Tuesday 10 March 2020

Masih adakah lagi acara tahunan untuk 2019?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Setiap tahun kawan-kawan pasti bertanyakan mana lokasi travel berikutnya. Dah macam ada takwim tahunan je. Hehe.. Untuk 2019 banyak tempat yang menjadi wishlist untuk saya terjah. Mana tahu mungkin ada rezeki untuk jejakkan kaki di tempat yang tak pernah pergi lagi. Ada banyak destinasi pilihan yang bermain di fikiran saya. Perbincangan bersama wife tentang bajet juga perlu diambil kira. Hihi.. Mana tau kalau boleh bawa satu family. Bagi peluang anak-anak merasa pengalaman berada di bumi Eropah. Apa-apa pun kena tengok tabung travel dulu dan juga harga tiket flight untuk destinasi yang bakal menjadi pilihan. Kalau duit cukup boleh bawa semua, tapi kalau tak cukup maka saya dan wife je lah yang travel cari pengalaman seperti sebelum ni.

Cukup kot duit tabung syiling ni buat beli tiket flight. Hehe..
Kali ni kalau travel berdua kena fikir juga siapa yang nak jaga anak-anak kami. Sebelum ni takde masalah sebab kampung di Kuantan ada ramai anak buah yang boleh melayan dan menjaga diorang ni. Masa trip ke Scandinavia 2018 kami minta opahnya di Ipoh yang jaga. Tapi diorang tak suka duduk sana. Tak banyak entertainment katanya. Huhu.. Tapi kami terpaksa juga kerana waktu tu mak saya di Kuantan sakit. Jadi tak sesuai nak minta tolong kat kakak-kakak saya. Lagipun diorang tak offer langsung nak tolong jaga anak kami. Jangan dipaksa kalau tak sudi. Diorang mungkin terlupa atau tak berapa ingat siapa yang jaga anak-anak mereka masa kecik dulu. Melayu kan mudah lupa. Huhu..

Rumah kampung di Kuantan. Seronok anak-anak bermain sebab luas
Pada tanggal 7 April 2019, mak saya telah menghembuskan nafas yang terakhir setelah hampir 8 bulan terlantar di atas katil kerana strok. Semoga roh arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Arwah abah dah lama meninggal dunia (12 Disember 2004). Perkara yang paling saya risau terjadi selepas kehilangan kedua orang tua nampaknya berlaku jua. Sebagai anak bongsu, lebih baik saya berdiam diri. Maka tiada apa lagi yang ada di Kuantan untuk saya, melainkan singgah menziarahi pusara arwah mak dan abah. Nampaknya hanya mak mertua saya je option yang tinggal untuk jaga anak-anak kami seperti tahun lepas walaupun anak-anak tak berapa suka. Ye lah, di Kuantan rumah kampung luas terbentang. Dekat dengan pantai pulak tu. Kalau di Ipoh rumah flat di tengah bandar, agak terbatas untuk anak-anak bermain.

Pantai Sepat dekat je dengan rumah
Hari Raya Aidilfitri baru berlalu tapi tak seronok dan meriah seperti sebelumnya kerana yang paling disayangi sudah tiada. Huhu.. Kami hanya beraya di Kota Damansara bersama mak mertua yang turun dari Ipoh dan adik ipar saya. Kali ni adik ipar saya dapat cuti raya. Hihi.. Teringat semua masakan arwah mak ketika hari raya yang menjadi all-time favourite saya iaitu lontong dengan sambal tumis udang. Semuanya telah menjadi kenangan. Huhu.. Kami berbincang jika mak mertua saya boleh jaga lagi cucunya andai kata kami berdua travel hujung tahun ni. Kali ni kami minta dia duduk di rumah kami. Anak-anak lagi prefer di rumah sendiri sebab banyak aktiviti yang boleh dibuat berbanding duduk di Ipoh. Ini baru cadangan. Belum tentu lagi akan berlaku. Standby awal je dulu. Mana tau tetiba ada rezeki terpijak kat mana-mana, boleh la semua anak-anak ikut travel sekali. Berdoa banyak-banyak ye. In shaa Allah..

Raya 2019 kami beraya di Kota Damansara je
Dua minggu selepas hari raya, saya mula merangka aktiviti tahunan. Seperti biasa, wife buat bajet kewangan keluarga dan saya survey tiket flight yang murah untuk next trip. Buat masa ni ada 2 destinasi pilihan iaitu antara trip Andalusia 4 Negara (Spain, Andorra, Gibraltar dan Portugal) dan juga trip The Italian Job (Italy, Vatican City, San Marino dan singgah ke Monaco di France). Saya pernah terjumpa tiket flight murah ke Barcelona dan juga Milan tapi masa awal tahun haritu (bawah RM2,000.00/return). Bila tengok sekarang dah takde harga tu. Makin mahal pulak jadinya. Huhu.. Pencarian destinasi diteruskan. Target utama nak ke Eropah. Kalau dalam masa 2 minggu ni tak dapat harga tiket flight yang berpatutan, maka pencarian berikutnya adalah destinasi di Asia dan juga Australia. Moga mendapat kata putus dalam masa yang terdekat.

Wallahu 'alam..

Kenangan bersama arwah mak pada Disember 2016

2 comments:

  1. Kami pernah ikut trip Andalusia Turki 8 bandar Dec 2019 1 family 5 orang dalam 20k. Berbaloi2 pasal cover semua. Anak2 suka rasa macam di Eropah tapi semua makanan halal pasal Turki 10% jea yang bukan muslim. Tuan cubalah lepas Covid ni. Inshallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Turki memang ada dalam wishlist saya. In shaa Allah satu hari nanti bila dah boleh travel saya akan ke sana juga. Boleh la dapatkan tips dari tuan nanti ya. Tq tuan..

      Delete