Sunday 22 September 2019

JJCP Scandiscovery: Day 13 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 20 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ STORTORGET
@ PARLIAMENT HOUSE
@ STOCKHOLM CENTRAL STATION
@ STOCKHOLM GRAND MOSQUE


Terlalu banyak construction di bandar Stockholm ni membuatkan agak cacat sikit pemandangan. Banyak bangunan yang dihalang oleh tembok tinggi. Lorong pejalan kaki pun banyak yang berubah. Betul-betul punya renovation ni. Huhu.. Apa-apa pun kecantikan bangunan lama di sini masih dijaga dengan baik. Dah kena time datang sini ada renovation, nak buat macam mana. Apa-apa pun kami masih tetap melayan keindahan di sini. Alhamdulillah..

Construction works di Stockholm Palace

@ STORTORGET

Jam 11.45 pagi kami sampai di Stortorget, iaitu kawasan di mana salah satu historical landmark di Gamla Stan. Bangunan di sinilah yang menjadi gambar utama dalam website atau majalah travel mengenai Stockholm. Keadaan di sini agak happening kerana ada christmas market. Nampaknya bangunan yang menjadi landmark juga sedang renovate. Yang kami nampak hanya poster besar yang menutup seluruh bangunan yang berwarna-warni tu. Kecewa sungguh la. Huhu.. Takpe, cukup lah ianya menjadi tanda dan kenangan buat kami.

Walking route: From Stockholm Palace to Stortorget
Jadilah buat kenangan kami dah sampai sini.
Kami teruskan perjalanan keluar dari kawasan Gamla Stan menuju ke pusat bandar Stockholm. Kami melalui semula di tepi Stockholm Palace hingga sampai di jambatan yang memisahkan Gamla Stan dan pusat bandar. Rasa macam tak puas meronda di Gamla Stan kerana kami sampai agak awal pagi tadi dan banyak kedai yang belum buka. In shaa Allah, esok jika ada masa sebelum balik kami akan singgah lagi di sini. Malam ni kita kira dulu souvenir yang dah kami beli untuk kawan-kawan. Kalau tak cukup boleh tambah esok. Rasanya souvenir di Stockholm yang paling murah berbanding bandar besar yang kami dah pergi seperti Copenhagen, Helsinki, Gothenburg dan Oslo.

The other side of Stockholm Palace entrance
Sampai di jambatan sebagai tanda berada di hujung Gamla Stan

@ PARLIAMENT HOUSE

Di antara jambatan yang menghubungkan Gamla Stan dan pusat bandar Stockholm, terdapat satu pulau di mana terletaknya Parliament House. Kelihatan ramai tourist yang sedang beratur untuk masuk dan melihat keadaan di dalam Parliament House. Benda kena bayar, jadi kami lalu je. Hihi.. Di sini lah kot tempat Perdana Menteri kita bermesyuarat di Stockholm. Harap dapat berbincang dan belajar tentang bagaimana Sweden menguruskan sampah mereka. Bagus juga kalau Malaysia boleh implement seperti apa yang Sweden buat. Tapi macam biasa, mentaliti kena ubah dulu. Sehingga sekarang masih ramai lagi yang buang sampah dari tingkap kereta. Buang sampah dari balkoni rumah flat tingkat 10 pun ada lagi. Huhu..

Weather forecast @ Stockholm
Walking route: From Stortorget to Parliament House
Laluan merentasi Parliament House. Tengok ikut tingkap je lah. Hehe..
Lepas dari bangunan Parliament House, kami melalui satu lagi jambatan sebelum sampai di pusat bandar Stockholm. Kami masuk ke dalam satu kedai menjual souvenir yang agak ekslusif. Tray yang cantik digantung di luar kedai yang membuatkan kami teruja untuk masuk dan melihat harganya. Tray ni kalau beli pun rasa sayang nak pakai. Buat display je lah. Tapi harganya lagi mahal dari gelas yang ada kat rumah. Akhirnya kami cuci mata je sebab tak perlu keluar duit. Hehe..

