Thursday 28 February 2019

JJCP Scandiscovery: Day 01 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 8 DISEMBER 2018

LOKASI KEJADIAN:
@ KUALA LUMPUR INT' AIRPORT
@ QATAR AIRWAYS QR0845

Jam 4.00 pagi, setelah selesai mandi dan sedang bersiap-siap, kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah. Kereta Hakim runner kami dah sampai la tu. Kelam kabut jugalah nak bersiap. Huhu.. Sebelum keluar saya pastikan dulu rumah dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan. Semalam dah bagitau kat jiran sebelah mintak tolong tengokkan rumah kami sehingga Krismas. Saya cabut siap-siap bateri kereta. Dulu dah terjadi bateri kereta kong sebab lama tak start. Setelah yakin tingkap dah tutup, plug dah cabut dan lampu, aircond serta kipas ditutup barulah rasa lega nak tinggalkan rumah. Cuma peti ais je dibiarkan bukak. Kalau tutup mau busuk barang dalam peti ais bila balik nanti. Huhu.. Semua barang dah dimasukkan dalam kereta. Last check pastikan pintu dan pagar dah dikunci dan dimangga. Jumpa semula pada hari Krismas nanti.. Tepat jam 4.40 pagi kereta Hakim bergerak meninggalkan my home sweet home menuju ke KLIA. The adventures begin!..

Meninggalkan Kota Damansara di pagi hari

@ KUALA LUMPUR INT' AIRPORT

Dalam perjalanan Rama call saya bertanyakan di mana nak berjumpa. Rupanya dia dah sampai KLIA. Ingatkan kami yang paling awal. Saya minta dia tunggu di pintu departure yang paling hujung sekali. Selalunya pintu paling hujung tak banyak kenderaan yang berhenti menurunkan penumpang. Jam 5.30 pagi kami tiba di KLIA. Banyak kenderaan yang parking berlapis untuk menurunkan penumpang membuatkan jalan agak sesak. Seperti dijangka, yang paling hujung kosong. Kenapa la agaknya nak berhenti berjemaah kat pintu yang dah sedia banyak kereta. Guna pintu lain pun boleh masuk dalam terminal juga. Hahah.. Hakim bantu keluarkan beg kami dari kereta. Dia caj RM90.00 tapi saya bayar lebih sikit sebab dia banyak bantu wife saya deliver barang jualan, tak kira siang dan malam. Terima kasih banyak ye Hakim..

Sesi punggah keluar beg kami
Baru je nak keluarkan phone untuk call Rama, kedengaran satu suara memanggil nama saya di pintu masuk. Awal betul dia sampai KLIA. Excited katanya sebab first time nak pergi Europe. Haha.. Sementara menunggu masuknya waktu Subuh, saya bahagikan dulu siap-siap makanan untuk diisi dalam beg masing-masing. Fa maklumkan yang dia baru je nak bertolak dari rumahnya. Dalam sejam lagi baru sampai KLIA. Mungkin masa dia sampai nanti kaunter check-in dah dibuka. Boleh jumpa dan check-in sama-sama. Sebelum ke surau, saya dan Rama turun ke tingkat Arrival untuk mengambil pocket wifi kami sebab dah set dalam booking form untuk pickup wifi pada jam 6.00 pagi.

Tu dia Rama dan Sue. Kali ni penampilan saya agak licin. Hehe..
Ramai betul yang nak naik flight pagi ni
Kami berdua mencari kiosk Hotlink. Sama seperti company wifi yang kami sewa dulu iaitu Visondata, company Wifibaby juga tiada kedai di KLIA. Mereka hanya tumpangkan wifi di kiosk yang ada kat sini untuk pelanggan ambil sebelum berlepas. Nak kata company Wifibaby ni kecik sampai tak mampu nak buka kiosk di KLIA tak juga sebab saya dan wife pernah ke pejabat mereka yang terletak di Intermark. Tujuan kami ke head office Wifibaby adalah kerana 2 sebab. Pertama, semua nombor contact yang diberi tak dijawab bila saya call. Kedua, saya nak pastikan betul-betul adakah device yang mereka tawarkan dapat cover seluruh perjalanan kami di sana nanti. First impression bila kami sampai di level 28 bangunan Intermark, kami tak dilayan oleh staff yang menjaga kaunter. Mungkin saya pakai selipar Bata dan t-shirt tak berkolar membuatkan saya tidak patut dilayan kot. Huhu.. Nasib baik la ada sorang staff dari dalam datang kepada kami dan melayan soalan yang kami berikan. Disebabkan harga yang diberi murah dan dapat jaminan coverage yang baik membuatkan saya ambil juga wifibaby ni. Tapi next trip mungkin cari yang lain. Ini semua adalah kerana layanan dari staff kaunter tu. Saya cam muka dia sampai bila-bila. Hahah..

