Monday 18 April 2016

JJCP Western Europe: Day 06 (Part #2)

TARIKH:
24 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
ROTHENBURG OB DER TAUBER - MEVLANA RESTAURANT - HOTEL IBIS MUNICH MESSE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih lagi risau tentang camera flash tadi, saya mula alert dengan halaju semasa. Antara lokasi yang kami tak dapat singgah adalah Michelstadt (Iconic images of Germany) dan Miltenberg (Village of thousand violins). Takde rezeki, nak buat camna. Sebenarnya boleh pergi kalau kami bangun jam 6.00 pagi tadi dan terus gerak. Tapi kesihatan diri kena jaga dan tenaga kena kumpul banyak. Rugi besar kalau jatuh sakit masa trip. Habis lebur semua plan yang dah disusun. Huhu.. Memandangkan masa dah suntuk dan terpaksa korbankan 2 lokasi, saya ikut jalan Autobahn hingga ke Wurzburg dan kemudian terus ke destinasi utama kami iaitu Rothenburg ob der Tauber.

Driving route: From Rudesheim am Rhein to Rothenburg ob der Tauber
Melayan suasana petang hingga ke senja. Bila la nak sampai ni? Huhu..
Akhirnya nampak signboard ke Rothenburg ob der Tauber
2 jam setengah memandu akhirnya nampak juga signboard ke Rothenburg ob der Tauber. Cuaca dah mula senja. For sure sampai sana kang dah gelap. Huhu.. Takpelah, janji tercapai hajat kami untuk sampai di Rothenburg ob der Tauber. Hihi.. Harap tempat tu takde operating hour. Sia-sia je memandu punya jauh tapi tak dapat masuk. Huhu.. Saya amat suka dengan motorway kat Germany ni. Jalan cantik dan lancar sepanjang masa. Walaupun ada ternampak kesan tar yang ditampal atas jalan, tapi langsung tak terasa. Sekata je, takde tinggi atau mendap. Dan yang paling best ialah tak kena bayar tol. Hahah..

Cuaca dah mula gelap bila sampai di Rothenburg ob der Tauber
@ ROTHENBURG OB DER TAUBER

Kami sampai di Rothenburg ob der Tauber jam 4.45 petang. Disebabkan cuaca dah mula gelap, kami tak jumpa kat mana letaknya medieval old town. Pusing sini, masuk simpang sana, akhirnya jumpa juga. The medieval old town of Rothenburg ob der Tauber is very well-preserved. Struktur binaan kubu di sekeliling bandar masih teguh berdiri. Terasa macam berada di zaman perang dulu-dulu. Teringat movie dimana night guard menjaga di sekeliling kubu dari serangan musuh. Bila musuh datang menyerang, diorang tembak dengan panah dari atas kubu. Terasa betul scene tu bila berada di sini. Hihi..

The location of medieval old town, Rothenburg ob der Tauber
Laluan masuk ke dalam old town
Kami parking kereta di bahagian luar pintu masuk dan berjalan kaki ke dalam old town. Ramai juga tourist yang ada di sini. Rasanya kalau kami berempat je, memang tak berani jugak nak jalan-jalan kat sini. Tempat lama, mesti ada sesuatu yang menghuninya dari dulu. Jangan ada yang join dalam gambar kami sudah. Huhu.. Kebanyakan kedai-kedai kat dalam ni dah tutup. Agak jauh juga kami jalan ke dalam. Sebenarnya saya nak cari satu spot yang famous kat dalam internet. Kalau search tentang Rothenburg ob der Tauber mesti akan keluar gambar tu. Dah semua kedai tutup, cari spot je la. Hihi..

Boleh naik atas tembok tu, jadi night guard.. Hehe
Suasana senja bertukar ke malam
Ciri-ciri bangunan lama yang masih dikekalkan membuatkan tempat ni menjadi tumpuan tourist dari seluruh dunia. View malam pun dah nampak superb, inikan pulak kalau datang waktu siang. Tak dapat nak describe dengan kata-kata betapa cantiknya tempat ni. Hanya gambar je yang boleh menjadi bukti. Tapi pengalaman menjejakkan kaki kat sini lebih bermakna. Alhamdulillah, sampai juga di sini. Boleh kata setiap langkah mesti nak berhenti amik gambar. Hihi.. Yang paling bagusnya tak perlu nak bayar entrance fee untuk masuk ke sini. Rasanya kalau buat tiket EUR1.00/person pun dah untung besar. Hahah.. Boleh je nak buat entrance fee lepas ni, sebab kami pun dah takkan ke sini lagi. Hihi..

