Sunday 29 October 2017

JJCP VietCam: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


# TRANSPORTATION

Ini yang paling penting dan juga yang paling susah untuk saya buat keputusan. Ada banyak company sewa kereta dalam website tetapi hanya 3 company je yang saya agak percaya berdasarkan rekabentuk homepage website tu sendiri. Yang lain hanya ikut naluri saya je. Huhu.. Ada satu website tu macam cut and paste je homepage dia, lagilah susah nak percaya. Saya pun emel kepada ketiga-tiga company ni dan hanya 2 je yang berbalas. Salah satunya bagi rate per mileage dan ikut tempat yang kita nak tuju. Nampaknya terpaksalah reject awal-awal sebab dah tentu mahal. Masa saya sewa kereta dulu, perkara pertama yang saya tengok adalah option unlimited mileage sebab kita tak tau berapa jauh kita nak pergi. Bayangkanlah kalau company tu bagi free untuk first 1000km, lebih dari tu kena bayar per mileage. Dibuatnya baru separuh perjalanan dah sampai 1000km. Tak ke naya nak bayar untuk separuh lagi perjalanan. Huhu.. Itu untuk self-drive. Kalau guna driver dibuatnya dia ikut jalan jauh kita bukannya tau pun. Sia-sia je kena bayar lebih.

Vietnam Galaxy Travel guna rate per mileage

Nampaknya tinggal satu company je yang available. Agak pantas juga dia balas emel saya. Nama company tu Vietnam Budget Car Rental dan person in-charge bernama Mr. Andy Pham. Saya mencari info tentang company ni. Dalam Trip Advisor ada tourist beri komen tentang servis company ni. Agak positif komen yang diberikan membuatkan saya agak yakin juga. Saya berikan intinerary destinasi mana yang kami nak tuju masa kat sana. Saya mention pada dia yang kami nak ikut itinerary kami sendiri, bukan ikut tour yang dia cadangkan. Kang tah mana kuil yang dibawaknya nanti. Huhu.. Saya mula standby buat budget bayaran mengikut bilangan ahli. Sementara tu jom kita berkenalan dengan Andy Pham dari Vietnam Budget Car Rental ni.

Homepage company Vietnam Budget Car Rental
Ada certification tau. Tak tipu punya. Huhu..

Nampak meyakinkan tak homepage company Vietnam Budget Car Rental ni? Siap ada certification lagi tau. Hehe.. Emel pertama yang saya terima agak menarik servis yang company dia tawarkan. Kami akan dapat limousine bus yang berkadar 889.00USD with no hidden charges. Bas kami dijanjikan ada aircond, VCD, DVD player dan phone. Tak pasti phone sebiji atau port untuk charge phone. Huhu.. Kos termasuk basic english speaking driver, all of fuel, parking dan driver expense. Fuhh, seronok membacanya. Harap realitinya begitulah nanti ya. Tapi bila dapat emel kedua beberapa hari berikutnya membuatkan saya jadi kurang yakin pulak. Huhu..

Emel pertama yang saya dapat. Tengok harga dan servis yang diberi.

Belum sempat saya nak war-warkan dalam group tentang bayaran bas, saya dapat lagi emel dari Andy Pham. Dia bagitau rate naik jadi 988.00USD. Haduii, baru beberapa hari dah naik lagi 99.00USD? Lain macam ni. Huhu.. Katanya bulan Ogos peak season dan permintaan tinggi. Kebetulan ada group Muslim baru buat bayaran sewa bas. Jadi dia terpaksa naikkan kadar sewa. Aik? Takkan la baru buat bisnes kot? Patutnya masa first email lagi dah mention pasal peak season dan bagi kadar sewa sepatutnya. Huhu.. Takpe, saya cuba cari company lain lagi walaupun sebenarnya saya dah tak jumpa company yang sesuai dengan permintaan kami. Cuba dan terus cuba. Saya nak dapatkan comparison harga sewa dari company lain jika dapat.

Aik? Sewa sudah naik ke? Huhu..