Main office dan lokasi ambil wifi di KLIA
Jumpa juga kiosk dia di Arrival Hall KLIA
Saya menunjukkan resit booking Wifibaby pada staff yang bertugas. Macam baru bangun tidur je rupa dia. Hehe.. Tak kisahlah, janji 3 unit device kami ada dalam simpanan dia. Dia mencari mana satu device kepunyaan kami. Jangan bagi salah device sudah la. Susah pulak nak online kat sana nanti. Dalam booking form ada extra option untuk sewa powerbank sekali berjumlah RM6.00/day. Zaman sekarang ni semua orang ada powerbank. Jadi tak payah la nak sewa. Selain tu, device ni ada juga option untuk insurans sebanyak RM10/day. Rasanya tak perlu juga. Pandai la kami jaga elok-elok device ni insyaAllah. Kalau hilang nanti standby je la duit gantirugi ye. Hihi..

Boleh tahan jugak bayaran gantirugi dia. Harap tak hilang. Huhu..
Setelah pastikan semua aksesori device dalam keadaan baik, saya berikan resit booking pada staff tu. Saya tanya bagaimana nak return semula device ni sebab saya takde apa-apa bukti dokumen. Hanya resit booking tu je yang saya ada. Staff tu bagi balik resit dan suruh saya tunjukkan bila return nanti. Lain macam je. Bukan ke mesti ada satu salinan yang dia pegang. Takpelah, ikut je la apa yang dia suruh. Jangan balik nanti macam-macam hal pulak yang timbul. Saya minta Rama untuk ingatkan saya masa balik nanti untuk return device ni. Setiap hari lewat akan dikenakan late charges. Tambah pulak kalau Rama dah balik Kota Kinabalu lagi la haru dibuatnya. Saling ingat-mengingati ye kawan. Umur dah meningkat hujung remaja ni memang mudah lupa. Hehe..

Device yang bakal jadi bestfriend kami sepanjang trip.
Kami naik semula ke Departure Hall dan terus berjalan ke Anjung Tinjau yang berada nun di hujung terminal untuk menunaikan solat Subuh. Setelah selesai solat kami menuju ke check-in counter Qatar Airways yang terletak di Row K sambil menunggu Fa dan abang Fikri. Tepat jam 7.00 pagi Fa dan abang Fikri sampai. Sedang elok kaunter check-in pun dibuka. Sebelum beratur saya bagi dulu pack makanan yang perlu disimpan dalam beg masing-masing. Powerbank dan peralatan yang menggunakan bateri kami keluarkan dan simpan di hand carry baggage. Kalau tinggalkan di dalam checked baggage berkemungkinan besar powerbank kami tiada masa mendarat nanti. Huhu.. Saya setuju dengan undang-undang tentang powerbank ni. Isu keselamatan penumpang dalam flight adalah yang paling utama.

Ok dah sedia untuk check-in
Economy class je yang termampu. Maaf sedikit ber'sinar' di situ. Hehe..
Tak ramai penumpang yang beratur di lorong Qatar Airways. 10 minit menunggu, sampai giliran kami untuk check-in. Excited rasanya sebab dah lama tak merasai situasi check-in flight macam ni. Itulah susah kalau sindrom travel-bugs dah meresap dalam diri. Tapi saya masih lagi dalam kategori traveller biasa, bukan tahap frequent lagi. Ada orang tu setahun sampai 5-6 kali pergi overseas. Ada lagi yang lebih dari tu, tapi atas urusan kerja la. Tak pun full-time job menjadi traveller. Saya ni dapat setahun sekali travel pun dah kira bersyukur. Dapat tambah pengalaman baru dalam hidup. Alhamdulillah. Masa ni timbang berat beg tak menjadi masalah. Confirm tak terlebih berat. Tunggu la masa balik nanti. Mungkin ada barang yang terpaksa tumpang kat beg kawan-kawan yang ringan. Hahah..

Bawak pinggan mangkuk dan periuk pun masih ringan lagi. 46.8kg senyum lebar. Hehe..
Masa pack barang kat rumah saya dah standby kira siap-siap berat beg masa nak naik Norwegian Air dan SAS nanti. Baggage allowance lebih rendah berbanding Qatar Airways. Agak-agak lepas tak berat beg kami berdua maksimum 40kg untuk checked baggage Norwegian Air dan 46kg untuk SAS? Nampaknya terpaksa habiskan makanan yang dibawa semaksimum mungkin masa hari pertama dan kedua di Copenhagen. Rasanya boleh lepas sebab hand carry untuk Norwegian Air 10kg/person. Sumbat la mana-mana barang yang berat bawak naik atas flight. Hihi.. InsyaAllah berjaya. Jam 7.30 pagi selesai urusan kami semua di kaunter check-in tanpa sebarang masalah. Seterusnya kami bercadang nak breakfast. Tapi memandangkan ramai juga orang yang beratur kat kaunter imigresen, kami ambil keputusan untuk beratur dulu. Dah selesai di kaunter imigresen barulah senang hati nak mencari breakfast.

