Monday 31 December 2012

JJCP Singapore: Day 01

Tarikh:
21 Disember 2011
Lokasi kejadian:
Kuantan - Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selepas semua persiapan dah siap, dengan passport dan segala kelengkapan, petang 20 Disember 2011 saya sekeluarga bertolak balik ke Kuantan. Takde apa yang menarik pun jalan dari KL ke Kuantan. Mungkin sebab dah selalu saya balik ke kampung. Macam dulu time ikut jalan lama agak seronok sikit tengok pemandangan. Tapi sejak dah ada highway ni jalan makin lurus, kiri kanan nampak hutan je. Cuma yang best cepat sikit sampai Kuantan. Dalam 3 jam dah ada kat bandar Kuantan.


(A) Rumah saya - (B) Rumah mak = 256 km

Sampai kat rumah mak jam 10 malam. Sempat makan malam dan berborak dengan mak tentang trip ke Singapore. Jam 11.30 malam semua dah masuk tidur sebab esok kalau boleh nak bertolak awal pagi. Selalunya kalau cakap nak bertolak jam 7 pagi mesti akhirnya jam 9 pagi baru bertolak. Standard tu. Hehe. So, kalau nak bertolak jam 9 pagi kena sebut kata nak bertolak 7 pagi. InsyaAllah jam 9 pagi jugak bertolak.

Esoknya memang betul tepat jam 9 pagi kami mula meninggalkan Kuantan. Perjalanan melalui jalan pantai timur, jalan yang juga saya dah biasa sebab selalu balik kampung sedara mara di Johor. Alhamdulillah tahun ni tak banjir. Kalau tak jalan ke Mersing mesti dah tutup. Kami melalui Pekan, Kuala Rompin, Endau, Mersing dan masuk ikut jalan Kota Tinggi terus ke Johor Bahru. Ada jugak berhenti kejap untuk isi minyak dan ke tandas. Tak laju pun saya bawak sebab muatan agak berat. Tak dapat nak bayangkan bila balik dari Singapore nanti. Macamanalah nak sumbat barang-barang shopping dalam kereta.


(A) Rumah mak - (B) Hotel New York = 307 km

Sampai di Johor Bahru jam 2.30 petang. Sempat singgah makan dan terus check-in hotel New York kat JB. Kak As sekeluarga bertolak dari KL dan dia bermalam kat Hotel Mutiara. Malam baru sampai JB katanya sebab singgah di Melaka kejap. Check-in kat hotel jam 4 petang. Agak besar jugak hotel ni, tengah bandar JB. Dapat 2 bilik untuk 3 malam. Bilik besar dan selesa, ada 2 katil queen size. Satu bilik untuk saya sekeluarga dan satu lagi untuk mak dan Aisyah. Ada swimming pool dalam bangunan tapi kecik je. Sesuai la untuk anak-anak saya lepaskan gian.

Hotel New York (Ihsan Google Images)
Malam tu saya hanya tapau makanan kat gerai depan hotel. Makan dalam bilik sebab mak nak berehat dalam bilik hotel. Lepas makan dalam jam 10.30 malam saya sekeluarga dah mula tidur untuk hadapi hari esok. Esok pagi bas datang jam 8 pagi ambik kat lobi hotel. Tak boleh lambat-lambat, kang kena tinggal. Kena breakfast awal pagi sok. Macamana la rupanya Singapore ni ye. Harap-harap Singapore tak mengecewakan saya. Wallahualam..


*Kos wajib untuk 1 family:
  - Petrol    : RM100.00
  - Tol         : RM24.60
  - Meals    : RM85.00
  - Jumlah : RM209.60

# Day 01 Expenses: RM209.60

**Website yang membantu:

East-Coast Highway

New York Hotel

JJCP Singapore: Persiapan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuti akhir tahun 2011 tinggal sikit je sebab saya kena bertugas jadi Ketua Pengawas SPM. Dari 16 November 2011 sampai la cukup sebulan kena bertugas. Jadi yang tinggal hanya 2 minggu je untuk pergi bercuti. Sebelum tu wife saya ada mengajak pergi ke Singapore. Bawak anak-anak pergi Universal Studios katanya. Saya yang kene bekerja time cuti ni malas nak study cari info pasal Singapore. Wife kata tak perlu nak google apa-apa pun sebab guna pakej Rakyat Travel. Guna staff rate cuma bayar RM175/person untuk hotel 2 hari 1 malam kat Johor Bahru, transport keluar-masuk Singapore dan 1-day entrance ticket ke Universal Studios. Ok jugak tu. Maka bermulalah saya berdua merancangkan kerja dan mengerjakan rancangan.

Saya call mak saya kat Kuantan kalau dia nak ikut sekali sebab mak pernah bagitau dia teringin nak ke Singapore. Mak pun setuju nak ikut. Dia nak bawak Aisyah sekali, anak kakak saya. Ok, takde masalah. Hari takde paper SPM saya balik Kuantan dan tolong buatkan mak passport. Passport Aisyah mak dia settlekan. Mak dah mula berkira-kira berapa nak tukar duit Singapore Dollar. Check kat internet currency rate 1SD = RM2.45. Saya pun tak tau berapa banyak nak tukar. Lagipun saya tak berapa fancy sangat tentang Singapore ni. Shopping heaven? Entahlah. Maybe barang kat sana lebih kurang kot harganya dengan kat Malaysia. Tapi bila google Arab Street, Orchard Road dan Mustafa Centre nampak macam menarik je. Hehe.. Hal tukar duit saya serahkan kat wife saya.

Time to jalan-jalan cari pengalaman kat Singapore. (Ihsan Google Images)
Wife saya ajak sekali bos dia, Kak As kalau dia berminat. Kak As sekeluarga ok je, takde masalah. Nampak macam meriah trip kali ni sebab ramai ahli. Saya sekeluarga dah 4 orang. Tambah mak saya dan Aisyah lagi 2 orang. Tambah Kak As sekeluarga lagi 3 orang. Semuanya 9 orang. Best lah. Mulalah saya buat persiapan apa yang patut. My 2nd trip to oversea! Walaupun tak boleh nak dipanggil oversea, cuma overstrait je sebab lintas Selat Tebrau, tak kiralah. Asal keluar dari Malaysia dan guna passport dah kira pergi oversea la tu. Teringat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah, Awie baru balik dari oversea padahal Singapore je. Hehe.