Cantik sangat tray ni. Iman kena kuat. Hehe..
Kain dapur tu pun cantik-cantik semuanya. Geram tengok. Hihi..
Jauh juga kami berjalan hari ni. Perut dah mula lapar. Cadangnya nak makan lewat petang sikit. Kami singgah di satu gerai yang menjual donut dan churros. Pertama kali saya nampak gerai jual churros di sini. Bau cinnamon dan coklat yang kuat menarik perhatian kami, walaupun kami tak suka makan cinnamon. Huhu.. Untuk alas perut, kami beli satu set churros 6 batang dengan chocolate dip yang berharga SEK50.00. Terkebil-kebil juga mata bila membayarnya. Haha.. Nasib baik saiz churros ni besar. Wajib makan sampai licin.

Cukuplah untuk alas perut sebelum makan berat kejap lagi
Nak makan sambil jalan agak susah sebab cuaca amat sejuk. Kami berteduh di bawah flyover berdepan dengan gerai untuk menikmati churros. Sedap juga rasa dia sebab masih panas lagi. Kat sini tak boleh makan lewat sikit, sekejap je makanan dah sejuk. Selesai makan semuanya dan minum kopi panas yang sentiasa dibawa bersama, kami teruskan berjalan menuju ke metro station sambil mencari WC. Baru saya perasan, sejak dari mula perjalanan pagi tadi langsung tak nampak public toilet. Option yang ada untuk WC adalah di dalam shopping complex, cafe atau restoran. Saya masih belum rasa terpanggil lagi. Bagi peluang kawan-kawan berurusan dulu. Hihi..

Berjalan mencari metro station untuk ke destinasi seterusnya
Jam 1.20 petang kami sampai di T-Centralen T-Bana. Kali ni saya pulak rasa terpanggil untuk ke WC. Kebetulan ada Starbucks di pintu masuk. Boleh la beli citymug untuk koleksi peribadi saya. T-Centralen T-Bana antara metro station yang besar di sini. Boleh pulak Starbucks ni takde WC. Huhu.. Saya mencari WC sementara yang lain menunggu saya di Starbucks. Habis pusing dalam station tak jumpa di mana WC. Saya cari di luar dan jumpa McDonalds. Ada WC tapi kena bayar SEK5.00 guna kad kredit. Huhu.. Di seberang jalan kelihatan pintu masuk ke Central Station. Takkan la dalam station yang besar ni takde public toilet kot. Teruk sangat Stockholm ni. Huhu..

Bagi diorang lepak kat Starbucks dulu

@ STOCKHOLM CENTRAL STATION

Saya lintas jalan dan masuk ikut pintu utama Central Station. Ramai orang kat sini. Saya ikut signboard menuju ke WC yang berada di tingkat bawah. Sampai je di pintu masuk ada kaunter yang dijaga oleh seorang staff. Rupanya kat sini pun kena bayar juga. Huhu.. Mahal pulak tu. Tak tau kat mana lagi nak cari WC, saya bayar jugak la SEK10.00 hanya untuk gunakan public toilet. Ikutkan hati kalau bawa baju, nak je saya mandi sekali kat sini sebab dah bayar mahal. Haha.. Nasib baik keadaan dalam WC ni bersih. Bayangkan la dengan orang yang ramai kat Central Station ni, sehari agak-agak berapa ya keuntungan dengan bisnes public toilet. Huhu.. Dulu ingatkan kat Switzerland je mahal, rupanya kat Sweden pun sama. Ada modal buat bisnes public toilet je, mungkin boleh jadi kaya. Haha.. Dah selesai, saya ambil peluang untuk meronda dalam Central Station sebelum kembali ke pangkuan kawan-kawan.

Pintu masuk ke Stockholm Central Station
Sempat lagi jalan-jalan kat dalam ni
Jam 1.45 petang saya dah berada bersama yang lain. Kami teruskan perjalanan menuju ke terminal di dalam T-Centralen T-Bana. Kami nak naik metro untuk ke Stockholm Grand Mosque. Waktu Maghrib hari ni masuk jam 2.48 petang. In shaa Allah sempat sampai sana sebelum Maghrib untuk kami solat jamak. Sempat lagi kami masuk kejap dalam kedai roti. Teruja dengan bau roti yang amat sedap membuatkan perut kami lagi kuat berbunyi. Terus teringat pada roti yang diberikan oleh Anne masa di Copenhagen. Lembut dan gebu. Makan dengan salted butter pun dah cukup puas. Balik Malaysia nanti mesti terkenang pasal roti kat sini. Hihi..