Tourist information pun dah tutup..
Layan je la gambar pemandangan yang cantik kat sini ye..
Besar juga old town ni. Perlu seharian kat sini kalau nak explore semuanya. Kami mencari di mana lokasi yang menjadi famous spot untuk Rothenburg ob der Tauber ni. Terjumpa pulak satu kedai souvenir yang masih buka.. Dapat juga kami beli fridge magnet sebagai tanda kenangan di sini. Kami cuba merasa pastri yang famous di sini iaitu Schneeballen atau dalam english dipanggil Snowball. Tadi kami lalu kat satu kedai menjual snowball tapi dah tutup. Dapat juga kami merasa sebab nampak macam menarik je bentuknya. Hihi.. Kami bertanya dulu tuan kedai apa kandungan snowball ni. Takut juga kalau wain atau alkohol digunakan dalam pembuatan snowball. Setelah yakin, kami beli sebiji snowball berharga EUR3.00 yang dibuat dari susu, coklat dan almond. Keras betul snowball ni. Macam macaroon pun ada rasa dia. Dapatlah jugak kami merasa walaupun tak berapa suka. Huhu..

Dua kedai menjual Schneeball yang dah tutup. Nampak menarik untuk dicuba. Hihi..
Satu-satunya kedai souvenir yang masih bukak..
Keras dan terlalu manis schneeball ni. Huhu..
Fridge magnet Rothenburg ob der Tauber dah dibeli untuk memeriahkan lagi peti ais kami kat rumah. Kami sambung berjalan dengan harapan famous spot tu berada dalam laluan kami. Kat google map takde street view di seluruh Germany. Cuma certain tempat especially kat bandar besar je yang ada street view. Itu yang buat saya tak dapat nak cari lokasi famous spot guna skill google map. Huhu.. Nasib kami amat baik bila di depan mata kelihatan famous spot yang kami cari. Ianya hanya jalan simpang Y dan ada clock tower di depannya. Takdelah menarik sangat view di waktu malam ni. Tapi kami tetap puas hati sebab dapat jumpa juga akhirnya. Hihi..

Famous spots di Rothenburg ob der Tauber yang berlainan musim.. (Ihsan Google Images)
Gambar dari kamera auto setting saya. Hihi..
Mengabadikan kenangan di Rothenburg ob der Tauber..
Selesai bergambar kenangan bersama, kami patah balik semula ke arah laluan keluar. Ramai juga tourists malam ni. Diorang tak beraya ke? Huhu.. Esok kan krismas. Kalau hari raya dah tentu semua ada kat kampung tengah bakar lemang dan masak rendang. Hihi.. Mungkin esok baru diorang beraya sakan kot. Bangun pagi budak-budak check dalam stokin yang digantung. Kat bawah christmas tree ada banyak kotak hadiah. Kalau nasib baik tengah malam boleh nampak Santa Claus dan reindeer tengah terbang. Begitulah senario musim Krismas yang saya tengok dalam movie. Hehe..

Masih ada ramai lagi tourists kat sini
Apa agaknya yang ada kat dalam tu ye? Hihi..
Layan pemandangan dan display dari luar kedai je. Huhu..
Jam 6.10 petang kami dah berada di laluan keluar. Walaupun hanya sejam lebih kat sini, banyak pengalaman menarik yang kami rasa. Bangunan lama yang dijaga dengan baik amat mengagumkan kami. Kepada sesiapa yang bercuti ke Germany, saya recommend untuk datang ke sini. Memang takkan menyesal. It's the most beautiful medieval old town in Germany. Kenangan di sini takkan kami lupakan. Walaupun sampai sini dah gelap, tapi masih tetap cantik dengan lampu-lampu yang menerangi bangunan di sini. Cuma agak creepy sikit tempat ni kalau takde orang ramai. Patung-patung yang ada kat sini agak menggerunkan juga kalau tengok lama-lama. Hihi.. But overall, it's a must visit places in Germany.

