Sunday 29 October 2017

JJCP VietCam: Day 01 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
3 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ KLIA
@ MH0758 MALAYSIA AIRLINES


Hari yang ditunggu sudah tiba. Masa untuk release tension bersama famili dan rakan-rakan. Awal pagi lagi group whatsapp Trip Famili dan penuh dengan mesej. Masing-masing bersiap sedia nak berkumpul di KLIA. Kak Wan siap buatkan kek untuk kami semua. Eh silap, En. Khai yang buat kek sebenarnya. Hihi.. Jangan kata lelaki tak pandai buat kek tau. Saya ada sorang kawan lelaki yang memang pakar buat kek. Silap dia tak bukak kedai je. Kalau bukak mesti laku punya. Kami yang lebih kepada skill makan kek rasa amat bertuah dapat kek free di pagi hari. Hihi..

Nampak tak skill En. Khai di situ. Siap promote tepung penaik cap Kings lagi tau. Hehe..
Mula-mula kami cadang nak bawak kereta dan parking di Putrajaya Sentral sebab parking rate murah. Kemudian dari situ naik train terus ke KLIA. Tapi sejak kebelakangan ni saya agak fobia nak tinggalkan kereta kat tempat awam. Haritu kereta saya hampir kena kopak masa saya minum di kedai mamak. Parking agak tersembunyi dan gelap waktu tu. Nasib baik la pencuri tu tak sempat masuk dalam kereta. Tapi habislah pintu kereta terkopek kat belah cermin. Besar jugalah lompongnya sampaikan boleh seluk tangan masuk dalam pintu tu. Huhu.. Jadi kami amik keputusan untuk naik Grab atau Uber je dari rumah sampai KLIA. Wife saya terus contact Grab untuk ambil kami jam 9.45 pagi. Dia minta kereta MPV sebab kami berenam. Itu belum campur beg lagi. Huhu.. Yang available adalah kereta Nissan Grand Livina. Kira ngamlah untuk kami sekeluarga. Maka bermulalah perjalanan kami ke KLIA untuk Misi Menjejaki Angkor Wat 2017. Hihi..

Bergaya sungguh anak dara sorang ni. Hihi.. Let's jom!..
Dari rumah cerah, pastu mendung, renyai, lebat dan sampai KLIA cerah balik. Hihi..

@ KLIA

Kami tiba di KLIA jam 11.00 pagi. Jumlah bayaran Grab adalah RM105.00 + Tol RM9.80. Kira murah juga la naik Grab berbanding teksi. Teksi biasa 5-seater pun dalam RM115.00 ikut meter. Kalau teksi MPV dah tentu lagi mahal. Huhu.. Saya mengucapkan terima kasih pada brader Livina kerana layan saya berborak sepanjang perjalanan. Kami masuk ikut pintu departure 5 dan update location dalam group. Yang lain belum sampai lagi. Tak sampai 5 minit famili Saiful pun sampai. Kemudian jumpa famili Wan. Sebelum check-in beg, kami berkumpul di McDonalds dulu tunggu yang lain. Tak lama kemudian Jay dan Zan pun sampai.

Tq brader Livina. Sejuk aircond dia. Hihi..
Agak crowded juga keadaan dalam terminal
Jumpa famili Saiful dulu
Hampir sejam menunggu di McDonalds namun Pae masih tak sampai lagi. Huhu.. Takut kena beratur panjang kat kaunter check-in, kami gerak dulu ke Row B. Memang betul barisan amat panjang. Tapi nasib kami amat baik bila staff yang menjaga lorong minta kami check-in di Row L sebab kami berkumpulan. Sampai di Row L, hanya ada satu group je yang sedang beratur. Lega tak perlu beratur panjang. Pukul berapa Pae nak sampai ni. Nak kata slow tapi kaki berlari dia ni. Semua open run dia join. Medal penuh dalam almari. Mungkin kerana angkut beg besar membuatkan pergerakan dia agak terbatas. Hehe.. Takpelah Pae, take your time. Nanti aku mintak pilot pi minum kopi dulu bagi flight delay sikit ye. Hehe.. Tengah beratur tunggu giliran, En. Khai maklum dalam group diorang dah check-in awal dan tunggu kami di McDonalds.

Bukan orang je kena beratur, beg pun tak boleh potong que ya. Hihi..
Rupanya En. Khai ada kat Row B tadi
Masing-masing cek phone untuk tau kedudukan semasa Pae. Hehe..
Sampai giliran group kami untuk check-in beg. Timbang beg masa pergi memang takde masalah. Tambah pulak naik MAS. Sorang boleh sampai 30kg. Kepada yang nak shopping sakan kat Vietnam nanti dipersilakan. Hihi.. Tengah kami berurusan di kaunter barulah nampak kelibat famili Pae. Sedang elok dia sampai je terus sambung letak beg dan bagi pasport kat saya. Macam biasa, mesti kena kecam teruk punya. Tapi takleh lebih-lebih sebab dia ada bawak Go-Pro. Nanti dia taknak amik video dan gambar kita. Pae bukan kaki sentap. Paling kuat pun dia menyirap je. Hahah..

