Sunday 31 October 2021

JJCP UK V.2: Day 12 (Part #1)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 8 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ BATH LOOKOUT
@ BATH


Jam 5.30 pagi saya dah bangun. Lepas mandi baru kejut anak-anak. Kemain liat pulak hari ni diorang bangun. Huhu.. Selesai solat, wife siapkan breakfast. Masih banyak ration dalam beg. Ada separuh lagi. Padahal dah 12 hari kami berkelana di bumi UK ni. Tinggal beberapa hari je sebelum nak balik. Silap haribulan last day nanti semua ration kami sedekah kat staff travelodge. Sama seperti trip Scandinavia 2018, last day sewa kereta masih ada satu pek beras 5 kilo yang kami tak guna langsung. Kami bagi kat staff yang check kereta masa return. Suka dia dapat beras. Entah dia pernah makan nasi ke tidak sebelum ni. Yang penting dia terima. Hihi..



Selesai breakfast dan berkemas, jam 7.45 pagi kami mula bersiap untuk check-out. Kami berjumpa Fa dan Abang Fikri di lobi. Puas dapat tidur lama malam tadi. Semalam kan check-in awal. Diorang pulak tak ikut kami pergi makan kat Chow Asian Kitchen. Memang banyak la masa berehat dalam bilik. Tiada staff yang bertugas di kaunter. Saya letakkan kunci bilik di tempat yang disediakan dan kami keluar menuju ke kereta. Anak-anak dan Abang Fikri bantu susun beg supaya muat dimasukkan di belakang. Nasib baiklah ruang luggage kereta ni besar. Kalau tak terpaksalah anak-anak pangku beg kat peha masing-masing. Hehe..

Tqvm Travelodge Chippenham Leigh Delamare M4 Eastbound

Tepat jam 8.00 pagi setelah doa perjalanan dibacakan oleh Abang Fikri, kami mulakan perjalanan pada hari ni. Cuaca mendung dan hujan renyai mengiringi perjalanan kami. Cadangan tempat pertama yang kami nak pergi adalah mencari lokasi carboot yang terletak di Castle Combe. Kalau carboot tak beroperasi, kami akan teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya. Dalam info yang saya cari, mungkin carboot takde hari ni. Kalau buka kira rezeki kamilah. Kalau tutup pun takpe. Dah 3 carboot kami dapat terjah. Amat berpuas hati. Berbaloi dengan harga yang dibeli terutamanya game PS4 anak-anak. Diorang tak sabar nak balik untuk main game kat rumah la tu. Hihi..

Info tentang Car Boot di Castle Combe yang berhampiran dengan tempat kami

Dari travelodge, perjalanan menuju ke Castle Combe tak sampai 15 km. Car boot ni terletak di kawasan race course. Kami sampai je kat sini, tak nampak sebiji kereta pun. Itu tandanya memang car boot tak beroperasi untuk hari ni. Huhu.. Maka tiadalah rezeki untuk kami habiskan sisa duit syiling UK yang ada ni. Padahal realitinya bukan duit syling je yang habis kalau jalan-jalan kat car boot ni. Hahah.. Kami pun teruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnya, iaitu bandar yang kami teringin sangat nak pergi. Masa 2012 dulu kami tak dapat nak pergi sebab masa tak mengizinkan. Kali ni saya pastikan kami akan sampai dan jejakkan kaki di Bath.

Road Trip: From Travelodge to Castle Combe

Berhenti kejap untuk ambil gambar pemandangan. Tenang dan indah..

Jam 9.00 pagi kami dah sampai di bandar Bath, tapi saya nak bawa ke tempat lain dulu sebelum kami jalan-jalan di bandar. Saya mengikut route dalam Here Maps menuju ke tempat untuk melihat seluruh bandar Bath dari atas bukit. Kami ikut jalan berbukit dan melalui kawasan perumahan yang agak sempit. Kalau selisih memang salah seorang kena berhenti dan bagi laluan. Di penghujung laluan berbukit, kami sampai di Alexandra Park. Mula-mula saya tak pasti sama ada boleh bawa masuk kereta ke dalam taman ni atau kena parking di luar. Kalau kena parking kat luar, memang jenuh la nak berjalan dalam taman ni. Huhu.. Akhirnya saya bawa juga kereta masuk ke dalam taman, dengan harapan tak kena saman. In shaa Allah dipermudahkan urusan kami.

Jalan menuju ke Bath Lookout

@ BATH LOOKOUT

Jam 9.10 pagi kami sampai di Bath Lookout yang terletak di Alexandra Park. Taman ni berada di puncak bukit bersebelahan dengan bandar Bath. Selain dari tempat untuk melihat bandar Bath, ada juga gelanggang dan taman permainan untuk kegunaan penduduk sekitar. Hanya kereta kami je yang ada kat taman ni. Tu yang buat saya agak risau. Tapi di bahu jalan ada petak untuk parking. Kira boleh la kot bawa kereta masuk ke taman ni. Hehe.. Kalau kena tegur nanti kita cakap la baik-baik dan tinggalkan terus tempat ni. Ikut nasihat arwah mak, kalau berada di tempat orang jangan buat perangai.