Bergambar di tangga night guard sebelum meninggalkan Rothenburg ob der Tauber
Sebelum kami teruskan perjalanan, kami singgah di toilet yang terletak di hujung parking. Ada satu tower dan toilet dibawahnya. Rasanya atas tu rumah guard kot. Seriously, kalau saya sorang memang takkan masuk dalam toilet tu. Dah la kedudukan agak jauh, senyap sunyi pulak tu. Boleh meremang bulu tengkuk. Huhu.. Nasib baik kami berempat. Berani la sikit. Hihi.. Selesai urusan, kami kembali semula ke kereta dan teruskan perjalanan. Destinasi seterusnya adalah ke lokasi makan malam kami. Agak jauh juga dari sini. Nampaknya ada orang dah mula lelapkan mata. Tinggal saya je la yang melayan signboard dan garis putih jalan raya. Tengah melayan lagu MP3 tetiba bertukar channel radio. Banyak kali jugak berlaku sebelum ni. Ingatkan radio rosak. Rupanya radio kereta di Europe memang dah auto setting jika ada info trafik terkini. Lepas bagi info dia tukar channel balik. Tak faham apa pun. Setakat dengar je la deejay tu merapu dalam bahasa Jerman. Hehe..

Driving route: From Rothenburg ob der Tauber to Mevlana Restaurant
Hampir sejam memandu, akhirnya kami tiba di bandar Aalen. Mevlana Restarurant terletak di sini. Bila lalu kawasan bandar, kelihatan semua kedai dah tutup. Jalan clear dan sunyi. Risau pulak saya kalau restoran yang kami nak pergi ni pun tutup juga. Saya pulak takde set option untuk restoran yang lain di sini. Saya ikut pada route yang ditunjukkan oleh GPS. Dua kali saya lalu jalan yang sama mengikut route tapi tak jumpa di mana Mevlana Restaurant. Nampak macam kawasan kilang je. Huhu.. Tak puas hati, saya cari lagi. Saya masuk semua lorong yang ada. Pandang kiri dan kanan sampai terlanggar lampu merah. Nasib baik takde camera flash. Huhu.. Akhirnya setelah hampir setengah jam melilau kat bandar Aalen ni, kami jumpa juga Mevlana Restaurant. Alhamdulillah, daripada semua kedai dan restoran yang tutup, hanya Mevlana je yang bukak di kawasan sekitar. Memang rezeki perut kami berisi malam ni. Dan rezeki owner restoran nak amik duit Euro kami. Hehe..

@ MEVLANA RESTAURANT

Location of Mevlana Restaurant, Aalen
Mevlana adalah restoran dari Turkey. Agak besar juga company Mevlana ni kerana selain dari restoran, supermarket juga ada disebelahnya. Cuma masa kami sampai supermarket dah tutup. Yang buka hanya restoran je. Memang itu yang kami nak pun. Hehe.. Cuaca malam ni amat sejuk. Tak boleh tahan duduk luar lama-lama. Huhu.. Kami masuk ke dalam restoran. Ada dua section dalam restoran ni. Ramai juga orang kat bahagian dalam restoran. Sorang pekerja menjemput kami untuk duduk di dalam kerana ada arabian dance show. Kelihatan ramai juga yang turut menari. Takde keje la kami nak menari dengan badan yang penat dan perut yang lapar ni. Hahah.. Dengan sopan santun kami menolak dan duduk di bahagian depan restoran. Hehe..