Singapore.. Takde lah besar sangat. Tapi maju katanya..

Pakej Rakyat Travel telah selamat dibeli. Dapat tarikh ke Universal Studios pada 22 Disember 2011. Rasa tak best pulak kalau pergi Singapore setakat nak ke Universal Studios je. Teringin jugak nak berjalan kat bandar Singapore, nak tengok berapa jauh singa tu keluarkan air dari mulut. Hehe. Wife saya cadangkan tambah lagi 2 malam kat hotel. Hari pertama ke Universal Studios, hari kedua ke bandar Singapore jalan-jalan cari pengalaman. Baru puas sikit. Saya setuju je. Cuma transport kena cari lain sebab saya malas nak bawak kereta masuk Singapore. Mesti jem teruk kat imigresen. Orang Malaysia ramai yang kerja ulang-alik ke Singapore. Terus cari khidmat transport dengan driver sekali yang boleh amik dari hotel, bawak jalan-jalan tempat menarik kat Singapore dan hantar balik kat hotel. Akhirnya dapat satu dengan harga RM700 untuk satu hari. Tak mahal untuk 9 penumpang. Ok, terus book tanpa banyak soal.

Mercu tanda Singapore yang paling famous (Ihsan Google Images)
Bila semua persiapan dah settle, maka yang tinggal hanya menunggu hal SPM berakhir. Alhamdulillah, saya telah menjalankan tugas negara sebagai Ketua Pengawas SPM dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Satu pengalaman baru untuk karier saya. Psstt.. nak bagitau, saya ni masih DG41 tapi dah kena jadi ketua pengawas. Rasanya ramai lagi yang berkelayakan dan 'berkaliber' (sangat suka perkataan ni) untuk pegang jawatan ketua pengawas. Tapi tak pernahnya naik nama... Nape ye? Politik la tu.. Malas nak pikir. Faham-faham sendiri je lah. Tupai tetap akan jatuh ke tanah. Tunggu dan lihat. Yang penting saya dah nak pergi bercuti untuk release tension. Wallahualam..

*Kos wajib untuk satu family:
  - Rakyat Travel : RM700.00
  - Hotel               : RM300.00
  - Driver              : RM350.00
  - Jumlah            : RM1350.00

**Website yang membantu:

Singapore

Rakyat Travel

Universal Studios Singapore

Sunday 30 December 2012

Travel sendiri atau dengan kengkawan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bila cerita tentang travel ni, mana yang lebih best? Single @ couple @ family @ friends @ travel agent? Mesti ada yang positif dan negatifnya. Mari kita tengok satu persatu.

Single
Ada jenis orang yang suka travel seorang diri. Lebih adventure katanya. Lagi senang nak buat keputusan, takde orang yang boleh halang. Selalunya orang yang suka pergi sorang diri ni jenis yang suka tentang fotografi. Jalan sikit, ambik gambar banyak. Tak kisahlah berapa lama dia nak stay kat satu tempat ikut suka dia. Rancang masa perjalanan dan lokasi sendiri. Kenalah jenis yang suka bergaul, baru boleh dapat kawan baru kat luar negara. Kalau jenis tak friendly susah sikit. Bila ada kecemasan nanti susah nak mintak tolong. Tapi kalau terlebih friendly pun bahaya jugak, senang-senang je kena tipu.

Lone ranger. (Ihsan Google Images)
Couple
Kalau couple Islam yang bukan muhrim memang tak patutlah pergi bersama. Sememangnya ada berlaku pun. Kata kat wife ada urusan kerja tapi rupanya senyap-senyap bawak 'assistant'. Pengaruh cerita melayu kat tv la ni. Hehe. Nak buat kat Malaysia, nanti Jabatan Agama Islam datang melawat, baru menggelabah nak menyorok bawah tilam. Heheh.. Kalau kat luar negara takde sapa nak ganggu. Cuma kena jawab kat akhirat je lah. Bagi yang dah berkahwin, kira honeymoon la tu. Memang best. Saya sendiri tak berkesempatan nak honeymoon ke luar negara lepas kahwin sebab time tu ekonomi merudum. Dah ada anak baru nak merasa. Bila berdua ada lah tempat nak berborak. Boleh bincang nak ke mana. Sorang tak paham, maybe sorang lagi paham. Bolehlah sama-sama membantu.

Romantik gitu (Ihsan Google Images)
Family
Untuk yang dah ada anak, kalau anak dah besar panjang takde masalah. Boleh kawal diri masing-masing. Kalau anak kecil, agak payah sikit sebab nak uruskan makan minum dan pakaian. Jenis yang hyper kena perhatian lebih, takut tetiba gila shopping sampai lupa anak kat mana. Kalau plan untuk travel kat satu tempat dalam 3-4 hari memang ok lah. Tapi kalau jenis travel banyak tempat yang jauh dan nak kejar masa memang kurang sesuai. Contohnya trip saya ke Australia memang jauh perjalanan. Jalan kaki punyalah jauh, makan tak tentu masa, tidur pun dalam kereta je. Kalau bawak anak-anak kecik memang tak boleh nak adventure macam tu. Tapi kalau trip santai atau sewa caravan/motorhome memang takde masalah sebab ada katil dan tandas. Senang nak uruskan hal-hal emergency.

Family is everything. (Ihsan Google Images)
Friends
Saya memang teringin nak buat trip ke luar negara dengan family dan kawan-kawan yang sekepala. Jenis yang interestnya sama. Mesti best. Dapat dalam 10 orang kengkawan pun dah cukup meriah. Cuma janganlah ada kawan yang banyak songeh pulak, nanti terus jadi tak best. Sebelum nak pergi trip tu kenalah duduk berbincang tempat-tempat yang dah dipersetujui bersama untuk dilawati. Barulah adil dan saksama. Takut sorang tu suka pergi tempat A tapi yang lagi sembilan tak suka. Terus tarik muka masam. Tension kalau jadi macam tu. Tapi kalau semua jenis tak kisah janji puas hati barulah trip jadi bermakna. InsyaAllah satu hari nanti mesti saya dapat buat trip dengan kawan-kawan. Cadangan dah diusulkan. Harap-harap menjadi kenyataan.