Ada lagi 50 minit sebelum ke boarding gate
Adakah anda berdua bersedia?
Agak lama juga kami beratur. Hampir 20 minit kami menunggu giliran di kaunter imigresen. Departure gate kami di C2, bermakna kena naik aerotrain untuk ke Satellite Terminal Building. Saya tak ingat di sana ada banyak pilihan kedai tak untuk kami breakfast. Rama yang amat peramah orangnya bertanya pada staff yang menjaga di pintu aerotrain. Dia tanya ada nasi lemak tak kat terminal sana. Ingatkan dia main-main je tanya soalan tu. Rupanya dia memang teringin sangat nak makan nasi lemak. Kat Kota Kinabalu katanya punyalah susah nak cari nasi lemak yang sedap. Yang ada pun teramatlah jauh dari rumah dia. Macam tak berbaloi nak drive jauh semata-mata nak makan nasi lemak. Tapi kalau dah mengidam layankan juga. Haha.. Staff tu tak pasti ada kedai jual nasi lemak kat terminal sana. Departure time kami jam 9.20 pagi. Jadi logiknya kami ada masa lagi nak mencari breakfast. Tak semestinya tepat jam 8.20 dah terpacak kat boarding gate. At least lagi 30 minit dah kena ada di gate C2. Dengan sedikit keyakinan, kami naik aerotrain dengan harapan ada kedai menjual nasi lemak di Satellite Terminal Building. Takkan la takde kedai yang menjual makanan breakfast kegemaran rakyat Malaysia. Hehe..

Bersesak juga naik aerotrain
Sampai di Satellite Terminal Building, kami mula mencari kedai makan. Daripada directory yang kami lihat, nampaknya tak banyak option yang ada. Bila kedai makan limited dan orang pulak ramai, maknanya panjang la kena beratur. Nasi lemak confirm takde. Jadi kami cari la mana-mana kedai yang paling tak ramai orang beratur. Akhirnya kami breakfast kat Burger King di tingkat atas. Nak pergi western country, awal-awal dah makan burger ala western sebagai breakfast. Sesuai sangat. Haha.. Kecewa nampaknya Rama sebab tak dapat makan nasi lemak. Takpe kawan, balik nanti sebelum bertolak ke Kota Kinabalu kita makan nasi lemak kat Kampung Baru ok. Tunggu lagi 18 hari ye. Hihi..

Mohon Burger King buat menu burger nasi lemak lepas ni ye.
Jam 8.50 pagi setelah selesai breakfast burger, kami bergerak ke Gate C2. Bermula Disember KLIA dan KLIA2 akan menjalankan kempen Silent Airport, dimana tiada lagi pengumuman tentang penerbangan dibuat. Penumpang kena cek melalui digital information board untuk mengetahui status penerbangan masing-masing. Kami tengok penerbangan kami dah status panggilan akhir. Nasib baik Gate C2 dekat je dengan center, tak perlu nak jalan jauh sampai ke hujung terminal. Sampai je di depan Gate C2, takde sorang penumpang pun kelihatan. Semua dah masuk dalam flight. Dengan pantas kami beratur untuk pemeriksaan akhir dan terus menuju ke pintu masuk flight QR0845 Qatar Airways ke Doha. Alhamdulillah lega bila dah masuk dalam flight. Santai sangat makan burger tadi. Hahah..

Lepas ni semua penumpang kena self-alert dengan status flight masing-masing
Final call untuk QR0845. Cepat!..

@ QATAR AIRWAYS QR0845

Kami mencari seat 34E dan 34F. Kali ni kami duduk berasingan, tapi masih bersebelahan dengan pasangan masing-masing. Jadi tak perlu nak deal dengan penumpang lain seperti trip ke Western Europe dulu supaya dapat duduk bersama. Hihi.. Flight jauh kena duduk sebelah. Tidur berbunyi ada orang sedarkan. Hehe.. Kalau setakat 2-3 jam je takpe duduk berasingan sebab tak sempat nak tidur pun. Tambah flight ke Medan. Dari KLIA pukul 8.00 pagi, sampai Kuala Namu pukul 7.50 pagi. Nak membuang pun tak sempat. Haha.. Agenda pertama bila naik flight buat pertama kali, dah tentu amik gambar space tempat duduk, tv dan suasana dalam flight. Agak cantik juga flight yang kami naik ni. Semuanya bersih dan nampak baru. Banyak aksesori yang diberi untuk keselesaan penumpang. Sebab tu la Qatar Airways dapat no. 2 dalam senarai World's Best Airlines. Belum berlepas lagi dah puas hati. Yang peliknya kenapa Qatar Airways boleh bagi harga yang murah berbanding flight yang lain. Teringin juga nak naik Emirates atau Ettihad tapi tak pernah murah harga tiketnya. Flight jiran Singapore Airlines yang dapat no. 1 lagilah sukar nak turun harga. Huhu.. Terima kasih Qatar Airways sebab bagi harga tiket yang berpatutan dan paling murah dalam list pencarian. Nanti bagi lagi tiket murah ye. Hehe..

