Thursday 25 January 2018

JJCP VietCam: Day 03 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
5 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ HARD ROCK CAFE ANGKOR
@ SIEM REAP NIGHT MARKET
@ MAHARAJAH RESTAURANT


Night scene in Siem Reap begins. Aktiviti dimulakan dengan berjalan ke Hard Rock Cafe yang terletak di seberang sungai di jalan utama. Jaraknya dari hotel cuma dalam 500 meter je. Dari jauh kelihatan bangunan Hard Rock dan simbol gitarnya yang bercahaya. Pertambahan koleksi t-shirt Hard Rock dalam almari akan berlaku sekejap lagi. Walaupun harga t-shirtnya agak mahal tetapi di mana ia dibeli itu lebih penting. Sebenarnya ada lagi penyebab utama kenapa saya suka dengan Hard Rock. InsyaAllah saya akan ceritakan lepas habis post tentang trip VietCam ni.

Siem Reap Area Map
Hard Rock Cafe Angkor di jalan utama
HRC yang ke-25 kami lawati

@ HARD ROCK CAFE ANGKOR

Kawan-kawan yang lain pun minat juga kat t-shirt HRC ni. Jadi riuh la suasana kat dalam Rock Shop dengan anak masing-masing. Hihi.. Seperti biasa, saya akan mencari design t-shirt yang belum pernah ada lagi dalam koleksi saya. City-tee dah tentu takde kat tempat lain. Tapi selalunya city-tee berwarna putih. Tu yang lemah tu. Huhu.. Akhirnya ada juga satu design yang saya takde lagi. Walaupun agak plain, tapi yang penting koleksi dalam almari kat rumah tu bertambah. Hehe.. Kenapa lah HRC Phnom Penh tak bukak lagi time ni ye. Kalau tak dah selamat 2 helai t-shirt HRC dari Cambodia saya bawak balik. Huhu.. Memang diakui harga barangan HRC ni agak mahal. Bukan setakat t-shirt, merchandise lain yang sekecil keychain pun boleh tahan mahal harganya. Bila la agaknya nak stop kumpul t-shirt HRC ni. Mungkin bila dah tak larat nak travel sendirian berhad lagi kot. Buat masa ni alhamdulillah diberikan tenaga untuk mencari pengalaman dengan cara tersendiri. Guna travel agent dah tentu tak seindah dan se'advanture' pengalaman yang diperolehi. Tenaga masih ada, tapi kalau duit takde tak boleh nak travel juga. Hihi..

Ada sale la pulak. Hihi..
Layan sekejap live band dari jauh
Misi menawan HRC ke-25 mencapai objektif

@ SIEM REAP NIGHT MARKET

Selesai cerita di dalam HRC Angkor. Dapat juga apa yang diinginkan. Sebelum meninggalkan HRC, sempat lagi melayan live rock band. Sedap juga lagu rock yang dimainkan. Malam sikit ada masa boleh pergi tengok lagi dengan geng lelaki. Tak sesuai rasanya nak tengok dengan anak-anak. Huhu.. Kami ke pasar malam yang terletak di seberang sungai. Agak crowded kawasan di sini. Walaupun dah malam, masih terasa bahangnya. Kami melihat gerai jualan yang kebanyakannya menjual pakaian. Entah kenapa kali ni macam tak berminat nak mencari t-shirt yang bertulis Siem Reap atau Cambodia. Huhu.. Baju kat rumah dah banyak sangat rasanya. Sampaikan ada t-shirt dari Venice tahun 2015 yang saya beli untuk Eimran tak sempat nak pakai sebab badan dia cepat membesar. Rezeki Eiman la nampaknya t-shirt tu. Cukuplah hanya fridge magnet dan kenangan gambar di Cambodia ya. Hihi..

Nak beli makanan tak boleh, jadi beli air buah je. Hihi..
Sebenarnya kaki ni dah letih berjalan dari pagi tadi. Esok lagi lah banyak tempat nak explore kat dalam Angkor Wat. Jadi daripada hanya tengok gerai jualan tanpa buat apa-apa, kami pun bercadang untuk pergi urut kaki. Prepare untuk perjalanan esok pagi. Hihi.. Kat sini pusat refleksologi punyalah banyak. Harga murah pulak tu, sekitar USD6-7 sejam. Tapi kami tak boleh nak pergi berurut sekali. Siapa pulak nak jaga anak-anak. Huhu.. Jadi biar geng wife pergi berurut dulu. Saya sempat google pusat refleksologi yang terbaik dan murah kat area Siem Reap ni. Kebetulan salah satu kedai tu dekat dengan restoran halal. Boleh la para suami duduk menunggu sambil minum malam. Hihi.. Agak dah takde apa yang nak dilihat di pasar malam, kami terus ke arah pusat refleksologi yang berdekatan dengan restoran halal tu.

