Sunday, 8 January 2017

JJCP Thailand: Day 06 (Part #1)

TARIKH:
9 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
KIM YONG MARKET - LEE GARDENS PLAZA HOTEL AREA


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Walaupun letih memandu semalam, pagi ni bangun tetap awal. Tapi lepas subuh sambung tidur balik. Semalam tidur jam 1.30 pagi. Mana cukup 4 jam. Huhu.. Lagipun hari ni cuma nak jalan-jalan di area bandar Hatyai je. Jam 8.30 pagi saya bangun semula dan bersiap untuk check-out. Rupanya yang lain dah check-out lebih awal. Tak sabar nak explore Hatyai nampaknya. Hihi.. Kami cuma ada masa paling lama setengah hari je kat sini. Sebab tu diorang gerak awal dari hotel. Selesai uruskan anak-anak dan kemas semua beg, tepat jam 9.00 pagi kami turun ke bawah. Sementara wife saya berurusan di kaunter, saya berjalan kaki ke tempat parking kereta. Pagi ni takde pulak staff yang offer naik motor. Cuaca cerah dan kelihatan tiada anjing liar berkeliaran di kawasan parking kereta. Hehe..

Good Morning Hatyai!..
Begini rupanya apartment ni. Cantik..
Lobi di bahagian tepi bangunan
Tinggal kereta saya je yang ada kat sini. Huhu..
Setelah check-out, kami mulakan perjalanan menuju ke bandar Hatyai. Di sini ada banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Tapi apakan daya, kami cuma ada beberapa jam je untuk mencari pengalaman di sini. Masa yang limited ni kami gunakan untuk mencari barangan souvenir. Ada kawan saya pesan beli kacang pistachio yang dikatakan murah di sini. Masa kat Krabi saya tengok boleh tahan mahal harganya. Kawan saya kata kalau harga kacang pistachio sekilo bawah RM50.00 dia pesan beli 2 kilo. Nasib baik dia bagi duit. Kalau bagi air liur je dah tentu balik nanti saya cuma bercerita kat dia tentang kacang pistachio kat Hatyai. Hahah.. Sambil mencari kacang pistachio, kami mencari souvenir yang lain seperti t-shirt, key-chain dan fridge magnet. Tempat yang akan kami tuju adalah Kim Yong Market. Dalam perjalanan, kawan-kawan yang lain update lokasi masing-masing. Ikutlah nak pergi mana pun. Jangan sampai bermalam lagi di sini sudah la. Hehe..

Driving Route: From Smile Home Apartment to Sangchan Road @ Kim Yong Market
Sampai di kawasan Kim Yong Market, kami mencari parking di tepi jalan. Nasib baik masih ada parking yang available di Sangchan Road, tidak jauh dari Kim Yong Market. Takdelah jauh nak menapak. Cuaca agak panas pulak tu pagi ni. Masa ni la rindu dengan cuaca sejuk kat Western Europe haritu. Hihi.. Keluar je dari kereta ada staff beruniform seperti di Patong Becah semalam datang ke arah kami dan bertanyakan berapa jam kami nak parking di sini. Saya estimate dalam 3 jam dan kami dikenakan bayaran 60THB. Kalau lebih 3 jam nanti mesti dia datang balik kan? Hehe.. Dah itu kerja dia, kita bayar jelah ye. Kami berjalan menuju ke Kim Yong Market yang terletak dalam 300 meter dari kereta kami. Ada satu kedai makanan halal terletak di sebelah kanan jalan. Kami tak singgah untuk breakfast sebab roti dan air yang kami beli di 7-Eleven semalam dah selesai kami makan dalam perjalanan ke sini tadi. Jadilah sebagai alas perut.

Kedai ni ada jual roti canai.
@ KIM YONG MARKET

Di luar Kim Yong Market penuh dengan gerai menjual barang basah dan sayuran. Kami masuk ke dalam bangunan. Ada beberapa kategori barang jualan kat sini. Mula-mula kami ke bahagian menjual makanan kekacang. Memang itu tujuan utama kami pun. Harga kacang di sini berbeza. Even kedai sebelah-menyebelah pun harga lain. Jadi kenalah survey dulu beberapa kedai untuk mendapatkan harga kacang yang paling murah. Kedai yang pertama bagi harga 450THB untuk sekilo kacang pistachio. Kat sini boleh tawar-menawar. Hasil menawar paling rendah tuan kedai boleh bagi 430THB/kilo. Kami mencari beberapa kedai lagi. Akhirmya kami dapat harga yang agak murah dari kedai yang lain. Mula-mula tuan kedai bagi 420THB/kilo. Tapi disebabkan kami nak beli 3 kilo jadi dia bagi diskaun menjadi 400THB/kilo. Bila convert jadi RM48.00/kilo. Kira murah la kot. Kami beli terus sebab dah takde masa nak survey kat tempat lain. Sekilo untuk saya dan lagi 2 kilo untuk pesanan dari kawan saya. Ok, jangan tanya kat kedai lain dah. Nanti menyesal bila dapat tau ada harga yang lagi murah. Huhu..

