Monday 28 March 2016

JJCP Western Europe: Day 04 (Part #4)

TARIKH:
22 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
GAASPERPLAS METRO STATION - MAGERE BRUG - HARD ROCK CAFE AMSTERDAM - I AMSTERDAM SIGN


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah check-in dan letak barang dalam bilik, kami bersiap untuk keluar semula. Tak boleh baring, nanti terlelap terus. Dah selalu jadi macam tu. Huhu.. Tepat jam 8.00 malam kami mulakan perjalanan. Bukak je pintu bilik, angin super sejuk menyambar muka. Huuu, menggigil dibuatnya. Kami jalan kaki hingga ke Gaasperplas Metro Station yang terletak bersebelahan dengan hotel. Mudah sebenarnya bila duduk hotel berdekatan dengan public transport especially train station. Tak perlu risau tentang nak cari parking space.


@ GAASPERPLAS METRO STATION

Sampai je kat metro station, saya terus mencari mesin tiket. Nasib baik boleh bayar dengan duit kertas. Jenuh nak cari duit syiling di waktu malam ni. Hihi.. Saya pilih GVB 1 Hour ticket yang berharga EUR2.90/person. Tiket ni boleh digunakan selama sejam. Lepas sejam kena beli tiket lain pulak. Masa check-in tadi kami sempat tanya staff kat kaunter, apa option lain kalau terlepas train yang terakhir. Dia kata ada nightbus disediakan di bandar ataupun naik teksi. Tapi dah tentu la mahal kan. Naik teksi kat Malaysia lepas jam 12.00 t/malam pun boleh tahan charge dia. Huhu..

Ada pilihan bahasa kat mesin tiket ni..
Nasib baik duit kertas boleh pakai. Hihi..
Tiket GVB1 Uur dah ada di tangan. Jom naik train!.
Masa kami melangkah naik ke platform, train baru je bergerak. Tak sempat nak naik. Terpaksa lah menunggu train berikutnya. Hanya kami berempat je yang ada kat sini. Tak sampai 5 minit train berikutnya sampai dan berhenti di platform. Nampak macam tak bergerak lagi sebab kat signboard bagitau train berikutnya sampai jam 8.20 malam. Ada 10 minit lagi. Gaasperplas adalah station yang pertama untuk train Metro 53. Kami menunggu di luar sambil melayan angin malam. Platform station ni open air, bukan bawah tanah. Kami tunggu sampai la jam 8.20 malam. Masih lagi takde orang lain kat sini yang nak naik train. Akhirnya kami tekan button kat pintu dan masuk ke dalam train. Tak sempat kami duduk train pun terus bergerak. Nasib baik cepat masuk. Kalau tak jenuh nak menunggu train yang lain pulak. Huhu..

Menunggu di platform sambil mencari info Metro Amsterdam
Train bergerak dan berhenti di station berikutnya. Baru lah ada penumpang lain yang naik. Tapi agak risau juga sebab yang naik adalah 5 orang geng remaja kulit gelap. Nampak macam ganas je. Dah la takde orang lain melainkan kami dan diorang je. Saya tak berani nak keluarkan phone atau benda lain yang dirasakan berharga. Takut diorang ada niat buruk terhadap kami. Lagi bertambah risau bila diorang berpecah dan duduk di kiri dan kanan kami. Punyalah banyak seat kosong kat tempat lain, tapi diorang boleh nak duduk kat sebelah kami. Dah tu diorang berborak punyalah kuat. Hati rasa tak sedap. Saya berlakon buat-buat borak dengan wife saya. Kononnya macam takde apa-apa yang nak dirisaukan. Tak boleh jugak tunjuk rasa takut kat diorang. Nanti lagilah diorang rasa senang nak buat benda tak elok kat kami. Expression muka tu penting. Hihi.. Aduhai, jauh pulak perjalanan dalam train ni. Bilalah diorang ni nak turun ye. Huhu..

Train route: Metro 53 from Gaasperplas Station to Waterlooplein Station
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai di Waterlooplein Station. Geng kulit gelap tu dah turun di station sebelumnya. Legaa.. Nasib baik takde perkara yang tak diingini berlaku. Alhamdulillah.. Jam 8.40 malam kami turun di Waterlooplein Station dan keluar ke jalan besar. First time kami merasa melihat pemandangan malam di bandar Amsterdam. Tercapai juga hajat kami untuk menjejakkan kaki di bumi Amsterdam ni. Betul seperti orang kata, pengalaman tak dapat dibeli dengan duit. Bersyukur kepadaNya..