Dapat yang sekepala memang syok (Ihsan Google Images)
Travel Agent
Antara kebaikan guna travel agent ni kita boleh dapat kawan baru. Kebetulan kawan baru tu memang sekepala. Nanti boleh la arrange pergi trip lain bersama. Cuma kadang-kadang ada jugak yang tak ambik kisah pun. Kalau dah pergi dengan group dia, buat apa nak kisah dengan group lain. Ada jugak yang macam tu. Tapi tak semuanya macam tu. Ikut nasib la dapat group yang ok atau tak. Ada kawan saya pernah ikut trip melalui travel agent. Dia berdua je suami isteri. Cuba berborak dengan group yang lain tapi ada yang buat tak layan je. Last-last dia ikut hal masing-masing je. Janji seronok dapat bercuti. Harap-harap kalau saya join trip dengan travel agent dapatlah geng-geng yang peramah belaka. Wallahualam..

Group yang friendly buat trip jadi lagi best (Ihsan Google Images)

JJCP Australia: Post Mortem

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingatkan post mortem ni untuk kes bedah mayat je. Kalau kat sekolah selalunya bila keluar result exam baru keluar ayat post mortem nih. Rupanya pergi trip pun ada post mortem ye. Hehe.. Bukan apa, cuma nak buat kesimpulan keseluruhan trip dan perkara yang boleh diperbaiki untuk trip akan datang supaya lebih baik, lancar dan bermakna. Value for money.

#1. Kos
First thing yang perlu dikira adalah kos yang wajib digunakan masa trip. Nama pun trip budget. Selama 8 hari saya berdua ke Australia total expenses yang wajib untuk 2 orang setelah ditambah pada keseluruhan perjalanan adalah sebanyak RM3978.50. Agak budget la jugak. Kos boleh dikurangkan kalau dapat tiket flight lagi murah dan kadar sewa kereta yang lebih murah. Advantage yang paling besar adalah kerana abang saya ada kat sana. Memang boleh potong kos untuk tempat tinggal dan makan. Memang itu la yang paling utama kalau nak bercuti kat luar negara. Kalau takde sesiapa kat sana memang makin tinggi budget untuk ke sana. Kos ni tak termasuk shopping. Yelah kan, shopping ni adalah keinginan, bukan keperluan. So, ianya bergantung pada individu masing-masing. Yang kaki shopping confirm kos sampai 5 angka pun takde masalah punya.

Ke luar negara memang pakai banyak duit (Ihsan Google Images)
#2. Kepuasan
Sejujurnya saya amat berpuas hati dapat explore macam-macam sepanjang berada kat Australia nih. Self drive adalah punca utama kepuasan saya. Sekali pergi dapat terus ke Melbourne, Canberra dan Sydney. Memang puas hati sungguh. Pada saya yang buat boleh atau tak ke luar negara ni adalah kerana harga tiket flight. Kalau tiket murah sure ramai yang dah ke luar negara. Sebab harga tiket ni adalah separuh dari harga keseluruhan trip. Sebab tu lah bila dapat beli tiket flight memang ronda habis-habisan. Sekali pergi dapat jejak 3 bandar besar. Tu yang puas hati tu. Penat tu memangla penat, tapi kepuasan yang penting.

Tiket flight - kenapala engkau mahal sangat? (Ihsan Google Images)
#3. Terkilan
Ada jugak yang saya terkilan masa ke Australia. Yang pertama, tak dapat nak tengok dan pegang kangaroo, wallabies, koala, penguin dan tasmanian devil. Dah la binatang ni takde kat Malaysia. Memang terasa rugi tak masuk zoo kat sana. Harga nak masuk zoo memang mahal, tapi rasa macam menyesal jugak. Cuma dapat tengok sekor kangaroo yang mati kat tepi highway. Huhu. Yang kedua, t-shirt Hard Rock. Dah ada kat luar cafe dah, kenapalah tak beli selai. Tu la, nak budget punya pasal la ni. Yang ketiga, tak dapat nak ke Philip Island. Kat situ ada penguin dan motoGP track. Memang tak cukup masa pun. Dapat sehari kat Melbourne pun tak cukup puas.

Sekor pun tak dapat tengok live. (Ihsan Google Images)
# Memandu
Bab memandu kat Australia ni cuma kena lebih berhati-hati. Takut jadi apa-apa nanti lagi banyak kos yang keluar. Lagipun takde siapa yang boleh nak call mintak bantuan. Cuma kalau nak dibandingkan jalanraya kat Malaysia dengan kat Australia, rasanya lagi berani kat Australia. Kalau berani memandu kat Malaysia, maka takde masalah memandu kat Australia. Cuma had laju kena patuh sebab speedtrap sentiasa ada di sepanjang jalan. Enforcement diorang lebih ganas. Kamera speedtrap merata. Sebab tu la sepanjang saya di sana satu accident pun tak pernah nampak. Alhamdulillah.

Kena jaga-jaga dengan alat ini (Ihsan Google Images)
#Mentaliti
Satu perkara lagi yang saya nampak masa kat sana adalah tentang driving mentality orang Australia. Kat sana pedestrian memang macam raja. Laju macamana pun kereta bila nampak orang awam nak melintas mesti berhenti bagi laluan walaupun takde zebra crossing. Yang paling terkejutnya bila kat traffic light, motor pun ikut beratur sekali dalam lane kereta. Takde pun nak menyelit sampai ke depan. Jarang nampak kereta bertukar lane last minute kat hujung simpang. Kalau nak ke kanan, awal-awal lagi dah masuk lane kanan. Lagi satu, kedai aksesori macam 'kedai abang' (Brothers) memang lingkup la kalau bukak kat sana sebab kereta kat sana takde pun yang make-up lebih-lebih. Standard semuanya. Takde pun nak tambah skirting atau convert dari proton jadi mitsubishi atau kancil jadi mira. Maybe sebab harga kereta kat sana jauh lebih murah dari harga maintenance kereta. Sebab tu orang sana 2-3 tahun sekali tukar kereta. So, buang masa je nak make-up nih. Kalau nak power, terus beli Ferrari je. Hehe..

