasal la ni. Yang ketiga, tak dapat nak ke Philip Island. Kat situ ada penguin dan motoGP track. Memang tak cukup masa pun. Dapat sehari kat Melbourne pun tak cukup puas.
 |
Sekor pun tak dapat tengok live. (Ihsan Google Images) |
# Memandu
Bab memandu kat Australia ni cuma kena lebih berhati-hati. Takut jadi apa-apa nanti lagi banyak kos yang keluar. Lagipun takde siapa yang boleh nak call mintak bantuan. Cuma kalau nak dibandingkan jalanraya kat Malaysia dengan kat Australia, rasanya lagi berani kat Australia. Kalau berani memandu kat Malaysia, maka takde masalah memandu kat Australia. Cuma had laju kena patuh sebab speedtrap sentiasa ada di sepanjang jalan. Enforcement diorang lebih ganas. Kamera speedtrap merata. Sebab tu la sepanjang saya di sana satu accident pun tak pernah nampak. Alhamdulillah.
 |
Kena jaga-jaga dengan alat ini (Ihsan Google Images) |
#Mentaliti
Satu perkara lagi yang saya nampak masa kat sana adalah tentang driving mentality orang Australia. Kat sana pedestrian memang macam raja. Laju macamana pun kereta bila nampak orang awam nak melintas mesti berhenti bagi laluan walaupun takde zebra crossing. Yang paling terkejutnya bila kat traffic light, motor pun ikut beratur sekali dalam lane kereta. Takde pun nak menyelit sampai ke depan. Jarang nampak kereta bertukar lane last minute kat hujung simpang. Kalau nak ke kanan, awal-awal lagi dah masuk lane kanan. Lagi satu, kedai aksesori macam 'kedai abang' (Brothers) memang lingkup la kalau bukak kat sana sebab kereta kat sana takde pun yang make-up lebih-lebih. Standard semuanya. Takde pun nak tambah skirting atau convert dari proton jadi mitsubishi atau kancil jadi mira. Maybe sebab harga kereta kat sana jauh lebih murah dari harga maintenance kereta. Sebab tu orang sana 2-3 tahun sekali tukar kereta. So, buang masa je nak make-up nih. Kalau nak power, terus beli Ferrari je. Hehe..
 |
Susah nampak kereta yang modified macam ni (Ihsan Google Images) |
#Toilet
Cerita tentang tandas pulak, hmmm.. Kalau dah biasa guna tandas ada paip air, bila berada kat sana kena la prepare awal-awal. Bawaklah botol air ke atau apa-apa alternatif lain yang ada sebelum masuk tandas. Kalau yang jenis takde masalah guna tisu tu takpelah. Takut tak selesa je guna cara tu. Huhu. Tandas kat sana memang kering dan bersih. Kalau kat Malaysia siap banjir lantai sampai tak jadi nak 'membuang'. Hmm.. Jagalah tandas awam dengan baik ye..
 |
Opps! Ada toilet roll aje ye. (Ihsan Google Images) |
#Racists
Dikatakan orang Australia ni racist sikit. Saya pun agak takut jugak masa nak kesana sebab wife saya bertudung. Dah tu saya berdua je sepanjang trip. Kalau by group ramai-ramai takpe lagi. Takde la takut sangat. Tapi alhamdulillah, sepanjang kat sana takde pun kes kena kutuk ke, kena ugut ke atau orang pandang slack ke. Siap berborak lagi adalah. Maybe saya tak lalu kat tempat-tempat yang orangnya racist kot. Kalau kat Melbourne takde masalah sebab ramai nampak orang Islam. Cuma kat Sydney kurang sikit tapi tourist dari Asia tetap ramai.
 |
Calm down bro.. (Ihsan Google Images) |
#Overall
Ini adalah first trip saya ke luar negara. Ambik peluang abang ada di sana. Trip ke Indonesia yang ramai orang Malaysia pergi pun saya belum pernah jejak lagi. Currency yang tinggi memang tak boleh nak dielakkan. Tapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dapat melawat Australia. Habis beribu dalam masa 8 hari memanglah agak pening kalau difikirkan. Tapi pengalaman hidup yang tak dapat nak diberi oleh sesiapa pun, itu yang penting pada saya. Kalau difikirkan ke luar negara ni buang duit, dalam negara pun boleh habis jugak duit kalau shopping tak ingat dunia. Ikutlah pada pendapat masing-masing. Apa-apa pun trip saya ke Australia memang berbaloi. Kalau budget tinggi lagilah berbaloi-baloi. Wallahualam..
 |
Jalan-jalan cari pengalaman.. (Ihsan Google Images) |
# Rating saya:
* People: 7/10
- Agak friendly jugak orang sana. Takde la rasa takut sangat.
* Language: 5/10
- Agak susah nak paham kalau diorang cakap laju. Slang english melampau.
* View: 8/10
- Countryside memang terbaiklah.
* Cleanliness: 7/10
- Bandar agak bersih. Cuma kat lorong-lorong hitam tu biasalah.
* Transport: 7/10
- Jalanraya agak cantik, highway takde tol, public transport on-time.
* Islamic: 5/10
- Susah nak cari makanan halal. Sedap atau tak lain cerita. Solat tepi jalan je.
* Currency: 6/10
- 1AUD = RM3.25. Memang tinggi, tapi ada jugak barang yang murah.
* Shopping: 7/10
- Ada jugak yang murah. Perfume, leather, Corelle, Fisher Price etc...
* Weather: 7/10
- Sejuk buat kurang tension. Cuma kat Melbourne cuaca cepat berubah.
* Repeat: 7/10
- Maybe akan datang lagi, insyaAllah kalau diizinkan olehNya.
* Overall: 7/10
- Best, because of self-drive.