Vete-Katten adalah antara kedai roti yang terkenal di sini
Menunggu train sampai
Jam 1.50 petang, metro Line 17 sampai di terminal. Untuk ke Stockholm Grand Mosque yang hampir dengan Medborgarplatsen T-Bana, boleh je naik sama ada Line 17, 18 atau 19, ikut yang mana sampai dulu. Perjalanan hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai di Medborgarplatsen T-Bana. Kami keluar dari station dan berjalan menuju ke Stockholm Central Mosque yang terletak dalam 350 meter dari sini.

Metro route: Line 17/18/19 from T-Centralen to Medborgarplatsen

@ STOCKHOLM GRAND MOSQUE

Tepat jam 2.00 petang kami sampai di Stockholm Grand Mosque. Lokasi masjid ni agak tersorok dari jalan utama. Guna google maps in shaa Allah jumpa. Kami masuk ikut pintu utama masjid. Tak ramai jemaah di dalam kerana ada masa lebih kurang 50 minit lagi sebelum masuk waktu Maghrib. Ruang solat jemaah wanita berada di tingkat atas. Saya turun ke tingkat bawah untuk ambil wudhuk. Kemudian saya naik semula dan masuk ke ruang solat utama.

Walking route: From Medborgarplatsen T-Bana to Stockholm Mosque
Stockholm Grand Mosque dibuka pada tahun 2000. Seperti kebanyakan masjid yang dibina di bumi Eropah, terlalu banyak tentangan dan rintangan yang perlu dihadapi. Cadangan untuk pembinaan masjid ni bermula sejak lebih 20 tahun yang lalu. Tahun 2000 barulah ianya direalisasikan di bawah tanggungjawab Islamic Association of Sweden. Masjid ini adalah yang terbesar di Stockholm dan boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu masa. Selain dari ruang solat dan tempat wudhuk, dalam masjid ni juga ada fasiliti seperti pejabat pentadbiran, perpustakaan, gimnasium, kedai buku, bilik kuliah, dapur dan juga cafe serta restoran.

Bahagian luar Stockholm Grand Mosque
Ruang lobi masjid
Tempat ambil wudhuk di tingkat bawah
Ruang solat utama
Selesai menunaikan solat jamak, jam 2.30 petang saya dah sedia menunggu yang lain di lobi. Sempat saya berborak dengan seorang staff masjid yang duduk di kaunter lobi. Saya bertanyakan tentang umat Islam yang ada di Stockholm. Dia kata jemaah Islam di sini agak ramai juga. Setiap kali masuk waktu solat, ramai juga yang solat berjemaah di sini terutamanya waktu Maghrib dan Isyak. Aktiviti di sini juga agak aktif dengan ceramah dan kelas agama. Setakat ni tiada lagi perkara buruk yang berlaku di sini. Setakat budak muda baling batu dan meletakkan flyers memburukkan Islam adalah perkara biasa. Alhamdulillah, moga umat Islam hidup dengan penuh ketenangan di bumi Stockholm ini. Wallahu 'alam..

Antara aktiviti yang akan berlangsung dalam masa terdekat


Wednesday 18 September 2019

JJCP Scandiscovery: Day 13 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ KHAMIS, 20 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ SLUSSEN
@ KATARINAHISSEN
@ GAMLA STAN
@ STORA NYGATAN
@ VASTERLANGGATAN
@ JARNPOJKE
@ STOCKHOLM PALACE


Saya bangun jam 5.45 pagi. Waktu Subuh di sini jam 6.02 pagi. Selesai mandi dan solat, saya bersiap-siap untuk mulakan perjalanan hari ni, menjelajahi bandar Stockholm. Kami breakfast nasi Sharifah dan air teh o panas. Kena makan sampai kenyang sebab nak guna banyak tenaga sepanjang hari ni. Kaki kami akan memainkan peranan paling penting. Selesai breakfast, jam 8.30 pagi kami dah bersedia untuk keluar. Cuaca agak sejuk juga di luar. Kena pakai jaket yang paling tebal. Tak tahan sejuk boleh la masuk mana-mana shopping complex atau kedai untuk panaskan badan. Kereta kami biarkan berehat untuk hari ni. Hehe..

Weather forecast @ Stockholm
Kita carbo loading dulu sebelum pecah lemak hari ni. Hihi..
Keadaan di luar rumah Susanne
Jam 8.40 pagi kami mulakan perjalanan dengan menuruni bukit di bahu jalan menuju ke hentian bas yang terdekat. Sebenarnya yang paling dekat adalah di atas bukit. Adalah lebih baik turun dari naik kan. Hehe.. Keadaan jalan yang bersalji membuatkan kami berhati-hati melangkah. Kalau jatuh, banyak pemandu yang menjadi saksi nanti. Hihi.. 10 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di Nacka Kvarn Bus Stop.