Mevlana supermarket yang dah tutup
Restoran disebelah masih buka. Yezza..
Bahagian depan restoran. Kami duduk di sini
Pekerja yang melayan kami amat baik orangnya. Dia siap bagitau yang dia cuma pandai speaking sikit-sikit je. Tak jadi masalah, asalkan kami dapat apa yang kami order. Hehe.. Tengok pada menu, hanya pizza dan kebab je yang kami tau. Menu yang lain macam pelik je bunyinya. Teringin juga nak cuba yang pelik-pelik ni. Tapi disebabkan perut dah lapar sangat, jadi saya terpaksa jugak order pizza kerana takut makanan yang pelik namanya tu tak sedap. Wife saya bertanyakan tentang nama ikan yang digunakan dalam menu. Kesian bila tengok dia sedaya-upaya cuba explain sampai kami faham.  Dia sendiri tak tau apa nama ikan tu dalam english. Dia cuma sebut 'big fish and small fish'. Hahah.. Wife saya pun order jugak walaupun tak tau ikan apa. Harap sedap la ikan tu..

Mari belajar bahasa asing. Hehe..
Tengok pada muka pekerja kat dalam restoran ni, rasanya diorang ni satu family. Muka seiras je semuanya. Baguslah bila ada family business kat oversea ni. Bilalah family Anuar boleh buat bisnes nasi lemak macam ni. Hehe.. Apa-apa pun memang seronok bila berniaga. Banyak cabarannya. Masa tengah meletup tu memang kencang la income. Bila jatuh, ada sampai tak boleh bangun terus. Hidup ni tak selalunya di atas. Jangan rasa diri tu bagus sampaikan orang dibawah dipijak-pijaknya. Itu pesanan mak saya yang akan diingati sampai bila-bila. Senang cerita, jangan berlagak bila hidup senang. Tuhan nak tarik balik kesenangan tu sekelip mata je. Wallahualam..

Wefie kejap sementara menunggu makanan sampai
20 minit menunggu akhirnya makanan sampai. Wahh, nampak menarik pizza dan ikan yang kami order. Saya pun tak tau apa nama ikan ni. Nampak macam ikan bilis bersaiz besar je. Tak kisah la, perut pun dah mula memberontak. Masa untuk makan!.. Pizza teramatlah sedapnya. Isi daging punyalah banyak. Rasa macam takleh nak habiskan semuanya ni. Huhu.. Ikan pulak biasa-biasa je rasanya. Boleh la masuk perut. Nak merasa makanan pelik punya pasal. Hihi..

Nahh, amekau.. makan la sampai kenyang. Pizza tu memang superb rasa dia..
Alhamdulillah, kenyang kami malam ni. Jam pun dah pukul 9.00 malam. Masa untuk beredar menyambung perjalanan ke destinasi terakhir kami. Sebelum keluar, kami sempat bergambar dengan pekerja yang melayan kami dengan bersungguh-sungguh tadi. Terima kasih kerana hidangkan kami makanan yang sedap. Dan terima kasih juga kerana restoran bukak hari ni. Hihi.. Kalau tutup tak tau la kat mana kami nak makan malam ni. Nak google restoran lain dah tentu buang masa lagi. Huhu..

Thank you Mevlana Restaurant!..
Bila dah terlalu kenyang, mata pun mulalah kuyu. Dalam hati fikir nak sampai hotel je. Dah hampir habis tenaga yang digunakan sepanjang hari. Dari Mevlana Restaurant, kami menuju ke bandar Munich yang jauhnya hampir 200km. Macam dari KL ke Ipoh jauhnya. Huhu.. Nasib baiklah jalan clear dan lancar. Nak bawak laju sangat pun takut juga. Ikut je lah kelajuan yang sesuai. Rasa mengantuk boleh je berhenti kejap kat hentian sebelah. Tak pun bukak tingkap sikit. Cuaca yang super sejuk kat luar boleh menyegarkan mata. Hihi..

Driving route: From Mevlana Restaurant to Hotel Ibis Munich Messe
@ HOTEL IBIS MUNICH MESSE

Jam 11.30 malam kami sampai di Hotel Ibis Munich Messe. First time nak merasa tidur di hotel Ibis. Hotel Ibis juga banyak cawangan di Europe, sama seperti Campanile dan Premiere Classe. Cuma harganya agak tinggi sikit dan nampak eksklusif. Dari luar hotel pun boleh nampak stylo hotel Ibis ni. Kami punggah barang keluar dari kereta dan masuk ke dalam hotel untuk check-in. Selesai urusan check-in, kami naik ke bilik di Tingkat 3. Takde masalah sebab ada lif. Hehe..

