Thursday 7 February 2019

JJCP Scandiscovery: Persiapan Awal #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Dah banyak kali travel membuatkan persiapan awal menjadi mudah. Perkara yang wajib mesti dibuat dulu. Yang penting travel dengan hati yang tenang. Apa-apa keperluan wajib haruslah diuruskan sebelum travel supaya tak menjadi kesulitan bila berada di luar negara. Pening nanti nak deal dengan pihak berkuasa sana bila ada dokumen penting yang tak lengkap. Dapat pulak pegawai yang tak pandai speaking. Jadilah macam ayam bercakap dengan itik. Err, pernah ke dengar ayam borak dengan itik? Hehe..

Ini yang paling penting. Make sure masih valid lagi ye. Hehe..

# KEBENARAN KELUAR NEGARA

Inilah perkara yang pertama mesti diuruskan dulu sebagai seorang penjawat awam. Walaupun tak menggunakan duit kerajaan tapi undang-undang kena la patuh. Tak keluar duit pun isi borang permohonan ni. Lengkapkan dan hantar kat pejabat. Lepas tu tunggu dalam 5 minggu dapatlah kelulusan. Dulu masa kat KPM seminggu je dah dapat kelulusan sebab yang meluluskan adalah boss kat pejabat sendiri je. Dah duduk sekolah ni kenalah melalui beberapa bos untuk dapatkan kelulusan. Setakat ni tak pernah kene reject lagi permohonan saya. Cuma satu je yang saya hairan. Untuk insurans tu kenapa boleh apply sekali je dalam masa setahun. Padahal saya tak pernah buat claim pun. Patutnya kalau tak pernah claim boleh la apply lagi dalam tahun yang sama. Tapi ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan bermula 2019 permohonan untuk insurans dah dimansuhkan. Mungkin ramai sangat yang claim kot. Wallahu 'alam. Takpelah, insurans luar ada banyak pilihan. Cuma kena bayar la. Hehe..

Alhamdulillah permohonan diluluskan

# TRAVEL INSURANCE

Walaupun dah ada insurans dari kerajaan, tapi saya tetap juga ambil insurans dari pihak swasta. Selalunya saya ambil pakej couple untuk cover saya dan wife atau family jika travel satu keluarga. Lebih murah dan mudah. Untuk trip kali ni wife saya pilih insurans dari Etiqa Maybank. Daripada 3 pelan insurans yang ditawarkan, kami pilih pakej spouse Platinum yang berharga RM274.60. Setelah tolak diskaun dan bayaran secara online, maka kami cuma bayar RM215.95 untuk cover perjalanan kami berdua sehingga RM1juta. Kira berbaloi juga lah. Malang tak berbau. Tambah lagi di negara orang. Apalah salahnya ambil pelan yang paling tinggi. Kalau telco tu lain lah. Saya selalu amik plan yang paling rendah sebab jarang guna telefon. Itupun tak pernah habis kuota internet sebab bila kat rumah saya guna wifi Unifi je. Hehe..

Pilihan travel insurans untuk trip kali ni

# WIFI RENTALS

Yang ni memang wajib kena sewa terutamanya kepada yang suka post update kat media sosial. Nak post time tu juga, tak nak tunggu sampai hotel. Huhu.. Saya memang tak suka sangat post. Selalunya kena tag dengan wife je. Tapi saya perlukan wifi untuk update perjalanan harian di sana. Andai kata ada tempat atau jalan yang tutup, saya boleh google mencari alternatif lain. Sebelum ni saya hanya sewa dengan company Visondata yang mempunyai cawangan di KLIA. Tapi sekarang dah ada banyak pilihan seperti Roaming Man, WifiBaby dan banyak lagi. Selain pocket wifi, ada juga company yang jual simcard ke luar negara seperti iFree. Nampaknya bisnes pocket wifi dah berkembang maju. Hihi.. Kali ni saya nak tukar selera pulak. Saya pilih WifiBaby untuk menjadi sumber wifi saya di sana kerana pakej yang ditawarkan agak menarik. Jangan bila sampai sana takde lain atau slow sudah la. Huhu.. Harga yang ditawarkan adalah RM20.00/day untuk kuota 500mb/day (4G) dan jika habis menjadi 3G unlimited. Satu device boleh digunakan maksimum 5 orang. Disebabkan kami berenam dan kejadian tak cukup kuota masa kami di Western Europe dulu, maka kali ni kami amik 3 device. Jadi setiap couple akan ada device masing-masing. Suka hati lah nak pakai banyak mana pun. Hehe.. Untuk jangkamasa penyewaan pada mulanya saya pilih bermula 8 Disember hingga 24 Disember kerana 25 Disember kami dah sampai Doha dan guna wifi airport je. Tapi rupanya dia charge sampai hari kami return device tu. Maknanya kena sewa sampai 25 Disember jugak. Jadi bayaran yang dikenakan untuk satu device adalah RM20.00/day x 18 = RM360/couple + RM200 (deposit). Post update punya pasal, bayar berapa pun tak kisah punya. Hihi..

