Wednesday 5 December 2012

JJCP Australia: Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa booking tiket flight tu, of course pasport dah buat. Buat 2 tahun for RM100. Nak buat 5 tahun rasa macam rugi pulak. Manau tau, apply 5 tahun tapi cuma trip ni je. Huhu.. Belum tau saya ni gian nak melancong atau tak lepas trip ni. Agak-agak macam tak berbaloi je, memang tunggu pasport expired dengan sendirinya tanpa renew lah jawabnya. Masa depan tak tau lagi kan. Kita hanya mampu merancang.. Visa pun buat ETA online je (ETA - Electronic Travel Authority). Bayar guna credit card 40AUD untuk 2 orang.

Lepas dah booking kereta sewa, saya cari info macamana prosedur nak memandu di luar negara. Cari kat blog, ada yang kata apply lesen antarabangsa, ada jugak yang kata hanya apply permit je. Jadi untuk mensahihkannya saya ke JPJ di Maju Junction. Terus tanya kaunter amik nombor tu. Dia tanya nak memandu di mana? Saya jawab Australia. Kemudian dia kata itu negara Komanwel, hanya apply permit je. Nampak macam confident je mamat tu jawab. Komanwel atau Geneva Conventions? Dia bagi sehelai borang, cuma kena isi nama, alamat, IC dengan negara yang nak dituju serta satu salinan IC dan lesen. Masih tak puas hati, saya tunggu giliran. Sampai giliran saya, terus tanya kat kaunter. Seingat saya syarat nak memandu kena ada lesen yang valid untuk sekurang-kurangnya setahun. Saya confuse sebab lesen saya mati lagi 7 bulan. Mamat kaunter tu kata boleh je. Tapi kali ni saya rasa mamat tu pun macam tak confident je jawab. Maybe baru masuk kerja kot.

Tak tau tindakan saya ni bodoh ke tidak (rasa macam bodoh je, huhu..), saya kensel apply permit tu. Esok saya nak ke Pos Malaysia, renew lesen kasi lebih setahun. Baru rasa confident. Saya pergi balik ke JPJ Maju Junction. Saya cuma kena bayar RM10 untuk proses permit tu jadi translation letter. Settle satu kerja. Tak tau betul ke tak tindakan saya tu, yang penting tarikh lesen saya dalam permit tu lebih dari setahun. Hehe. Janji selamat. Takut sampai kat sana tetiba tak valid kang susah jadinya.

Cerita tentang insurans pulak. Nak ke luar negara mesti kena amik. Saya cuma apply insurans dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan sebenarnya saya cuma nak inform pada majikan dan jabatan yang saya nak melancong. Rupanya memang prosedur penjawat awam, jika nak ke luar negara mesti kena isi borang dan inform negara mana yang nak dilawati supaya pihak kementerian tahu pegawainya ke luar negara dan diberi polisi insurans untuk back-up pegawai jika berlaku kemalangan di luar negara. Kalau tak inform, berlaku apa-apa di luar negara, boleh kene surcharge. Itu lagi menakutkan. Jadi saya pun inform je lah. Bukan kene bayar pun. Untung jadi penjawat awam ni. Alhamdulillah syukur..

Persiapan seterusnya, barang yang nak dibawak ke sana. Bulan 10 adalah musim bunga di Australia. Tapi abang saya bagitau cuaca tak menentu di sana. Maybe ada lagi salji kat area gunung. Kalau berkesempatan abang saya akan bawa saya ke sana main salji, insyaAllah. Syoknye, tapi agenda utama saya ke sana bukan nak main salji, cuma nak merasa kedinginan cuaca yang tak pernah merasa kat Malaysia. Camna lah agaknya orang adapt dengan negara 4 musim ni ye. Tapi kalau dapat merasa salji apa salahnya. Hehe. Jaket tebal pun tak pernah ada. Harap abang boleh bagi pinjam kalau betul masih ada salji.

Barang-barang yang lain seperti toiletries, ubat dan pakaian dah disiapkan. Pergi memang bawak sikit je. Tunggu balik nanti camna. Berat terlebih boleh mintak tolong abang poskan. Hehe.. Ubat cuma bawak pil motion sickness, panadol actifast dan kool fever. Vitamin pulak seperti yang disarankan oleh doktor, vitamin B complex dan vitamin C makan seawal yang boleh sebelum hari bertolak untuk maintain badan supaya cergas. Ye lah kan, kat sana mesti banyak tempat nak berjalan, tak boleh nak lengah masa, rugi nanti. Peluang dapat ke luar negara digunakan sebaik-baiknya.

Antara keperluan asas untuk emergency dan energy
Pihak bank pun dah diberitahu tentang kegunaan kad kredit di luar negara. Masa booking kereta sewa memang kene bayar deposit guna kad kredit. Jadi kena bawak kad kredit untuk swipe kat sana nanti. Setakat yang saya cari, tak ada company sewa kereta yang accept cash. Line postpaid celcom pun saya dah inform untuk roaming. Anak-anak kena lah call tetiap hari untuk bertanya khabar.

Semua info yang perlu saya dah siapkan termasuklah Google Maps. Tapi yang paling utamanya makanan halal dan tempat solat. Negara bukan Islam, memang susah nak jumpa restoran halal dan masjid. Tandas pun main pakai tisu je. Paip pun takde. Selesa kah? Huhu.. Kena standby apa yang patut untuk dibawa ke dalam tandas. Kompas kiblat dan sejadah travel pun dah standby. Solat tepi jalan tak menjadi masalah. Setelah semuanya tersedia, hanya tinggal menunggu hari yang bakal tiba. Excited ada, takut pun ada. First time diri dikelilingi oleh orang asing yang bukan Islam. Harap-harap selamat semuanya. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - ETA Visa  : RM260.00
  - Permit      : RM10.00_
  - Jumlah    : RM270.00


**Website yang membantu:

ETA Visa Australia

1 comment:

  1. Hi Brian Garcia..
    Thanks for the info! Really appreciate it. And thanks for reading my blog!.. :)

    ReplyDelete