Driving route: From Travelodge Chippenham Leigh Delamare to Bath Lookout

Road Trip: Menuju ke Bath Lookout

Dari tempat letak kereta, kami berjalan ke spot untuk melihat bandar Bath dari atas bukit. Alhamdulillah, cuaca yang cerah membuatkan kami dapat lihat dengan jelas keseluruhan bandar Bath yang terletak di bawah bukit. Besar juga bandar Bath ni. Semua bangunan sama warna termasuklah bumbungnya, menambahkan betapa bersejarah dan klasiknya bangunan di sini. Kami bergambar kenangan sepuasnya sementara takde orang lain di sini. Dalam hati nak cepat-cepat tinggalkan tempat ni sebab takut memang tak boleh bawa masuk kereta kat taman ni. Tapi kalau ditakdirkan kena saman pun apa boleh buat. Kat sini kamera merata-rata. Silap haribulan dah ada slip kompaun yang sampai kat company sewa kereta. Moga slip tersebut tak wujud. Huhu..

Menikmati pemandangan bandar Bath..

15 minit je kami berada di sini untuk menikmati pemandangan bandar Bath dari atas bukit sambil bergambar kenangan. Jam 9.25 pagi kami naik semula kereta menuruni bukit menuju ke bandar Bath. Kebetulan masa nak start kereta barulah nampak 2 buah kereta masuk ke dalam taman dan berhenti di belakang kami. Daripada gaya macam penduduk kat sini sebab bawa anjing bersama. Kira boleh la bawa kereta kat dalam taman ni. Hihi.. Nampaknya memang betul slip kompaun itu tidak wujud dan tak sampai di company sewa kereta. Hahah..

Road Trip: Menuju ke Bath

@ BATH

Jam 9.40 pagi kami dah sampai di bandar Bath. Ada beberapa kawasan parking yang terletak di sekitar bandar. Kawasan parking yang besar agak jauh dari tempat untuk kami lawati. Saya mencari yang paling dekat supaya tak perlulah kami nak berjalan jauh. Cuma parking space agak limited dari info yang saya jumpa. Tak cuba tak tau kan. Saya mencuba nasib di Manvers Street Car Park. Alhamdulillah, ada satu parking space kosong untuk kami. Kebetulan ada sebuah kereta di belakang kami. Open space dah penuh dan dia turun ke bawah. Kemudian nampak dia keluar semula dan beredar dari situ. Parking kat bawah dah penuh juga la tu. Rezeki kami untuk dapat parking yang dekat dengan tempat-tempat menarik di sini. Tapi kami terpaksalah terima kenyataan bahawa harga parking kat sini lebih mahal berbanding yang jauh tu. Takpelah, janji kami tak perlu menapak jauh. Hehe..


Driving route: From Bath Lookout to Bath

Sementara yang lain bersiap-siap untuk memulakan langkah di bumi Bath, saya mencari tempat bayar parking. Bayaran parking untuk 4 jam berharga GBP6.40. Cukup la kot untuk kami mencari pengalaman di sini. Dalam masa 4 jam ni dapat jalan-jalan cari pengalaman sikit, singgah makan dan cari tempat solat dah cukup buat kami. Bukannya kami nak masuk dalam Roman Bath pun. Setakat jalan-jalan cuci mata je. Hihi.. Yang penting jam 1.47 petang kami dah kena tinggalkan kawasan parking kat sini kalau taknak tiket saman menjadi realiti. Hehe..

Mahal sikit la parking kat sini. Huhu..

Ketika musim krismas, di sini ada christmas market antara yang terbesar dan happening di UK. Patutlah awal pagi parking kat sini dah penuh sebab ramai orang nak bershopping di sini. Kami takdelah nak shopping sangat pun. Setakat cuci mata dan merasai suasana christmas market je. Tapi kalau ada souvenir yang menarik dan murah boleh la beli buat kenangan. Perkara asas jika sampai di satu lokasi, mesti cari magnet untuk diletakkan di rumah sebagai tanda sudah menjejakkan kaki. Eirfan kata dia taknak duduk dalam stroller. Jangan nak mengada wahai anakku. Orang ramai ni, hilang kang susah nanti. Maka duduklah dia dalam stoller secara paksa rela. Hahah.. 5 minit berjalan kaki akhirnya kami sampai di pintu masuk ke Bath Christmas Market. Dekat je dengan tempat parking kami. Terbaiklah..

Jom jalan-jalan cuci mata di Bath Christmas Market

Bath Christmas Market ni besar, tapi lokasinya berterabur di lorong-lorong. Jadi kami pun ikut jelah langkah kami menuju ke mana-mana lorong di depan kami. Macam-macam barang jualan yang ada di sini, sama seperti christmas market yang lain. Cuma part makanan tu kami hanya mampu tengok je lah. Anak-anak dah mula tanya kat mana nak makan sebab nampak makanan yang dijual. Sabar ya anak-anak, makanan untuk kita bukan kat sini. Ayah dah set kedai makan mana yang kita akan lunch nanti. Sini bukan pasar malam kat TTDI, semua makanan boleh beli. Hihi.. Bila jumpa kedai jual miniature, mulalah hati tertambat. Tapi melihatkan harganya, lebih baik cari di car boot atau charity shop. Pasti jauh lebih murah. Hehe..