Bayaran untuk 3 unit pocket wifi dari company WifiBaby

# CAR RENTALS

Yang ni paling lama saya fikir sebelum buat pilihan. Daripada maklumat beberapa reputable company yang saya cari, akhirnya saya pilih untuk sewa kereta di Europcar sebab antara company yang paling sikit dapat komen negatif dari pelanggan. Saya bercadang untuk sewa kereta 9-seater walaupun kami berenam kerana kena fikirkan beg kami. Kalau sewa 7-seater kang ada beg yang kena letak atas riba masing-masing sepanjang perjalanan. Saya sorang je selamat sebab jadi driver. Hehe.. Saya buka website Europcar dan melihat jenis kereta yang ditawarkan. Hanya satu kereta 9-seater je yang available ikut tarikh yang saya nak. Memang kereta yang saya teringin nak sewa pulak tu. Tapi harga sewa amatlah tinggi. Kat sini saya nak share satu pengalaman menyewa kereta di luar negara. Saya try buat satu trick, dengan harapan ia menjadi masa hari kejadian nanti. Trick macam mana tu? Hehe..

RM6,941.10 belum masuk insurans tu. Haduii..
Apa yang saya buat, saya buka website general yang compare semua company sewa kereta. Daripada website yang saya buka dan lihat, saya pilih Airportrentals.com sebab saya memang bercadang nak sewa di airport walaupun tau ianya agak mahal sikit berbanding sewa di luar kerana ada airport surcharge. Tapi bila difikirkan kami kena mengejar masa untuk sampai ke destinasi sejurus selepas turun flight, maka saya terpaksa pilih untuk ambil di airport. Agak menarik juga webpage Airportrentals.com membuatkan saya berasa sedikit yakin yang ianya bukan scam. Kena hati-hati sebab banyak website scam. Jenis kenderaan 9-seater dan harga yang ditawarkan dari Europcar amat menarik dan jauh lebih murah daripada website Europcar sendiri. Itu yang buat saya confuse. Dalam website hanya satu jenis kenderaan je dan mahal pulak tu. Tapi ikut website Airportrentals.com ada banyak pilihan dan amat berbeza harganya. Scam ke tak ni? Huhu..

Kita try book melalui Airportrentals.com pulak kali ni
Jadi untuk menghilangkan rasa was-was dan memastikan bahawa website Airportrentals.com ni memang betul wujud, saya buat 2 cara. Pertama, saya contact melalui livechat, nak tengok samada ada respon ke tidak. Pantas juga diorang reply. Keyakinan saya bertambah. Tapi takut juga kalau yang jawab tu automated machine, bukan real person. Jadi cara kedua saya call terus operator guna toll-free number yang tertera dalam website. Ada staff menjawab panggilan dan explain dengan jelas soalan yang saya berikan. Kebetulan saya memang ada beberapa soalan yang nak ditanya. Saya bertanya tentang tayar dan crossing borders. Untuk pengetahuan, sewa kenderaan di Denmark tidak menyediakan snow tyre sebagai default tyre sewaktu musim winter. Jadi kita kena add-on semasa buat booking. Dulu masa sewa kereta time winter mesti kereta dah already fitted dengan snow tyre. Nampaknya kena bayaran tambahan la jawabnya. Huhu.. Tayar winter ada 2 jenis, iaitu studless snow tyre dan studded snow tyre. Paling bagus adalah studded tyre kerana cengkaman yang lebih di atas jalan bersalji. Rupanya di Denmark tak disediakan studded tyre kerana jalanraya di Denmark jarang bersalji dan jika ada pun tak tebal. Penggunaan studded tyre akan membuatkan permukaan jalanraya rosak. Takde option lain, maka terpaksalah ambil studless snow tyre je. Untuk crossing borders pulak ada dikenakan charge by day, ikut kiraan berapa lama berada di luar Denmark. Yang ni takde masalah sangat sebab tak tinggi pun bayarannya. Lepas bercakap dengan staff tu membuatkan saya bertambah yakin dengan website Airportrentals.com.

Nampak tak ada pilihan snow tyres kat situ. Tambah bayar lagi laa.. Huhu..
Setelah memastikan bahawa kereta yang saya pilih ni adalah unlimited mileage, saya terus booking melalui Airportrentals.com. Harga rental dari 12 hingga 23 Disember 2018 beserta add-on snow tyres dan additional fees & taxes (crossing borders & airport surcharge) untuk kereta Renault Traffic or similar berharga RM2999.49. Saya hanya bayar RM271.45 untuk booking dan bayar penuh RM660.22 untuk Full Protection Cover. Dalam perjanjian dah dimaklumkan bahawa sebanyak RM1,610.00 (2,500.00DKK) akan freeze dalam kad kredit saya sebagai deposit verification sepanjang waktu penyewaan. Andai tiada apa-apa masalah terhadap kereta semasa return nanti, nilai tu akan available semula dalam kad kredit.