Total berat beg satu family. Separuh dari tu berat jajan. Hihi..
Semua dah dapat boarding pass
Done group check-in
Kami pergi semula ke McDonalds untuk berjumpa En. Khai. Semua ahli dah ada, jam 1.15 petang kami semua mula turun ke kaunter imigresen untuk urusan passport verification dan immigration clearance. Jam 1.40 petang semuanya selesai dan kami dah berada di duty-free area. Nasib baik boarding gate buka jam 1.45 petang. Jadi tak perlu lah nak jalan lama-lama kat duty-free area. Makin lama berjalan kat situ makin banyak tarikannya. Huhu.. Kedai coklat dan mainan seperti memanggil anak-anak kami. Nampaknya terpaksa jugalah beli sesuatu sebagai upah berkelakuan baik dalam flight walaupun pasti akan tetap kecoh. Huhu.. Sementara menunggu boarding gate dibuka, kami ke surau berhampiran untuk solat dulu. Nasib baik Gate kami kat H2, takdelah jauh sangat kena menapak. Hihi..

Dalam lif pun bergambar juga. Hihi..
OK, takde yang kena tahan kat imigresen
Jam 2.00 petang kami dah boleh masuk ke ruang menunggu. Kene tunggu lagi untuk masuk ke dalam flight. Sebelum telefon ditukarkan ke flight mode, saya whatsapp pada David maklumkan kami akan berlepas sebentar lagi dan dijangka sampai on-schedule. Mesej double-tick warna biru tanda dibaca tapi David tak balas. Lagilah risau jadinya. Huhu.. Dibuatnya takde bas yang menunggu di sana, memang habislah plan yang dibuat. Terpaksa standby guna Plan B iaitu naik bas ekspress untuk ke Phnom Penh. Lebur la duit deposit sebanyak 300.00USD. Walaupun belum confirm lagi kena tipu tapi saya dah fikir macam-macam. Begitulah jadinya bila trip bawa ramai orang. Kepuasan hati pelanggan itu penting. Hihi.. Harap adalah si David tu menunggu kat airport sana. Eh, apasal rasa seram sejuk je badan ni. Huhu..

Menunggu boarding gate dibuka
Tarikh dan masa saya hantar whatsapp kat David. Dah baca tapi tak respon. Amat menyeramkan. Huhu..

@ MH0758 MALAYSIA AIRLINES

Jam 2.30 petang barulah boarding gate dibuka. Selepas penumpang business class masuk, kami yang membawa stroller diberi priority untuk masuk dulu ke dalam flight. Keselesaan ruang tempat duduk tak perlu nak dipertikaikan lagi. Sudah tentu lebih selesa berbanding Air Asia tetapi Oman Air yang saya naik ketika mengerjakan umrah hujung tahun lepas lagilah selesa. Rasanya naik Air Busan dari Jeju Island ke Seoul masa 2014 dulu pun selesa juga. Pada saya keselesaan tempat duduk flight bergantung pada jarak penerbangan. Kalau flight dalam 2-3 jam je takde masalah kalau seat sempit sekalipun. Tapi kalau naik flight lebih 6 jam perlu fikir juga seat yang selesa. Moment paling best sepanjang pengalaman saya naik flight setakat ni adalah masa naik Air France dari Paris ke Ho Chi Minh City tahun 2015 yang lalu. Flight tak ramai penumpang waktu tu dan kami siap occupy sorang dua seat lagi. Memang syok betul tidur sepanjang perjalanan. Hehe..

Dah boleh masuk dalam flight
We're going to Vietnam!
Setelah semua penumpang dah ada dalam flight, jam 2.55 petang flight MH0758 mula bergerak menuju ke landasan pelepasan. Anak-anak semuanya dah siap pakai headphone melayan movie. Cuma saya je yang duduk diam memikirkan hal bas di sana nanti. Kali ni nak dengar lagu pun tak berminat. Huhu.. Takpe, lagi 2 jam dah boleh tau kena tipu ke tak. Kalau Plan B tak jalan, nampaknya sepanjang trip kita jalan-jalan shopping kat Ho Chi Minh ajelah sampai 7 Ogos nanti. Hihi.. Banyak kain telekung yang boleh dibawa balik. Total luggage untuk famili kami je dah 150kg. Boleh buat bisnes kat KL nanti. Dapat cover balik expenses trip kami ni. Hehe..

Let's jom to Ho Chi Minh City!..
Seronok la anak-anak bila dapat naik MAS. Ada tv boleh layan movie. Makan pun ada. Rasanya anak-anak saya belum pernah naik Air Asia lagi. Mesti diorang pelik sebab takde tv kat depan. Makan pun takde kalau tak beli awal. Jadi kenalah standby Ipad atau phone bagi diorang main kalau kena naik Air Asia. Nanti jenuh nak menjawab soalan diorang. Huhu.. Baru 10 minit atas udara anak saya dah mula tanya pasal makan. Tanya pulak masa tengah pakai headphone. Memang kuat la suaranya. Huhu.. Sabar, kejap lagi sampai la makanan tu. Itu je lah jawapan yang boleh diberi dan standby untuk jawab soalan yang sama beberapa minit kemudiannya. Hihi.. Nasib baik flight 2 jam je dan tak sampai setengah jam makanan pun dihidang. Lega sebab tak perlu jawab soalan yang sama lagi. Tapi lepas makan nanti siap sedia dengan soalan yang lain pulak. Dah boleh agak bentuk soalan yang akan ditanya. Hihi..