First view of Amsterdam. Atas jambatan di Waterlooplein Station..
Antara perkara yang menarik dan pelik tentang Amsterdam seperti yang diceritakan oleh orang yang pernah ke sini adalah penggunaan ganja yang legal di 'coffee shop' dan 'show dalam cermin' di Red Light District. Katanya rugi kalau tak jalan-jalan di area situ. Huishh, apa yang ruginya. Pada saya sampai kat sini pun dah kira cukup bertuah dah. Hihi.. Kalau trip dengan geng lelaki mungkin la boleh difikirkan untuk melawat tempat macam tu. Tambah pulak ada kawan yang kaki hisap ganja. Huhu.. Setakat ni takde lagi. Kalau ada pun mungkin diorang tak tunjuk depan geng yang tak hisap ganja. Pandai-pandai la cari penyakit masing-masing ye. Yang penting diorang tak memaksa atau pengaruh buat benda-benda macam tu. Huhu..

It's legal in Amsterdam.. Huh, damn!.. (Ihsan Google Images)
Selain tu, Amsterdam juga terkenal dengan canal ataupun sungai yang mengalir di bandar. Maka banyak jugalah jambatan kat sini. Tengok kat google map pun boleh nampak. Yelah, dulu merasa tengok kat google map je. Sambil tengok siap berangan di alam fantasi, kononnya berada kat tempat tu. Hahah.. Sekarang berpeluang untuk berada di alam realiti. Jalan la puas-puas. Hihi.. Dari Waterlooplein Station kami berjalan menyusuri sungai untuk ke jambatan yang bersejarah di sini iaitu Magere Brug atau lebih dikenali dengan nama Skinny Bridge. Mode of transportation yang paling popular kat Amsterdam adalah basikal. Jadi kenalah hati-hati bila berjalan dan melintas jalan. Sakit juga kalau kena langgar dengan basikal. Huhu..

Walking route: From Waterlooplein Station to Magere Brug
Kat Amsterdam memang ramai orang naik basikal
@ MAGERE BRUG

Dalam 10 minit berjalan kaki sambil bergambar, kami sampai di Magere Brug. Ia adalah antara jambatan tertua di Amsterdam walaupun struktur lama terpaksa dirobohkan dan dibuat baru tetapi masih mengekalkan ciri-ciri jambatan zaman dulu. Di tengah jambatan ni boleh diangkat untuk laluan bot dan kapal kecil. Rasanya ada masa-masa tertentu waktu siang jambatan ni akan terangkat. Waktu malam memang tak merasa la nak tengok. Huhu.. Dapat berdiri atas jambatan pun dah cukup baik untuk dijadikan kenangan. Gambar pun tak berapa cantik bila amik time gelap ni. Pernah berlaku tak situasi bila kita amik gambar orang punya la cantik, tapi bila orang amik gambar kita tak seperti yang diharapkan? Haa, memang itu lah yang berlaku. Huhu.. Takpelah, dapat tengok live depan mata lagi indah dari dalam gambar. Itu dah cukup memuaskan hati. No heart feeling. Seriously!. Hehe..

Pemandangan Magere Brug dari jauh
Magere Brug di kesejukan malam. Suka tengok design klasik jambatan ni..
Selesai bergambar di Magere Brug, jam 9.15 malam kami berjalan kaki menyusuri sungai dan lorong di sini. Saya mencari juga kat mana letaknya festival of lights atau night market yang berlangsung sepanjang musim Krismas. Mungkin kat area lain kot? Tempat kami ni nampak macam bandar lama je. Sunyi dan sepi. Cuma restoran dan bar je yang nampak happening. Layan ajelah suasana malam yang sejuk di bandar Amsterdam ni. Kami lalu kat satu jalan yang penuh dengan restoran Indonesia. Famous betul Indonesian food kat sini. Bila teringat sejarah barulah faham. Indonesia dulu dijajah oleh dutch, sebab tu ramai orang Indonesia yang kawin dengan dutch kot. Warisan jajahan dibawa ke sini. Wallahualam. Tak pasti pulak restoran ni halal atau tak. Tak nampak pun tanda halal kat depan restoran. Huhu..

Melayan lampu jalan dan orang naik basikal. Hihi..
Antara restoran Indonesia yang ada kat sini
Lorong yang penuh dengan basikal
Agak jauh juga kami berjalan. Cuaca yang sejuk membuatkan kaki tak terasa letih untuk melangkah. Boleh bertahan juga saya. Padahal masa drive nak sampai hotel tadi bukan main mengantuk terasa. Huhu.. Rugi kalau duduk lama dalam bilik hotel tak buat apa-apa. Baik gi jalan-jalan. Walaupun suasana gelap, sekurangnya dapat juga pengalaman. Harap Fa dan husband tak letih la ikut trip kami ni. My wife memang tak pernah letih bila berjalan kat luar negara ni. Suka sepanjang masa. Tapi dalam kereta tewas jugak. Awal betul dia terkorban. Hihi.. Lebih setengah jam jugak kami berjalan. Akhirnya kami sampai di depan bangunan yang popular di Amsterdam iaitu Rijksmuseum. Kami berehat sebentar kat tepi sungai di situ.