Walaupun super mengantuk, sampai juga dengan selamatnya. Alhamdulillah..
Rate semalam EUR42.30/night. Boleh tahan mahal juga. Huhu..
Agak mahal juga rate Hotel Ibis ni. Memang ini je lah option yang ada masa saya booking dulu. Antara hotel termurah waktu itu yang berdekatan dengan train station untuk ke Munich. Memang budget range harga hotel semalam dalam RM150-RM250. Tension jugak sebab tak dapat cari hotel yang lagi murah dengan lokasi yang bersesuaian. Bila bukak bilik hotel, hilang terus tension sebab tengok bilik amat kemas dan bersih. Belum baring lagi dah tau katil tu selesa. Hihi.. Sesuailah dengan harga yang dikenakan. Masa untuk bersihkan diri dan berehat..

Seronok bila nampak katil depan mata. Hihi..
Sedang elok kami sampai di hotel. Tenaga memang dah habis terus. Lega bila nampak bilik air dan katil. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Dah tak larat nak angkat mata. Huhu.. Hari ni jarak perjalanan yang paling jauh setakat ni. Dari utara ke selatan Germany tuu. Sebab tu letih yang amat. Nasib baik sampai sebelum tengah malam. Ada banyak masa untuk berehat dan kumpul tenaga malam ni. Standby untuk aktiviti esok hari yang tak tau apa akan jadi. Harap dipermudahkan semuanya. Wallahualam..

Day 06 estimated driving mileage: 681km
*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - HOTEL IBIS MUNICH : RM198.80
  - JUMLAH                   : RM198.80

**DAY 06 COMPULSORY EXPENSES: RM299.90

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - SCHNEEBALL : RM14.10
  - MEVLANA      : RM81.80
  - JUMLAH        : RM95.90

**DAY 06 MEALS EXPENSES: RM150.40

Tuesday 12 April 2016

JJCP Western Europe: Day 06 (Part #1)

TARIKH:
24 DISEMBER 2015

LOKASI KEJADIAN:
KOBLENZ - KAUB - RUDESHEIM AM RHEIN - DONER DELUXE


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami bangun jam 6.00 pagi. Lepas dah bersiap-siap, saya terlelap semula. Letih aktiviti seharian semalam tak abis lagi. Demi mencari pengalaman hidup yang optimum akan ku gagahkan jua. Hihi.. Wife saya kejut jam 9.00 pagi. Dia awal-awal lagi dah gi jumpa staff kat reception counter, bertanyakan hal booking yang kami dah buat awal tapi takde dalam sistem. Staff tu kata dia akan selesaikan pasal bayaran yang dah dibuat. Harap betul la dia refund balik. Teringat saya masa booking hotel kat Busan dulu. Dah bayar lepas tu kata bilik full. Sakit je hati. Huhu.. Kami bersiap untuk check-out. Leceh betul la toilet kat luar bilik ni. Haduii..

Toilet dan bilik mandi di luar bilik. Nasib baik takyah beratur macam cerita P. Ramlee.. Hehe
Nampaknya agak lewat juga kami mulakan perjalanan hari ni. Dalam itinerary jam 7.00 pagi lagi dah gerak. Takpelah, trip hari ni cuma jalan-jalan sambil melihat pemandangan kampung di Germany. Kami akan ikut Germany Rhine River Route dan Romantic Road yang bermula dari Koblenz. Ada banyak bandar atau kampung yang cantik di sepanjang jalan ni. Mungkin kami takkan lalu sepenuhnya memandangkan kami gerak pun dah lewat. Tengoklah mana yang sempat singgah. Huhu.. Roti keras dari Memoli Restaurant semalam dan air kopi panas EUR1.00 dari vending machine kami jadikan menu breakfast pagi ni. Itupun makan dalam kereta je. Dah lambat dah ni. Lets go!..