Pilih la nak makan nasi atau spaghetti. Jangan mintak kedua-duanya sudah..
Dah habis makan, seperti yang dijangka soalan bila nak sampai akan keluar. Saya suruh tengok ikut cermin, kalau dah nampak daratan maknanya dah nak sampai la tu. Hehe.. Anak-anak kami semua dah mula gelisah. Ada yang kejap duduk depan, kemudian duduk belakang balik. Ada juga yang kena sound dengan stewardess ni kang. Huhu.. Nak halang pun tak boleh juga. Bagi la peluang diorang bermain. Jangan sampai penumpang lain marah sudah la. Orang lain pun bayar tiket juga. Jadi kenalah jaga privacy masing-masing. Nasib baik kami semua duduk sebaris depan dan belakang. Jadi anak-anak kami tak bergerak jauh dan tak ganggu penumpang lain. Dalam setengah jam lagi flight akan mendarat di Tan Son Nhat International Airport. Moga flight kami selamat sampai ke destinasi tujuan. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - GRABCAR  : RM114.80
  - BREAKFAST : RM46.70
  - JUMLAH       : RM161.50

JJCP VietCam: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


# TRANSPORTATION

Ini yang paling penting dan juga yang paling susah untuk saya buat keputusan. Ada banyak company sewa kereta dalam website tetapi hanya 3 company je yang saya agak percaya berdasarkan rekabentuk homepage website tu sendiri. Yang lain hanya ikut naluri saya je. Huhu.. Ada satu website tu macam cut and paste je homepage dia, lagilah susah nak percaya. Saya pun emel kepada ketiga-tiga company ni dan hanya 2 je yang berbalas. Salah satunya bagi rate per mileage dan ikut tempat yang kita nak tuju. Nampaknya terpaksalah reject awal-awal sebab dah tentu mahal. Masa saya sewa kereta dulu, perkara pertama yang saya tengok adalah option unlimited mileage sebab kita tak tau berapa jauh kita nak pergi. Bayangkanlah kalau company tu bagi free untuk first 1000km, lebih dari tu kena bayar per mileage. Dibuatnya baru separuh perjalanan dah sampai 1000km. Tak ke naya nak bayar untuk separuh lagi perjalanan. Huhu.. Itu untuk self-drive. Kalau guna driver dibuatnya dia ikut jalan jauh kita bukannya tau pun. Sia-sia je kena bayar lebih.

Vietnam Galaxy Travel guna rate per mileage

Nampaknya tinggal satu company je yang available. Agak pantas juga dia balas emel saya. Nama company tu Vietnam Budget Car Rental dan person in-charge bernama Mr. Andy Pham. Saya mencari info tentang company ni. Dalam Trip Advisor ada tourist beri komen tentang servis company ni. Agak positif komen yang diberikan membuatkan saya agak yakin juga. Saya berikan intinerary destinasi mana yang kami nak tuju masa kat sana. Saya mention pada dia yang kami nak ikut itinerary kami sendiri, bukan ikut tour yang dia cadangkan. Kang tah mana kuil yang dibawaknya nanti. Huhu.. Saya mula standby buat budget bayaran mengikut bilangan ahli. Sementara tu jom kita berkenalan dengan Andy Pham dari Vietnam Budget Car Rental ni.

Homepage company Vietnam Budget Car Rental
Ada certification tau. Tak tipu punya. Huhu..

Nampak meyakinkan tak homepage company Vietnam Budget Car Rental ni? Siap ada certification lagi tau. Hehe.. Emel pertama yang saya terima agak menarik servis yang company dia tawarkan. Kami akan dapat limousine bus yang berkadar 889.00USD with no hidden charges. Bas kami dijanjikan ada aircond, VCD, DVD player dan phone. Tak pasti phone sebiji atau port untuk charge phone. Huhu.. Kos termasuk basic english speaking driver, all of fuel, parking dan driver expense. Fuhh, seronok membacanya. Harap realitinya begitulah nanti ya. Tapi bila dapat emel kedua beberapa hari berikutnya membuatkan saya jadi kurang yakin pulak. Huhu..

Emel pertama yang saya dapat. Tengok harga dan servis yang diberi.

Belum sempat saya nak war-warkan dalam group tentang bayaran bas, saya dapat lagi emel dari Andy Pham. Dia bagitau rate naik jadi 988.00USD. Haduii, baru beberapa hari dah naik lagi 99.00USD? Lain macam ni. Huhu.. Katanya bulan Ogos peak season dan permintaan tinggi. Kebetulan ada group Muslim baru buat bayaran sewa bas. Jadi dia terpaksa naikkan kadar sewa. Aik? Takkan la baru buat bisnes kot? Patutnya masa first email lagi dah mention pasal peak season dan bagi kadar sewa sepatutnya. Huhu.. Takpe, saya cuba cari company lain lagi walaupun sebenarnya saya dah tak jumpa company yang sesuai dengan permintaan kami. Cuba dan terus cuba. Saya nak dapatkan comparison harga sewa dari company lain jika dapat.

Aik? Sewa sudah naik ke? Huhu..

Saya tak balas pun emel dia sebab tengah usaha cari company lain. Sehari lepas tu dapat lagi emel mintak saya bayar deposit 300.00USD dengan kadar segera. Lagilah buat saya kurang yakin. Tapi nak buat camna sebab masih tak dapat rate dari company lain. Reject kang takut langsung takde transport kat sana nanti. Saya dah terfikir untuk naik bas ekspress sebagai option terakhir. Tapi agak kurang selesa sebab kena angkut beg dan stroller turun naik bas nanti. Huhu..

Dia sudah mintak deposit la. Huhu..