Susah nampak kereta yang modified macam ni (Ihsan Google Images)
#Toilet
Cerita tentang tandas pulak, hmmm.. Kalau dah biasa guna tandas ada paip air, bila berada kat sana kena la prepare awal-awal. Bawaklah botol air ke atau apa-apa alternatif lain yang ada sebelum masuk tandas. Kalau yang jenis takde masalah guna tisu tu takpelah. Takut tak selesa je guna cara tu. Huhu. Tandas kat sana memang kering dan bersih. Kalau kat Malaysia siap banjir lantai sampai tak jadi nak 'membuang'. Hmm.. Jagalah tandas awam dengan baik ye..

Opps! Ada toilet roll aje ye. (Ihsan Google Images)
#Racists
Dikatakan orang Australia ni racist sikit. Saya pun agak takut jugak masa nak kesana sebab wife saya bertudung. Dah tu saya berdua je sepanjang trip. Kalau by group ramai-ramai takpe lagi. Takde la takut sangat. Tapi alhamdulillah, sepanjang kat sana takde pun kes kena kutuk ke, kena ugut ke atau orang pandang slack ke. Siap berborak lagi adalah. Maybe saya tak lalu kat tempat-tempat yang orangnya racist kot. Kalau kat Melbourne takde masalah sebab ramai nampak orang Islam. Cuma kat Sydney kurang sikit tapi tourist dari Asia tetap ramai.

Calm down bro.. (Ihsan Google Images)
#Overall
Ini adalah first trip saya ke luar negara. Ambik peluang abang ada di sana. Trip ke Indonesia yang ramai orang Malaysia pergi pun saya belum pernah jejak lagi. Currency yang tinggi memang tak boleh nak dielakkan. Tapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dapat melawat Australia. Habis beribu dalam masa 8 hari memanglah agak pening kalau difikirkan. Tapi pengalaman hidup yang tak dapat nak diberi oleh sesiapa pun, itu yang penting pada saya. Kalau difikirkan ke luar negara ni buang duit, dalam negara pun boleh habis jugak duit kalau shopping tak ingat dunia. Ikutlah pada pendapat masing-masing. Apa-apa pun trip saya ke Australia memang berbaloi. Kalau budget tinggi lagilah berbaloi-baloi. Wallahualam..

Jalan-jalan cari pengalaman.. (Ihsan Google Images)
# Rating saya:
* People: 7/10 
   - Agak friendly jugak orang sana. Takde la rasa takut sangat.
* Language: 5/10
   - Agak susah nak paham kalau diorang cakap laju. Slang english melampau.
* View: 8/10
   - Countryside memang terbaiklah.
* Cleanliness: 7/10
   - Bandar agak bersih. Cuma kat lorong-lorong hitam tu biasalah.
* Transport: 7/10
   - Jalanraya agak cantik, highway takde tol, public transport on-time.
* Islamic: 5/10
   - Susah nak cari makanan halal. Sedap atau tak lain cerita. Solat tepi jalan je.
* Currency: 6/10
   - 1AUD = RM3.25. Memang tinggi, tapi ada jugak barang yang murah.
* Shopping: 7/10
   - Ada jugak yang murah. Perfume, leather, Corelle, Fisher Price etc...
* Weather: 7/10
   - Sejuk buat kurang tension. Cuma kat Melbourne cuaca cepat berubah.
* Repeat: 7/10
   - Maybe akan datang lagi, insyaAllah kalau diizinkan olehNya.
* Overall: 7/10
   - Best, because of self-drive.

 

JJCP Australia: Day 08

Tarikh:
30 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Tullamarine Airport - LCCT - KL Sentral - Wangsa Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seawal jam 4 pagi saya berdua dah bangun. Bersiap-siap untuk bertolak ke Tullamarine Airport. Abang Din sekeluarga masih tidur. Semalam dia dah bagitau just tutup pintu je. Maybe kat sini crime rate rendah kot. Lagipun memang rumah kat sini takde grill pun macam kat Malaysia. Saya berdua dengan senyap keluar rumah dan tutup pintu. Cuaca teramatlah sejuknya sebab semalaman hujan turun. Set kat Tomtom terus ke parking Tullamarine Airport.

Jam 4.30 pagi saya berdua mula meninggalkan rumah abang Din. Perjalanan dari rumah abang Din ke airport takdelah jauh sangat. Dalam 20 km je. Sempat sampai jam 5 pagi kat sana. Jalan pun tak jem lagi pagi-pagi buta ni. Saya bawak pun perlahan je sebab nak feel buat kali terakhir drive Holden Barina ni. Tak tau bila la lagi saya berpeluang nak bawak kereta kat negara orang. Pengalaman yang tak dapat saya lupakan.

Driving route: From Rumah Abang Din to Melbourne Airport

Tepat jam 5 pagi saya sampai kat parking lot untuk kereta sewa Thrifty. Terus keluarkan semua barang dan bersihkan sikit interior kereta. Takut nanti kena additional charge ke, mana tau. Saya berdua terus ke office Thrifty untuk hantar kunci kereta dan Tomtom. Officer Thrifty tu just ambik kunci dan Tomtom pastu ucap thank you and hope to see you again. Aik? Macam tu je? Tak check pun kereta. Masa ambik pun dia tak check, masa return pun sama. Pelik pulak rasanya. Kalau la kereta tu calar ke, cermin pecah ke camna? Maybe kat parking tu ada sensor kot. Auto check keadaan kereta. Hehe. Takpelah, yang penting memang kereta tu saya pulangkan sama seperti saya ambik, cuma kotor je la. Apa-apa pun thanks to Thrifty sebab bagi peluang saya berdua menyewa kereta yang takde problem dan meronda negara Australia yang cantik ni.

Tengok barang yang nak dibawak balik. Siap pack dalam kotak lagi.