Keadaan di luar dan sekitar Kim Yong Market
Misi mencari kacang pistachio murah. Hihi..
Dapat bawak balik sekampit best ni. Hehe..
Kedai ni paling murah hasil dari pencarian kami.
Kami berjalan di bahagian lain pulak. Agak sempit lorong dalam market ni. Suasana kat sini lebih kurang macam kat Pasar Baru di Bandung dan Ben Thanh Market di Ho Chi Minh City, tapi bezanya orang kat sini takdelah kuat unsur memujuk pembeli seperti orang Indonesia dan Vietnam. Kalau kat Indonesia asal pujuk je sebut abang sado. Agak-agak la kan. Hahah.. Kat Vietnam lagi ganas. Kalau kita dah masuk dalam kedai atau mula bertanya harga, memang kena paksa beli sampai tarik tangan la jawabnya. Nak beli pun jadi takut. Huhu.. Apa-apa pun kalau taknak beli kena la tolak dengan cara baik. InsyaAllah takde masalah berlaku.

Selain kacang, kedai pakaian dan buah-buahan pun banyak di sini
Nasib baik bawak stroller. Boleh sangkut beg plastik. Hehe..
Masa yang agak suntuk membuatkan kami tak dapat nak explore keseluruhan kedai yang ada di dalam Kim Yong Market. Kami berjalan di kawasan luar pulak. Jumpa makanan halal boleh la beli buat makan sambil jalan. Katanya pulut mangga kat sini sedap. Hehe.. Kawan-kawan yang lain mula update lokasi masing-masing. Nampaknya semua masih belum masuk Malaysia kecuali Kodin. Abang Sabri yang bermalam di Padang Besar pun dah berada di border untuk masuk Malaysia. Nampaknya ucap terima kasih dan selamat jalan dalam whatsapp je la. Hihi.. Nanti kat KL boleh set masa untuk berjumpa lagi, insyaAllah.

Pae sempat naik tuk tuk lagi. Hehe..
Masih banyak lagi gerai yang menjual barang basah di bahagian luar Kim Yong Market. Ramai juga penjual yang bertudung. Tapi susunan gerai yang bercampur dengan barangan non-halal menambahkan keraguan. Tapi kami takde la nak beli sayur dan ayam kat sini sebagai souvenir. Hehe.. Kami berjalan menuju ke kawasan di sekitar Lee Gardens Plaza Hotel. Sebenarnya agak risau juga nak ke sana sebab masih teringat kes bom di hotel tersebut pada tahun 2012. Ada banyak lagi kes bom yang berlaku di selatan Thailand ni. Kat border Padang Besar yang kami masuk haritu pun pernah ada kes. Suka benar orang Thailand ni main bom ye. Nasib baik orang Malaysia kuat makan kuih bom je. Hehe.. Walaupun ada kerisauan untuk berjalan di kawasan Lee Gardens Plaza Hotel, tapi kami tetap juga ke sana. Kat mana-mana pun boleh berlaku kes bom ni. Tawakal dan berdoa ajelah agar dijauhkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Itu yang selalu kami harapkan setiap kali travel ke luar negara. Niat kami hanya untuk menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan yang amat luas ni.

Pasar basah di sepanjang jalan
Singlet Krateng Daeng yang diminati Wan. Hihi..
Jalan agak lengang di sini
Inilah benda yang wajib beli untuk lekat kat pintu peti ais. Hehe..
@ LEE GARDENS PLAZA HOTEL AREA

Sampai di area Lee Gardens Plaza Hotel, kami jumpa gerai menjual makanan yang memang kami cari iaitu pulut mangga. Hehe.. Orang kata pulut mangga kat sini sedap. Saya tak pasti sedap atau tak sebab sebelum ni memang tak pernah makan pun pulut mangga. Kalau pernah pun mungkin masa kecik dulu kot. Setakat yang saya ingat sejak bekerja dan ada duit sendiri, saya tak pernah lagi makan pulut mangga. Tapi kalau asingkan dua perkataan tu memang saya selalu makan. Mangga adalah antara buah favourite saya. Makan dengan kuah rojak Mak Bee atau serbuk asam Pak Cu 916 adalah kenangan terindah pada saya. Sedap sungguh. Pulut kuning pulak makan dengan rendang daging. Boleh menangis dibuatnya. Hehe.. Tapi kalau pulut mangga belum ada lagi dalam senarai makanan yang saya suka. Jadi kenalah try jugak pulut mangga kat sini.

