Tuesday 12 November 2013

JJCP UK & Paris : Day 13 (Part #2)


Tarikh:
23 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Hyde Park - Hard Rock Cafe - Harrods)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Hyde Park

Dari Royal Albert Hall kami berjalan kaki menuju ke satu lagi The Royal Parks, iaitu Hyde Park yang terletak bersebelahan dengan Kensington Gardens, cuma dipisahkan dengan sebatang jalan yang merentasi kedua-dua taman ni. Di tengah-tengah Hyde Park terdapat satu tasik yang besar iaitu The Serpentine yang mengunjur dari Kensington Gardens. Kami singgah di Princess Diana Memorial Fountain. Apa yang ada kat sini hanyalah air yang mengalir berbentuk bulatan yang besar. Kami bergambar sebagai kenangan.

Monument yang terdapat di Princess Diana Memorial Fountain
Air yang mengalir berbentuk bulatan besar di Princess Diana Memorial Fountain
@ The Serpentine Lake

Kami meneruskan perjalanan menyusuri The Serpentine yang cukup menenangkan jiwa. Sesuai sungguh menikmati keadaan macam ni sebelum pulang ke Malaysia esok. Kami berjalan hingga ke hujung taman untuk menuju ke Hard Rock Cafe. Terdapat War Memorial dan pintu gerbang untuk keluar masuk ke taman ni. Berakhirlah sudah perjalanan kami menikmati taman yang indah di London. Lokasi Hard Rock Cafe tak berapa jauh dari Hyde Park. Kami tiba di depan Hard Rock Cafe jam 3.40 petang. Cuaca dah mula nak gelap. Confirm kami keluar dari Rock Shop nanti dah malam.

Suasana di The Serpentine Lake yang mengujakan
Fun fair yang terletak di seberang tasik
Taman kat UK kalau takde haiwan yang jinak memang tak sah
Kawasan yang sesuai untuk bawak basikal
Pintu gerbang di hujung taman
Di depan Hard Rock Cafe London
@ Harrods

Jam 4.15 petang kami keluar dari Hard Rock Cafe. Destinasi seterusnya adalah ke tempat yang mesti kena pergi kalau ke London. Mana lagi kalau bukan Harrods! Katanya harga barang di Harrods London lebih murah berbanding di Harrods KLCC. Nak beli beg biasa yang ada tulis Harrods pun nak dekat ratus-ratus harga dia. Bukan jual beg, tapi jual brand. Huhu.. 15 minit berjalan kaki dari Hard Rock Cafe kami tiba di pintu masuk Harrods. Sungguh besar Harrods London nih. Tak cukup sehari kalau nak ronda keseluruhan store. Tengok dari luar pun dah nampak eksklusif. Rasanya tak payah tengok price tag pun dah tau mahal. Hehe.. Kami takde pun nak explore semua department dalam Harrods ni. Kami cuma pergi ke bahagian barangan Harrods je. Haa, yang tu kami mampu. Hehe.. Wife saya mula keluarkan list barangan yang dipesan kawan-kawan. Ramai jugak kawan yang pesan barang kat kami. Operasi mencari barangan Harrods pun bermula.

Harrods di waktu malam
It's a luxury departmental store
Memang betul, boleh dikatakan murah jugakla harga barang di sini berbanding di KLCC. Saya sendiri tak pernah masuk Harrods di KLCC tu. Wife saya dah tentu pernah masuk punya. Mana ada shopping complex yang dia tak pernah masuk kat KL ni. Walaupun dia tau saya tak gemar nak window shopping ni, tapi kawan-kawan dia sudi membantu. Hehe.. Setelah hampir sejam setengah kami kat dalam Harrods, jam 6.00 petang kami keluar. Kami rehat sekejap di luar sementara menunggu tambang tube murah jam 7.00 malam. Agak crowded jugak kawasan di Knightsbridge ni.

