Showing posts with label Persiapan Australia. Show all posts
Showing posts with label Persiapan Australia. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

JJCP Australia: Persiapan #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2 hari terakhir sebelum bertolak, selepas amik wife dari office terus bergerak ke Kuantan untuk hantar anak-anak. Anak-anak saya suka jika berada di Kuantan kerana ramai sepupu yang sebaya dengannya. Dapatlah main puas-puas selama seminggu ni. Dalam perjalanan saya nasihatkan anak-anak saya supaya ikut cakap nenek, kalau tak ayah taknak beli apa-apa kat Australia nanti. Ugut je, harap-harap diorang ikut kata. Tapi beli tetap beli untuk anak-anak tersayang.

Pagi sabtu selepas breakfast, setelah mencium anak-anak yang masih tidur, saya dan wife pulang ke KL. Ada lagi agenda yang belum selesai. Sampai di KL terus cari barang souvenir dari KL yang telah dipesan oleh anak abang di Australia. Katanya nak bagi cikgu diorang kat sana. Majalah ala-ala remaja pun diorang suruh beli sekali. Dah lama tak baca majalah Malaysia katanya. Biasa lah, anak dara meningkat remaja.. K-Pop, J-Pop, Lolli-Pop semua fanatik tak ingat dunia.

Lepas tu saya ke Mid Valley untuk tukar duit Australian Dollar. Banyak review yang kata kat Mid Valley ni rate di rendah sikit berbanding tempat lain. Ada dua kedai money changer kat tingkat LG. First saya turun eskalator terus jumpa satu kedai kat tengah-tengah antara eskalator tu. Nama kedainya Wawasan Sentosa. Orang yang beratur punyala panjang. Confirm best rate nih. Kawan saya pernah bagitau ada satu kedai lagi tapi tersorok sikit, dalam kedai majalah. Lepas saya dah amik rate dari kedai Wawasan tu, saya mencari kedai yang satu lagi. Jumpa akhirnya, dalam kedai majalah NZ. Bila cek rate dia, 1AUD = 3.25 rendah RM0.01 dari Wawasan Sentosa. Try untuk nego best price tapi tak dapat sebab dia kata rate dia lagi rendah dari Wawasan Sentosa. Pada saya kalau nak tukar sikit tak menjadi masalah kat mana-mana money exchange pun. Tapi kalau nak tukar nilai yang banyak memang berbaloi cari rate yang rendah walaupun 1 sen. Pandai-pandai lah kira sendiri ye. First time dalam hidup saya pergi tukar duit kat money exchange. Rasa excited bila pegang duit Australian Dollar nih. Hehe..

Ni la kedai yang dikatakan boleh bagi best rate. Ye ke?
Lepas tu saya mencari car charger untuk bateri kamera saya. Terpikir kalau bateri abis tengah jalan boleh charge dalam kereta je. Tempat orang, mesti banyak gambar yang nak diambil kan. Walaupun kamera compact jenis olympus 12MP je tapi dah banyak jasa yang dia berikan selama ni. Dah selesai semuanya, balik rumah untuk buat final preparation. Fotostat semua dokumen-dokumen penting buat 2 copy, simpan tempat yang berlainan. Kalau hilang yang original at least yang fotostat boleh membantu. Harap-harap takdelah dokumen penting yang hilang time trip nanti.. Wallahualam..

**Website yang membantu:

Money Changer

Currency Rate

JJCP Australia: Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa booking tiket flight tu, of course pasport dah buat. Buat 2 tahun for RM100. Nak buat 5 tahun rasa macam rugi pulak. Manau tau, apply 5 tahun tapi cuma trip ni je. Huhu.. Belum tau saya ni gian nak melancong atau tak lepas trip ni. Agak-agak macam tak berbaloi je, memang tunggu pasport expired dengan sendirinya tanpa renew lah jawabnya. Masa depan tak tau lagi kan. Kita hanya mampu merancang.. Visa pun buat ETA online je (ETA - Electronic Travel Authority). Bayar guna credit card 40AUD untuk 2 orang.