Qatar Airways, flight pilihan saya. Saya mesti pilih!.. c.c. Bank Rakyat. Hehe..
Tepat jam 9.20 pagi flight Qatar Airways QR0845 berlepas dengan lancarnya meninggalkan ruang udara KLIA. Mata dah mula rasa berpasir. Apa lagi, terus tidur la jawabnya. Tapi baru sejam perjalanan saya dikejutkan untuk pilih menu makanan. Bila tengok pilihan menu, terus teringat kat Rama. Mana taknya, salah satu menu adalah nasi lemak!.. Haha, nampaknya memang rezeki dia dapat makan nasi lemak hari ni. Set lengkap bersama roti croissant dan buahan, breakfast pagi ni amat bermakna buat kami especially Rama. Confirm dia senyum lebar kat depan tu. Tak cukup boleh la tanya stewardess kalau ada lebih. Disebabkan kenyang burger king pun masih ada lagi, memadai satu set je. 

Qatar Airways memahami keinginan anda. Hehe..
Set sudu besi. Best kalau mintak buat souvenir ni. Hihi..
Lepas makan saya sambung tidur balik sambil layan lagu. Boleh tahan best juga senarai lagu yang ada. Movie pun banyak yang latest. Disebabkan masih mengantuk lagi saya hanya dengar lagu sampai tertidur. Next flight boleh layan movie pulak. Ada 3 lagi peluang naik flight ni. Sedang sedap melayan mimpi, saya dikejutkan lagi selepas 2 jam. Ingatkan dah sampai, rupanya ada lagi makanan yang sampai. Kali ni dapat pai dan muffin je. Nasib baik tak mengidam kuih koci macam kes nasi lemak pagi tadi. Kalau tak mesti dapat kuih koci kan. Hehe.. Kali ni lepas makan tak nak tidur dah. Tak tahan tengok list movie yang best. Nak layan tengok movie Equaliser 2. Cerita Denzel Washington memang confirm takkan mengecewakan. Saya jarang tengok wayang. Selalunya hantar anak pegi tengok wayang, lepas tu jalan-jalan dalam shopping complex sementara menunggu wayang habis untuk jemput anak. Umur dah hujung remaja ni makin kurang minat nak tengok wayang. Dulu masa bujang dan baru kahwin boleh dikatakan setiap minggu tengok sneak preview, sampaikan kawan-kawan jadikan saya sebagai bahan rujukan rating movie. Kira up-to-date la cerita wayang latest, semuanya saya tengok. Sekarang ni bagi peluang anak-anak pulak nak layan cerita yang diorang suka. Tapi anak yang sulung dan kedua je la. Yang lagi dua tu tak boleh. Masih perlukan ibubapa untuk bawa ke tandas. Hehe..

Makan lagi..
Banyak pilihan lagu rock. Remote macam smartphone. Layann..
Habis layan movie, saya tengok apa lagi features yang ada dalam in-flight entertainment ni. Wife saya kata ada wifi free dalam flight. Pantas sungguh dia kalau bab-bab wifi ni. Hihi.. Wifi free hanya diberikan selama 30 minit je. Kalau nak tambah masa dah tentu kena bayar la kan.. Takpelah, 30 minit pun cukup untuk wife saya browse dan update status. Jangan dia senyap-senyap tambah masa sudah la. Tunggu bila mendarat nanti ye. Time tu boleh la browse sepuasnya sebab pocket wifi hanya kita berdua je guna, tak kongsi dengan yang lain. Cuma tinggalkan sikit kuota untuk saya browse map jika berlaku kecemasan nanti. Siap ingatkan tu. Hehe..

Benda free rugi kalau tak guna. Hihi..
Syok melayan movie Equaliser 2 sampai habis dan disambung dengan mendengar lagu rock kegemaran, tak sedar dah lebih 7 jam kami berada atas flight. Pilot buat pengumuman flight akan mendarat di Hamad International Airport, Doha dalam 20 minit lagi. Nampaknya kene set semula jam ikut waktu di Doha, iaitu 5 jam lewat dari Malaysia. Takut salah tengok waktu nak naik flight seterusnya. Huhu.. Dah boleh bersiap-siap untuk turun. Pertama kali nak jejakkan kaki di bumi Qatar, walaupun hanya dalam terminal je. Stewardess mula meronda di setiap lorong membawa plastik sampah. Headphone tak pulak dikutipnya. Mungkin bagi peluang kepada penumpang untuk dijadikan sebagai souvenir kot. Hehe. Berapa sangat la harga headphone tu jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi. Tak baik tau amik senyap-senyap. Adalah lebih baik mintak dengan penuh harapan. InsyaAllah dapat secara legal. Hahah..

Info pendaratan di Hamad International Airport
Boleh dikatakan agak balance masa berada dalam flight jika transit di Doha kerana ia terletak hampir di pertengahan perjalanan kami. Masa trip ke Western Europe dulu transit kat Ho Chi Minh. Jadi flight seterusnya ke Paris agak jauh dan lama. Bosan juga duduk lama dalam flight. Asyik kerja pergi pantry je cari benda yang boleh dimakan. Paling banyak saya amik kat pantry masa tu dah tentu la aiskrim Magnum mini. Best betul dapat makan aiskrim dalam flight. Hehe.. Jam 12.20 tengahari flight mula terbang rendah untuk mendarat. Maka bersiap-sedialah kami untuk turun dan melihat suasana Hamad International Airport yang dikatakan airport ke-9 terbesar di dunia dan ke-5 dalam kategori airport mewah. Wallahu 'alam..