Koridor motel yang dibersihkan setiap pagi
Bye Motel 24H Cologne!..
Jam 9.40 pagi kami mulakan perjalanan dari Cologne menuju ke Koblenz melalui Autobahn. Motorway clear, tak banyak kereta. Cuaca pagi amat baik. Walaupun cahaya matahari memancar, tapi tetap sejuk. Kami melayan pemandangan yang cantik di sepanjang perjalanan. Dari jauh kelihatan kawasan kampung yang dikelilingi padang rumput yang luas. Orang kata rugi kalau ke sini tapi tak pergi melawat kawasan kampung yang kebanyakannya masih mengekalkan ciri-ciri zaman dulu. Ada banyak castle yang masih kukuh binaannya di seluruh Germany. Paling famous dah tentu Neuschwanstein Castle yang nampak macam fairytale tu. Hihi.. Malangnya kami tak dapat nak tengok sebab route yang saya susun tak lalu situ. Tengok dalam internet memang superb pemandangannya.

Driving route: From Motel 24H Cologne to Koblenz
Trafik amat lancar.. Cuaca pun sangat baik. Sejuk tu sudah tentu. Hihi..
@ KOBLENZ

Tepat jam 11.00 pagi kami dah sampai di bandar Koblenz. Kami berhenti sekejap di hentian sebelah Novum Restaurant. Sambil meregangkan otot, kami melihat pemandangan bandar Koblenz dari atas bukit di tepi Rhine River. Di sini bermulanya Rhine River Route yang melalui pekan-pekan kecil yang cantik di sepanjang sungai. Nampak ada yang menarik boleh je berhenti dan bergambar. Itu yang bestnya bila sewa kereta ni. Ikut la mana nak berhenti pun. Hehe..

Besar juga bandar Koblenz ni. Hati-hati dengan speed limit..
Rehat kejap sambil menikmati pemandangan bandar Koblenz dari jauh
10 minit kemudian kami teruskan perjalanan. Kami singgah di Shell untuk isi minyak buat kali kedua di Europe. Macam biasa, isi dulu baru bayar. Lepas isi saya masuk ke dalam kedai. Saya ternampak Lego Shell collectible items kat kaunter, sama seperti di Malaysia. Saya memang collect Lego tu untuk anak saya. Tinggal lagi 2 je yang takde. Selalunya hari pertama saya dah pegi beli. Nak dijadikan cerita, masa minggu kedua terakhir saya ada mesyuarat di Seremban. Hari kedua baru saya cari kat Shell. Malangnya banyak Shell yang saya pergi dah takde stok. Huhu.. Cepat betul habis. Nampaknya takde rezeki saya nak kumpul semuanya. Shell ni pun satu, dah tau ramai orang suka Lego supply la banyak sikit. Huhu.. Lepas bayar duit minyak, saya masuk semula ke dalam kereta. Kebetulan wife saya nak beli air, saya mintak dia tanyakan cashier ada lagi tak Lego tu. Cashier tu kata semua ada stok lagi. Kat sini tak ikut minggu, bole je nak beli model mana-mana pun. Tapi syaratnya sama, kena isi minyak. Saya dah isi tadi. Sepatutnya masa nak bayar tu beli sekali. Kalau dah bayar tak boleh nak beli dah. Huhu.. Harap jumpa lagi Shell time nak isi minyak nanti.

Driving route: From Novum Restaurant Layby to Shell Braubacher Str.
Tinggal satu lagi dan tanker yang saya takde. Huhu.. (Ihsan Google Images)
Diesel kat sini murah sikit. Saya isi EUR40.00 terus..
Perjalanan diteruskan di sepanjang Rhine River yang mengalir tenang. Cantik sungguh kampung yang kami lalui. Ditambah dengan banyak castle lama di celah bukit membuatkan pemandangan menjadi lebih cantik. Bila masuk kawasan kampung kena la jaga speed limit. Nanti tetiba ada flash depan muka baru nak menyesal. Huhu.. Walaupun kami mengejar masa, tapi perjalanan tetap santai dan ikut halaju yang ditetapkan. Nampaknya tak dapatlah nak pergi semua tempat yang dah saya set dalam itinerary. Itu tak menjadi masalah. Sendiri buat itinerary, bila-bila masa boleh ubah. Hihi.. Sebenarnya ada 3 lokasi yang saya set untuk singgah. Tapi andai kata tak dapat nak cover semuanya, at least satu tempat ni mesti kena pergi. Saya sendiri tak tau kenapa saya nak sangat pergi. Dalam semua website yang saya cari, tempat ni mesti berada dalam kedudukan top 3 must visit places. Tak kira lah, dah malam pun tetap akan sampai. InsyaAllah..