Sempat bergambar dengan ikon Harrods sebelum keluar
Tepat jam 7.00 malam, kami turun ke Knightsbridge Underground Station yang terletak di sebelah Harrods. 15 minit kemudian tube Piccadilly Line menuju ke Uxbridge pun sampai. Punyalah ramai orang dalam tube sampaikan terpaksa bersesak-sesak nak naik. Tapi lepas separuh perjalanan dah mula clear. Baru dapat tempat duduk. Kami tiba di Uxbridge sejam kemudian. Hari ni kami taknak makan di UXB Kebabs & Burgers. Kami cuma beli makanan ringan di Tesco Metro yang berharga GBP5.90. Sebenarnya di Tesco pun ada jugak makanan halal yang dijual. But only in selected Tesco. Boleh check kat website Tesco UK.

Walking tour dari Kensington Gardens ke Harrods melalui Hyde Park dan Hard Rock Cafe
Underground tube (Piccadilly Line) from (A) Knightsbridge to (B) Uxbridge = 60 minutes
Jam 9.00 malam kami menunggu bas di hadapan Tesco Metro. 5 minit menunggu, bas 222 pun sampai dan membawa kami ke Ferndale Crescent. Jam 9.20 malam kami dah berada di Bilik Tamu. Malam ni agak lewat kami tidur. Masa untuk kami mengemas barang. Saya memang sentiasa bawak portable digital scale kalau keluar negara. Senang nak kira berat beg. Tak perlu pening kepala masa kat airport nanti. Dapatlah bawak balik barang semaksimum yang boleh. Jam 12.30 malam aktiviti mengemas dan menimbang beg selesai. Legaa.. Kami tidur dan menikmati mimpi malam terakhir di UK. Esok last day di sini. Tak sabar nak balik Malaysia jumpa anak-anak dan bagi mainan yang dibeli disini. Beli kat UK tuu.. Tapi made in China jugak. Hehe.. Harap-harap diorang sukalah hendaknya.. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Supper        : RM29.50
  - Bilik Tamu : RM200.00
  - Jumlah       : RM229.50

**Day 13 Expenses: RM390.00

*Website yang membantu:

Hyde Park

Hard Rock Cafe London

Harrods London

Tesco UK

My Pictures Video

Monday 4 November 2013

JJCP UK & Paris : Day 13 (Part #1)

Tarikh:
23 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Portobello Market - Malaysian Hall - Kensington Garden - Royal Albert Hall)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.30 pagi. Kami sambung kemas barang. Esok dah nak balik. Kena pilih barang mana yang nak bawak balik dulu dan yang nak pos. Kalu boleh nak bawak balik semuanya, tapi kalau berat lebih kat airport nanti kena bayar lebih. Agak mahal jugak nak bayar. Lebih baik pos je. Cuma barang yang dipesan oleh kawan-kawan kena bawak balik dulu. Yang lain sampai lepas 3 bulan pun takpe. Hari ni kami nak meronda London lagi sekali, tapi lokasi yang berlainan. Jam 8.00 pagi kami turun ke dapur untuk breakfast. Menu hari ni cuma roti dan jem aje. Cukuplah untuk alas perut. Lagipun dah masuk dalam kos sewa bilik. Rugi kalau tak makan.

Lepas pukul 9 pagi, tak ramai orang naik tube. Yezzaa..
Jam 9.30 pagi kami keluar dari Bilik Tamu dan menuju ke Uxbridge. Destinasi pertama kami adalah nak ke Portobello Market. Wife saya teringin sangat nak ke situ. Dia minat betul dengan cerita Notting Hill lakonan Hugh Grant dan Julia Roberts di area Portobello Market.  Saya pun ikut je sebab Malaysian Hall pun tak jauh dari Notting Hill. Boleh singgah lunch kat situ. Kami naik tube Piccadilly Line ke Hammersmith Station. Ada banyak option untuk ke Portobello Market. Ada route yang murah sikit harga tiket tube. Kena pandai cari. Macam saya ni belasahkan aje. Tak kisahla mana-mana route pun, tube yang jalan dulu saya naik. Sebelum naik kami top-up Oyster Card bernilai GBP20.00.

