Monday 23 March 2020

Persiapan diteruskan lagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masih banyak lagi perkara penting yang belum diselesaikan seperti hotel dan sewa kereta. Kedua-duanya perlu booking awal untuk dapatkan harga yang berpatutan. Tapi sebelum tu saya kena siapkan dulu draf perjalanan di sana. Saya kena set berapa hari cadangan untuk sewa kereta dan juga lokasi hotel yang sesuai dengan jarak perjalanan harian. Selalunya saya akan sewa kereta di hari pertama dan simpan beberapa hari terakhir untuk jalan-jalan di area airport, iaitu London. Barulah tak rushing sangat masa nak balik nanti. Budget pun boleh kawal dengan cara ni. Bayangkanlah hari pertama dah jalan-jalan kat London. Silap haribulan banyak duit yang keluar. Huhu.. So better save the best for last. Hehe..

Google Maps menjadi sumber penting saya

# MAPS/GPS

Banyak apps untuk map yang boleh digunakan, tapi saya tetap pilih google maps. Mudah untuk saya faham kedudukan dan keadaan destinasi yang ingin dituju. Pada saya google maps adalah antara apps yang paling bagus google pernah hasilkan. Jadi gunakanlah dengan sebaiknya. Hehe.. Cuma untuk GPS, saya masih setia dengan Here Maps. Setakat ni Here Maps tak menghampakan saya. Semua tempat yang saya tag memang wujud dan berjaya sampai dengan selamatnya walaupun jangkaan masa yang diberi tak tepat sebab ianya offline dan tak boleh nak check live-traffic. Biasalah tu, masa mula-mula set katanya ETA dalam sejam. Bila bawa slow atau jalan jem, ETA akan bertambah. Janji sampai. Hehe.. Smartphone Samsung saya yang dah masuk kategori antik masih digunakan sebagai GPS. Walaupun kena charge selalu sebab bateri dah tak kuat, tapi ianya masih berfungsi dan menjalankan tugas dengan baik dalam trip saya sebelum ni. Harap ia dapat teruskan kecemerlangan untuk trip kali ni. Hehe..

Download dulu mana-mana map yang dperlukan

# ACCOMODATION

Hampir 2 minggu juga saya set draf perjalanan. Dah selesai, barulah saya cari mana-mana hotel yang bersesuaian dengan harga dan juga route perjalanan saya. Apa yang saya suka tentang accomodation di UK adalah kewujudan budget hotel chains yang banyak di merata tempat. Masa 2012 dulu, Travelodge dan Premier Inn menjadi pilihan saya untuk dapatkan harga hotel yang murah. Saya pernah dapat harga GBP19.00/night pada waktu tu. Bila convert tak sampai RM100.00 pun untuk semalam. Tujuan utama hanya untuk bermalam je. Buat apa nak tidur hotel mewah. Tak sempat pun nak guna facilities yang ada. Esok awal pagi lagi dah check-out. Apa yang penting adalah katil untuk tidur dan bilik air untuk mandi. Hihi.. Awal bulan September barulah saya selesai booking hotel. Kali ni kesemua 12 hotel yang saya booking adalah Travelodge. Walaupun tak dapat dah harga macam dulu, tapi ianya masih lagi murah berbanding Premier Inn dan juga hotel budget yang lain. Setiap hotel saya ambil 2 bilik untuk Fa dan Abang Fikri sekali. Kena pastikan betul-betul tu. Nanti kesian pulak ada yang kena bermalam dalam kereta. Hihi..

Tak dapat dah under GBP19.00 seperti dulu. Huhu..
Dulu saya booking melalui website Travelodge dan terus bayar. Di hari kejadian cuma tunjukkan nombor booking je. Tapi kali ni lain sikit. Lepas saya buat bayaran, beberapa hari kemudian saya dapat emel menyatakan bahawa duit saya dikreditkan semula dalam akaun. Untuk kepastian, saya emel kepada Travelodge untuk bertanyakan tentang status booking saya. Pihak Travelodge kata kami kena bayar masa check-in di hari kejadian nanti. Bilik yang saya booking masih tetap ada. Cuma yang membuatkan saya risau adalah nilai convertion rate semasa. Masa saya booking nilai GBP rendah. Mana tau hari kejadian nanti ia naik sampai RM6.00/GBP, tak ke banyak nak kena bayar tu. Huhu.. Adakah ini taktik dari Travelodge kerana mereka tau nilai GBP rendah? Wallahu 'alam. Harap-harap rate masih tak jauh beza di hari kejadian. Apa-apa pun bilik kami dah secure. Itu yang lebih penting buat masa ni.