Jumlah keseluruhan bayaran sewa kereta termasuk insurans adalah RM3,659.71
Nampak tak berapa banyak perbezaan harga antara website Europcar dan Airportrentals.com? Tawakkal ajelah dengan mengharapkan kereta kami wujud masa di sana nanti. Huhu.. Saya teringin nak sewa kereta Volkswagen Caravelle Auto yang mahal tu tapi saya booking Renault Traffic Manual yang murah, dengan harapan Europcar hanya ada Volkswagen tu aje seperti dalam website dia. Nanti mesti dia offer kereta tu dengan harga yang sama sebab saya tak mintak pun kereta tu masa booking. Harap menjadi trick saya ni. Bayar murah tapi dapat kereta mahal. Hehe.. Tapi kalau tetap dapat kereta Renault tu pun takpe. Tak rugi apa-apa pun. Masa kat Western Europe dulu saya rileks je bawak kereta manual. Takde masalah lah. Try my luck je ni. Yang penting kereta kami wujud di hari kejadian untuk kami teruskan perjalanan, walaupun di hati kecil ni mengharapkan dapat Volkswagen Caravelle tu. Hihi..

Selesai hal booking kereta sewa. Confirmed!..

# ACCOMODATIONS

Part ni pun mengambil masa yang agak lama untuk saya buat pilihan. Yang pastinya saya pilih homestay melalui Airbnb.com berbanding booking hotel seperti trip sebelum ni. Tinggi sangat rate hotel kat Scandinavia ni. Kami akan sewa kereta, jadi tiada masalah untuk menginap di kawasan luar bandar. Lagipun best juga duduk kat homestay. Boleh makan berjemaah dan berborak sampai tertidur. Hehe.. Teringin juga nak tengok design rumah Scandic yang comel dan cantik. Saya cuba mencari rumah yang paling hampir dengan route perjalanan kami dan tidak terlalu jauh untuk drive seharian mengikut itinerary awal yang saya dah buat. Tak banyak pun homestay yang available mengikut bilangan bilik yang sesuai. Tiada pilihan, maka saya pun pilihlah mana-mana homestay yang berpatutan dan sesuai dengan route. Ada rumah yang 3-bilik, 2-bilik dan sebilik. Nanti pandai-pandai la undi siapa nak tidur dalam bilik. Saya kalau dah penat memandu silap haribulan tak sempat masuk bilik. Kat sofa ruang tamu je tidur. Hehe..

Sebelum mencari kena register dulu
Disebabkan ini pertama kali saya menyewa homestay di luar negara, jadi kenalah study sikit pasal rules and regulations bila menginap rumah orang. Apa yang saya faham, janganlah buat homestay macam hotel, bersepah sana sini. Check-out dalam keadaan yang sama seperti check-in. Jaga hati tuan rumah. Ada homestay dimana tuan rumah duduk di sebelah atau berhampiran dengan homestay. Jadi jangan buat party sampai mengganggu penduduk sekitar. Hehe.. Nanti dapat bad review dari tuan rumah terus saya kena ban dalam website Airbnb.com. Lepas ni susah pulak nak booking homestay lain. Reputasi kena jaga demi kemudahan travel di masa akan datang. Hehe.. Sebelum buat pilihan kita boleh tengok dulu review pelanggan yang pernah menginap di homestay tu. Jadi boleh lah tau samada tuan rumah baik orangnya atau jenis yang cerewet. Terbaik juga Airbnb.com ni. Pelanggan boleh menilai tuan rumah dan sebaliknya. Jadi untuk menjaga nama dan homestay masing-masing kenalah ikut peraturan. Love it!..

Antara rules yang diberikan oleh tuan rumah. Ada banyak lagi tau. Hihi..
Semua perkara penting yang perlu dibuat telah diselesaikan. Apa yang tinggal sekarang hanya persiapan diri masing-masing. Beg, pakaian, makanan dan barang keperluan lain yang wajib dibawa masih dalam perbincangan bersama ahli yang lain. Dah 2 tahun tak travel jauh, makin tiba hari kejadian makin excited dibuatnya. Banyak perkara yang bermain di fikiran. Masih tak percaya betul ke kaki ini akan jejakkan kaki di bumi Scandinavia? Negara yang tak ramai orang Malaysia melawat berbanding negara Eropah yang lain. Saya tetap berpegang pada prinsip travel saya, lebih baik travel ke 10 negara berlainan daripada 10 kali travel ke negara yang sama. Dunia milik Allah ini luas. Hidup hanya sekali. Explore and experience something new in life. Wallahu 'alam..


No comments:

Post a Comment