Underground tube (Piccadilly Line) from (A) Uxbridge to (B) Hammersmith = 45 minutes
Kene jalan kaki ke station sebelah untuk tukar tube
Sampai di Hammersmith Station jam 11.00 pagi. Kami tukar tube Hammersmith & City Line ke Ladbroke Grove Station. 10 minit perjalanan kami tiba di Ladbroke Grove Station. Kami berjalan kaki menuju ke Portobello Rd. dimana Portobello Market berada di sepanjang jalan tersebut. Ada 2 bahagian kat market ni. Kalau dari Ladbroke Grove akan lalu bahagian barang-barang harian dan buah-buahan dulu. Kemudian bersambung dengan bahagian menjual barang-barang antik sampailah ke hujung jalan. Kami melihat setiap barangan yang dijual di gerai sepanjang jalan. Agak menarik barang yang dijual. Boleh la nak beli sebagai souvenir dari London.

Underground tube (Hammersmith & City Line) from (A) Hammersmith to (B) Ladbroke Grove = 10 minutes
Makan Cafe. Made in Malaysia..
Di bawah highway kat Portobello Rd. ada satu restoran Malaysia. Namanya Makan Cafe. Kami tak masuk pun dalam restoran tu sebab perut masih kenyang lagi. Kami cuma bergambar di luar restoran dengan rasa bangga kerana ada rakyat Malaysia yang berniaga di sini. Kami menyusuri sepanjang jalan hingga ke satu simpang. Kat simpang inilah terdapat "house with the blue door" yang digunakan dalam filem Notting Hill. Diseberang jalan pulak terdapat kedai Coffee Republic dimana scene Hugh Grant tertumpah air di baju Julia Roberts. Suka betul wife saya bila dapat sampai di sini. Mana taknya, rasanya lebih 20 kali dah dia tengok filem tu. Huhu.. Saya pun terpaksa join tengok sekali.

Masa untuk jalan-jalan di Portobello Market
House with the blue door.. Fanatik betul wife saya ni..
Coffee Republic di seberang jalan
Kedai di simpang jalan
Letih jugak kalau singgah setiap gerai yang ada
Kenangan sebelum meninggalkan Portobello Market
Kami berjalan kaki sehingga ke hujung Portobello Rd. Dalam sejam setengah jugak la kami berjalan di Portobello Market yang sejauh 1.5 km ni. Jam 12.45 t/hari kami berjalan menuju ke arah Notting Hill Gate. Dalam perjalanan tu ada couple omputih datang bertanyakan arah ke Portobello Market. Wah, dah rasa macam resident kat situ je saya ni. Saya menunjukkan jalan ke arah Portobello Market dengan bangganya. Hehe.. Dalam 10 minit berjalan kaki melalui kawasan perumahan, kami tiba di jalan utama Notting Hill Gate. Kat sini pun banyak jugak restoran halal di sepanjang jalan. Tapi kami nak makan di Malaysian Hall. Kami berjalan menuju ke Malaysian Hall yang terletak tidak jauh dari Notting Hill Gate.