Saya balas emel dia dan mintak untuk hold dulu sebab nak kena discuss dengan ahli group. Harga asal saya boleh terima lagi. Bila tetiba naik 99.00USD terpaksalah bincang semula. Huhu.. Andy Pham balas dan katakan bahawa saya tak perlu nak cari company lain sebab hanya company dia je yang buat servis sewa bas merentas 2 negara. Yang lain hanya cover perjalanan dalam Vietnam je. Confident je dia ye. Hehe.. Dan dia mention lagi mintak saya bayar deposit secepat mungkin. Macam memaksa pulak Andy Pham ni. Huhu.. Saya dah sedia maklumkan pada ahli group untuk membayar RM170/person sebagai bayaran bas. Kalau nak bayar lambat sikit pun takpe tapi kena bagi lepas duit deposit dulu.

Macam tau je saya mencari company lain. Hihi..

Dah takde option lain, saya amik keputusan untuk bayar juga deposit sebab takut terlepas bas. Saya buka link untuk buat bayaran. Saya mintak wife cek samada link bayaran ni valid ke tak. Takut scam je. Huhu.. Nasib baik la wife saya kerja bank dan boleh tau link ni betul atau tak. Saya sebenarnya paling fobia bila melibatkan transaction maya ni. Nak buat transfer melalui Maybank2u pun takut. Lagi puas hati bila bayar kat cash deposit machine sebab nampak duit tu masuk dalam mesin. Tapi jenuh la buang masa nak keluar rumah dan beratur kat bank. Bab online banking memang saya bagi wife uruskan. Dia lebih mahir dari saya. Hihi.. Maka bayaran deposit sebanyak 300.00USD plus tax 8.89USD telah dibuat dengan jayanya.

Bayar melalui VTC Pay. Harap bukan scam. Huhu..

Deposit dah bayar, jadi bertawakal jelah bila tiba hari kejadian nanti. Hihi.. Baki bayaran akan dibuat masa di sana selepas berakhir trip kami. Sebagai tambahan dalam servis, Andy Pham tanya jika saya perlukan free tour guide yang ada basic english. Saya confirm banyak kali dengan dia betul ke free atau ada bayaran tambahan. Dia kata budak ni part time kerja di company dia dan takde extra charge untuk dapatkan khidmat dia. Kalau camtu saya terima je. Hehe.. Jangan tetiba last day dia mintak bayaran sudah la. Harus kena maki bertubi-tubi kalau mintak extra payment. Hahah..

Guide kami. Nama english dia David

Selesai sudah semua persiapan untuk VietCam trip. Harap takde apa yang tertinggal lagi. Untuk kos makan, kami semua sepakat untuk buat collection dewasa RM80.00 dan kanak-kanak RM40.00. Nampak macam murah je kan, tapi sebenarnya bukan cover untuk keseluruhan trip. Mana cukup pun. Collection ni hanya untuk makan bersama semua famili masa kat sana. Time breakfast mungkin masing-masing bayar dan dinner pun mungkin ada famili yang nak makan sendiri masa kat night market. Yang itu kena bayar sendiri la ye. Hihi..Collection yang kami buat ni sama seperti masa kami ke Thailand dulu. Seperti biasa, Jay kami lantik sebagai bendahari trip kali ni. Jawatan ni mungkin kekal sampai berpencen selagi dia join trip famili. Hehe.. Yang tinggal sekarang hanya menunggu tibanya masa untuk travel. Moga impian untuk melihat Angkor Wat menjadi kenyataan. Wallahu 'alam.


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - BUS RENTAL              : RM850.00
  - MEAL COLLECTION  : RM320.00
  - JUMLAH                     : RM1,170.00

JJCP VietCam: Persiapan Awal #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Walaupun hanya trip ke Asia Tenggara, tetapi persiapan awal perlu dibuat sebaiknya. Tambah pula kali ni trip famili yang melibatkan anak-anak. Kena pastikan diorang sihat sepanjang perjalanan. Paling saya risau adalah cuaca ketika kat sana nanti. Harap jangan la panas sangat. Anak bongsu saya berumur 11 bulan masa travel nanti. Kulit dia amat sensitif. Orang ramai cium dia pun boleh keluar bintik ruam. Huhu.. Harap tak ramai orang cium dia kat sana. Hehe..

This is my boy, Danish Eirfan

# FLIGHT TICKETS

Daripada tarikh yang dicari dalam bulan Julai dan Ogos, nampaknya yang paling sesuai dan harga pun agak murah adalah pergi pada 3 Ogos 2017 dan balik 7 Ogos 2017. Tapi kami dapat tiket flight murah bukan turun di Phnom Penh atau Siem Reap International Airport, tetapi di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Jadi trip kali ni kami akan travel ke 2 negara. Tajuk travel pun kena gabung, Vietnam + Cambodia = VietCam Trip. Hehe.. Harga tiket yang kami dapat untuk dewasa adalah RM288.10/return dan kanak-kanak RM218.10/return. Untuk anak bongsu saya yang tak sampai setahun tu cuma kena bayar RM16.00. Kira murah juga la harga tiket flight ni sebab kami naik MAS. Anak sulung saya dah masuk kategori dewasa. Huhu.. Thanks to Jay kerana uruskan hal tiket flight kami semua.