Saya tak balas pun emel dia sebab tengah usaha cari company lain. Sehari lepas tu dapat lagi emel mintak saya bayar deposit 300.00USD dengan kadar segera. Lagilah buat saya kurang yakin. Tapi nak buat camna sebab masih tak dapat rate dari company lain. Reject kang takut langsung takde transport kat sana nanti. Saya dah terfikir untuk naik bas ekspress sebagai option terakhir. Tapi agak kurang selesa sebab kena angkut beg dan stroller turun naik bas nanti. Huhu..

Dia sudah mintak deposit la. Huhu..

Saya balas emel dia dan mintak untuk hold dulu sebab nak kena discuss dengan ahli group. Harga asal saya boleh terima lagi. Bila tetiba naik 99.00USD terpaksalah bincang semula. Huhu.. Andy Pham balas dan katakan bahawa saya tak perlu nak cari company lain sebab hanya company dia je yang buat servis sewa bas merentas 2 negara. Yang lain hanya cover perjalanan dalam Vietnam je. Confident je dia ye. Hehe.. Dan dia mention lagi mintak saya bayar deposit secepat mungkin. Macam memaksa pulak Andy Pham ni. Huhu.. Saya dah sedia maklumkan pada ahli group untuk membayar RM170/person sebagai bayaran bas. Kalau nak bayar lambat sikit pun takpe tapi kena bagi lepas duit deposit dulu.

Macam tau je saya mencari company lain. Hihi..

Dah takde option lain, saya amik keputusan untuk bayar juga deposit sebab takut terlepas bas. Saya buka link untuk buat bayaran. Saya mintak wife cek samada link bayaran ni valid ke tak. Takut scam je. Huhu.. Nasib baik la wife saya kerja bank dan boleh tau link ni betul atau tak. Saya sebenarnya paling fobia bila melibatkan transaction maya ni. Nak buat transfer melalui Maybank2u pun takut. Lagi puas hati bila bayar kat cash deposit machine sebab nampak duit tu masuk dalam mesin. Tapi jenuh la buang masa nak keluar rumah dan beratur kat bank. Bab online banking memang saya bagi wife uruskan. Dia lebih mahir dari saya. Hihi.. Maka bayaran deposit sebanyak 300.00USD plus tax 8.89USD telah dibuat dengan jayanya.

Bayar melalui VTC Pay. Harap bukan scam. Huhu..

Deposit dah bayar, jadi bertawakal jelah bila tiba hari kejadian nanti. Hihi.. Baki bayaran akan dibuat masa di sana selepas berakhir trip kami. Sebagai tambahan dalam servis, Andy Pham tanya jika saya perlukan free tour guide yang ada basic english. Saya confirm banyak kali dengan dia betul ke free atau ada bayaran tambahan. Dia kata budak ni part time kerja di company dia dan takde extra charge untuk dapatkan khidmat dia. Kalau camtu saya terima je. Hehe.. Jangan tetiba last day dia mintak bayaran sudah la. Harus kena maki bertubi-tubi kalau mintak extra payment. Hahah..

Guide kami. Nama english dia David

Selesai sudah semua persiapan untuk VietCam trip. Harap takde apa yang tertinggal lagi. Untuk kos makan, kami semua sepakat untuk buat collection dewasa RM80.00 dan kanak-kanak RM40.00. Nampak macam murah je kan, tapi sebenarnya bukan cover untuk keseluruhan trip. Mana cukup pun. Collection ni hanya untuk makan bersama semua famili masa kat sana. Time breakfast mungkin masing-masing bayar dan dinner pun mungkin ada famili yang nak makan sendiri masa kat night market. Yang itu kena bayar sendiri la ye. Hihi..Collection yang kami buat ni sama seperti masa kami ke Thailand dulu. Seperti biasa, Jay kami lantik sebagai bendahari trip kali ni. Jawatan ni mungkin kekal sampai berpencen selagi dia join trip famili. Hehe.. Yang tinggal sekarang hanya menunggu tibanya masa untuk travel. Moga impian untuk melihat Angkor Wat menjadi kenyataan. Wallahu 'alam.


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - BUS RENTAL              : RM850.00
  - MEAL COLLECTION  : RM320.00
  - JUMLAH                     : RM1,170.00

No comments:

Post a Comment