Pengalaman pertama naik Qatar Airways yang memuaskan hati
Flight route: From KLIA to Hamad International Airport


Monday 18 February 2019

JJCP Scandiscovery: Final preparation..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Hari yang ditunggu hampir tiba!. Esok bermulalah trip mencari pengalaman hidup saya yang terbaru. Entah kenapa trip kali ni saya agak excited berbanding trip-trip sebelum ni. Mungkin kerana saya sendiri tak sangka akan jejakkan kaki di bumi Scandinavia, negara yang jarang pelancong lawati berbanding common Europe countries seperti UK, France dan Italy. Dalam excited tu ada juga rasa nervous sebab yang bakal saya hadapi nanti sudah tentu musim winter yang paling sejuk dalam hidup saya. Nak drive pulak tu. Boleh tahan ke? Huhu.. Moga dipermudahkan.

Weather forecast mengikut itinerary. Kat Oslo yang paling sejuk katanya. Huhu..
Malam terakhir saya masih lagi di depan komputer. Rasanya macam banyak lagi info tentang Scandinavia yang saya perlu cari. Sementara line Unifi yang kuat dan guna desktop lebih baik saya google segala maklumat yang ada. Dah sampai sana kang susah nak cari pakai smartphone dan line pun limited. Huhu.. Takpe, perjalanan dalam flight yang panjang nanti saya boleh berehat. Harap jangan jetlag sudah la. Mengikut sejarah travel saya, tak pernah lagi kena jetlag masa pergi. Masa balik je yang kena. Itupun takdelah melampau sangat sampai melarat berhari-hari. Mungkin kerana saya ni jenis susah tidur malam kot membuatkan jetlag pun malas nak ganggu hidup saya. Hehe..

My workspace at home. Penceroboh akan didakwa. Hehe..
Flight esok jam 9.20 pagi. Dulu rumah di Wangsa Maju. Kali ni bertolak dari Kota Damansara. Wife saya yang amat prihatin dengan masa flight cadang untuk bertolak awal dari rumah. Jam 6.00 pagi paling sesuai tiba di KLIA katanya. Boleh la terus solat subuh di airport. Dia dah booking siap-siap runner yang dia selalu guna untuk hantar barang. Kali ni runner tak hantar barang, tapi hantar kami ke KLIA. Haha.. Wife saya set untuk ambil kami di rumah seawal jam 4.30 pagi. Saya ikutkan aje. Biar sampai awal daripada terkejar-kejar nak naik flight. Hihi.. Kami mengemas beg dan pastikan semua barang yang penting dibawa bersama. Dokumen penting saya dah print dan buat copy seperti trip-trip sebelum ni. Duit yang dah ditukar saya susun ikut bilangan hari, takut terlebih guna untuk hari-hari tertentu. Untuk itinerary yang akan masuk bandar besar, saya akan set duit lebih daripada hari yang lalu kawasan kampung. Yelah kan, kat bandar nak beli fridge magnet, key-chain atau apa-apa souvenir yang berkenan di hati. Kawasan kampung setakat ambil gambar  dan singgah beli makanan ringan kat mana-mana supermarket je untuk jadi peneman masa drive nanti. Hihi.. Dokumen berkaitan booking kereta sewa dan homestay pun dah banyak kali saya check. Takut tertinggal.

Bawa semua dokumen yang penting.
Document holder dan buku nota untuk catatan perjalanan.
Alhamdulillah selesai kemas beg. Cukup untuk semua barang keperluan. Beg extra pun saya bawa siap-siap sebab sejarah lalu beg kami akan beranak bila balik nanti. Hahah.. Mungkin kali ni tak beranak banyak kot sebab macam mahal je barang shopping kat sana. Kita standby juga la beg lipat satu untuk hal-hal yang tak terjangka. Hehe.. Kali ni saya buka order untuk yang nak pesan t-shirt atau merchandise Hard Rock. Buat masa ni dah ada beberapa order yang masuk. Nanti masa kejadian bila saya dah amik gambar kat dalam Rock Shop dan update, barulah ramai yang akan pm saya, percayalah. Hehe.. Jadi, beg lipat tu penting juga untuk bawa balik barang pesanan kawan-kawan.

Dah 6 tahun beg ni berjasa pada saya waktu travel.
Selain dari pakaian dan makanan, trip kali ni saya bawa alatan untuk memasak sebab dah confirm akan bermalam di homestay. Kuali kecil, sudip buruk, sudu dan garfu murah, pinggan plastik yang dah kusam kat rumah menjadi mangsa dibawa bersama dalam trip kali ni. Last day nanti boleh la tinggalkan terus kat sana. Walaupun dah buruk, tapi ia bakal menjadi warga Scandinavia. Hehe.. Makanan saya bahagikan kepada 6 bahagian untuk dibawa sorang sikit dalam beg masing-masing. Saya dah maklum pada semua untuk save kan ruang dan berat 2kg dalam beg untuk isi makanan. Ini lah perkara yang amat penting bila travel sesama kawan-kawan ke negara yang tak banyak option halal foods. Bukan terpaksa, tapi wajib prepare makanan untuk dibawa ke sana. Kalau ada restoran halal pun sudah pasti makanan seperti kebab dan seangkatan dengannya. Lalu ke nak makan kebab sepanjang 18 hari ni? We want rice and sambal belacan!.. Hahah..