Portobello Market Walking Tour - Dari Ladbroke Grove hingga ke Notting Hill Gate
Di area Notting Hill Gate
Entah macam mana kami boleh tersilap masuk simpang. Tak jumpa Malaysian Hall. Rupanya kami termasuk satu simpang awal. Sepatutnya kene masuk simpang yang berikutnya. Kami menghabiskan masa berjalan hingga ke hujung jalan dan masuk semula ke simpang yang betul. Kami sampai di Malaysian Hall jam 1.30 petang. Kelihatan ramai orang Malaysia di bahagian luar bangunan. Kami terus naik tangga dan masuk ke dalam. Silap pintu rupanya. Bahagian atas adalah ruang pejabat. Kalau nak ke kantin dan ruang solat kena turun bawah. Hehe.. Kami turun tangga ke bahagian basement. Bukak je pintu memang ramai orang Malaysia sedang makan disitu. Famili yang kami jumpa masa di Paris haritu pun ada disitu. Di bawah tu ada kantin, tandas dan ruang solat. Kami mencari meja kosong dan terus order makanan. Masa saya beratur tu saya perasan ada sorang yang saya macam kenal je muka dia. Time amik nasik saya bertanya pada dia. Memang betul pun dia tu member sekampung di Kuantan. Tak sangka dapat berjumpa dengan Kimi! Last saya jumpa dia tahun 1996, lebih kurang 16 tahun tak berjumpa. Masa last saya jumpa dia memang dia ada bagitau yang dia nak ikut abang iparnya kerja di UK. Tak sangka pulak dia kerja kat Malaysian Hall.

From (A) Notting Hill Gate to (B) Malaysian Hall = 1 km
Long time no see my friends
Lepas makan nasi ayam dan nasi berlauk yang berharga GBP12.10, kami berehat seketika. Hmm, agak mahal jugak harga makanan kat sini tapi kami tak kisah sebab rasanya sama macam makan kat Malaysia. Sedap! Kemudian saya berborak dengan Kimi di luar. Dari 1997 dia dah duduk di UK. Mula-mula kerja dan sekarang kerja sambil belajar di kolej. Memang berubah betul penampilan dia. Tapi masih ada lagi kerak-kerak Kuantan kat muka dia. Sebab tu boleh kenal lagi. Hehe.. Apa yang berubah adalah warna kulit. Faktor cuaca main peranan dalam perubahan warna kulit. Tak perlu fair and lovely. Hehe.. Marah jugak dia kat saya sebab tak bagitau nak datang UK. Bila saya bagitau esok nak balik lagi dia bengang. Takpe Kimi, ada rezeki saya datang lagi, insyaAllah. Dah lama jugak dia tak balik Malaysia. Umur dah 33 tahun tapi masih single. Nak kawin dengan orang putih mak tak bagi katanya. Hehe.. Setelah ucap selamat tinggal pada Kimi, kami meninggalkan Malaysian Hall jam 2.30 petang.

Kensington Gardens Walking Tour
Kami berjalan di Kensington Gardens yang terletak di seberang jalan besar. Kensinton Garden adalah satu daripada lapan taman dalam kategori The Royal Parks, sama seperti St. James's Park. View di sepanjang taman ni memang superb. Lagi sekali kami rasa kagum dengan cara orang di sini preserve and conserve taman yang begitu indah. Respect sungguh. Apa yang menarik di sini adalah Princess Diana Memorial Playground, Kensington Palace dan banyak statue yang merata di sekitar taman. Kami berjalan hingga ke hujung taman. Di seberang jalan kelihatan Royal Albert Hall, tempat dimana Siti Nurhaliza pernah buat persembahan di situ. Bila tengok struktur bangunan Royal Albert Hall depan mata kami, memang kami respect pada Siti Nurhaliza. Bukan calang-calang artis yang dapat buat persembahan di sini. Malaysia Boleh!

Round Pond di tengah Kensington Gardens
Saujana mata memandang. Tenang terasa..
Albert Memorial di Kensington Gardens
Royal Albert Hall. We salute you, Siti Nurhaliza!
Ketenangan jiwa jelas dirasai bila berada di Royal Parks. Taman di Malaysia pun apa kurangnya. Cuma apa yang lebih di sini adalah cuacanya. Jelas cuaca yang dingin ditambah dengan suasana persekitaran yang indah menjadikan hidup lebih tenang dan selesa. Malaysia pun boleh jadi macam ni. Cuma, seperti yang saya pernah ceritakan sebelum ni, attitude rakyat kena ubah dulu. Kesedaran sivik tu penting dan disiplin yang tinggi harus ada dalam diri masing-masing, barulah dapat menikmati hidup yang lebih bermakna di negara sendiri. Saya tetap sayangkan negara tumpah darahku. InsyaAllah, satu hari nanti impian akan jadi kenyataan. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Oyster Card  : RM100.00
  - Lunch            : RM60.50
  - Jumlah          : RM160.50