Dari office Thrifty saya berdua berjalan terus ke departure hall yang terletak kat seberang jalan. Sempat jugak saya berdua bergambar kat patung batu tepi jalan. Sampai kat dalam departure hall jam 5.30 pagi. Flight jam 10.35 pagi. Ada lagi 5 jam nak melepak kat airport. Dalam masa tu dari tak ramai orang makin lama makin ramai. Saya berdua duduk je la kat situ. Wife saya siap berborak dengan uncle mat salleh dari Perth. Dia sampai tengah malam tadi. Tunggu transit nak ke Perth jam 11.30 pagi. Lagi lama dia kat sini rupanya. Dah naik bosan katanya. Hehe.

Sempat lagi bergambar walaupun cuaca sejuk giler pagi-pagi nih.

Tq Australia for the beautiful memories.

Bawah bangunan Park Royal tu office Thrifty.

Menunggu masa nak check-in.

Terasa dahaga, saya ke McCafe beli kopi secawan berharga 2.40AUD. Trip ke Australia ni sekali pun saya berdua tak beli kopi kat Starbucks walaupun saya berdua ni memang kaki layan Starbucks. Entah kenapa tak beli pun tak tau. Tapi kat airport tak jumpa pulak Starbucks. Takpe, McCafe pun ok. Nak Starbucks tunggu kat LCCT nanti. Jam 9.00 pagi kat departure screen dah tertulis flight Air Asia ke Kuala Lumpur jam 10.35 pagi. Saya berdua terus check in awal-awal sementara tak ramai orang. Time scan tu kena tahan sebab kepala tali pinggang besi. Kena bukak dan lalu lagi sekali. Masa pergi aritu tak kena pulak. Camna la sistem scanner ni ye. Ada macam-macam jenis kot. Yang lain takde masalah. Lepas seksa imigresen.

Lepas check in tu dapat lah saya berdua meronda kat dalam duty-free zone. Tengok ramai orang Asia beli Macbook Pro. Bila check harga memang murah giler. Saiz 13 inci tu murah 40% dari kat Malaysia. Patutlah ramai yang beratur beli. Bila check harga iPad lebih kurang sama je dengan kat Malaysia. Saya tak minat sangat laptop nih. Laptop yang ada kat rumah tu rasanya dah setahun tak usik. Entah boleh pakai lagi ke tak. Pakai pun untuk ajar subjek Biologi kat sekolah. Itu pun kadang-kadang je sebab nota dah masuk siap-siap dalam pc makmal. Kepada kaki Apple brand memang confirm beli.

Seperti yang dijangka, flight delay. Hangin je semua passenger. Memang dah agak Air Asia suka wat camtu. Tak tau kenapa. Flight lain yang sama masa semua dah masuk, tinggal Air Asia je yang masih menunggu. Nasib baik lah tak lama waktu delay tu. Jam 11.15 pagi baru semua passenger dibenarkan naik flight. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan saya cuma menunggu waktu makanan dihidangkan dan tidur balik. Tak sabar nak jumpa anak-anak. Rindu anak-anak dan nasi lemak! Hehe..

Flight route: From Melbourne Airport to KLIA2

Jam kat tangan pun dah set balik waktu Malaysia. Mendarat di LCCT jam 5 petang. Kat imigresen Malaysia langsung tak check pun. Terus keluar dari LCCT, beli tiket shuttle bus dan ERL ke KL Sentral. Sampai di KL Sentral jam 8 malam. Tahan teksi, bayar lebih RM25 sebab terlebih muatan terus ke Wangsa Maju. Di Wangsa Maju mak dengan kak Faiz sekeluarga dah ada dengan anak-anak. So tak payah la saya balik ke Kuantan ambik anak-anak. Tq kak Faiz dan mak sebab datang ke KL. Jam 9 malam saya berdua dah sampai di rumah. Berborak dengan mak dan kak Faiz sebab diorang nak balik malam tu jugak. Sempat wife saya pack kan barang souvenir untuk dibawa balik.

Alhamdulillah, trip ke Australia berjaya akhirnya tanpa masalah. Memang sedih tak dapat nak bawak anak-anak tapi apakan daya. InsyaAllah umur panjang dan ada rezeki akan dibawa juga semuanya. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Coffee            : RM7.80
  - KLIA Transit : RM25.00
  - Teksi              : RM25.00
  - Jumlah          : RM57.80

# Day 08 Expenses: RM57.80

My Pictures Video
 

Saturday 29 December 2012

JJCP Australia: Day 07

Tarikh:
29 Oktober 2011
Lokasi kejadian:
Melbourne

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.30 pagi saya berdua dah bangun. Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku sepanjang masa tidur. Perjalanan diteruskan, mencari tempat nak bersihkan diri dan bersiap. Dalam setengah jam perjalanan saya berdua berhenti di Wallan Service Area (southbound). Ada BHP Petrol, KFC, Subway dan McDonalds. Dapatlah guna toilet untuk bersiap apa yang patut. Beli kopi dan hash brown @ 3.80AUD sebagai breakfast saya berdua. Cuaca dah makin cerah. Lori dan treler besar pun dah mula banyak di highway. Kat sini lori dan treler semua besar-besar belaka. Kalau dia memotong kat highway memang bergegar kereta. Laju jugak diorang bawak. Tapi yang hebatnya sepanjang saya memandu kat sini tak pernah nampak accident lagi. Alhamdulillah.

Driving route: From Tallarook Service Area to Wallan Service Area

Saiz treler camni memang standard. Ada yang lagi besar dan panjang.

Dapat breakfast hash brown dan kopi pun jadilaa..

Alas perut sebelum ke Melbourne.

Tepat jam 6.45 pagi saya berdua meneruskan perjalanan ke Melbourne. Dalam perjalanan tengok awan mula gelap macam nak hujan lebat. Harap-harap kalau hujan tu sekejap la hendaknya. Tapi kalau lama pun takpe, redahkan aje. Memang tinggal sehari je nak ronda Melbourne ni. Peluang jangan dilepaskan. Saya mencari train station di luar Melbourne dalam Tomtom. Memang taknak bawak kereta sampai ke bandar. Nanti masuk ke tempat jem susah pulak. Lebih baik naik train je. Check train station yang dekat dengan rumah kawan abang Lan, abang Din. Nanti bila dah lewat dari Melbourne senang sikit terus ke rumah dia. Browse dalam Tomtom last-last jumpa train station Reservoir. Terus set jalan ke sana.