Total air fare kami sekeluarga: RM1,316.50

# FAMILY TRAVEL INSURANCE

Dah ada tiket flight, maka insurans pun kenalah amik juga. Walaupun saya sebagai penjawat awam dan mungkin hujung tahun ni tak ke mana-mana, tapi saya tetap tak amik insurans dari kerajaan. Kalau trip famili lebih baik saya amik insurans untuk sekeluarga. Trip berdua dengan wife baru saya amik dengan kerajaan. Maklumlah kerajaan cuma bagi insurans sekali je dalam setahun. Tak claim pun tetap sekali je boleh apply. Nampak tak, dah la cuti jarang amik, kemudahan insurans pun tak buat. MC lagilah jarang amik sampaikan doktor tak kenal sebab lama tak jumpa. Adakah itu bermaksud saya pekerja yang bagus? Haha.. Untuk trip kali ni kami sekeluarga amik insurans dari Etiqa yang berharga RM85.00 dan cover sepanjang kami di luar sana. Harap takde apa-apa perkara buruk yang berlaku terhadap keluarga kami semua. Wallahu 'alam..

Masih tetap memilih Etiqa Takaful untuk insurans travel kami

# TRAVEL ITINERARY

Dah confirm tarikh travel dan tiket flight pun dah beli, barulah saya boleh start buat itinerary. Untuk menjadikan travel kali ni lebih 'bermakna', saya bercadang untuk sewa bas dari Vietnam ke Cambodia. Hehe.. Bukan naik bas lompat, tetapi sewa bas beserta driver untuk keseluruhan perjalanan darat kami di sana. Nasib baik la saya takde lesen bawak bas. Kalau tak dah tentu saya hanya sewa bas je dan drive sendiri kat sana. You know I will do it. Hihi.. Main mission ke sini adalah untuk ke Angkor Wat di Siem Reap. Saya refer pada google map dan mula susun pergerakan kami di sana nanti. Cadangan itinerary adalah seperti berikut:

- Day 01 (Khamis, 3/8/17): Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City - Phnom Penh
- Day 02 (Jumaat, 4/8/17): Phnom Penh
- Day 03 (Sabtu, 5/8/17): Phnom Penh - Siem Reap
- Day 04 (Ahad, 6/8/17): Siem Reap - Angkor Wat - Ho Chi Minh City
- Day 05 (Isnin, 7/8/17): Ho Chi Minh City - Kuala Lumpur

Paling risau masa hari ke-4 tu, sebab dari Angkor Wat terus balik ke Ho Chi Minh City. Agak jauh juga perjalanan, lebih kurang 500km bergantung kepada route yang driver pilih dan keadaan jalan raya di sana. Rasanya kat sana langsung takde highway. Majoriti jalan kampung. Huhu.. Harap takde perkara yang tak diingini berlaku sepanjang masa kami berada kat sana. Wallahu 'alam..

General route for our upcoming VietCam Family Trip

# AHLI FAMILI TRIP

Kali ni famili yang sama masa trip ke Thailand tahun lepas akan join trip ni. Tapi tak semuanya berminat. Selain famili Muiez dan Kodin, famili Abg Sabri pun tak join. Adik Miza si Aizat dan Apit pun tak dapat turut serta. Nampaknya takdelah orang yang boleh bantu layan anak-anak kami kat sana nanti. Hehe.. Jay ada bawak sorang kawan dia yang nak join trip ni iaitu Zan. Orang Bank Rakyat juga tapi cawangan di Perak. Masih ada juga famili yang takkan join trip ke Asia Tenggara. Kalau ke Europe baru nak join. Padahal orang tu pun baru sekali pergi Europe. Huhu.. Sukar nak ajak orang macam ni. Confirm banyak hal punya nanti. Baik ajak-ajak ayam je. Hehe.. Tengah menyusun senarai ahli untuk saya buat booking hotel dan sewa bas serta kos makan, wife saya kata ada satu lagi famili yang nak join. Kak Ina dan suaminya, Abg Min nak ikut sekali. Diorang tak bawa anak, berdua je lebih romantis katanya. Hihi.. Saya dah siap booking hotel. Nasib baik ada lagi bilik available hotel yang sama cuma harga lain sikit dari booking awalnya. Jadi keseluruhan jumlah ahli famili trip kali ni adalah seperti berikut:

- FAMILY 1: My Family (3 dewasa, 3 kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 2: En. Khai (4 dewasa, 1 kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 3: Saiful (2 dewasa, 3 kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 4: Wan (2 dewasa, 2 kanak-kanak) = 4 orang
- FAMILY 5: Pae (2 dewasa, 3 kanak-kanak) = 4 orang
- FAMILY 6: Abg Min (2 dewasa) = 2 orang
- SINGLE: Jay dan Zan (2 dewasa) = 2 orang

Jumlah semuanya 28 orang (17 dewasa, 11 kanak-kanak). Kira meriah juga trip kali ni sebab ramai ahlinya. Hihi.. Seronok sebenarnya trip ramai-ramai ni. Tapi yang paling penting mestilah sempoi dan senang bekerjasama. Kalau ada yang buat hal kita ikat dia kat tebing Sungai Mekong. Hahah..

The more the merrier!

