Sunday 14 April 2024

JJCP UK V2: Post Mortem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah, selesai sudah perjalanan kami sekeluarga mencari pengalaman hidup. Ini adalah pengalaman kedua kami berkelana di bumi England, Scotland dan Wales manakala anak-anak kami pertama kali merasainya dalam hidup mereka. Walaupun dah dua kali saya dan wife ke sini, namun pengalaman berbeza yang kami perolehi sebab kami cuba meneroka ke tempat-tempat lain yang menarik. Tapi ada juga la tempat yang saya repeat seperti Edinburgh, sempadan di Carter Bar dan juga Elland Road, stadium kepada team Leeds United yang saya sokong dulu, kini dan selamanya. Cuma kali ni masih tak dapat lagi nak merasai pengalaman masuk ke dalam stadium tengok team Leeds United bermain. Tu tandanya akan datang lagi ke England. Hihi.. Sebenarnya saya tak tau macamana nak beli tiket game secara online. Nantilah, bila betul-betul dah bersedia nak tengok game, saya akan pastikan dapat tiket melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Banyak lagi tempat yang belum kami explore


# KOS

Kos keseluruhan kami sekeluarga 6 beranak adalah RM21,947.55 di mana RM19,443.85 adalah untuk kos wajib manakala RM2,503.70 adalah untuk makan. Jika dibahagikan kepada 6 orang, kos keseluruhan adalah RM3,657.90/person. Agak berpatutan juga kos untuk seorang walaupun kos anak-anak ditanggung oleh saya dan wife. Hihi.. Antara faktor utama boleh dapatkan kos serendah ini adalah kerana harga tiket flight yang amat murah saya perolehi. Bayangkan tiket flight return ke London boleh dapat bawah RM2,000.00/person. Rasanya sama ada flight tersalah letak harga atau rezeki saya masa survey harga tiket jumpa yang murah. Memang tak masuk akal sebenarnya harga tiket yang saya dapat ni. Itulah yang dikatakan rezeki anak-anak. Alhamdulillah.. Rasanya takkan dapat dah harga tiket semurah ni. Selalunya harga standard return ticket ke London adalah dalam lingkungan RM2,700.00 ke atas. Itupun bergantung kepada tarikh travel. For sure kena transit lah.



Kos keseluruhan ini juga tak berapa tepat sebab saya bahagikan kepada 6 beranak, sedangkan tiket flight untuk anak-anak bawah 12 tahun lagi murah daripada dewasa. Ini cuma anggaran sahaja agar pembaca yang nak travel ke bumi UK boleh buat kiraan bajet masing-masing. Winter season bukanlah waktu terbaik untuk travel dan harga juga tidak sama jika travel masa summer season. Tujuan travel juga kena ambil kira. Jika niat nak shopping maka bajet juga terpaksalah dinaikkan ikut pada kemampuan dan keinginan masing-masing. Nilai currency semasa juga adalah faktor utama dalam bajet. Saban tahun nilai pound sterling makin meninggi. Bila nak turun daa? Huhu..


# KEPUASAN

Minima atau maksima? Sudah tentu maksima!. Pengalaman di bumi UK akan jadi terpaling indah jika dapat sewa kereta dan memandu di countryside yang amat cantik pemandangannya. Pasti akan terkenang sampai bila-bila. Tengah memandu tetiba nampak pemandangan cantik, boleh je berhenti kat tepi jalan dan bergambar. Banyak jalan di UK yang menyediakan tempat berhenti di bahu jalan untuk mengambil gambar. Nama pun jalan-jalan, so tak perlu nak rushing memandu melebihi had laju dan nak sampai cepat macam nak hadiri meeting atau conference. Masa kita yang setting sendiri. Jadi tak perlu rushing. Nikmati pemandangan sepuasnya.

Kalau drive sendiri mestilah singgah seketika tempat macam ni..


# TERKILAN

Hanya satu je perkara yang kami tak dapat iaitu melihat salji turun dari langit. Itu impian anak-anak yang teringin sangat nak bermain dengan salji. Sebenarnya memang sukar nak dapat salji di UK pada awal bulan Disember melainkan jika travel ke kawasan pergunungan. Kami dah ke pekan tertinggi di UK pun masih tak dapat salji. Kalau travel bulan Januari atau Februari in shaa Allah akan dapat tengok salji. Masa di travelodge ada jugalah tompok ais di atas jalan. Itu pun dah buat anak-anak teruja. Sebelum ni dapat tengok kat dalam peti ais je. Kali ni dapat tengok atas jalan. Kagum kot. Hihi.. Takpe, next trip jika ada rezeki ayah akan cuba usahakan untuk kita satu keluarga travel ke negara yang confirm ada salji. Masa tu suka hati korang la nak main sepuasnya. In shaa Allah..

Dapat tengok salji yang nipis atas jalan. Jadi laa untuk trip kali ni..


# LAIN-LAIN

Untuk lain-lain perkara rasanya sama seperti trip saya pada 2012 dulu. Shopping is really great in here. Dapat claim VAT makin bertambah great. Hihi.. Seronok juga bila dapat bawa anak-anak sebab luggage pun jadi banyak. So makin bertambah la bajet untuk shopping. Ada juga barang yang dipesan oleh rakan-rakan. Kiranya dah boleh jadi personal shopper yang tak berapa bertauliah.  In shaa Allah next trip boleh jadi personal shopper lagi dan ambil order lebih banyak. At least dapatlah cover kos trip kami. Shopping dapat, jalan-jalan cari pengalaman pun dapat. Kill two birds with one stone, bak kata orang Bota Kanan.

Car boot boleh, Primark boleh, pinggan mangkuk pun boleh..

Selesai sudah penceritaan saya tentang bumi UK yang telah kami explore untuk kali kedua. Jika rezeki mengizinkan, pasti akan ada kali ketiga dan seterusnya. There's something unique & special about UK. Makanan halal mudah nak dapat, shopping heaven, beautiful scenery dan macam-macam lagi perkara menarik yang tak dapat nak diungkapkan dengan kata-kata. Kena datang sendiri ke sini untuk mengalaminya. Lebih baik travel sendiri dan sewa kereta kerana lagi banyak tempat menarik yang boleh dijejaki mengikut own pace. Cuma satu je yang tak berapa nak best sangat tentang UK. Apa lagi kalau bukan currency dia yang amat tinggi. Huhu.. Kalau la duit kita kukuh dan paling teruk pun dapat convert rendah dari RM5.00 per GBP1.00 dah kira cukup baik. Tapi rasanya macam sukar je. Makin naik adalah. Huhu.. Apa pun kita doakan agar RM kita mengukuh semula. Barulah seronok sikit nak travel ke UK. Terima kasih kepada pembaca yang sudi 'mendengar' cerita travel saya yang biasa-biasa aje tapi diharapkan dapat banyak ilmu yang telah saya kongsikan bersama.


Wallahu 'alam..