Harga untuk 2 bilik di kesemua 12 Travelodge yang saya booking

# CAR RENTAL

Ini part yang paling menakutkan dalam persiapan untuk travel. Susah nak cari mana satu company yang bagus untuk sewa kereta tanpa perlu memeningkan kepala. Kalau tengok review semua company dalam website, banyak juga yang bagi komen negatif. Huhu.. Setiap company ada terms and conditions masing-masing. Jangan harap lah nak baca semuanya. Dulu saya sewa melalui Green Motion sebab harga sewa yang ditawarkan amat berbaloi. Walaupun masa hari kejadian ada 2 orang perempuan warga US yang tak puas hati sebab kereta sewanya bercalar dan dikenakan penalti maksimum, tapi saya tetap sewa juga dan gunakannya tanpa sebarang masalah. Kenalah sedia maklum jika berlaku kemalangan atau langgar speedtrap mesti kena bayar penalti. Jadi bawalah dengan berhati-hati. Setakat ni pemandu di UK agak berhemah berbanding di Malaysia. Cuma kena extra alert dengan speedtrap yang merata di jalanraya UK. Huhu..

Antara company sewa kereta yang popular
Ramai pembaca yang bertanya saya tentang cara sewa kereta di UK. Sebenarnya mudah je. Kalau tak kisah dengan kos, pilih je mana-mana pakej yang fully covered siap dengan insurans sekali. Dulu saya gunakan third-party insurance company yang mana lebih murah harganya. Jangan risau, jika tak ambil mana-mana insurans luar, masa hari kejadian nak sewa kereta nanti staff bertugas mesti akan paksa kita ambil insurans dari dia. Dah tentu lagi tinggi harganya. Tapi ada kelebihan juga sebenarnya. Jika ambil insurans dari company sewa kereta, kalau jadi apa-apa senang nak menguruskannya. Tak perlulah nak contact third-party company. Silap haribulan kena bayar dulu dan claim kemudian. Jika yakin takkan berlaku apa-apa kemalangan, tak ambil insurans pun takpe. Mana satu jadi pilihan? Tepuk wallet tanya berapa duit yang ada. Hehe..

Banyak pilihan dan harga yang berbeza-beza
Hati-hati jika pilih kereta melalui search engine. Ada yang scam. Jadi untuk lebih selamat lebih baik search melalui website company itu sendiri walaupun ianya agak mahal. Saya pernah sewa melalui metasearch site kerana lebih murah dan alhamdulillah kereta sewa saya wujud. Ada banyak website yang boleh dipercayai seperti Expedia, Kayak, Momondo dan lain-lain. Sebelum proceed baca dulu review dari pelanggan. Jangan takut bila baca banyak sangat review negatif. Orang putih selalunya cerewet dalam hal-hal macam ni. Dan diorang jugalah yang suka bagi review. Hehe.. Semua rental company ada bad review. Kenalah pandai cari dan fikir mana yang lebih baik. Niat baik in shaa Allah dibalas baik.

Antara review dari pelanggan tentang kereta sewa
Kalau nak dikira berapa banyak good dan bad review sesuatu company tu, rasanya takkan sewa kereta langsung di UK. Saya dah search banyak company untuk lihat harga yang ditawarkan. Akhirnya saya tengok semula company yang saya sewa sebelum ni iaitu Green Motion. Dalam website tripadvisor, ada satu forum khas membincangkan tentang Green Motion. Lagi banyak bad review yang dibincangkan dalam tu. Huhu.. Memang betul pun. Green Motion tiada di Heathrow Airport. Kena bayar tiket Hoppa Bus untuk ke tempatnya yang terletak di Holiday Inn. Harga yang ditawarkan amat murah berbanding company yang lain, tapi kena bersiap sedia jika ada calar walaupun hanya 1cm panjangnya. Huhu..

Antara review mengenai Green Motion
Hampir seminggu saya berfikir untuk pilih company sewa kereta. Walaupun Green Motion banyak bad review, tapi akhirnya saya pilih juga. Selain harganya yang murah, ada satu lagi perkara yang membuatkan saya tak pilih company lain. Green Motion offer 2 items percuma dalam pakejnya dan memang saya perlukan sangat items tersebut. Dulu masa saya bermalam di rumah Fathullah yang terletak di Uxbridge, saya pernah bertanya padanya tentang sewa kereta. Dia pernah kena tahan dengan polis kerana tak guna child car seat. Di UK pemakaian child car seat dan booster seat adalah wajib dan boleh dikenakan penalti maksimum GBP500.00 jika kes dibawa ke mahkamah. Huhu.. Daripada jiwa tak tenang bawa kereta sewa, lebih baik pakai child car seat dan booster seat. Company kereta sewa yang lain kena bayar ikut hari penggunaan. Hanya Green Motion je yang bagi free. Itulah sebab utama yang membuatkan saya terpaksa pilih Green Motion untuk kali keduanya.