Driving route: From Wallan Service Area to Reservoir

Cuaca gelap menanti di Melbourne.

Sampai di Reservoir Train Station jam 7.15 pagi. Cari parking yang paling dekat dengan station. Terus ke kaunter beli tiket. Malangnya takde kaunter untuk bertanya. Kena beli kat ticket machine je. Dah la tak tau camna nak beli. Takut salah beli nanti banyak lak nak kene bayar. Ingat nak amik tiket daily pass return. Terpaksa la tanya orang kat situ. Yang ada hanya 3 orang student India. Terus tanya camna nak beli. Rupanya dia pun baru sebulan kat sini. Dia pakai monthly pass. Last-last saya mintak wife saya gamble je la beli tiket. Punya la banyak jenis tiket ngan button kat mesin tu. Belasahkan aje, janji dapat naik train. Hehe. Check train map kat dinding rupanya Reservoir ni last train station dalam Zone 1. Kira save la, just beli untuk Zone 1 je. Maka lepas buat pilihan, tekan button, keluarlah tiket Metcard daily full fare Zone 1 yang bernilai 7AUD/person.

Inilah tiketnya. Tak pasti yang ni paling murah atau tak.

Jam 7.30 pagi train sampai. Terus naik. Ramai jugak orang dalam train dari Zone 2. Check kat train map saya berdua kena turun kat Melbourne Central Station. 40 minit perjalanan akhirnya sampai kat Melbourne Central Station. First destination nak ke Queen Victoria Market. Patutnya tadi kena turun kat Flagstaff Station tapi saje je nak berjalan jauh sikit. Dapatlah tengok bandar Melbourne lama sikit. Tapi bila turun je train saya berdua dah tak tau camna nak berjalan ke Victoria Market. Tanya guard kat situ, dia pun bagilah route nak ke sana. Tanpa map ditangan saya berdua pun ikut je la route yang guard tu bagi. Cuaca teramatlah sejuknya. Dari pagi tadi mendung tapi belum hujan lagi.

South Morang Line dari Reservoir

Train route: From Reservoir to Melbourne Central

Lintas jalan, susur kedai tak sampai-sampai jugak. Sempat jumpa restoran halal yang belum bukak lagi. Kejap lagi boleh gi makan kat sini. Kebetulan ada 3 orang tourist ni, rasanya dari europe, leh tanya camna nak ke Victoria Market. Kitorang pun tengah cari jalan ni. Huhu. Last-last kami berlima pun jalan sekali cari Victoria Market. Rupanya dekat je dari restoran halal tadi. Cuma signboard market tu kecik sangat. Tak perasan. Jam 8.30 pagi saya berdua dah masuk Queen Victoria Market, jalan-jalan cari pengalaman kat dalam tu. Hujan mula turun tapi renyai-renyai je. Bertambahlah sejuknya.

Jap lagi dah bukak kita makan kat sini ye.

Kat luar Queen Victoria Market. Banyak pintu masuk ke sini.

Kat dalam Queen Victoria Market ni banyak section. Ada dalam bangunan, ada yang kat bahagian luar berbumbung. Yang kat dalam bangunan banyak kedai makan dan cafe. Yang kat luar ada section buah-buahan, barang basah, barang kulit dan souvenir. Saya berdua lebihkan masa kat section barang souvenir je. Section lain cuma cuci mata je. Yang menariknya ramai orang beli anak ayam warna kuning yang nampak comel giler. Beli untuk jadi haiwan peliharaan kot. Hehe. Kat section buah-buahan memang terliur tengok buah yang fresh dan besar saiznya. Tapi saya tak beli pun. Bawak balik Malaysia confirm dah tak fresh.

Banyak jugak barang souvenir yang saya beli. Jumpa ramai orang Malaysia kat sini. Ada satu gerai tu siap ucap "Selamat Pagi orang Malaysia" kat saya berdua. Owner dia Cina Malaysia kot. Cuma tak beli pun barang kat dia sebab agak mahal banding dengan gerai lain. Ada gerai owner Indon ni murah sikit. Gerai lain bagi barang 3 for 10AUD, tapi dia ni bagi 5 for 10AUD untuk barang yang sama. Ok la kot. Takut ada gerai lain yang bagi 10 for 10AUD tu tak pasti pulak. Wallahualam.

Ala-ala uptown gitu. Nak beli souvenir memang sesuai.

Antara kedai yang nak di shopping beli souvenir. Ownernya orang indon.

Memang banyak barang souvenir. Orang Asia pun belambak kat sini.

Tokey kedai tolong amik gambar sebab banyak beli kat kedai dia.

Yang paling menarik saya tengok kat sana adalah barang kulit. Harga jaket kulit memang murah. Cuma saya tak berminat nak pakai kat Malaysia. Buat tambah panas je. Kalau ada motor besar memang confirm saya sambar sehelai dua. Just tengok je la. Lebih baik beli barang souvenir untuk bagi kat keluarga, sedara mara dan kawan-kawan. Harap-harap yang dapat tu appreciate la ye ole-ole dari Australia. Antara hasil penuh beg galas saya berdua adalah t-shirt dan barang souvenir yang kecik-kecik je. Cukuplah kenangan dari Australia dibawa balik ke Malaysia. Yang penting pengalaman menjejaki dan merasai culture negara luar.

Beg galas dua-dua dah penuh. Siap guna beg sandang yang baru dibeli. Hari masih awal, banyak lagi tempat nak berjalan kat Melbourne ni. Sebelum plan nak kemana-mana, saya berdua singgah kat restoran halal tadi untuk isi perut yang cuma ada kopi dan hash brown yang dimakan pagi tadi. Jam pun dah nak pukul 1 petang. Memang masa untuk makan. Cari balik jalan masuk ke market tadi. Kalau keluar jalan lain takut sesat pulak. Jalan yang kosong masa pagi tadi dah dipenuhi dengan orang ramai. Ada gerai bunga segar, ada jugak orang buat show main alat muzik. Ada restoran atas tram yang bergerak, memang nampak cool. Tapi confirm non-halal. Kalau halal pun harganya tak mampu milik. Hehe.

Pandangan luar Victoria Market. Tak ingat ada berapa banyak section.