Walking route: From Magere Brug to Jetty
Pintu masuk Rijksmuseum. Sebenarnya takde pintu pun. Hihi..
Rijksmuseum. One of the favourite tourist spot in Amsterdam
Berehat sekejap selepas lebih setengah jam berjalan kaki
@ HARD ROCK CAFE AMSTERDAM

Dari jeti kelihatan Hard Rock Cafe Amsterdam di hujung sungai. Memang situ pun tempat yang nak kami pergi. Tak sabar nak masuk ke HRC yang ke-20 dalam list travel kami. Lebih kurang 5 minit berjalan kaki, tepat jam 10.00 malam kami sampai di depan HRC Amsterdam. Agak happening kawasan di sini sebab ada casino dan banyak restoran yang masih bukak. Sebelum masuk, kami bergambar dulu kat luar. Hard Rock Cafe Amsterdam adalah antara HRC yang paling popular di dunia kerana majoriti tourist yang pertama kali datang ke Eropah mesti pilih Netherlands sebagai destinasi utama negara yang akan dilawati. Kalau saya gi jalan kat KL, bila selisih dengan orang yang pakai t-shirt HRC mesti saya tengok nama bandar. Banyak kali juga saya nampak tulisan Amsterdam.

Walking route: From Jetty to Hard Rock Cafe Amsterdam
Cantik betul penggunaan cahaya kat bangunan di sini..
Sampai sudah di Hard Rock Cafe Amsterdam. Rock on!..
Kami masuk ke dalam Rock Shop. Staff di sini amat ramah dan melayan kami dengan baik. Ada 3 orang gadis dari Malaysia tengah pilih baju. Tengok muka macam bukan adik beradik. Wife saya senyum tapi dia buat tak tau je. Haduii, ini lah masalah orang Malaysia bila jumpa kat luar negara. Eksyen benor rupanya. Bukannya nak mintak add facebook pun. Hahah. Takpelah, apa-apa pun kami dah sedekah senyuman. Rupanya diorang tengah bergaduh sesama sendiri. Yang tua tengah menegur yang muda. Patut la lain macam expression muka yang muda tu. Bukan nak campur, tapi rasa macam tak best nak belek-belek t-shirt bila ada gangguan drama. Huhu.. Daripada design yang ada, nampaknya semuanya saya dah ada. Takde design yang lain. Terpaksa la pilih mana yang berkenan. Warna oren (oranje) adalah warna yang popular di Netherlands kerana ianya adalah warna rasmi royal dutch family. Setiap kali ada perayaan besar, semua rakyatnya akan pakai baju warna oren. Bukan setakat baju je, topi, belon dan lain-lain pun warna oren jugak. Obses betul diorang dengan warne oren ye. Padahal bendera diorang takde pun warna oren. Huhu..

Semua design dah ada. Warna orangje tu nampak meriah sikit..
Tulis alamat e-mel untuk kumpul HRC point.
Rock will never die!.. Yeaahh.. Sempoi la staff ni.
Selesai urusan di Rock Shop, kami keluar dan menunggu Fa yang belum habis memilih lagi. Ada kawan-kawan dia yang pesan t-shirt la tu. Takpe, take ur time. Lepas ni takde nak rushing untuk ke mana-mana. Ingatkan tunggu kat luar boleh la layan feel udara sejuk. Rupanya kes 3 gadis tadi tak abis lagi. Di bawak sampai ke luar pulak. Huhu.. Si tua dah mula naik suara kat si muda. Nasib baik la orang tak berapa ramai yang lalu kat situ. Buat malu negara je tengking kawan sendiri. Rasa tak tenteram, kami masuk semula ke dalam ikut pintu restoran. Sambil menunggu urusan Fa dan husband selesai, kami bergambar kat sofa di ruang masuk restoran.

Baik releks dulu kat sofa daripada tengok drama kat luar. Huhu..
Tengah sedap berehat kat sofa, rupanya Fa dan husband mencari kami kat luar. Diorang ingat kami tinggalkan diorang. Hihi.. Takkan la kami nak buat camtu. Kami bagi masa untuk slot berdua-duaan. Hehe.. Jam 10.40 malam kami berjalan kaki ke Rijksmuseum. Bukan nak masuk muzium, tapi nak jalan-jalan kat padang di luar. Ada sign 'I Amsterdam' yang besar kat situ. Kawan saya kata sign tu ada kat Schiphol Airport. Tapi sebenarnya kat Rijksmuseum pun ada. Tak perlu nak ke airport semata-mata nak bergambar kat sign tu. Lain la kalau memang naik flight kat situ. Hihi..