*Website yang membantu:

Portobello Market

Notting Hill Movie

Malaysian Hall

Kensington Gardens

Royal Albert Hall

JJCP UK & Paris : Day 12 (Part #2)

Tarikh:
22 November 2012

Lokasi kejadian:
London (Downing Street - Guard House - St. James's Park - Buckingham Palace - Travalgar Square - Piccadilly Circus)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ Downing Street

Jam 1.40 petang kami meneruskan perjalanan ke Downing Street. Bila sampai je kat situ, kelihatan ramai orang yang menunggu di pintu pagar 10 Downing Street. Tak pasti apa yang diorang tunggu. Tapi yang pastinya itulah pejabat Prime Minister Britain. Mungkin kejap lagi PM nak keluar, sebab tu diorang tunggu. Takde masa saya nak menunggu sekali. Dapat amik gambar kat pintu pagar pun dah cukup. Hehe.. Kami teruskan berjalan kaki sepanjang Whitehall dimana terletaknya Cabinet Office dan Scotland Office. Tujuan kami berjalan di sepanjang jalan ni adalah nak tengok horse guards yang terletak di sebelah Scotland Office. Changing of the horse guards kat sini kurang famous kalau nak dibandingkan dengan di Buckingham Palace tapi orang ramai berpeluang nak tengok dengan lebih dekat lagi. Kalau kat Buckingham Palace memang penuh orang yang tengok. Kebetulan kami ni datang bukan time peak season, jadi kami berpeluang nak tengok masa orang tak ramai. Hehe..

Di pintu pagar 10 Downing Street. Ramai jugak orang menunggu..
Tak pasti apa tujuan diorang ni kat sini. Locals rasanya..
Di sepanjang Whitehall
Banyak betul monument di sepanjang jalan Whitehall ni
Di depan Cabinet Office
@ Horse Guards

Sampai di depan horse guards jam 1.55 petang. Teringat saya cerita Mr. Bean yang ganggu horse guards ni. Memang seperti dalam cerita tu, guard kat sini betul-betul menjalankan tugas. Tak kisahla banyak mata memandang kat dia, tapi dia tetap pandang terus ke depan. Tak kisah langsung tentang distraction dari tourist kat depan dia. Hebat.. Sorang duduk atas kuda dan sorang lagi berkawad dari pintu depan terus ke pintu belakang berkali-kali. Mungkin itu rutin harian yang dia kena buat kot. Yang penting dia tak ganggu orang ramai. Tapi rasanya orang ramai yang ganggu dia kot. Hehe.. Jelas tahap disiplin yang tinggi perlu ada pada setiap guards kat sini.

Horse Guard. Topi dia sampai tutup mata tu. Hehe..
Guard tengah kawad dalam terowong..
Di padang kawad. Update jangan tak update..
Lepas ni nak berjalan kat taman belakang tu, St. James's Park.
Mudahnya bergambar bila tak ramai orang. Hehe..
@ St. James's Park

Dari depan pintu horse guards tu kami berjalan ke bahagian belakang, mengikut guard yang tengah kawad tu. Ada padang kawad yang luas dimana horse guards parade berlangsung di situ masa musim summer. Tak merasa la kami nak tengok parade tu. Kami teruskan perjalanan menuju ke St. James's Park yang terletak di seberang jalan. Amat luas St. James's Park ni. Banyak haiwan yang jinak berkeliaran bebas kat taman ni. Apa yang saya kagumkan adalah bagaimana taman ini dijaga dengan sebaiknya. Memang tenang kalau duduk melepak kat sini. Ditambah dengan cuaca yang dingin, memang teruja betul. Kami berjalan sepanjang taman ini untuk ke Buckingham Palace, headquarters of the British Monarch and the residence of The Queen.