Walking route: From AirBnb-Susanne to Nacka Kvarn Bus Stop
Nacka Kvarn Bus Stop yang terletak di tepi tasik besar
Kami tunggu bas bernombor 401 atau 403, yang mana sampai dulu untuk bawa kami ke Slussen. Di Slussen ada metro station dan ia adalah stesen yang paling dekat dengan rumah Susanne. Di sini Stockholm Metro disebut sebagai Stockholm Tunnelbana (T-bana). 10 minit menunggu dan bas bernombor 401 pun tiba. Kami perlu sentuh kad SL Access pada card reader di tepi driver bas untuk mula aktifkan kad kami. Lepas ni setiap kali naik public transport kena sentuh dulu kad untuk mengesahkan kad kami yang masih aktif. Masa turun tak perlu sentuh sebab kami guna Travelcard yang valid 72 jam. Kalau guna kad yang kena reload seperti touch n' go barulah kena sentuh masa turun sebab nilai tambang akan ditolak mengikut jarak perjalanan.

Bas 401 sudah sampai. Yeayy..
Tak ramai penumpang dalam bas
Keadaan dalam bas amat bersih. Mungkin bas baru mula beroperasi pagi ni kot. Pertama kali sampai Stockholm terus naik public bus. Dah macam local je gayanya. Hehe.. Pada saya kalau setakat berada di negara atau bandaraya yang maju seperti Stockholm ni, selalunya tiada masalah untuk travel sendiri tanpa gunakan travel agent. Sekurangnya boleh ambil pengalaman baru bagaimana kehidupan seharian rakyat di sini. Kalau ke negara yang kurang maju mungkin susah sikit dan perlu dapatkan khidmat travel agent. Lainlah jika travel backpacker style yang kesemuanya buat sendiri. Macam kami ni hanya traveller je, belum sampai level backpacker lagi. Tidur pun kat rumah atau hotel, bukan couchsurfing. Kereta pulak kami sewa, bukan hitchhiking sambil tarik seluar sampai ke peha untuk tahan dan tumpang kereta orang. Hehe..

Pengalaman pertama kali naik bas di Stockholm

@ SLUSSEN

Jam 9.20 pagi kami sampai di Slussen. Semua penumpang turun dari bas kerana ini adalah hentian terakhir ke bandar Stockholm untuk bas bernombor 401. Agak ramai orang di sini. Laju betul diorang berjalan. Mungkin nak berkejar ke tempat kerja masing-masing. Ditambah dengan kerja construction membuatkan keadaan menjadi agak sesak di sini. Banyak laluan pejalan kaki yang ditutup membuatkan saya confuse untuk mencari arah ke destinasi yang berikutnya. Sebelum naik metro ke bandar Stockholm, saya nak bawa ke satu tempat yang agak menarik untuk dilihat yang terletak di sini.

Bus route: From Nacka Kvarn Bus Stop to Slussen Station
Kami ikut jejantas sementara yang dibina kerana kerja construction. Dari atas jejantas ni kelihatan signboard Stomatol yang terletak di atas bangunan. Apa yang menariknya tentang sign Stomatol iaitu jenama ubat gigi zaman dulu ni sampaikan saya ambil gambarnya? Signboard ini masih lagi berfungsi sejak ia mula beroperasi pada tahun 1909 dan merupakan animated sign yang pertama di Stockholm. Dari mana lagi saya dapat info ni kalau bukan dari Atlas Obscura. Alang-alang dah nampak, ambil je la gambar. Bukan kena bayar pun. Rasanya ada orang Sweden sendiri yang tak tau pasal info ni. Hehe..

Stomatol animated sign yang mempunyai sejarahnya tersendiri
Destinasi pertama kami bukanlah nak naik atas bangunan untuk pegang signboard tu, tapi nak ke Katarinahissen, iaitu satu platform yang mengunjur dari atas bangunan di sini untuk melihat pemandangan bandar Stockholm. Ada 2 option untuk ke Katarinahissen. Option pertama naik dari pintu utama, dan option kedua naik ikut jalan di belakang bangunan. Saya tak pasti mana satu pintu utama, jadi option yang kedua menjadi pilihan. Kami berjalan naik bukit menuju ke bahagian belakang bangunan. Bukan setakat naik bukit je, kami kena naik tangga yang agak tinggi juga untuk sampai ke pintu Katarinahissen. Masing-masing dah mengeluh. Awal pagi dah kena naik tangga tinggi. Apa boleh buat, kenalah akur dengan arahan ketua. Hehe..