# ACCOMODATIONS

Daripada itinerary yang dah saya sediakan, kami akan stay di Phnom Penh selama 2 malam, Siem Reap semalam dan Ho Chi Minh City semalam. Untuk pemilihan hotel saya akan pastikan kedudukan hotel berdekatan dengan kawasan yang mudah untuk kami meronda tanpa naik bas atau tuk tuk. Di Phnom Penh saya cari hotel yang dekat dengan sungai yang famous di situ iaitu Tonle Sap River dan Phnom Penh Night Market. Di Siem Reap saya cari hotel yang dekat dengan night market dan di Ho Chi Minh City pulak saya cari hotel yang dekat dengan restoran halal dan Ben Thanh Market. Senang sikit nak meronda bila ada masa free. Hihi.. Memang banyak pilihan hotel cuma nak dapat yang betul-betul murah dan berbaloi tu yang susah sikit. Yang penting biar semua famili puas hati dengan hotel yang saya book. Apa nak susah, Trivago kan ada. Hehe.. Saya lebih suka book hotel melalui booking.com kerana pada saya agak mudah untuk buat cancellation dan bayaran selalunya dibuat semasa check-in.

3 hotel yang saya pilih through Booking.com

# HALAL FOODS

Di Vietnam takde masalah nak mencari makanan halal. Kat area Ben Thanh Market amat banyak restoran halal. Cuma di Phnom Penh dan Siem Reap agak limited. Ada beberapa blog yang saya refer untuk dapatkan lokasi restoran halal di sana. Harap masa datang nanti restoran tu bukak atau masih beroperasi lagi. Huhu.. Sebagai persediaan awal, makanan ringan seperti roti, snacks dan air kena standby bawak dalam bas kerana dalam perjalanan takde restoran halal. Hanya di bandar je yang ada. Untuk pengetahuan, KFC di Phnom Penh adalah halal kerana semua sumber dieksport dari Malaysia. Jadi kalau dah terdesak sangat tak jumpa restoran halal boleh la cari lokasi KFC ya. Hihi.. Cuma tak pasti adakah semua KFC di Cambodia berstatus halal. Kene cek dulu tau. Wallahu 'alam..

Thanks to Fie, penulis www.travelchameleon.net

# CURRENCY RATE

Di Vietnam saya takde masalah dengan currency Dong sebab dah 2 kali sebelum ni ke sana. Cuma di Cambodia saya belum ada pengalaman lagi. Cari info dalam internet, di Cambodia matawang local yang digunakan adalah Cambodian Riel (KHR) tetapi di sana orang lebih prefer guna USD. Masa wife saya pergi money changer memang takde tukaran untuk KHR. Jadi kami terpaksa tukar duit kepada USD. Sampai sana nanti boleh cari money changer untuk dapatkan duit KHR. Tapi kena habiskan semua kat sana sebab kat Malaysia tak boleh tukar rasanya. Huhu.. Kadar tukaran wang semasa adalah seperti berikut:

Currency rate semasa untuk 4 matawang
Susah betul nak kira duit yang banyak nilai ni. Teringat kejadian Abg Fikri masa bayar duit teksi di Ho Chi Minh dulu. Rasanya beratus juga dia bayar sebab confuse dengan nilai matawang VND. Huhu.. Untuk memudahkan pengiraan, saya kira RM10.00 = 50,000.00VND dan 10,000.00KHR manakala 1.00USD = RM4.30. Harap jangan salah bagi duit masa kat sana nanti. Kene check betul-betul not duit sebelum bayar. Kat Vietnam ramai penipu. Rasanya kat Cambodia pun sama juga. Huhu..

Kami tukar duit USD dan VND

# KELULUSAN PERMOHONAN

Nak keluar negara kenalah buat permohonan kerana saya penjawat awam. Nak isi borang takde masalah. Nak berdepan dengan bos tu yang payah sikit. Nanti bos tanya soalan macam-macam pastu buat muka macam taknak approve. Huhu.. Tapi nak buat camna, kena mengadap juga kalau nak dapat approval. Nasib baik la bos tau saya ni kaki travel. Jadi setakat mintak cuti 3 hari takde masalah kot. Nak jumpa pun kene tengok mood bos dulu. Nampak dia agak ceria terus jumpa dan mintak sign. Tapi masalahnya dia selalu tak ceria dan sentiasa serius. Kena buat lawak hari-hari bagi dia senyum sikit. Lawak tu jangan bodoh sangat, nanti terus tak dapat. Hehe.. Nak mintak cuti pun susah. Alahaii.. Bila dah dapat sign, keluar dari bilik dia terus rasa macam dunia ini Ana yang punya. Hahah..

Permohonan diluluskan. Yeayy..

# UBAT-UBATAN & MAKANAN

Travel sekeluarga bermakna ubat pun kene bawak untuk sekeluarga. Paling penting ubat untuk anak-anak especially yang paling bongsu tu. Ubat kulit dan demam paling utama untuk dia. Untuk dewasa sama seperti ubat yang dibawa dalam trip sebelum ni. Nak bawak ubat lama kena pastikan tak expired lagi. Silap haribulan makin sakit dibuatnya. Huhu.. Cuaca dijangka panas dan berdebu kat sana nanti. Jadi kenalah lebih berjaga-jaga terhadap kesihatan masing-masing. Sekali dah demam memang susah nak berjalan. Belum kira menangis tak henti lagi. Sebab tu keselesaan diorang diutamakan. Yang dah tua ni tak payah la nak selesa sangat. Hihi.. Makanan tambahan pun kena prepare siap-siap. Kalau trip berdua setakat maggi, roti dan air kopi dah memadai. Bawa anak-anak confirm penuh satu troli. Biarlah diorang nak makan apa pun, janji jangan buat hal dalam bas nanti. Hehe..

Ni belum habis shopping jajan lagi tau. Haha..