Pemuzik jalanan. Pagi tadi clear, sekarang sudah ramai orang.

Deretan kedai di luar Victoria Market.

Fresh plants and flowers.

Bangunan khas jual dairy products je.

Kat sini semua pakai superbike je.. Superb!!

Yang mampu memang harley-heaven. Yang tak mampu jadi harley-hell.

Tepat jam 1 petang saya berdua dah berada kat dalam Ibrahims Reddys Kitchen. Menu masakan timur tengah. Saya order nasi beriani, mee goreng mamak dengan dua teh tarik. Harga? Hmm.. 45AUD semuanya. Mak aihh, mahalnya. Nak buat camna. Sebenarnya banyak lagi restoran halal kat Melbourne ni. Tapi malas nak cari yang lain, lagipun ni je restoran yang memang ada dalam route saya berdua. Layan je la. Komen tentang makanan... fail. Seriously! Tak sedap langsung. Tapi sebab nak isi perut maka saya berdua pun makan je la. Nak jalan jauh lagi lepas ni. Portion makanan memang besar. Mungkin sebab orang kat sini semuanya besar-besar belaka. Saya makan separuh je. Ingat nak tapau, nanti tengah jalan boleh makan balik. Rupanya kalau nak tapau kene bayar lagi 2AUD. Kos bekas polisterine kot. Gila la.. Tak jadi tapau, saya usaha jugak makan sampai habis. Tak baik membazir.. Huhu..

Depan restoran halal. Hmm..

Menanti makanan sampai.

Lepas dah makan baru tau nape tak ramai orang pun makan kat sini.

Jam 1.40 petang saya berdua keluar dari restoran. Next destination ke Flinders Street. Tak pasti apa yang menarik kat sana cuma railway station dia memang famous dalam internet. Kalau google internet pasal Melbourne mesti ada gambar Flinders Street. Lagipun saya memang teringin nak tengok Rod Laver Arena. Satu-satunya venue tournament tennis yang saya tak pernah miss tengok kat Astro. Memang time tu takde tournament pun. Dapat tengok depan mata pun cukuplah. Kalau ada tournament pun harga tiket masuk sure tinggi punya. Berjalan ke Flinders Street sambil ambik gambar. Singgah 7-Eleven beli slurpee yang berharga 2AUD. Tak cukup teh tarik kat restoran tadi. Yang jaga kaunter 7-Eleven tu muka tensen je. Maybe kena kerja overtime kot. Hehe.. Saya call no abang Din yang abang Lan bagi. Guna public phone je. Kuat betul dia makan duit syiling. Cakap kejap je dah kena 3AUD. Takpe, yang penting abang Din tau yang saya nak singgah dirumahnya malam ni.

Kalau letih berjalan boleh naik ni. Tapi letih nak keluar duit la pulak..

Ada banyak tempat duduk kat sepanjang jalan.

Nak sewa basikal pun boleh. Tapi tak tau camna nak tekan kat mesin tu.

Antara shopping complex yang berlambak sepanjang perjalanan.

Sempat lagi tengok iklan kat tram tu. Yeah, We love Salvos Stores!

Banyak bangunan lama yang cantik kat Melbourne ni.

Kedai Royal Selangor. Go Malaysia!

Kedai perfume. Memang sale sepanjang masa.

Tak beli pun, cuma wife memang peminat cupcakes.

Setelah sejam berjalan dan bergambar, jam 2.40 petang saya berdua sampai di Flinders Street. Dari jauh dah nampak landmark bangunan Flinders Street yang famous dalam internet. Bergambar mana yang patut. Flinders Street ni memang tempat tumpuan locals dan juga tourists. Dengan railway station yang besar, shopping complex, jalan tepi sungai dan taman yang cantik memang sesuai untuk aktiviti santai. Saya dah nampak satu kedai jual fries yang halal. Lord of the Fries namanya. Boleh makan kalau lapar petang nanti. Saya berdua terus berjalan ke arah Yarra River dan menuju ke Rod Laver Arena. Cuaca kejap hujan, kejap sejuk dan kejap panas sesangat. Memang betul cakap abang saya, kat Melbourne kita boleh merasa 4 seasons in one day. Dia punya sejuk dan berangin memang tak tahan. Tapi kejap tu jugak dia boleh tetiba panas yang lagi terik dari kat Malaysia. Berpeluh dibuatnya. Bukak dan pakai jaket berulang kali.

Lapar petang kang kita makan ni aje ye.

Depan Flinders Street station yang famous.

Tengah menunggu sebelah toilet bergerak yang ada lagu instrumental tu. Hehe.

Gereja lama di tengah bandar.

Pintu depan Flinders Street Station yang selalu nampak dalam internet.

Gabungan bangunan lama dan baru di Melbourne.

Di kawasan show terbuka.

Ada geng tengah buat breakdance show kat bawah bumbung tu.

Time ni cuaca mula panas terik. Dah nak berpeluh sakan dah tu.

Menyusuri jalan tepi sungai menuju ke Rod Laver Arena.

Jam 3.15 petang saya berdua dah berada di Birrarung Marr Park, taman di tepi Yarra River. Time ni cuaca mulai sejuk. Pakai jaket balik. Pelik la cuaca kat sini. Ramai couple dan family yang berehat sambil baring-baring kat taman ni. Anjing peliharaan pun banyak. Tu yang tak syok tu. Takpe, tuannya ada. Jangan anjing liar sudah. Yang couple tu bercium je kerjanya. Apa nak malu, memang culture diorang bercium di khayalak ramai. Saya berdua berehat kejap kat taman. Jauh jugak saya berdua dah berjalan. Rod Laver Arena terletak kat hujung taman ni. Dekat je lagi. Relaks, takde apa yang nak dikejar pun.

Di Birrarung Marr Park.

Kita berhenti rehat dulu.

Taman ni ada part yang berpasir, ada yang berumput.

Memang tenang kalau lepak kat sini. Peace yo..

Ada yang main kayak kat tengah sungai.