Ada tasik kat St. James's Park ni. Cool view..
Tupai kat sini jinak, tak takut orang
Releks je budak ni bagi tupai makan
Kerusi untuk merehatkan minda..
Burung pun belambak kat sini..
Cubaan untuk 'berkenalan' dengan tupai di situ..
Berdiri kat sebelah pun tupai ni tak lari..
Angsa ni pun jinak jugak.. Ada pagar yang buat lagi berani tu. Hehe..
@ Buckingham Palace

Jam 2.25 petang, setelah kami sampai ke hujung St. James's Park, akhirnya kami sampai di Buckingham Palace. Pemandangan di sekitar Buckingham Palace ni amat menakjubkan. Ada satu roundabout yang besar di depan palace ni dan ditengahnya adalah Victoria Memorial. Tak ramai sangat tourist yang ada kat situ. Kalau time peak season ataupun time ada parade dah tentu penuh tempat ni dengan manusia. Bagus jugak berjalan time bukan peak season ni. Walaupun terlepas banyak event, tapi at least berpeluang melihat sepuasnya Buckingham Palace ni tanpa gangguan. Nak amik gambar pun senang. Kami bergambar sepuasnya di depan Buckingham Palace dan kawasan sekitarnya.

Dari jauh dah amik gambar Buckingham Palace
Tak ramai pun tourist hari ni..
Victoria Memorial di depan Buckingham Palace
Ada tourist lain tolong amik gambar ni. Tq..
Antara monument yang ada kat Victoria Memorial
Pintu masuk ke Buckingham Palace. Setakat amik gambar dari luar je..
Tak dapat tengok Queen, dapat tengok Prince William dan Kate Middleton pun jadi la..
Pintu pagar ke taman di sebelah Buckingham Palace pun nampak grand
Hampir setengah jam kami berada di Buckingham Palace, setelah banyak gambar yang dah diambil, kami meneruskan perjalanan ke arah Trafalgar Square. Kami melalui sepanjang jalan yang lurus, The Mall. The Mall banyak digunakan dalam filem sebab jalannya luas, lurus, dan background Buckingham Palace yang amat cantik. Sama seperti jalan dari Trocadero ke Eiffel Tower. Filem melayu pun banyak buat kat sini, padahal Putrajaya pun apa kurangnya. Filem bajet lebih boleh la buat kat oversea. Baru nampak ummph. Hehe.. Di sepanjang The Mall terdapat banyak monument yang cantik. Memang tradisi kat negara omputih rasanya, asal bandar je banyak betul monument. Untuk memperingati kesan sejarah negara dunia pertama kot. Banyak betul sejarah diorang. Sure letih budak-budak sekolah nak study dan jawab exam sejarah. Hehe..

Duke of York Memorial di tepi jalan besar The Mall
Daun kering yang gugur di sepanjang The Mall pun nampak menarik
Ministry of Defence. Dah macam kubu perang je rupanya
Admiralty Arch. Lepas gerbang tu Trafalgar Square
@ Trafalgar Square

Di hujung The Mall terdapat gerbang yang besar dinamakan Admiralty Arch. Melepasi gerbang tu adalah Trafalgar Square. Saya masih teringat game monopoly yang saya main masa kecik dulu. Trafalgar Square antara 'harta' yang saya mesti nak beli. Tak tau kenapa. Padahal Mayfair yang paling mahal. Memang betul Mayfair adalah kawasan orang kaya-kaya kat London. Lokasinya dekat je dengan Buckingham Palace. Lebih kurang macam Bangsar kalau kat Malaysia. Ada satu roundabout yang besar di tengah Trafalgar Square. Saya ternampak satu bangunan kat tepi roundabout tu. Rupanya Tourism Malaysia terletak kat sini. Kira hebat la tu, dapat lokasi kat tengah-tengah Trafalgar Square! Lagi mudah nak promote Visit Malaysia. Trafalgar Square antara tempat yang paling ramai orang melepak. Ada satu kawasan yang lapang di depan The National Gallery. Nelson's Column juga terletak di situ. Monument jangan cakap la, memang belambak. Kami pun melepak sekejap kat situ. Amik gambar pemandangan sekitar.