Selesai sudah persiapan awal untuk trip kami. Tinggal satu je lagi perkara yang paling penting belum selesai iaitu sewa bas. Salah buat pilihan memang hancur trip kami. Ada beberapa company yang saya dah cari dalam website. Tapi dalam hati kecil saya macam tak berapa yakin dengan company bas ni. Masih lagi cari dan terus mencari. Kebanyakan dalam blog yang saya baca, diorang naik bas express dari Vietnam ke Cambodia. Bila saya buat kiraan berdasarkan bilangan ahli, rasanya lagi mahal berbanding sewa bas dan driver. Lagipun bila bawa anak-anak taknak lah kena turun naik bas. Kalau geng dewasa je takde masalah. Saya teringin juga nak naik bot rentas sempadan. Hihi.. Masa masih ada lagi untuk buat pilihan. Harap pilihan yang saya buat adalah yang terbaik dan yang paling penting tak kena tipu. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - FLIGHT TICKETS         : RM1,316.50
  - TRAVEL INSURANCE  : RM85.00
  - RATION                         : RM100.00
  - JUMLAH                       : RM1,501.50

Trip famili ke-2 bakal direalisasikan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila dah buka website Wonders of the World dan UNESCO, jadi lama lah pulak saya membacanya. Seronok bila tengok gambar tempat-tempat yang menarik dalam dunia ni. Ikutkan hati nak pergi semua tempat tu. Tapi apakan daya. Duit bukannya ada banyak pun. Kerja makan gaji susah sikit kalau nak cuti dan berjalan. Dapat pulak bos yang jenis pantang bila dengar ada orang nak bercuti. Huhu.. Cemburu juga bila dengar kawan yang senang betul mintak cuti. Ada yang guna whatsapp je apply cuti. Pastu bos pun balas OK. Fuhh, mudahnya. Kalau la dapat bos macam tu punya senang, tapi kita pulak keje main-main siap MIA tanpa alasan memang patut kena lempang laju-laju. Hahah..

Seronok pulak tengok website ni. (Ihsan Google)
Setelah kumpul beberapa pilihan destinasi, akhirnya saya pilih untuk ke Cambodia. Saya teringin nak melawat Angkor Wat, ancient archeological sites yang amat popular di kalangan tourist seluruh dunia. Bila google tempat menarik untuk dilawati, mesti Angkor Wat ada dalam senarai Top 10. Tengok gambar nampak macam menarik. Lagi best kalau dapat tengok depan mata. Hihi.. Tapi disebabkan ini adalah family trip, jadi saya kena la dapatkan persetujuan ahli yang lain. Tak adil la kalau diorang kena ikut tempat yang saya nak pergi. Mungkin juga ada yang dah pernah ke sana. Takkan la nak pergi lagi kot. Huhu..

Banyak info tentang Angkor Wat yang saya baca (Ihsan Google)
Macam biasa, pertengahan bulan Mac wife saya war-warkan tentang trip dalam group. Lagipun ahli group majoritinya kawan kerja dia di Bank Rakyat. Kawan dari pejabat saya cuma 2 orang, Muiez dan Kodin. Muiez tak dapat nak join sebab dia dah sambung belajar. Kodin pulak ada banyak program yang dia nak buat tahun ni. Takut bajet burst katanya. Hihi.. Jadi yang tinggal hanya kawan dari opis wife saya. Kalau takde yang nak join, kami satu family pun jalan juga. Hehe.. Nak dapat persetujuan dari ahli bukanlah sehari dua je. Diorang pun kena setting dengan komitmen masing-masing. Manalah tau ada yang dah plan untuk program lain time tu. Tarikh sebenar untuk trip belum ada lagi. Cadangan dalam bulan Julai atau Ogos. Sementara menunggu jawapan dari ahli group, saya mencari lagi info tambahan tentang Angkor Wat.

Tak semua family ke Thailand haritu join trip kali ni
Setelah 2 minggu akhirnya kami dapat respon dari ahli yang berminat untuk ke Cambodia. Jabar yang masih single sudah tentu pergi punya. Dia pun dah dapat sindrom 'travel bugs' macam kami. Mungkin masa travel dia berjumpa pasangan hidup kot. Hihi.. Jadi saya mintak Jabar carikan tiket flight yang berpatutan untuk tarikh di bulan Julai dan Ogos. Yang lain saya akan uruskan. Cuma saya perlu dapatkan jumlah sebenar ahli untuk book bilik hotel dan lain-lain. Pada saya persediaan untuk trip ke Asia Tenggara kena lebih fokus berbanding di Europe sebab info dalam internet tak banyak. Lagipun kali ni trip family. Kalau trip saya berdua dengan wife atau trip geng dewasa takde masalah sangat. Bila bawak anak-anak kenalah pastikan keselesaan diorang. Susunan itinerary juga lebih santai dan tak perlu nak kejar masa.

Selalu dapat whatsapp harga tiket flight murah..
Setelah dapat jumlah ahli dewasa dan kanak-kanak, saya pun mula mencari masa terluang untuk sediakan itinerary dan juga hal lain. Kerja di pejabat tetap kena selesaikan dulu. Balik kerja sampai rumah Maghrib dah penat. Nak mengadap komputer pun tak larat. Terpaksalah cari info travel masa weekend ataupun tidur awal dan bangun jam 3-4 pagi untuk buat persediaan. Huhu.. Demi hobi travel akan ku usahakan juga walaupun penat. Seronok sebenarnya buat persediaan travel ni. Lagi membuatkan rasa tak sabar nak sampai hari kejadian. Hihi.. Moga persiapan yang dibuat berjalan dengan lancar. Wallahu 'alam..