Boleh tergugat iman bila jumpa kedai macam ni.

Kami menyusuri lorong-lorong dan gerai-gerai jualan di sini. Dikatakan hampir 150 gerai jualan ada di sini. Sambil melihat barangan yang dijual, saya menikmati rekaan bangunan lama di sini yang dijaga dengan baik. Kalau takde christmas market kat sini, boleh bayangkan kehidupan di zaman dulu kala apabila melihatkan arkitektur Georgian bersejarah di sini. Tidak hairanlah jika Bath telah dinobatkan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO.

Kagum sungguh dengan rekabentuk bangunan kat sini

Asal nampak lorong yang ada jualan je kami masuk. Saja je nak blend-in dengan orang ramai. Setakat ni kami tak nampak pun orang Malaysia. Tapi pelancong dari tanah besar memang ada. Diorang ni ada je kat mana-mana negara ye. Dulu masa saya ke Stegastein Viewpoint di Norway pun jumpa diorang ni. Semua orang kaya tanah besar. Kat airport kalau urusan claim tax, bila beratur belakang diorang ni memang lambat la jawabnya sebab sorang-sorang pegang kertas resit setebal buku kamus dewan. Huhuu.. Apalah agaknya bisnes yang diorang buat ye? Mungkin buka kilang Crocs tiruan kot. Ramai je pelanggan Malaysia yang beli dan pakai, termasuklah saya. Hehe..

Masuk lorong yang lain pulak..

Kami jumpa beberapa restoran yang berstatus halal. Bila ditanya hanyalah untuk take away sahaja, tiada dine-in. Boleh je beli bungkus dan makan di mana-mana kerusi atau taman, tapi cuaca yang agak sejuk ni macam tak sesuai je nak makan di luar. Restoran yang saya tagging masih belum jumpa lagi. Rasanya restoran boleh dine-in. Takpe, kita sambung jalan-jalan dulu. Dah penat dan betul-betul lapar karang baru kita makan. Anak-anak pun dah pandai tengok restoran dan mencari jika ada logo halal. Kena ajar sikit supaya diorang tak main belasah makan apa saja kat sini.

Antara restoran halal yang kami jumpa. Juga Thai Massage. Hehe..

Dah lebih 2 jam kami meronda di sini. Kami berjalan melalui satu lagi lorong jualan sebelum mencari lokasi makan tengahari. Kelihatan orang ramai beratur di luar bangunan. Rupanya diorang semua nak masuk ke dalam Bath Thermal Spa. Tak tau la berapa harga untuk masuk ke dalam tu. Tengok pada tiket masuk Roman Baths pun RM100+ seorang. Huhu.. Sama la macam Stonehenge. Masa 2012 saya dah sampai di Stonehenge. Tak beli tiket pun, hanya bergambar kat pagar tepi jalan. Kalau masuk pun bukan boleh pegang batu tu. Tapi dengarnya sekarang dah ada jalan baru untuk ke Stonehenge, di mana tak boleh nak bergambar di pagar dah. Kalau nak tengok mesti kena beli tiket. Mungkin ramai yang buat macam saya bergambar kat pagar, sebab tu kerajaan buat jalan baru kot. Tak kisahlah, janji saya dah ada gambar paling dekat dengan Stonehenge. Hahah..

Last bersesak-sesak di christmas market sebelum cari makan

Keluar dari lorong dan jauh dari kawasan yang sesak, kami teruskan berjalan menuju ke restoran halal. Lokasi restoran ni agak menarik, dekat dengan jambatan yang famous di sini, iaitu Pulteney Bridge. Sebelum makan, kami jalan-jalan dan bergambar dulu di kawasan jambatan ni. Pulteney Bridge adalah salah satu landmark yang popular di Bath. Pulteney Bridge dibina pada tahun 1769 dan masih tersergam indah dengan rekaan Georgian. Jambatan ni adalah salah satu dari 4 jambatan di dunia yang ada deretan kedai di atasnya. Di bawahnya mengalir sungai Avon. Di sungai ni kelihatan Pulteney Weir berbentuk seperti ladam kuda bertingkat, bertujuan untuk mengelakkan banjir besar berlaku. Bukan design suka-suka je ya. Hihi..

Pulteney Bridge. One of the most iconic place in Bath..

Selesai bergambar, anak-anak dah mula bertanya lagi di mana lokasi lunch kami pada hari ni. Tak jauh pun, seberang jalan je dari pemandangan sungai ni. Hihi.. Dah pukul 12.00 tengahari, meronda pun dah jauh. Memang lapar la jawabnya. Baiklah anak-anak, let's jom ke tempat lunch kita. Harap ada tempat kosong untuk kita dine-in.


Wallahu 'alam..