Antara gerai yang menjual pulut mangga di sini
Sedang elok warna buah mangga ni. Hihi..
Aik? Belum rasa lagi dan thumbs up? Haha..
Walaupun tak tau lagi kesedapannya, 4 bungkus jugak kami beli. Harga untuk satu pulut mangga ni 60THB. Depan gerai tu jugak saya makan. Pulut dan mangga yang dicampur dengan kuah berwarna putih. Rasa dia ok jugak, boleh la nak makan. 2 bungkus jugak saya makan sorang. Hehe.. Tapi pada saya tetap tak boleh kalahkan Mak Bee dan Pak Cu 916. Kombinasi turun temurun makcik dan pakcik ni lagi lejen rasa dia bila makan dengan mangga. Hahah.. Apa-apa pun saya dapat juga merasa makan pulut mangga Made in Thailand. Alhamdulillah syukur..

Gerai ni pun ada jual pulut mangga, betul-betul depan Lee Gardens Plaza Hotel
Ramai juga orang kat area Lee Gardens Plaza Hotel ni
Agak jauh juga kaki ni melangkah mencari pengalaman kat bandar Hatyai ni. Penat semalam pun tak habis lagi. Dah la lepas ni nak terus balik KL sebab esok dah masuk kerja. Huhu.. Taknak amik cuti sebab nak simpan banyak sikit tahun ni. Mana la tau hujung tahun ada trip ke luar negara seperti tahun-tahun sebelum ni. Hehe.. Sejak dari 2011 sampai la sekarang, asal hujung tahun je mesti ada trip jalan-jalan cari pengalaman. Sampaikan kawan-kawan pun bertanya ke mana pulak destinasi seterusnya. Ada rezeki maka adalah trip lagi, insyaAllah.. Buat masa ni taknak fikir lagi sebab masih bulan Februari. Dah tengah tahun nanti baru boleh cerita plan hujung tahun. Hehe.. Dan yang paling penting kena fikir untuk hari ni. Masih jauh perjalanan yang nak dilalui untuk sampai KL. Belum cerita jalan jem kat highway PLUS kejap lagi. Harap takdelah jem teruk sangat walaupun dah boleh agak apa akan berlaku kat highway nanti. Huhu..

Pabila 2 orang penat dan hanya ada satu stroller je. Hehe..
Dari Lee Gardens Plaza Hotel, kami berjalan semula ke arah kereta. Saya main agak je lalu lorong untuk sampai ke sana. Nak patah balik ikut jalan tadi macam jauh je. Harap betul la lorong yang kami lalu ni. Nampaknya betul sebab dari jauh kami dah nampak kereta kami. Sebelum tu kami singgah dulu untuk minum air kat kedai roti canai pagi tadi. Cuaca amat panas hari ni. Terasa macam nak pitam sebab peluh tak berhenti mengalir. Saya mula merindui air teh ais blok G kat area rumah saya. Kedai ni ada juga jual teh ais. Boleh tahan sedap juga sebab dia guna ais hancur. Minum sambil mengunyah ais. Memang feel abis. Haha.. Dah tentu tak cukup satu gelas. Saya order lagi satu untuk minum dalam kereta. Puas hati. Hehe..

Cukup la jalan kaki satu pusingan kecil kat bandar Hatyai ni. Huhu..
Singgah sebentar di kedai ni
Layan segelas teh ais dulu kat sini
Sebelum bergerak ke kereta, kami update kawan-kawan yang lain. Entah di mana mereka semua berada sekarang ni. Abang Sabri, En. Khai dan Kodin dah masuk border. Abang Sabri nak singgah di Penang katanya. Saiful jalan-jalan kat tempat lain. Diorang nak balik ke Kelantan dulu. Wan dah mula gerak ke border. Pae dan Muiez masih ada di sini lagi. Tak habis shopping lagi la tu. Hehe.. Kepada yang nak balik KL sama-sama kami set untuk berjumpa di border. Jam 11.50 pagi kami mula bergerak meninggalkan Hatyai. Walaupun tak banyak tempat yang kami dapat singgah di Hatyai, sekurangnya kami dah jejak kaki di sini. Saya set pada GPS menuju ke border di Bukit Kayu Hitam. Misi konvoi mencari pengalaman di Thailand sambil memandu bakal sampai ke penghujungnya. Wallahualam..

Meninggalkan Hatyai menuju ke sempadan..
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PARKING            : RM7.20
  - PULUT MANGGA : RM28.80
  - DRINKS               : RM24.00
  - JUMLAH              : RM60.00

No comments:

Post a comment