Lepas dah booking kereta sewa, saya cari info macamana prosedur nak memandu di luar negara. Cari kat blog, ada yang kata apply lesen antarabangsa, ada jugak yang kata hanya apply permit je. Jadi untuk mensahihkannya saya ke JPJ di Maju Junction. Terus tanya kaunter amik nombor tu. Dia tanya nak memandu di mana? Saya jawab Australia. Kemudian dia kata itu negara Komanwel, hanya apply permit je. Nampak macam confident je mamat tu jawab. Komanwel atau Geneva Conventions? Dia bagi sehelai borang, cuma kena isi nama, alamat, IC dengan negara yang nak dituju serta satu salinan IC dan lesen. Masih tak puas hati, saya tunggu giliran. Sampai giliran saya, terus tanya kat kaunter. Seingat saya syarat nak memandu kena ada lesen yang valid untuk sekurang-kurangnya setahun. Saya confuse sebab lesen saya mati lagi 7 bulan. Mamat kaunter tu kata boleh je. Tapi kali ni saya rasa mamat tu pun macam tak confident je jawab. Maybe baru masuk kerja kot.

Tak tau tindakan saya ni bodoh ke tidak (rasa macam bodoh je, huhu..), saya kensel apply permit tu. Esok saya nak ke Pos Malaysia, renew lesen kasi lebih setahun. Baru rasa confident. Saya pergi balik ke JPJ Maju Junction. Saya cuma kena bayar RM10 untuk proses permit tu jadi translation letter. Settle satu kerja. Tak tau betul ke tak tindakan saya tu, yang penting tarikh lesen saya dalam permit tu lebih dari setahun. Hehe. Janji selamat. Takut sampai kat sana tetiba tak valid kang susah jadinya.

Cerita tentang insurans pulak. Nak ke luar negara mesti kena amik. Saya cuma apply insurans dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan sebenarnya saya cuma nak inform pada majikan dan jabatan yang saya nak melancong. Rupanya memang prosedur penjawat awam, jika nak ke luar negara mesti kena isi borang dan inform negara mana yang nak dilawati supaya pihak kementerian tahu pegawainya ke luar negara dan diberi polisi insurans untuk back-up pegawai jika berlaku kemalangan di luar negara. Kalau tak inform, berlaku apa-apa di luar negara, boleh kene surcharge. Itu lagi menakutkan. Jadi saya pun inform je lah. Bukan kene bayar pun. Untung jadi penjawat awam ni. Alhamdulillah syukur..

Persiapan seterusnya, barang yang nak dibawak ke sana. Bulan 10 adalah musim bunga di Australia. Tapi abang saya bagitau cuaca tak menentu di sana. Maybe ada lagi salji kat area gunung. Kalau berkesempatan abang saya akan bawa saya ke sana main salji, insyaAllah. Syoknye, tapi agenda utama saya ke sana bukan nak main salji, cuma nak merasa kedinginan cuaca yang tak pernah merasa kat Malaysia. Camna lah agaknya orang adapt dengan negara 4 musim ni ye. Tapi kalau dapat merasa salji apa salahnya. Hehe. Jaket tebal pun tak pernah ada. Harap abang boleh bagi pinjam kalau betul masih ada salji.

Barang-barang yang lain seperti toiletries, ubat dan pakaian dah disiapkan. Pergi memang bawak sikit je. Tunggu balik nanti camna. Berat terlebih boleh mintak tolong abang poskan. Hehe.. Ubat cuma bawak pil motion sickness, panadol actifast dan kool fever. Vitamin pulak seperti yang disarankan oleh doktor, vitamin B complex dan vitamin C makan seawal yang boleh sebelum hari bertolak untuk maintain badan supaya cergas. Ye lah kan, kat sana mesti banyak tempat nak berjalan, tak boleh nak lengah masa, rugi nanti. Peluang dapat ke luar negara digunakan sebaik-baiknya.

Antara keperluan asas untuk emergency dan energy
Pihak bank pun dah diberitahu tentang kegunaan kad kredit di luar negara. Masa booking kereta sewa memang kene bayar deposit guna kad kredit. Jadi kena bawak kad kredit untuk swipe kat sana nanti. Setakat yang saya cari, tak ada company sewa kereta yang accept cash. Line postpaid celcom pun saya dah inform untuk roaming. Anak-anak kena lah call tetiap hari untuk bertanya khabar.

