About Me: Nuar Aris

Saya seorang light traveller. Mengembara jika ada peluang dan kesempatan. Impian hidup nak jejakkan kaki sebanyak mungkin di negara dalam dunia ni. Hanya masa yang akan menentukan. Travel untuk mencari pengalaman baru dalam hidup. Shopping adalah option kedua. Keutamaan lebih kepada melihat keindahan alam bumi ciptaan yang Maha Esa dan kehidupan rakyat di negara luar. Tidak perlu mengeluh dengan keadaan dalam negara masa kini jika diri sendiri tak pernah melihat keadaan di luar sana. Jika merasakan hidup amat sukar di negara sendiri atau sebaliknya, banyak lagi negara di bumi Allah ini yang kurang bernasib baik dan ada juga yang tak terjangka dek akal akan kesempurnaannya. Maka mengembaralah, buka mata dan buka minda. Duit boleh dicari tetapi pengalaman tidak dapat dijualbeli. See for yourself out there. Bumi Allah luas. Teroka selagi terdaya. Pengalaman mendewasakan kita. Bersyukur dengan apa yang ada.

Blog ini dihasilkan adalah sebagai jurnal kehidupan saya dalam mengembara mencari pengalaman hidup di negara orang. Pengalaman dan kenangan yang diperolehi akan sentiasa segar dalam ingatan dengan adanya catatan kehidupan. Satu hari nanti bila dah tak berdaya untuk melangkah, blog ini akan menjadi kenangan abadi saya bersama isteri, keluarga dan rakan-rakan. Bukan niat untuk bermegah kerana banyak negara yang dah dilawati tetapi sekadar berkongsi pengalaman bersama para pembaca atau traveller yang ingin dapatkan maklumat tentang negara yang sudah saya lawati. Tak perlu berlagak kerana ramai lagi traveller yang sudah merantau ke serata dunia. Semoga berkat ilmu saya yang sedikit dan tak seberapa ini dikongsi bersama. Wallahualam..


No comments:

Post a Comment