Selain dari makanan, aksesori ni juga wajib dibawa.
Saya sempat lagi download beberapa apps yang dirasakan penting untuk digunakan di sana terutamanya public transport apps. Sekurangnya bila di sana nanti boleh la refer live update perjalanan train dan bot. Itinerary yang saya buat hanyalah anggaran, belum tentu tepat mengikut masa yang saya set. Jadi apps ini akan bantu saya untuk tahu live status public transport di sana, especially di bandar besar. Manalah tau tetiba ada train yang delay atau cancel sebab cuaca buruk. Bila terjadinya kejadian yang tak terjangka, maka saya boleh pilih option lain dengan merujuk pada public transport apps.

Apps untuk public transport di bandar utama Scandinavia
Selain wife saya yang akan menjadi peneman setia semasa drive, saya dah siap copy lagu mp3 dalam cd dan pendrive untuk dipasang semasa dalam perjalanan naik kereta sewa nanti. Masa trip ke Western Europe dulu saya dah buat benda ni. Teringat masa drive kereta di Jeju Island, Korea. Tak bawak mp3, dengar radio dah tentu tak faham apa yang deejay tu sembang. Huhu.. Jadi lepas je trip tu saya dah set kalau sewa kereta je mesti bawa mp3. Boleh la nyanyi sambil drive. Hehe.. Wife saya siap cadang nak bawak portable microphone lagi. Tak payah la, yang tu kita pakai kat Malaysia je. Hahah..

Siap download lagu yang akan menemani saya semasa drive nanti
Masa berlalu amat pantas bila banyak kerja yang dilakukan. Sedang asyik mencari maklumat, tak sedar lagi sejam runner akan sampai untuk pick-up kami. Tak sempat nak tidur nampaknya. Dengan pantas saya tutup komputer, mandi dan bersiap dalam keadaan mata yang mengantuk. Huhu.. Tahan la wahai mata. Dalam flight nanti kita bayar hutang tidur ye. Moga diberikan kekuatan fizikal dan mental pada kami dalam perjalanan mencari pengalaman hidup yang amat berharga ini. Wallahu 'alam..


Thursday 7 February 2019

JJCP Scandiscovery: Persiapan Awal #2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala persiapan yang memerlukan booking atau bayaran awal telah saya selesaikan. Yang tinggal sekarang hanya persiapan diri seperti barang yang nak dibawa dan menyusun itinerary harian mengikut anggaran masa perjalanan. Trip winter sudah pastinya kena bawa jaket tebal. Jenis jaket juga memainkan peranan penting memandangkan cuaca di sana dijangka amat sejuk. Cadangannya nak bawa 3 jenis jaket mengikut ketebalan. Tapi takut beg penuh dan tak muat nak masuk barang yang lain. Bawak satu je takut ada masa tak sesuai nak dipakai. Inilah dilema yang melanda diri bila menyiapkan diri untuk travel di musim winter. Jaket paling tebal jenama Columbia saya yang dulu tu dah saya jual. Nampaknya kena cari jaket tebal yang lain. Huhu..

Kedua-dua jaket tebal Columbia ni kami dah jual. Huhu..

# WINTER APPARELS @ BUNDLE

Kat mana lagi nak cari jaket tebal yang berpatutan harganya kalau bukan di bundle. Amat merugikan kalau beli baru seperti yang dijual di kedai dan butik barangan winter. Bukannya nak pakai sepanjang tahun, hanya untuk trip ni je. Gila apa nak pakai jaket tebal dengan cuaca Malaysia sekarang ni. Pakai t-shirt pun boleh berpeluh inikan pulak nak pakai jaket tebal. Haha.. Lepas habis trip jaket tu pun duduk la diam kat dalam almari, menunggu trip winter yang berikutnya. Kalau tak nak pakai dah boleh jual balik kat mudah.my. Ada je orang yang beli. Hihi.. Sebagai permulaan saya tengok-tengok dulu jaket yang dijual kat Uniqlo. Walaupun tau harga jaket di Uniqlo agak tinggi, tapi saya tetap nak survey juga. Minat betul saya dengan jenama Uniqlo ni. Pada saya harganya agak mampu milik untuk beberapa jenis pakaian yang dijual. Lagi best bila ada sale untuk habiskan stok pakaian yang lama.