Subhanallah.. Cantiknya bumi ciptaan Tuhan..
Castle ada di mana-mana. Yang atas bukit tu mesti creepy kan. Huhu..
@ KAUB

Setelah hampir 40 minit memandu, saya berhenti di Kaub sebab tak tahan tengok pemandangan yang cantik di sepanjang jalan. Kalau boleh nak berhenti kat semua tempat. Huhu.. Dapat satu tempat pun jadilah buat kenangan. Kami keluar dari kereta dan bergambar di kawasan sekitar. Yang buat saya berhenti sebab nampak ada satu castle terletak di atas pulau di Rhein River. Suasana yang amat tenang di sini. Rasanya orang muda kat sini mesti dah cabut lari ke bandar besar. Tinggal yang tua-tua je sesuai duduk tempat macam ni. Meneruskan saki baki kehidupan selepas bersara. Hihi..

Driving route: From Shell Braubacher Str. to Kaub
Ferry tour dan train panjang di seberang sungai
Kaub. Cantik betul la tempat ni..
Rehat kejap sambil bergambar kat sini. 
Jam 12.25 tengahari kami teruskan lagi perjalanan. Our next pitstop yang sebenarnya adalah di Rudesheim Am Rhein. Ada satu restoran halal untuk kami berhenti makan. Sambil tu boleh la jalan-jalan cari pengalaman di situ. Dalam itinerary sepatutnya sampai di situ jam 10.30 pagi. Huhu.. Nampaknya banyak kena adjust dalam itinerary. Ada destinasi yang kena skip, tapi the one and only main attraction mesti kena pergi jugak. Walaupun sedikit rasa terkilan sebab ada tempat yang tak sempat nak singgah, tapi dapat tengok pemandangan sepanjang perjalanan pun dah cukup puas hati. Alhamdulillah..

Road construction pun ada traffic light sementara..
Houses with the view of Rhein River
Jalan dah mula berkabus di depan
Cantik sungguh design rumah yang klasik di sini
@ RUDESHEIM AM RHEIN

Jam 12.45 tengahari kami sampai di Rudesheim Am Rhein yang terkenal sebagai tempat pengeluar wain di Germany dan juga salah satu UNESCO World Heritage Site. Tapi kami bukan datang ke sini sebab nak try rasa wain ye. Hihi.. Kami cuma nak mencari restoran halal. Hari ni hanya roti kering je yang ada dalam perut. Sebelum parking kami mencari lokasi restoran tu sebab dalam info ianya terletak kat tepi jalan. Kalau tutup kami ingat nak teruskan perjalanan. Tapi kami tak nampak sebab ada gerai christmas market kat sepanjang bahu jalan yang menghalang deretan kedai yang ada di situ. Terpaksalah kami cari parking, dengan harapan restoran tu bukak. Mula-mula nak parking kat tepi jalan je. Tapi takut kena saman, saya cari proper parking space yang terletak di belakang deretan kedai.

Driving route: From Kaub to Rudesheim Am Rhein
Parking area and Doner Deluxe location @ Rudesheim Am Rhein
Dari parking, kami berjalan ke arah restoran halal, Doner Deluxe. Banyak kedai yang dah tutup sebab esok Krismas. Peniaga gerai christmas market pun dah mula kemas barang masing-masing. Krismas tahun depan berniaga balik. Hehe.. Hanya beberapa kedai je yang bukak kat sini. Nasib kami amat baik kerana dari beberapa kedai yang bukak tu, salah satunya adalah Doner Deluxe. Yeszaa.. Dapat juga kami mengisi perut yang cuma berisi roti kering dan kopi dari pagi tadi. Hihi..