@ I AMSTERDAM SIGN

Walking route: From HRC Amsterdam to I Amsterdam Sign
Tak sampai 10 minit berjalan kaki kami sampai di kawasan padang di depan Rijksmuseum. Kalau waktu siang tempat ni menjadi hotspots untuk locals berehat dan beriadah. Waktu malam memang takde orang la nak lepak. Terdapat gerai dan skating ring di tengah padang tapi dah tutup. Mungkin kat sini adalah day market untuk Krismas kot. Sign Amsterdam betu-betul menghadap bangunan Rijksmuseum yang cantik tu. Kalau datang waktu siang mesti lagi cantik, tapi confirm penuh dengan orang ramai. Huhu.. Kelihatan beberapa tourist sedang bergambar kat sign tu. Macam-macam gaya yang dibuat kat setiap huruf sign yang besar tu. Hihi..

I am sterdam sign yang besar kat sini
Kat kerusi batu pun ada tulisan I am sterdam
Puas hati dapat bergambar kat sign ni. Tiada gangguan orang ramai. Hehe..
Jam 11.00 malam kami berjalan ke tram station yang berdekatan. Bila check tram route, rupanya tram yang lalu kat situ tak bersambung dengan metro station. Sebenarnya boleh je naik dan turun tram banyak kali untuk sampai ke metro station. Tapi disebabkan dah nak dekat tengah malam, kami mencari tram yang terus sampai ke metro station. Kami berjalan semula ke arah jeti tadi. Kat situ ada satu tram station. Nasib kami baik apabila tram yang lalu kat Spiegelgracht Station ni sampai terus ke Weesperplein Metro Station. Kat tram station takde mesin untuk beli tiket. Sampai je tram no. 7, saya bertanya pada driver untuk beli tiket. Dia suruh semua masuk dulu sebab taknak train delay. Bila train gerak, barulah dia bagi saya 4 tiket GVB 1 Hour.

Walking route: From I Amsterdam Sign to Spiegelgracht Tram Station
Train route: Tram 7 from Spiegelgracht Station to Weesperplein Station
Melayan tram yang bergerak perlahan
Perjalanan di dalam tram cuma mengambil masa 5 minit je untuk sampai ke Weesperplein Station. Sampai je kami terus turun ke metro station. Agak lama jugak menunggu train sampai. Harap masih beroperasi lagi sebab jam dah pukul 11.30 malam. Lagipun masih ada penumpang lain yang menunggu. Kalau takde jenuh jugak nak mencari night bus untuk balik ke hotel. Dah la tak study pasal night bus sebelum datang ke sini. Huhu.. Jam 11.35 malam, train no. 53 pun sampai. Kami masuk dan mencari tempat duduk. Sambil tu tengok-tengok juga orang lain yang ada dalam train. Takut ada geng kulit hitam lagi sekali. Memang la diorang tak kacau kami. Tapi apa-apa pun boleh terjadi kalau dalam train tinggal kami dengan diorang je. Huhu.. Keselamatan kena jaga..

Train route: Metro 53 from Weesperplein Station to Gaasperplas Station
Basikal pun boleh bawak masuk train
Boleh la cek kalau terlepas station ke. Hihi
Skrin untuk inform station berikutnya dan connecting train
Makin nak sampai makin sikit penumpang
Jam 11.50 malam kami sampai di Gaasperplas Station. Dengan pantas kami keluar dari station sebab takde orang lain. Hihi.. Sampai di hotel, kami ke reception counter untuk bertanyakan tentang cerek. Staff yang jaga masa kami check-in tadi dah takde. Yang ada cuma pak guard yang menjaga hotel. Nasib baik tau cakap english sikit-sikit. Dia kata kalau nak cerek mungkin esok boleh dapat sebab stor dah tutup dan staff yang jaga stor dah balik. Dia pulak tak pegang kunci stor. Takpelah, kami pinjam je kat Fa esok pagi. Kami balik ke bilik hotel. Tak sampai 10 minit, pak guard tadi datang dan bawak cerek. Dia kata cerek tu untuk kegunaan guard yang bekerja shif malam. Saya pegang cerek tu, masih panas lagi. Mesti dia baru guna buat air kopi untuk stay up malam ni. Hihi. Dia siap kata tak perlu nak hantar balik, tinggalkan je dalam bilik bila check-out esok. Baik betul pak guard ni. Tq!..