Pakaian yang dijual di Uniqlo mengikut musim di Jepun. Harga agak tinggi tapi acceptable la..
Kedai bundle di Jalan Kebun, Klang. Yang harga RM50 tu tak berkenan pulak. Huhu..
Kedai bundle ni terletak kat rumah lama saya di Setapak
Habis cuci mata di Uniqlo, saya pergi ke kedai bundle di Jalan Kebun, namun takde yang menarik minat saya untuk membelinya. Kemudian saya ke Baden Baden Bundle yang terletak di Setapak. Kedai bundle ni saya selalu pergi di cawangan Port Dickson sebab banyak pakaian yang berkualiti dan masih cantik. Kat Setapak ni baru je mula beroperasi pada pertengahan tahun 2017. Ada jaket yang menarik tapi saiz pulak tak ngam. Huhu.. Mana lagi nak cari kedai bundle yang menarik. Saya baru teringat masa jaga exam SPM saya ternampak satu kedai bundle yang agak besar di Bandar Sri Damansara. Saya pun ke sana untuk melihat jika ada jaket yang berkenan di hati dan yang paling penting harganya murah. Saya sampai di JBR Bundle waktu malam. Terkejutnya saya bila tengok keadaan barang yang dijual. Kedai bundle ni amat besar dan panjang ke dalam. Semua barangan tersusun dengan cantik. Ada beberapa bahagian mengikut jenis barang yang dijual. Di tingkat atas ada menjual barang yang dikategorikan sebagai premium branded items. Saya pun apa lagi, terus la mencari mana-mana jaket winter yang berkenan di hati.

JBR Bundle. Kedai bundle paling besar, kemas dan tersusun yang saya pernah tengok. Terbaik..
Alhamdulillah, berjumpa juga jaket yang saya berkenan. Bukan tu aje, seluar winter pun banyak dijual di sini. Harga tak tinggi pun, sekitar RM25 - RM30 untuk seluar winter dan RM30 - RM50 untuk jaket winter. Memang berbaloi la beli kat JBR Bundle ni. Rama yang susah nak mencari kedai bundle di Kota Kinabalu, saya suruh dia pergi ke kedai JBR Bundle ni bila dia turun KL. JBR Bundle ni ada 9 cawangan semuanya. Nanti ada rezeki travel lagi boleh pergi survey kat cawangan lain pulak. Untuk trip kali ni di cawangan Bandar Sri Damansara pun dah cukup puas hati. Terbaiklah JBR Bundle. Pencarian jaket winter berakhir dengan jayanya. Hihi..

Lokasi JBR Bundle cawangan Bandar Sri Damansara yang terletak di Jalan Kuala Selangor

# RATION

Kami berbincang bersama mengenai barang makanan yang perlu dibawa ke sana. Saya akan sediakan semua barang yang utama seperti beras, gula, kopi/teh, periuk nasi travel dan alatan memasak. Yang lain boleh la nak bawak makanan extra seperti mee segera, sambal ikan bilis, kicap dan mana-mana yang dirasakan mudah, sesuai dan sedap untuk dimakan di sana nanti. Untuk menu utama, saya dah set lokasi kedai yang menjual daging dan ayam halal. Nanti boleh la beli sikit kat sana. Barulah rasa macam makan kat Malaysia. Hehe.. Wife saya dah order makanan segera jenama Sharifah untuk kami semua. Saya cuma minta semua allocate ruang dalam beg masing-masing untuk sama-sama bawa barang makanan. InsyaAllah takkan terlebih berat beg tu sebab selalunya masa pergi beg tak berat sangat. Bila time balik je mungkin beg akan beranak. Hehe.. Lagi satu yang perlu diambil perhatian adalah jenis plugpoint dan voltage di sana. Nasib baik voltage di Scandinavia 230V/50Hz, kurang 10V dari Malaysia. Jadi boleh la guna barang letrik kita kat sana dengan optimum. Jangan jadi macam kat Jepun, lambat betul nasi nak masak sebab voltage Jepun hanya 100V je. Tak pakai voltage converter pulak masa tu. Huhu..

Senarai barang makanan untuk kami berenam. InsyaAllah mencukupi..
Jenis plugpoint di Scandinavia. Jangan lupa bawa adapter ye.

# MEDICATIONS

Yang ni setiap kali travel mesti kena bawa. Senang jika ada yang pening kepala atau demam dalam perjalanan. Tak perlu nak beli ubat kat sana yang tak tau berapa harganya. Seperti biasa, multivitamin saya dah mula makan seawal 2 bulan sebelum tarikh travel. Harap badan bertenaga dan bersiap sedia untuk travel mencari pengalaman hidup yang baru dan pastinya mencabar. Antara ubat yang wajib saya bawak setiap kali travel adalah multivitamin, minyak angin, handiplast, ubat sakit perut dan koolfever. Ubat lain yang dirasakan sesuai juga dibawa sekali. Heat pack yang dijual di Daiso jangan dilupakan. Sebelum ni saya tak pernah pun pakai heat pack sebab masih boleh tahan cuaca sejuk. Untuk kali ni rasanya akan pakai juga. Huhu.. Ubat-ubat yang dibawa ni pasti akan digunakan semasa di sana nanti. Moga diberikan kesihatan yang baik di sepanjang perjalanan kami.