Kami kena naik sampai jejantas kat atas tu
Lepas naik bukit, jom exercise naik tangga pulak sampai atas tu. Hihi..
Hanya bunyi nafas yang kedengaran. Hihi..

@ KATARINAHISSEN

Sampai di atas, terus kelihatan gerbang Katarinahissen. Katarinahissen bermaksud Katarina Elevator, iaitu lif yang pada mulanya dibina pada 1881 sebagai jalan pintas pada zaman dulu. Kemudian lif ini dibina semula pada 1936. Lif ini ditutup pada 2010 kerana faktor keselamatan dalam kerja pembinaan di sini dan dijangka akan beroperasi semula pada 2019. Kalau ia dibuka, dari stesen bas tadi boleh terus naik lif ni. Takdelah kena menapak naik bukit dan tangga kat belakang bangunan ni. Huhu.. Antara sebab utama saya ke sini adalah kerana pemandangannya dan ianya percuma!. Hehe..

Walking route: From Slussen Bus Station to Katarinahissen
Jalan sampai ke hujung untuk lihat pemandangan bandar Stockholm
Cukup indah pemandangan bandar Stockholm dari sini. Cuma agak cacat sikit sebab banyak sangat construction works yang sedang berjalan kat bawah tu. Tapi tak menjadi masalah sebab kami dah berjaya sampai di sini. Kepenatan naik bukit dan tangga tadi telah dibayar dengan panorama bandar Stockholm yang amat cantik. Dah la cantik, percuma pulak tu. Mungkin bila lif dah siap akan dikenakan bayaran untuk maintenance cost. Harap dikekalkan kadar percuma tu. Hihi..

One of the free and best place to view Stockholm from above
Stomatol sign lagi jelas nampak dari sini
Satu gambar kenangan dari kami di Katarinahissen
Jam 9.45 pagi kami turun dari Katarinahissen mengikut jalan yang sama untuk menuju ke Slussen T-Bana. Senyum je semua bila turun tangga. Tak seperti naik tadi, hanya bunyi nafas je yang kedengaran. Hihi.. Keadaan agak tenang di metro kerana ramai dah masuk kerja pagi ni. Yang tinggal cuma tourist dan traveler macam kami menikmati keindahan di bumi Stockholm. Seronok sebenarnya bila berjalan masa hari bekerja. Kurang crowded, barulah seronok nak mencuci mata melihat kedai-kedai dan bangunan-bangunan cantik yang ada di sini.

Walking route: From Katarinahissen to Slussen T-Bana
Di pintu masuk Slussen T-Bana
Itulah Katarinahissen yang kami naik tadi
Kami masuk ke dalam Slussen T-Bana untuk naik metro buat pertama kalinya di Stockholm. Di sini ada barrier untuk masuk ke terminal, tidak seperti di Copenhagen. Kalau di Copenhagen langsung takde barrier. Nak naik tanpa tiket pun boleh. Tapi menjawab la bila kena check dengan officer dalam train. On-the-spot kena bayar kompaun. Kat Stockholm pun sama juga. Kalau ditangkap tiada tiket yang valid akan dikenakan kompaun SEK1,200.00. Lagi tinggi nilainya dari Copenhagen. Huhu.. Di sini SL Access perlu disentuh pada card reader untuk sahkan ia masih aktif dan barrier akan terbuka. Kami teruskan ke terminal dan menunggu train sampai.

Self-service machine untuk beli tiket public transport di sini
Kad kami valid sampai 23/12 jam 9.01 pagi. Tepat 72 jam.
Sekejap je kami tunggu, train pun sampai. Public transport di Stockholm boleh dikatakan antara yang efisien dan cekap. Jaringan metro yang baik dan memudahkan penumpang. Kekerapan train tiba dalam masa 4-5 minit. Stockholm Tunnelbana dibuka pada tahun 1950. Route map amat mudah untuk difahami. Ia terbahagi kepada 3 route utama yang mengandungi 7 Lines kesemuanya. Blue Route untuk Line T10 dan T11, Red Line (T13 dan T14) dan Green Line (T17, T18 dan T19). Tak tau kenapa ia start dari T10 dan kenapa takde T12, T15 dan T16. Hanya kerajaan Sweden je tau perkara ni. Huhu..