Tengah malam di luar hotel. Sejuk sangat nih. Huhu..
Kami bersihkan diri dan mengemas beg untuk dibawa keluar esok pagi. Saya mula baring dulu sebab letih sangat. Wife saya yang tolong kemaskan beg. Saya ni bila dah letih sangat jadi susah nak tidur. Kena paksa jugak mata untuk tidur sebab esok lagi jauh perjalanan. Tengah melayan suasana senyap dalam bilik, tetiba terdengar bunyi ada orang makan sesuatu. Rupanya wife saya tengah makan coklat senyap-senyap kat sudut bilik. Tak ajak pun. Hahah.. Memang dia pantang tengok coklat dan dia pun tau yang saya tak berapa gemar makan coklat. Tapi cara dan gaya dia makan senyap-senyap disebalik beg tu yang buat saya tak tahan nak gelak. Dia ingat saya dah tidur. Hehe.. Memang sedap betul la Belgian Choc ni. Sampaikan bunyi coklat tu hancur dalam mulut pun boleh dengar. Rangup!.. Hihi.. Bila dah kantoi tu baru nak offer. Takpelah, nak sambung paksa mata ni tidur. Dah pukul 1.00 pagi. Hari ni cukup padat dengan aktiviti. Harap esok diri ni cukup bertenaga untuk mencari pengalaman hidup yang baru. Wallahualam..

Day 04 estimated driving mileage: 211km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - GVB 1 HOUR TICKET: RM54.50
  - JUMLAH                   : RM54.50

**DAY 04 COMPULSORY EXPENSES: RM467.20

*KOS MAKAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -

**DAY 04 MEALS EXPENSES: RM54.05

Tuesday 15 March 2016

JJCP Western Europe: Day 04 (Part #3)

TARIKH:
22 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
BAARLE-HERTOG/BAARLE-NASSAU - CAMPANILE HOTEL AMSTERDAM ZUIDOOST


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 2.50 petang kami tinggalkan P+R Crainhem. Cuaca agak mendung di sepanjang perjalanan. Destinasi seterusnya yang kami nak singgah adalah sempadan antara Belgium dan Netherlands yang terletak di Baarle-Hertog/Baarle-Nassau. Seperti yang saya dah ceritakan dalam post sebelum ni, saya suka sangat mencari sempadan antara dua negara. Dalam banyak-banyak laluan sempadan, tempat yang kami nak pergi ni antara yang paling pelik sekali di dunia. Yang dikatakan pelik adalah bagaimana sempadan di sini dibuat. Jika view dalam google map dan zoom tempat ni, kita akan dapat tengok banyak sempadan di antara Belgium dan Netherlands. Bayangkan ada 10 rumah teres, tiga rumah pertama dalam Belgium, 4 rumah berikutnya dalam Netherlands and 3 rumah berikutnya dalam Belgium balik. Serius pelik tapi benar!.. Huhu.. Ada jugak sempadan yang terletak di tengah kedai, so dalam kedai tu berkongsi dua negara. Hehe..

Ni dia sempadan Belgium-Netherlands dalam google map. Pelik kan?
Kuning Belgium, putih Netherlands. Pening.. (Ihsan Google Images)
Ikut sedap dia je letak garis sempadan kat sini.. Hihi.. (Ihsan Google Images)
Tengok dalam internet yang membuatkan saya teringin nak ke tempat ni. Sebab tu la kena sampai sebelum hari gelap. Ada dalam sejam setengah untuk sampai ke sana. Speed limit pun kena jaga jugak. Huhu.. Ikut pada GPS, kami akan lalu pinggir bandar Antwerp dan Turnhout. Harap jalan tak jem la hendaknya. Tak boleh bergantung sangat pada estimated time arrival kat GPS. Bila bawak slow, makin naik ETA dia. Huhu..

Driving route: From P+R Crainhem to Baarle Hertog/Baarle-Nassau
Kami menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Wife saya gunakan kamera DSLR untuk ambil gambar dalam kereta. Setting auto je. Tak pandai nak set aperture bagai kat kamera tu. Pilih mode sport, amik la berapa banyak shot pun. Nanti baru pilih yang mana sesuai. Hehe.. Nasib baik highway kat Belgium ni free. Baru rasa tenang sikit memandu. Jalanraya pun amat lancar sehingga lah sampai di pinggir bandar Antwerp.

Ikut jalan highway lagi cepat... dan free.. Hehe
Jalan clear, tapi kena ikut speed limit juga ye.
Serius benor memandunya.. Fokus tu.. Fokus.. Hahah..
Di pinggir bandar Antwerp saya tak dapat nak pandu laju sebab ikut speed limit di bandar iaitu 50km/h. Lalu kawasan sekolah lagi slow, 30 km/h. Takut juga bila nampak banyak signboard amaran had laju. Bawak laju kang tak pasal-pasal ada kamera amik gambar kereta kami. Traffic light yang banyak membuatkan perjalanan jadi perlahan. Jam dah pukul 3.15 petang. Ada lebih kurang sejam je lagi cuaca cerah. Huhu.. First time saya tengok rumah flat kat Brussels. Dari luar nampak bersih dan cantik. Kalau apartment atau kondominium tak tau pulak camna tahap kebersihannya ye.