Ada satu restoran halal di area pasar malam

@ MAHARAJAH RESTAURANT

Jam 8.40 malam kami sampai di pusat refleksologi. Restoran yang dekat dengan pusat refleksologi yang agak popular tu adalah Maharajah Restaurant. Lokasi restoran boleh check map di atas. Dekat je dengan hotel kami. Sementara menunggu isteri masing-masing pergi mengurut kaki, kami menjaga anak-anak di Maharajah Restaurant. Malam ni cuaca langsung tak berangin. Bahang terasa. Nak duduk tempat aircond kat dalam, anak-anak pulak berlari kat luar pergi tengok maknya. Jadi terpaksalah melayan bahang malam kat luar. Berpeluh jugalah walaupun minum segelas air coke sejuk. Huhu.. Apa boleh buat, negara takde 4 musim. Layankan jelah proses perpeluhan di waktu malam. Hihi.. Dah la yang si kecik tu tak boleh panas sikit, mulalah tak senang duduk dia. Terpaksa la bagi macam-macam gajet seperti straw dan tin coke kosong bagi dia main campak ke lantai. Hahah.. Alangkah bestnya jika berada di bilik hotel sekarang ni dengan aircond full blast. Boleh je nak balik hotel sebab dekat. Tapi takut bila dah mula baring langsung tak keluar bilik dah. Huhu..

Melepak kat sini
Pusat refleksologi ni selang 2 kedai dari restoran
Senyum walaupun baju dah basah. Huhu..
Jam 9.50 malam sesi refleksologi selesai. Nasib baik amik sejam je. Hehe.. Harga urut sejam cuma USD7.00 (RM30.10). Murah la tu. Tak dapat kat Malaysia harga macam ni. Wife kami amat berpuas hati dapat urut kaki. Barulah rasa lega urat kat kaki tu. Lepas ni giliran kami pulak. Wife kami nak naik terus ke bilik hotel dengan anak-anak. Jadi lepas urut kaki boleh la layan live band kat HRC. Hehe.. Dari depan hotel kami berjalan mencari satu pusat urut yang agak terkenal di sini dan harganya juga murah. Review dari pengujung pun amat baik. Tak susah pun nak cari lokasi kedai kat sini. Jam 10.10 malam kami jumpa pusat refleksologi yang dicari. Harga yang tertera masih sama seperti yang saya google. Lagi murah dari kedai yang wife kami pergi tadi. Hanya USD6.00 (RM25.80) sejam. Apa lagi, kami pun amik pakej 90 minit yang berharga USD8.00 (RM34.30). Nak amik 2 jam tak sempat dah sebab pusat tu tutup jam 12.00 tengah malam. Ambil extra setengah jam untuk back, neck and shoulder massage. Barulah betul-betul lega. Hihi..

Murah sangat urut kaki kat sini
Boleh tahan sakit jugak cara urutan kaki kat sini yang menggunakan kayu kecil. Huhu.. Mula-mula terasa pedih sebab dia tekan dan gosok kayu tu kat tapak kaki. Tapi kejap je pedih. Lepas 10 minit berdengkur juga. Hihi.. Masing-masing dah penat. Saya tersedar seketika sebab terdengar tourist mat saleh sebelah kami tergelak tengok kami berdengkur berjemaah. Hahah.. Layankan aje. Badan penat, hari pun dah lewat malam. Memang waktu sesuai pun untuk tidur masa mengurut kaki. Maaf la ye kerana mengganggu suasana harmoni kat ruang urut kaki ni. Hihi.. Jam 11.45 malam sesi urut kaki selesai. Kami terus ke HRC untuk tengok ada lagi tak live band sedang beraksi. Dari jauh tak kedengaran pun bunyi lagu. Tapi tetap lintas sungai juga untuk kepastian. Sampai kat depan HRC kelihatan staff tengah kemas pentas. Memang betul la persembahan dah habis. Huhu.. Gerai jualan di pasar malam pun banyak yang dah tutup. Yang buka cuma pub dan bar je. Kalau yang ada live band best juga, tapi tak berjumpa. Akhirnya kami berjalan balik ke hotel. Tiada aktiviti santai tengah malam nampaknya di Siem Reap. Huhu..

Amik juga la bukti pentas HRC dah kosong. Hihi..
Sampai di bilik hotel, saya bersiap-siap untuk tidur. Esok awal pagi dah kena bangun. Janji dengan driver bas untuk ambil kami jam 4.30 pagi sebab nak tengok matahari terbit di Angkor Wat. Harap wife saya yang dah tidur awal ni dapatlah kejut saya sampai bangun. Memang dia pakar kejut saya bangun tidur. Maklumlah, saya selalu tidur lewat. Nak buat macamana, perangai stay-up sejak kat sekolah asrama lagi membawa sampai sekarang. Kalau saya sorang je takpe sebab tetap bangun juga walaupun tidur hanya 3-4 jam. Masalahnya sekarang ni anak-anak pun dah mula ikut perangai yang sama. Bukan sorang tapi semuanya. Huhu.. Badan pun dah penat. Dari petang tadi dah geram tengok katil hotel ni. Baru sekarang dapat baring. Hihi.. Moga dapat bangun awal pagi ni untuk mencari pengalaman hidup yang baru. Wallahu 'alam..

Botol air dah standby untuk aktiviti esok

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - NIGHT MARKET : RM43.00
  - SUPPER             : RM17.20
  - MASSAGE          : RM64.40
  - JUMLAH             : RM124.60

**DAY 03 TOTAL EXPENSES: RM972.70