Semua info yang perlu saya dah siapkan termasuklah Google Maps. Tapi yang paling utamanya makanan halal dan tempat solat. Negara bukan Islam, memang susah nak jumpa restoran halal dan masjid. Tandas pun main pakai tisu je. Paip pun takde. Selesa kah? Huhu.. Kena standby apa yang patut untuk dibawa ke dalam tandas. Kompas kiblat dan sejadah travel pun dah standby. Solat tepi jalan tak menjadi masalah. Setelah semuanya tersedia, hanya tinggal menunggu hari yang bakal tiba. Excited ada, takut pun ada. First time diri dikelilingi oleh orang asing yang bukan Islam. Harap-harap selamat semuanya. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - ETA Visa  : RM260.00
  - Permit      : RM10.00_
  - Jumlah    : RM270.00


**Website yang membantu:

ETA Visa Australia

Tuesday, 4 December 2012

JJCP Australia : Persiapan #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahun 2011 merupakan tahun bersejarah bagi saya. First time buat pasport. Hehe. Akhirnya saya berpeluang untuk melihat negara luar. Cerita mulanya begini.. Abang saya telah melanjutkan pelajaran masternya di University of Wollongong, Australia. Selama setahun dia sekeluarga berada di sana. So, saya mengambil kesempatan untuk menziarah dia dan sambil tu dapatlah melawat negara Australia. Ini la yang dikatakan kesempatan dan peluang. Bukan nak menyusahkan abang sendiri, tapi dengan adanya dia di sana, senanglah sikit saya nak berjalan-jalan. Almaklumlah, first time nak jejak kaki di negara orang.


Wollongong - dekat je dengan Sydney

Cadangan nak ke sana sudah semestinya dari isteri tercinta. Memang dia teringin sangat nak melancong ke luar negara. Pada mulanya saya tak berapa setuju. Sebab saya ni memang particular sikit dengan kewangan nih. Bincang punya bincang, setelah melihat pembentangan bajet 3K (Kementerian Kewangan Keluargaku) maka dapatlah pergi ke sana. Itu pun pergi berdua je. Terpaksa tinggalkan 2 orang anak tersayang. Yang sorang lagi ikut, tapi duduk dalam perut mak dia je. Hehe.. Kerana kewangan yang agak limited, maka terpaksalah berkorban. Terima kasih anak-anak kerana bagi peluang ayah ngan mummy gi honeymoon. Memang sejak dari kahwin tak pernah honeymoon pun. Huhu..

Macam biasa, 6 bulan sebelum nak kesana, cari tiket kat Air Asia. Boleh pulak Air Asia takde flight ke Sydney. Start 2012 katanya. Maka terpaksa lah cari destination yang lain. Kebetulan ada harga tiket yang boleh tahan murah time cuti Deepavali. Tahun 2011 memang cuti sekolah seminggu time tu. Dapat harga sorang RM999 return all in ke Melbourne. OK la tu. Tanpa pikir panjang terus booking tiket pergi 23/10/2011 balik 30/10/2011.

Tq Air Asia sebab selalu buat promotion camni
Tiket sudah berada di genggamanku..
Travel insurance dari Air Asia
Travel Itinerary dari Air Asia
Tiket dah beli. Tapi kena pikir camna nak ke Wollongong dari Melbourne? Saya google cari info yang boleh membantu. Naik train harga kemain mahal. Last-last option yang ada dan lagi murah dari semua adalah sewa kereta. Cuma kena pikir petrol je la. Yang buat jadi yakin sebab right-hand drive, sama macam Malaysia. Check harga petrol kat sana... 1.40AUD/litre. Harga berubah setiap hari mengikut petrol company. Macam tu pun ada? Bila dikira lebih kurang RM4.50 seliter (Check currency waktu tu 1AUD = RM3.25). Huhu.. Time ni terasa minyak petrol kat Malaysia murah. Tapi bila compare dengan harga tiket train dan bas rasanya baik sewa kereta. At least boleh singgah tempat-tempat yang nampak menarik sepanjang perjalanan. Dah la kene drive sejauh 830km. Mesti nak berhenti rehat kan.

Cari-cari website sewa kereta yang murah akhirnya berjumpa. Tengok company Thrifty offer kereta murah. Dapat 225AUD untuk kereta auto selama 6 hari. Sebenarnya amik kereta manual lagi murah. Tapi sebab dah lama saya tak drive manual, dah tu drive kat negara orang, rasanya lebih baik amik auto untuk lebih yakin dan selamat walaupun terpaksa bayar lebih sikit untuk sewa dan petrol. Model kereta belum tentu lagi, kena tengok availability dan similarity katanya. Tak kisah, asalkan tak meragam time bawak nanti. Wallahualam..

Dapat bawak ni pun best gak.. Tapi dah tak jadi budjet dah.. (Ihsan Google Images)
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Air Asia         : RM1,998.00
  - Sewa Kereta  : RM731.25__
  - Jumlah          : RM2,729.25

**Website yang membantu:

Flight 

Australia Info

Australia Train and Bus

Australia Car Rental