Di area Schom, pinggir bandar Antwerp. Kampus University of Antwerpen terletak di sini..
Rumah flat di sini. Student U duduk sini kot?..
Jam 3.35 petang kami berjaya lepasi jalan pinggir bandar Antwerp. Kami masuk semula jalan highway menuju ke Turnhout. Speed limit di motorway adalah 120 km/h. Tapi jika ada roadwork atau accident di depan, akan ada signboard speed limit yang baru. Kalau highway PLUS tu selamba je bawak laju walaupun halaju kebangsaan 110 km/h. Bawak superbike lagi la laju. Huhu.. Sebab tu la banyak accident kat Malaysia. Apa yang saya perhatikan, kat sini semua kereta standard, amat susah nak tengok kereta yang modified gila-gila. Sportrim pun standard. Rasanya sebab tu la kurang accident kot. Kadang-kadang orang yang modified kereta ni dia tak tahu sebenarnya banyak lagi benda nak kena tukar. Tukar sportrim besar tapi suspension tak tukar. Pastu naik ramai-ramai. Terlebih laju sikit terus takleh control. Bunyi ekzos pun kemain kuat. Pada saya nak cantikkan kereta takde masalah. Bila bawak laju dan langgar orang lain tu yang jadi masalahnya. Maka berhati-hatilah di jalanraya. Ingat orang yang tersayang. Huhu..

Speed limit semasa 100km/h. Makin lambat la nak sampai. Huhu..
Kereta dah mula banyak di highway. Hadui..
Jalan dah clear balik. Legaa.. 120km/h all the way..
Jam 4.00 petang kami sampai di Turnhout. Terpaksa ikut speed limit bandar lagi. Tapi nasib baik tak banyak traffic light dan jalan pun agak clear. Bila nampak stesen miyak Shell baru saya perasan yang kami belum isi minyak lagi dari start sewa hari tu. Boleh tahan save jugak kereta diesel ni. Ada tinggal lagi suku diesel kat indicator. Sempat sampai destinasi dulu baru isi minyak, insyaAllah. Harga minyak kat sini berbeza ikut tempat. Ada dua stesen bersebelahan pun lain harga minyak dia. Harga diesel di Belgium agak murah berbanding di France. Kat sini boleh dapat bawah EUR1/litre..

Dah sampai di Turnhout. Cuaca masih cerah lagi..
Cuba tengok harga diesel kat sini. Jangan convert ye. Huhu..
Baarle-Hertog lagi 13km. Yezzaa..
Keluar dari bandar Turnhout, ada lagi 13 km untuk sampai ke destinasi. Jam dah pukul 4.10 petang. Cuaca senja dan mula nak gelap. Sikit lagi nak sampai ni. Masuk pulak jalan kampung, 60km/h la jawabnya. Huhu.. Jam 4.20 petang kami nampak signboard sempadan Baarle-Hertog/Baarle-Nassau. Kelihatan juga signboard speed limit di Netherlands, lebih 10km/h halaju di motorway berbanding Belgium. Kami melalui pekan Baarle-Hertog/Baarle-Nassau yang tak berapa besar mana. Nampak macam pekan koboi je. Tapi pemandangan tetap menarik walaupun dah masuk waktu senja.

Jalan kampung sebelum sampai ke destinasi. Cantik betul design rumah diorang ni.
Signboard speed limit di Netherlands. Motorway 130km/h
Signboard yang sama dalam google. Sampai juga akhirnya..
Pekan kecil Baarle-Hertog/Baarle-Nassau di waktu senja
@ BAARLE-HERTOG/BAARLE-NASSAU

Saya mencari kawasan parking kereta yang telah saya set dalam GPS. Nasib kami agak baik lagi. Sama macam pagi tadi, ada tinggal satu je parking space yang kosong. Lega.. Takut juga kalau tak jumpa parking kosong sampai cuaca gelap. Huhu.. Dah waktu senja ni rasanya parking free kot. Harap takde kertas kompaun kat wiper kereta masa balik nanti. Hihi..