View Trafalgar Square dari jauh
Tourism Malaysia terletak kat area hotspot
Sayangi Malaysia walaupun hujan batu menimpa..
Depan The National Gallery
Satu daripada empat ekor singa penjaga Nelson's Column di Trafalgar Square
Fountain yang terdapat di tengah Trafalgar Square
Nelson's Column. Tingginya..
Jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Lagi sejam dah nak malam. Kami meneruskan perjalanan ke arah Piccadilly Circus, juga favourite hotspot untuk melepak. Kami singgah di restoran melayu yang terletak kat tepi jalan antara Trafalgar Square dan Piccadilly Circus. Nama restoran ni Jom Makan Cafe. Nama pun dah melayu, sure halal punya kan. Tapi apakan daya, restoran ni dah tutup. Bukan tutup kerana dah lewat petang, tapi tutup terus. Huhu.. Masa kami lihat-lihat menu yang ada ditulis kat luar restoran, ada sorang lelaki ni tegur kami dan bagitau yang restoran ni dah stop business lebih kurang 2 minggu yang lalu. Hampa betul kami. Dah la memang itinerary kami nak makan kat sini. Nak cari restoran yang lain takut tak berjumpa. Last option, of course UXB Kebabs & Burgers kat Uxbridge. Sebelum balik ke Bilik Tamu kena singgah makan malam dulu.

Jom Makan Cafe.. Malaysia Boleh!
Tapi dah tutup. Menu je yang tinggal kat luar.. Huhu..
@ Piccadilly Circus

Kami sampai di Piccadilly Circus jam 3.45 petang. Kawasan ni agak happening especially waktu malam. Bangunan keliling Piccadilly Circus ni penuh dengan billboard dan signboard yang berwarna warni. Kebetulan pulak hari ni pay-day. Gaji setiap hari khamis. Memang ramai la yang akan mabuk malam ni. Huhu.. Kami masuk ke dalam kedai sukan terbesar di situ, Lillywhites. Lebih kurang sama macam Sports Direct je. Mungkin syarikat yang sama atau anak syarikat kot. Tak kisahlah, yang penting harga barang dalam kedai tu memang murah-murah belaka. Agak rambang mata jugak dibuatnya. Kami mula menjelajah dari tingkat ke tingkat, yang paling lama tingkat yang menjual jersi bola dan ragbi. Memang terbaiklah harga jersi kat sini.

Muzium Ripley's ada kat Piccadilly Circus
Skrin besar yang mewarnai Piccadilly Circus di waktu malam
Lama jugak kami kat dalam Lillywhites. Memang ada dalam itinerary kami melawat kedai sukan kat sini. Ada jugak barang yang dipesan kawan-kawan. Bahagian yang paling best selain jersi adalah kasut sukan. Fuhh.. Boleh abis duit kalau iman tak kuat. Hehe.. Belek punya belek, hampir 2 jam kami kat dalam Lillywhites. Jam 5.50 petang kami keluar. Dah malam tapi disebabkan cahaya dari billboard dan signboard yang berwarna warni membuatkan kawasan tu jadi happening. Orang dah mula keluar dari tempat kerja masing-masing. Agak crowded kawasan di situ. Kami pun tumpang sekaki melepak kat depan Lillywhites sambil melihat gelagat orang ramai. Kami tunggu sampai pukul 7.00 malam baru kami nak naik tube. Murah sikit. Lagipun inilah peluang kami nak tengok cara orang hidup orang kat sini especially selepas dapat gaji. Huhu.. Ada jugak yang datang tegur kami, tanyakan tentang waktu dan ada jugak yang nak pinjam lighter. Saya layankan aje. Mula-mula takut jugak kalau diorang guna taktik nak pick pocket. Tapi disebabkan orang ramai, jadi saya takdelah rasa takut sangat.