Stockholm T-Bana route map. Senang faham kan..
Di Stockholm juga ada tram tapi hanya untuk ke destinasi tertentu je. In Shaa Allah jika sempat kami akan naik tram kat sini. Feri juga kami akan cuba. Maklumlah, SL Access card ni valid untuk semua jenis public transport di Stockholm. Hihi.. Antara perkara yang menarik tentang Stockholm T-Bana adalah rekaan di dalam setiap station di sini. Stockholm Metro telah mendapat nama 'The World's Longest Art Gallery' di mana majoriti station di sini dihiasi dengan lukisan pelbagai tema dan sculpture oleh lebih 150 pelukis yang terkenal di Sweden. Jika duduk lama di Stockholm, boleh la habiskan sepanjang hari untuk bergambar di setiap station. Kami tak dapat nak pergi semuanya. Hanya sekadar naik dan turun station mengikut destinasi tujuan kami.

Train dah sampai. Yeayy..

@ GAMLA STAN

Destinasi pertama kami di sini adalah untuk berjalan di Gamla Stan iaitu salah satu tarikan utama di Stockholm. Gamla Stan adalah sebuah 'Old Town' dan salah satu daripada pusat bandar yang terbesar di Eropah pada zaman dulu dan di sinilah terbentuknya Stockholm pada tahun 1252. Jadi kenalah datang melawat Gamla Stan bila berada di Stockholm. Dari Slussen, perjalanan dalam train hanya mengambil masa seminit je untuk sampai di Gamla Stan Station. Nak duduk pun tak sempat. Sebenarnya jalan kaki dari Slussen ikut jambatan pun boleh. Tapi sejuk punya pasal, baik naik metro je. Hehe..

Metro route: Line T13/T14/T17/T18 from Slussen to Gamla Stan
Jom jalan-jalan kat Gamla Stan
Kami mencari jalan keluar dari Gamla Stan T-Bana. Keluar je terus nampak gerai menjual pokok sempena musim Krismas. Cuaca sejuk macam ni pun ada pokok yang hidup subur. Wife dan Fa memang suka dengan pokok bunga. Tapi apakan daya. Macam mana nak bawa balik Malaysia. Lagipun boleh ke pokok ni hidup kat iklim khatulistiwa yang hujan dan panas sepanjang tahun. Sedangkan pokok kat Cameron Highlands pun belum tentu boleh hidup kalau ditanam di Kota Damansara, inikan pulak pokok dari sini.

Setakat belai daun pokok dan bergambar je yang mampu dibuat

@ STORA NYGATAN

Kami teruskan berjalan kaki masuk ke satu lorong. Antara lorong yang famous di sini adalah Stora Nygatan di mana banyak restoran dan cafe ekslusif yang hanya mampu dilihat dari luar je untuk orang macam kami. Hehe.. Tapi pemandangan kat sini adalah antara yang paling best untuk bergambar kerana struktur bangunan lama yang masih dikekalkan dan laluan yang berturapkan batu bata timbul. Rasa macam berada di zaman dulu bila berjalan di kawasan ni.

Walking route: From Gamla Stan T-Bana to Stora Nygatan
Banyak cafe dan restoran yang masih tutup. Siam ada di mana-mana..
Banyak lorong sempit seperti ni. Batu jalan tu memang klasik sungguh la..

@ VASTERLANGGATAN

Selesai meronda hampir separuh jalan di Stora Nygatan, kami masuk ke lorong di sebelah yang diberi nama Vasterlanggatan. Kedai-kedai di lorong ni sesuai untuk kami. Banyak kedai menjual souvenir di sini. Kami masuk ke dalam salah satu kedai souvenir. Harga kebanyakan souvenir di sini agak murah dan logik akal. Nampaknya dari semua bandar yang kami dah pergi, Stockholm menawarkan harga barangan souvenir yang terbaik. Boleh la kalau nak beli untuk saudara-mara atau kenalan. Itupun kalau nak bagi la. Prinsip asas travel, souvenir yang wajib adalah untuk diri sendiri. Untuk orang lain optional je. Hehe..