Lokasi parking dan border line di Baarle-Hertog/Baarle Nassau
Ada banyak border line kat kawasan ni. Tapi disebabkan cuaca makin gelap, jadi kami cuma dapat pergi kat satu tempat je. Kalau masih siang lagi best jugak dapat cari 2-3 border line especially yang kat pintu rumah orang dan kedai tu. Huhu.. Takpelah, yang penting dah merasa sampai sini. Tak ramai orang yang dah sampai sini. Walaupun tempat ni tak popular mana, tapi pada saya ianya ada keunikan yang tersendiri. Sempadan yang paling pelik di dunia. Tak jumpa kat tempat lain. Mungkin saya sendiri pelik orangnya sebab nak pergi tempat macam ni. Tak kisah la, yang penting tempat ni menjanjikan pengalaman yang baru dalam hidup saya.

Dah bersedia dengan selfie stick untuk ke lokasi kejadian. Hehe..
Kami berjalan hingga ke tempat border line tu yang terletak di sebelah bus stop. Ada 4 orang yang sedang menunggu bas atau teksi kat situ. Yang duduk dalam restoran pun ramai juga. Diorang pandang kami semacam je. Mungkin diorang rasa pelik, tempat macam ni pun nak bergambar bagai. Huhu.. Saya pun rasa segan juga. Tapi ini la peluang nak bergambar. Pedulikan je la orang nak tengok pun. Muka pun Asia, jawa lagi. Dah tentu kami ni pelancong. Hehe..

Kiri Belgium, kanan Netherlands
I kat Belgium, U kat Netherlands. Hehe..
Bila fikirkan tentang sempadan yang pelik ni, camna agaknya diorang nak kawal ye? Kalau ada kes kat Belgium, lari masuk Netherlands dah tak kena tangkap. Hehe.. Mungkin kedua-dua negara ada buat perjanjian khas kot? Wallahualam. Lagi satu bila cuti umum. Rumah dalam Belgium cuti, tapi rumah sebelah tak cuti sebab dalam Netherlands. Hihi.. Paling best bila ada game bolasepak Belgium lawan Netherlands. Kedai yang ada sempadan kat tengah-tengah tu boleh la asingkan penyokong bola ikut negara masing-masing. Hehe.. Sempadan yang pelik membuatkan benda lain pun jadi pelik. Walaupun pelik tapi ianya benar-benar wujud!..

The borders and surroundings. Cuaca dah makin gelap..
Alhamdulillah, dapat jugak kami sampai dan bergambar di sini sebelum gelap. Kami berjalan semula ke kereta sambil bergambar kat kawasan sekitar. Walaupun tempat ni tak besar, tapi banyak juga kedai-kedai dan supermarket di sini. Kira tak payah la nak pergi ke bandar terdekat untuk beli barang. Cuma kat sini kurang happening je la. Tempat yang sesuai untuk orang tua bersara dan berehat. Bagus untuk retirement planning bak kata wife saya. Hidup dengan penuh ketenangan dalam menjalani saki baki kehidupan. Hihi..

Dalam deretan kedai tetiba ada sebuah rumah. Cantik pulak tu..
Dataran di kawasan parking kereta
Melompat girang sebagai tanda suka di sini. Hehe..
Bukan setakat sempadan, pokok pun pelik kat sini. Hahah..
Tepat jam 5.00 petang setelah hari sudah gelap, kami teruskan perjalanan ke Amsterdam. Minyak kereta dah tinggal sikit. Kami mencari stesen minyak terdekat. 10 minit memandu akhirnya kami berhenti di Esso Meijsberg. First time nak isi minyak ni. Dah tentu kena isi dulu baru bayar. Kat Malaysia je special sikit, kena bayar dulu baru isi minyak. Masa nak isi tu saya cek nozzle betul-betul, takut tersilap angkat petrol. Maklumlah, dah biasa isi petrol kat kereta. Huhu.. Harga minyak di Netherlands agak mahal berbanding Belgium. Ruginya tak isi masa lalu kat Shell petang tadi. Nak buat camna, kena lah isi jugak.

Driving route: From Baarle-Hertog/Baarle-Nassau to Esso Meijsberg
First time isi minyak dalam trip ni.
Rajinnya abang Fikri tolong lap cermin. Hihi..
EUR1.099/litre. Kat Shell Belgium tadi EUR0.983/litre
Setakat ni semua negara yang saya sewa kereta kena isi minyak dulu baru bayar. Kenapa Malaysia tak buat macam ni? Paham-paham je lah ye. Lepas isi terus hilang dari pandangan. Huhu.. Untuk pengisian kali pertama ni saya isi bagi full. Nak dijadikan cerita, sensor pada nozzle tak berfungsi pulak. Selalunya kan nozzle tu stop sendiri bila minyak hampir penuh dalam tank. Habis diesel melimpah keluar. Nasib baik cepat release nozzle tu. Kalau tak memang banjir diesel la kat stesen minyak ni. Huhu.. Saya ke kaunter di dalam kedai dan bayar EUR48.50.