Ubatan dah disediakan. Heat pack paling murah boleh beli kat Daiso

# TRAVEL LUGGAGE

2 minggu sebelum hari kejadian saya dan wife dah mula mengemas apa yang patut untuk dibawa. Nasib baik kami cek beg kami awal. Rupanya baru perasan tayar beg kami dah pecah. Huhu.. Nak beli baru rasa macam tak berbaloi sebab beg yang sedia ada ni masih elok lagi, cuma tayar je yang pecah. Saya google kedai repair beg yang berhampiran dan harga yang berpatutan. Berdasarkan review yang saya baca, kedai membaiki beg di Jalan Pudu mendapat komen yang positif dari pelanggan dan kedai tu dah beroperasi berpuluh tahun lamanya. Hari tiada exam SPM saya pergi ke kedai tersebut. Harga yang dikenakan untuk sebiji tayar adalah RM20.00. Walaupun memang satu tayar je yang pecah, tapi alang-alang repair baik tukar semua tayar. Takut sampai sana nanti tayar lain pulak yang buat hal. Huhu.. Saya mintak tokey kedai tukarkan kesemua tayar bagi beg besar dan medium. Jumlah semuanya RM160.00. Kira oklah harga tu daripada beli beg baru. Saya tanya tokey, bila boleh siap beg saya. Dia kata paling cepat 3 minggu boleh siap. Haduii, tak sempat la macam ni. Nak pergi lagi 2 minggu. Jadi saya pun bagitau la yang saya urgent nak pakai beg ni minggu depan sebab flight saya hari khamis. Sebenarnya flight hari Sabtu, tapi jangan la bagitau yang betul. Kang dia kata siap hari Jumaat tak ke kelam kabut nak kemas barang. Hari Rabu nampak munasabah sikit. So tokey tu pun kata Selasa depan boleh amik. Dia suruh datang petang sebelum kedai tutup jam 6.00 petang. Terbaik la tokey. Nanti saya kasi viral baik punya kedai tokey bagi ramai orang datang hantar repair beg. Bukan setakat tayar je yang dia repair tapi semua yang rosak tentang beg dia boleh baiki. Tengok keadaan dalam kedai memang banyak pun beg yang orang hantar. Well-known juga kedai ni walaupun nampak kecik je dari luar.

Nasib baik sedar awal tayar beg pecah. Huhu..
Lokasi kedai repair beg kat Jalan Pudu
Dah siap tayar luggage yang baru, mestilah nak pasang luggage tags kan. Ada info mengatakan jangan letak alamat pada luggage tags. Cukuplah hanya letak nama dan nomber telefon atau e-mel sahaja. Dikuathiri penyeludup dadah akan buka dan simpan dadah dalam beg kita. Jika beg kita lepas imigresen, penyeludup tu akan datang ke alamat rumah kita untuk ambil balik dadah tu. Tapi jika beg kita kena tahan, maka dengan kita sekali kena masuk lokap. Huhu.. Orang lain buat jahat tapi kita yang kena. Itulah bahayanya bila travel. Bukan setakat kena jaga beg dari pick-pocket, tapi dengan penyeludup dadah pun kena berhati-hati. Haishh, susah betul nak travel dengan aman dan sentosa ye. Huhu..

You've been warned!.. Be careful..

# OFFLINE MAP APPS

Sebelum ni saya amat percaya pada apps HERE Maps (sekarang HERE WeGo) dalam membantu saya menjadi penunjuk arah semasa drive di luar negara. Masih teringat lagi kesilapan teknikal ketika trip Western Europe 2015 yang lalu di mana tetiba apps asyik suruh saya keluar dari highway dan ikut jalan dalam. Rupanya bila cek setting, entah macam mana boleh tick dekat option avoid tunnel. Patutlah dia suruh keluar sebab highway ada banyak tunnel. Haha.. Jadi untuk trip kali ni saya ingin mencuba apps yang lain pulak. Daripada review yang dibaca, Maps.Me antara apps paling reliable dan terbaik untuk offline map. Saya pun download dan cuba gunakan Maps.Me untuk ambil wife saya balik kerja di KL. Agak complicated juga Maps.Me berbanding HERE WeGo yang lebih user-friendly. Jadi untuk tidak peningkan kepala, saya pun beralih semula kepada HERE WeGo dan download kesemua map negara Scandinavia. Janji dia jangan buat perangai tetiba tukar option avoid tunnel lagi. Hahah..

Masih setia dengan HERE WeGo walaupun dia penah buat hal dulu. Haha..
Alhamdulillah, selesai perkara-perkara yang penting dalam persiapan sebelum fly ke bumi Scandinavia. Baki beberapa hari yang tinggal ni saya cuba lagi mencari info mengenai Scandinavia. Serius amat sedikit maklumat yang saya kumpul. Moga perjalanan kami berenam mencari pengalaman hidup yang baru di bumi Scandinavia berjalan dengan lancar dari mula hingga akhirnya. Ingat dalam diri masing-masing tujuan travel di bumi milik Allah. InsyaAllah dilindungi oleh-Nya. Wallahu 'alam..