Walking route: From Stora Nygatan to Vasterlanggatan
Agak meriah sikit keadaan di Vasterlanggatan
Harga souvenir di sini agak berpatutan. Kurang terbeliak biji mata melihatnya. Hihi..
Salah satu kedai souvenir yang kami masuk disambut dengan mesra oleh seorang perempuan di kaunter. Peramah sungguh dia ni. Dia bertanyakan kami dari mana sebab jarang lihat muka Asia macam kami di sini. Bila sebut Malaysia dia pun tak tau. Huhu.. Ingatkan dia orang sini. Rupanya dia orang Ukraine. Di Sweden boleh dikatakan ramai juga orang luar yang tinggal dan menetap di sini. Kedai yang kami masuk awal tadi pun nampak pekerja kedai macam rupa dari Pakistan. Huhu.. Macam manalah agaknya diorang boleh survive duduk ni negara yang cost living agak tinggi ye. Huhu..

Pekerja kedai berbangsa Ukraine yang melayan kami dengan baik
Selesai berurusan di kaunter, jam 11.00 pagi kami teruskan perjalanan menyusur Vasterlanggatan hingga ke hujungnya. Seterusnya kami nak ke Stockholm Palace. Sebelum tu kami nak singgah sekejap untuk melihat satu monumen yang agak unik di sini. Monumen ni tidaklah famous seperti monumen yang lain. Dah alang-alang berada dalam laluan perjalanan kami, apa salahnya singgah kejap untuk melihat monumen ni. Daripada mana saya dapat info ni? Sudah tentu dari Atlas Obscura. Saje je suka tengok benda yang lain dari yang lain dan bukan menjadi popular attraction buat pelancong. Hihi..

Sedapnya. Terus teringat kat kedai waffle kami di Wangsa Maju..

@ JARNPOJKE

Jam 11.20 pagi kami sampai di monumen ini yang terletak di laman belakang sebuah bangunan berhampiran Castle Hill. Monumen ini bernama Jarnpojke (Iron Boy), dalam English ia dipanggil sebagai "Little boy who looks at the moon". Saiznya hanya setinggi 15 cm, menjadikannya monumen terkecil di Stockholm. Monumen ni dicipta pada tahun 1954, tetapi pada tahun 1967 barulah monumen ni diletakkan di sini untuk tontonan umum. Takde apa yang menarik tentang monumen ni melainkan ia dikenakan pakaian mengikut musim dan saiznya yang comel. Kami ambil beberapa gambar sebagai kenangan dan sambung perjalanan ke destinasi berikutnya.

Walking route: From Vasterlanggatan to Jarnpojke
Musim sejuk Jarnpojke dipakaikan snowcap dan mafla. Hihi..

@ STOCKHOLM PALACE

Keluar dari laman, kami terus sampai di Castle Hill. Bangunan Stockholm Palace tersergam indah di depan kami. Stockholm Palace adalah kediaman rasmi King of Sweden, walaupun kediaman sebenarnya sekarang terletak di Drottningholm Palace. Di sini juga adalah pejabat bagi urusan rasmi kerabat diraja Sweden. Dahulunya bangunan ni adalah kubu peperangan pada kurun ke-13. Kemudian pada kurun ke-17 barulah ianya dijadikan sebagai royal palace. Di bahagian luar bangunan berdiri megah Karl XIV Johans Statue, iaitu King of Sweden and Norway pada 1818-1844. Kami ambil peluang untuk bergambar kenangan. Amat cantik pemandangan di sini.

Walking route: From Jarnpojke to Stockholm Palace
Stockholm Palace
Karil XIV Johans Statue di luar Stockholm Palace
Pemandangan di sekitar Stockholm Palace
Selesai bergambar dan menikmati keindahan pemandangan di sini, jam 11.40 pagi kami teruskan lagi melangkah kaki menuju ke destinasi berikutnya. Kali ni kami nak pergi satu tempat yang selalu menjadi gambar utama untuk iklan Stockholm dalam website travel, iaitu gambar bangunan yang berwarna-warni. Cuma di sini deretan bangunannya tak panjang seperti di Nyhavn, Copenhagen. Banyak pulak jalan yang ditutup kerana construction works. Jangan tak jumpa sudah la. Huhu.. In shaa Allah jumpa dengan bantuan google map dan Here Maps. Wallahu 'alam..

Pokok macam ni ada kat tepi jalan. Rasa nak petik je. Hihi..