Walking tour dari Robert Clive Memorial hingga ke Piccadilly Circus
Suasana malam di Piccadilly Circus
Orang mula pulang dari kerja.
Depan Lillywhites
Melepak kat tepi tangga tube sambil melihat kerenah orang ramai
Tepat jam 7.00 malam, kami turun tangga di depan Lillywhites untuk naik underground tube. Kami naik underground tube Piccadilly Line. Bila dah naik baru saya perasan walaupun namanya Piccadilly Line, tapi tak semestinya laluannya sama. Ada Piccadilly Line yang menuju ke Uxbridge dan juga ke Heathrow Airport. Sepatutnya kena tengok sign kat kepala tube. Tapi disebabkan masa kami turun, tube tu dah ada. Kami pun selamba je naik. Tak sempat nak keluar dah. Saya tengok map yang tertulis kat dinding tube. Kami kena turun di Acton Town untuk tukar tube ke Uxbridge. Orang yang naik tube agak ramai. Keadaan agak crowded membuatkan kami terlepas Acton Town Station. Saya dah nak turun tapi disebabkan wife saya tengah asyik melayan iPad, pintu tube pun tertutup dan bergerak. Huhu.. Kami turun di station yang berikutnya, South Ealing. Lepas tu kene lintas ke seberang untuk naik tube ke Acton Town balik. Kami naik Piccadilly Line ke Acton Town, kemudian naik Piccadilly Line yang lain menuju ke Uxbridge. Jam 8.30 malam kami tiba di Uxbridge Station. Kami berjalan kaki menuju ke UXB Kebabs & Burgers dengan harapan kedai tu tak tutup lagi. Kat UK ni time winter banyak kedai yang tutup awal. Nasib kami baik. Dapatlah kami isi perut kami yang seharian dipenuhi dengan udara je. Brrrpp.. Alhamdulillah..
 
Actual route: Underground tube Piccadilly Line from (A) Piccadilly Circus to (B) Uxbridge = 65 minutes
Di station yang tak sepatutnya kami berada. Huhu..
Baca paper pulak. Takpe, Uxbridge station yang terakhir. Confirm tak terlepas..
Our dinner.. Feels good..
@ Uxbridge

Jam 9.15 malam kami tunggu bas di depan kedai. Kami naik bas U5 menuju ke Ferndale Crescent. Selain dari bas 222, bas U5 pun lalu Ferndale Crescent. Jam 9.30 malam kami dah berada di Bilik Tamu. Macam biasa, kami bersihkan diri, kemas barang, berehat dan tidur. Selesai sudah trip ke kota London part 1 yang memenatkan. Walaupun letih dan penat, yang penting banyak pengalaman baru yang kami lalui hari ni. Pengalaman yang tak mungkin kami lupakan dalam hidup. Esok bersedia untuk hadapi part 2 pulak. Time to recharge for tomorrow.. Sudah tentu tahap kepenatan sama seperti hari ni. Silap haribulan lagi penat kot. Wallahualam..

Bus (U5) from (A) Uxbridge to (B) Bilik Tamu = 10 minutes
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Dinner        : RM49.50
  - Bilik Tamu : RM200.00
  - Jumlah       : RM249.50


**Day 12 Expenses: RM293.75

*Website yang membantu:

10 Downing Street

Horse Guards Parade

 St. James's Park

Buckingham Palace

Admiralty Arch

Trafalgar Square

Piccadilly Circus

Lillywhites

London Walking Tours

My Pictures Video