Driving route: From Esso Meijsberg to Hotel Campanile Amsterdam Zuidoost
Kami teruskan perjalanan di waktu malam. Di Netherlands highway takde tol. Hehe.. Jalan pun cantik, cuma sampai di pinggir bandar Utrecht keadaan agak sesak sikit. Mungkin waktu orang balik kerja kot. Layankan aje. Masa ni saya terfikir, kalau lah sekarang ni time summer mesti cuaca masih cerah lagi. Sempat la nak jalan-jalan ke Rotterdam ataupun tengok bunga tulip kat Keukenhof. Tapi musim winter mana ada bunga tulip. Huhu.. Bayangkan la kalau trip saya musim summer, dah tentu banyak tempat boleh explore. Tapi disebabkan saya prefer cuaca sejuk dan barang yang murah, winter trip is my choice. Biarlah tak dapat explore banyak tempat, yang penting dapat jejak kaki di sini buat tanda kenangan dalam hidup. Teringat satu travel quotes yang membuatkan saya bersemangat untuk travel..

A very inspirational travel quotes.. (Ihsan Google Images)
Makin lama memandu, makin ramai yang tewas. Tinggal la saya sorang je yang berjaga. Sebab tu air kopi dalam thermos menjadi peneman saya. Badan penat dan cuaca sejuk adalah kombinasi yang paling sesuai untuk terlelap. Hihi.. Takpe lah, lagipun cuaca gelap kat luar. Takde apa pun yang nak dilihat. Bagi diorang rehat dan kumpul tenaga dulu, sebab cerita hari ni tak habis lagi. Hihi..

@ CAMPANILE HOTEL AMSTERDAM ZUIDOOST

Pandangan depan Campanile Hotel Amsterdam Zuidoost
Jam 7.10 malam kami sampai di Campanile Hotel Amsterdam Zuidoost. Saya pilih hotel ni sebab ianya bersebelahan dengan Gaasperplas Metro Station. Senang nak bergerak ke bandar Amsterdam. Kereta boleh parking kat hotel je. Hehe.. Tengok pada permukaan jalan, rasanya hujan baru turun kat sini. Patutlah sejuk yang amat!.. Bukak pintu kereta terus menggigil. Huhu.. Kami masuk ke dalam lobi untuk check-in. Disebabkan masih awal lagi, maka ada staff yang melayan kami di kaunter. Staff tu tanya kami dari mana. Rupanya dia dah banyak kali datang ke Malaysia. KL, Melaka, Langkawi semuanya dia sebut. Dia suka travel ke Malaysia. Sebenarnya ramai pelancong suka datang ke Malaysia. Kembang hidung kejap bila dia cakap camtu. Hihi.. Bangga tu memang la, tapi hotel tax EUR4.00/room kena bayar ye. Huhu..


Hotel Campanile Amsterdam Zuidoost location
Yang tu Gaasperplas Metro Station. Sebelah hotel je..
Selesai urusan check-in, kami diberi kunci bilik. Kami mintak bilik di tingkat bawah. Nasib baik masih ada lagi bilik kosong di tingkat bawah, tapi di bahagian belakang. Jadilah, daripada nak mengangkut beg naik tangga. Huhu.. Design hotel Campanile sama seperti semalam, tapi kat sini besar sikit, ada 4 level berbanding cuma 2 level di Brussels. Bilik agak luas dan amat selesa. Sesuailah dengan rate dia EUR39.55/night (tak campur tax lagi ye. Huhu..) Cerek takde, tapi kopi dan gula ada. Mesti lupa nak letak ni. Cek dengan Fa, bilik dia ada cerek. Boleh pinjam kejap esok pagi. Nak buat maggi dengan air kopi je pun untuk breakfast. Hehe..

Rate hotel dalam USD. Bila convert jadi EUR39.55
Yang ni pulak room tax EUR4.00/room. Ni yang tak gemar ni. Huhu..
View bilik kami. Campanile Hotel terbaik!..
Kami bersihkan diri dan bersiap-siap untuk keluar semula. Cerita hari ni tak habis lagi. Malam ni jugak nak explore Amsterdam. Kalau pergi esok pagi, memang tak sempat la nak kejar itinerary yang dah dirancang untuk esok hari. Dapat layan night scenery kat Amsterdam pun dah cukup. Yang penting masa yang limited tu digunakan sebaiknya. Moga selamat la perjalanan kami mencari pengalaman waktu malam di bandar Amsterdam. Wallahualam..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - DIESEL                    : RM114.00
  - CAMPANILE HOTEL : RM204.70
  - JUMLAH                  : RM318.70

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - TIADA -