Agak dah cukup larat, saya berdua berjalan ke arah Rod Laver Arena. Tepat jam 4 petang saya berdua dah berada di depan Rod Laver Arena, antara venue tennis yang paling berprestij dalam dunia. Saya peminat Rafael Nadal, walaupun asyik kalah dengan Novak Djokovic je kerjanya. Huhu.. Tak masuk pun dalam arena tu. Just dapat bergambar depan sign Rod Laver Arena pun dah cukup puas pada saya. At least saya berjaya menjejakkan kaki kat sini dan dapat tengok dengan mata sendiri tanpa halangan skrin tv. Hehe.

Di depan Rod Laver Arena.

Tersenyum je. Go Nadal go!!

Dah puas bergambar dan tengok Rod Laver Arena dari luar, saya berdua mula melangkah balik ke Flinders Street. Kali ni laluan sebelah lain pulak kat taman. Ada banyak replika yang diletakkan kat sini. Ada tiang loceng yang akan berbunyi serentak ikut pada masa tertentu. Saya berdua melalui jambatan kayu yang panjang di tengah taman sambil menikmati pemandangan bandar Melbourne. Lepas tu terus menyusuri jalan tepi sungai sampai ke Flinders Street. Jam 6 petang saya berdua dah berada di depan Lord of the Fries untuk mengisi perut. Nama kedai ni sempena saiz fries dia yang sebesar jari kelingking orang dewasa. Panjang dan rangup gitu. Memang sedap makan waktu petang camni. Sambil makan tengok kerenah orang sana yang dressing gila-gila untuk ke pub mabuk-mabuk. Itu je la kerja diorang.

Jeti untuk bot cruise.

Bestnya dapat naik basikal dua orang. Yang tak best kalau sorang je kayuh.

Bot cruise sepanjang Yarra River

Berlatarbelakangkan bandar baru Melbourne.

Di atas jambatan kayu yang panjang.

Di City River Cruises. Agak mahal nak naik cruise ni.

Pemandangan sepanjang Yarra River

Mengabadikan kenangan terakhir di Melbourne sebelum pulang.

Beratur di tengah orang sana yang tinggi belaka.

Melbourne Walking Area

Dah selesai menikmati fries saiz besar yang berharga 8AUD, saya berdua mula melangkah masuk ke Flinders Street Station untuk balik ke Reservoir. Jam dah nak pukul 6.30 petang. Kalau boleh nak sampai kat kereta sebelum gelap sebab nak kemas barang dan buang apa yang patut. Jam 7.15 malam saya berdua dah sampai di Reservoir Station. Cuaca mula nak gelap. Saya berdua pergi ke kereta, dengan harapan keadaan kereta tu masih sama seperti pagi tadi. Alhamdulillah selamat. Takut jugak la kan kalau ada yang pecah kereta curi barang.

Train route: From Flinders Street to Reservoir

Di Reservoir Station

Hari terakhir bersama Holden Barina.

Dah selesai kemas dan buang apa yang patut, saya set Tomtom untuk ke rumah abang Din. Rumah abang Din terletak kat Huskisson Avenue, Lalor. Tak jauh pun dari Reservoir. Sampai kat depan rumah abang Din jam 8.30 malam. Nampak macam takde orang pun kat rumah. Saya bergerak ke petrol station berdekatan. Nak isi minyak bagi penuh balik sebab masa mula sewa minyak penuh, time hantar balik pun kena penuh. Itu syaratnya. Isi kat petrol station 7-Eleven 10AUD. Kat sini ada macam-macam jenis petrol station. Supermarket pun ada petrol station sendiri. Siap dapat rebate minyak kalau beli barang kat dia. Hehe. Jam 9 malam saya berdua dah ada balik kat depan rumah abang Din. Pun tak nampak macam ada orang. Maybe abang Din keluar kot. Takpe, saya berdua tunggu kat dalam kereta. Hujan makin lebat dan cuaca makin sejuk. Ternampak ada kelibat orang kat tingkap bilik. Saya ketuk pintu, rupanya anak sulungnya ada dalam rumah. Abang Din keluar ambik wife dia dengan anak keduanya kat airport. Ayahnya dah pesan kat dia ada orang nak datang rumah. Sebab tu dia tinggal sorang kat rumah.

Driving route: From Reservoir to Rumah Abang Din

7-Eleven pun ada stesen minyak sendiri.

Dah masuk rumah saya berdua bersihkan diri dan berehat dalam bilik. Memang rasa nak tidur tapi macam tak elok pulak kalau tak jumpa abang Din dulu. Jam 10 malam abang Din sampai. Rupanya dia dah sediakan makan malam untuk saya berdua. Buat susah-susah je. Dah pelawa tak baik menolak. Hehe. Sambil makan saya berdua berborak dengan abang Din dan isteri. Diorang dah 3 tahun kat sini. Isterinya sambung belajar kat sini. Maybe tahun depan balik Malaysia. Memang baik keluarga abang Din. Sebelum tidur saya sempat ambik semua barang yang dibeli bawak masuk rumah sebab nak timbang berat. Takut kena charge lebih dengan Air Asia nanti. Total berat saya berdua 30 kg. Timbang punya timbang dalam 40 kg. Kena la set barang yang nak dijadikan hand luggage. Selesai. Ngam-ngam berat barang termasuk sekotak Corelle yang dah sedia 5 kg tu. Nasib baik tak overweight. Malam tu tidur tak berapa nyenyak sebab nak kena bangun awal, seawal jam 4.30 pagi sebab janji nak hantar kereta kat airport jam 5 pagi. Abang Din dah pesan kalau keluar nanti just tutup pintu je. Saya berdua ucap terima kasih bebanyak kat abang Din sekeluarga yang sudi menumpangkan saya berdua bermalam kat rumah dia. Tidur sedar tak sedar sebab takut terlajak. Harap esok flight tak delay (walaupun Air Asia ni famous dengan kes delay). Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Breakfast : RM12.35
  - Metcard   : RM45.50
  - Lunch      : RM146.25
  - Slurpee    : RM6.50
  - Phone      : RM9.75
  - Fries        : RM26.00
  - Petrol      : RM32.50
  - Total       : RM278.85

# Day 07 Expenses: RM278.85

**Website yang membantu:

Melbourne

Metro Trains

Queen Victoria Market

Rod Laver Arena

My Pictures Video