Sila patuh undang-undang negara orang ya. Hehe..
Saya berbincang dengan Fa dan Abang Fikri tentang kereta sewa. Pada mulanya saya cadangkan untuk sewa 2 buah kereta memandangkan maksimum seating yang boleh disewa adalah 9-seater dan bila ditambah dengan beg kami satu keluarga mungkin tak muat untuk Fa dan Abang Fikri naik satu kereta dengan kami. Lagipun mudah untuk bajet masing-masing jika bawa kereta berasingan. Kereta kecil untuk mereka berdua dah memadai dan harganya pun murah berbanding kami yang akan bawa 7-seater. Abang Fikri macam tak berminat nak bawa kereta sendiri kerana faktor kesihatan. Susah juga sebenarnya kalau bawa kereta berasingan. Kalau tertinggal nanti jenuh nak menunggu. Huhu.. Seharian berbincang dalam group whatsapp khas, akhirnya kami ambil keputusan untuk guna satu kereta je. In shaa Allah muat untuk kami semua. Kalau tak muat anak-anak kena pegang beg letak kat riba masing-masinglah jawabnya. Hehe..

Cadangan asal untuk ambil 2 kereta. Lebih 2 kali ganda beza harganya
Sebelum saya proceed untuk booking kereta. Saya bertanyakan pada online operator tentang penggunaan credit card dan juga insurance. Kalau boleh saya taknak guna credit card dalam transaction. Bahaya guna credit card selain untuk hal kecemasan. Huhu.. Operator tu jawab debit card boleh digunakan untuk booking dan pembayaran sewa kereta tetapi untuk authorisation semasa pick-up kereta wajib guna credit card atas nama driver. Untuk insurans pula, jika saya pilih pakej Premium Plus, saya akan dapat fully insured dan zero excess. Memang saya nak pilih Premium Plus kerana pakej ini sahaja yang akan dapat 2 free items. Boleh la saya ambil child car seat dan booster seat percuma untuk anak-anak saya. Setelah berpuas hati, barulah saya mula proceed untuk booking 9-seater van yang available dan ikut langkah-langkah seperti yang diarahkan.

Tanya dulu untuk dapatkan pencerahan
Step 1: Buka laman utama Green Motion. Isi particular yang penting
Step 2: Pilih kereta daripada senarai yang diberikan. Saya ambil pakej Premium Plus
Step 3: Saya pilih baby seat dan booster seat percuma dalam optional extras
Step 4: Done booking. Simpan nombor booking baik-baik
Booking confirmation dalam emel
Alamat pick-up dan cara untuk ke sana
Dalam emel ada diberi sekali terms & conditons yang perlu dipatuhi oleh setiap pelanggan. Inilah yang selalunya malas nak dibaca. Bila terjadi apa-apa barulah sedar perkara tersebut telah dinyatakan dalam syarat penyewaan. Banyak masa lagi sebelum travel. Boleh la baca dengan tenang supaya faham kesemua syarat yang diberikan oleh Green Motion. Selesai semua urusan booking melalui online, dengan menggunakan nombor booking yang diberi, saya isi maklumat dalam pre-registration supaya pihak Green Motion dapat buat persiapan untuk menyediakan kereta yang saya sewa pada hari kejadian. Jika dah ada nombor flight boleh la isi terus kat dalam tu.

Masuk link Pre-Registration
Isikan maklumat yang diminta
Done. Tunggu hari kejadian ya..
Kereta yang saya pilih tu mungkin takkan dapat seperti dalam gambar. Saya tak kisah sangat asalkan dapat kereta 9-seater. Manalah tau jadi macam trip Scandinavia, pilih kereta manual yang paling murah tapi hari kejadian dapat kereta automatik yang paling mahal dan yang bestnya harga tetap sama. Alangkah seronoknya jika ianya berulang lagi. Hihi.. Untuk kos sewa kereta dan yang berkaitan seperti tol, diesel dan parking saya akan bahagikan kepada 3 untuk pengiraan. 2 bahagian untuk saya dan 1 bahagian untuk Fa dan Abang Fikri. Semua pihak bersetuju dengan perkongsian bayaran ini. Hehe.. Selesai sudah booking 2 perkara yang paling penting iaitu hotel dan sewa kereta. Jumlah bayaran keseluruhan bagi kereta sewa termasuk tax adalah GBP1,110.57. Dah hampir 50% persediaan yang saya buat. Tinggal lagi beberapa perkara dalam checklist yang perlu diuruskan. Moga dipermudahkan semuanya.

Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Green Motion punya bad reviews amat bnyk, dikatakan cerewet mrk ni. Sy x berani sewa dgn mrk w/pun opis mrk dpn hotel di Paddington. Nmpk gaya Nuar punya experience Ok aje dgn mrk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tuan, memang betul amat teruk review tentang Green Motion. Tapi alhamdulillah dah 2 kali saya sewa tiada masalah. Jika ada rezeki ke sana lagi mungkin beralih arah ke company lain pula :)

      Delete