Proper parking space kat belakang bangunan
Chinese restaurant ada di mana-mana kat dunia ni ye. Huhu..
Gambar kenangan satu..
Lega bila restoran ni bukak. Hihi..
@ DONER DELUXE

Kami order makanan yang nampak sesuai untuk selera kami. Selesai order, saya tunggu di meja sementara yang lain berjalan mencari kedai souvenir di kawasan sekitar. Sambil menunggu makanan siap, saya memikirkan tentang restoran chinese food dan restoran dari middle-east yang belambak kat dunia ni. Saya terfikir, agak-agak kalau jual nasi lemak kat oversea boleh berjaya ke tak ye.. Ini asyik jumpa chinese food, kebab dan nasi beriyani je. Teringat kisah sorang perempuan yang berniaga laksa penang kat oversea. San Francisco tak silap saya. Memang hati kering betul. Akhirnya berjaya jugak dia. Itulah, kadang-kadang apa yang kita buat mestilah kena penuh semangat, yakin dan berani terima risiko. Kebanyakannya hangat taik ayam je. Tak berani amik risiko. Lepas tu merungut duit takde. Akhirnya mencuri la kerjanya. Huhu.. Tak dinafikan semenjak banyak benda yang naik kat Malaysia, bilangan pencuri pun naik juga. Semuanya nak kaya cepat, tanpa mengira dosa dan pahala. Entahlah..

Kebab.. Makanan halal yang selalu jumpa kat oversea..
Dalam 10 minit menunggu, makanan pun sampai. Tapi diorang masih lagi mencari kedai souvenir. Banyak sangat ke souvenir yang dibeli tu? Hihi.. Nak telefon tak boleh. Saya pun makan dulu sementara makanan masih panas lagi. Tengah melayan beef burger, diorang pun sampai. Tak nampak pun barang yang dibeli. Cuci mata je kot. Hehe.. Sedap juga beef burger dan kebab yang kami order. Yang penting kenyang dan boleh bertahan lama. Hihi..

Layan..
Jemput makan ye. Hihi..
Kenyang betul. Alhamdulillah. Setelah bayar makanan kami yang berharga EUR10.60, jam 1.40 petang kami berjalan semula ke kereta. Kami melalui marketplace untuk mencari toilet. Kelihatan pekerja di marketplace mula mengemas barang. Masing-masing dah tak sabar nak beraya esok hari. Hihi.. Rasanya kalau bukak agak meriah juga marketplace ni sebab ada banyak gerai jualan di sini. Ditambah pulak dengan gerai kat tepi jalan tadi. Mesti happening punya. Hihi.. Banyak kedai yang dah tutup kat marketplace ni. Jangan toilet pun tutup sudah la. Toilet kat sini bukan setakat bukak je, tapi kena bayar EUR0.50/person. Huhu..

Amat peramah pekerja kedai ni..
Gerai di marketplace semua dah tutup. Esok nak raya la katakan. Hehe..
Sila bayar 50 sen ye. Hihi..
Selesai urusan masing-masing di dalam toilet, kami berjalan menuju ke kereta. Bayaran untuk parking cuma EUR1.00. Kami teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Nampaknya confirm tak dapat nak singgah beberapa tempat yang kami dah set dalam itinerary. Kami terus menuju ke tempat yang paling menjadi keutamaan kami. Harap sempat la sampai sebelum gelap. Agak laju juga saya bawak kereta sampaikan terlupa nak perlahan bila masuk kawasan kampung. Saya macam perasan ada camera flash masa masuk jalan kampung. Kebetulan saya record perjalanan kami. Saya mintak wife saya tengok balik video part masuk jalan kampung tadi. Wife saya kata takde pun nampak cahaya flash dalam video. Fuhh, lega rasanya. Haha.. Andai kata kena speed trap, gambar kereta akan dihantar kat Avis. Masa return kereta nanti baru la tau kena ke tak. Huhu.. Harap tak kena la. Wallahualam..

Mesin tiket langsung takde option dalam english. Huhu..

*KOS WAJIB UNTUK 2 ORANG:
  - DIESEL    : RM94.00
  - TOILET   : RM4.70
  - PARKING : RM2.35
  - JUMLAH  : RM101.05

*KOS MAKANAN UNTUK 2 ORANG:
  - COFFEE               : RM4.70
  - DONER DELUXE   : RM49.80
  - JUMLAH               : RM54.50