Jom travel!..

Saturday 28 October 2017

Wonders of The World or UNESCO World Heritage Sites?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Awal tahun dah dapat arahan cuti hujung tahun dibekukan. Nampaknya takdelah trip cuaca sejuk untuk 2017. Huhu.. Cadangannya tahun ni nak travel 2 kali, sekali dengan family dan anak-anak dan sekali lagi travel berdua dengan wife. Nampaknya dapat buat sekali je untuk trip 2017. Huhu.. Takpelah, nak buat camna. Kami balik dari Umrah pada awal Januari terus kami bincang untuk buat trip keluarga. Keluarga mana lagi kalau bukan trip yang join kami ke Thailand tahun lepas. Hihi.. Memang dah janji nak buat family trip beramai-ramai at least setahun sekali. Mula-mula tanya apa kata survey dulu. Akhirnya saya dapat feedback yang amat positif dari semua. Negara yang nak dilawati belum cari lagi ni. Tapi saya dah ada beberapa option untuk dipilih sebagai trip family tahunan ke-2 kami. Sebenarnya ke-3 tapi trip pertama ke Indonesia dulu hanya Jabar dan family Wan je yang join. Jadi kami jadikan Thailand sebagai trip family official kami yang pertama.

Dulu trip ke Thailand bawa kereta. Kali ni nak naik flight pulak..
Masing-masing bersetuju untuk trip ke Asia Tenggara. Baru trip family yang ke-2, kita layan dekat-dekat dulu. Nanti bila semuanya dah stabil barulah kita pergi jauh sikit. Target ke New Zealand naik caravan harap berjaya satu hari nanti. Hihi.. Kami mintak ahli travel bantu dalam persiapan trip ni. Tak larat dah saya nak cari semuanya walaupun sebenarnya boleh je sebab saya suka buat kerja ni. Hehe.. Saya cuma mintak Jabar uruskan hal beli tiket flight. Hal lain insyaAllah saya boleh uruskan. Persoalannya sekarang, kami nak travel ke mana sebenarnya ni? Huhu..

Syoknya dapat buat family trip naik caravan. Hihi (Ihsan Google Images)
Saya mencari info tentang tempat di Asia Tenggara yang sesuai untuk kami lawati. Selalunya saya akan cari dulu tiket murah dan bila dah dapat barulah fikir apa nak buat kat destinasi pilihan tu. Tapi zaman sekarang tiket flight dah murah. Setakat flight ke Asia Tenggara memang boleh dapat banyak destinasi yang menarik. Cuma masalahnya adalah tarikh yang sesuai untuk semua family. Apa-apa pun saya dah maklum kat semua supaya save cuti masing-masing untuk our next trip. Dijangkakan trip kali ni mengambil masa dalam 5-6 hari. Takut juga kalau ada yang dah abis cuti sebelum kejadian. Huhu.. Persoalan lagi sekali, nak pergi mana ni weh? Hahah..

Hang nak pi mana? Haha.. (Ihsan Google Images)
Saya google tempat menarik yang ada di Asia Tenggara. Selain dari lokasi Hard Rock Cafe sebagai tambahan dalam option, saya cari juga kalau ada tempat yang menjanjikan satu kelainan dan pengalaman baru dalam hidup kami. Jadi saya pun google tentang Wonders of the World dan UNESCO Heritage Sites. Sambil tu dapat tambah pengetahuan saya tentang keajaiban yang ada dalam dunia ni. Ada banyak kategori dalam Wonder of the World ni. Selain dari tempat klasik yang well-known dalam list 7 Wonders of the World, ada lagi kategori yang lain seperti 7 Wonders of Nature, 7 Wonders Cities, 10 Man-Made Wonders of the World dan banyak lagi kategori yang menarik. Selain tu ada juga kategori New Wonders dan juga Modern-World Wonders. Terkejut dan bangga juga saya bila terbaca bahawa Kuala Lumpur temasuk dalam senarai 7 New Wonders Cities daripada 28 finalist. Hehe..

KL termasuk dalam New 7 Wonders Cities (Ihsan Google Images)
Selain tu, saya google juga United Nations Educational, Scientific dan Cultural Organization (UNESCO) World Heritage Sites. Hingga hari ni terdapat 1073 lokasi yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO. Di Malaysia ada 5 tempat iaitu Gunung Mulu National Park, Melaka, Georgetown, Kinabalu Park dan Lenggong. Saya dah pergi 4 tempat kecuali Gunung Mulu. Mana taknya, saya baru 2 kali menjejakkan kaki di bumi Sarawak. Itupun sebab urusan kerja. Wife saya langsung tak pernah sampai sana. Huhu.. InsyaAllah dah ada dalam perancangan nak buat trip family ke Miri dan terus ke Brunei. Ada kesempatan boleh naik Maswings ke Mulu. Hehe.. Di Asia je beratus tempat yang dah diiktiraf oleh UNESCO sebagai tempat bersejarah. Seronok juga trip kali ni kalau dapat melawat tempat yang ada dalam senarai UNESCO atau Wonders of the World. Persoalan awal tadi masih belum terjawab. Hehe.. Kumpul dulu semua option yang ada. InsyaAllah ada la tempat menarik yang dituju untuk tambah pengalaman baru dalam hidup kami. Wallahu 'alam..

Banyaknya tempat bersejarah (Ihsan Google Images)