Alhamdulillah selesai juga report pengembaraan saya membawa kereta ke Thailand bersama kawan-kawan. Walaupun badan penat dan duit pun banyak dah abis, tapi pengalaman hidup tak dapat nak dibeli dengan wang ringgit. Tambah pulak trip ke Thailand ni dengan kawan-kawan, menambah keseronokan dalam pengembaraan. Harap kawan-kawan tak serik la untuk join lagi trip ke luar negara ya. Mana la tau next trip ke Thailand kita drive sampai Bangkok dan Pattaya pulak ke. Boleh singgah semalam dua naik feri pergi Koh Samui. Ketiga-tiga tempat ni ada Hard Rock. Hehe.. Jom kita review tentang Thailand dari pengalaman yang saya dapat ketika ke sana..
#KOS
Jumlah kos keseluruhan trip saya satu keluarga (2 dewasa + 3 kanak-kanak) adalah sebanyak RM2102.05. Kos termasuk persediaan awal, perjalanan dari rumah dan tiba di rumah pada hari terakhir. Bayar tol DUKE pun saya masukkan sekali. Hehe.. Yang tak termasuk adalah kos bunga tayar kereta dan kos souvenir serta collectible item sebab itu hanya kos wajib persendirian. Hihi.. Pada saya tak kisah la berapa banyak kos yang digunakan kerana pengalaman hidup itu lebih dari segalanya. Yang penting anak-anak berasa selesa dan seronok.
Tak naik tour boat pun boleh save sikit kos. Hehe.. |
#KEPUASAN
Saya amat puas hati dapat peluang memandu sendiri ke Thailand. Harap kawan-kawan yang lain pun berpuas hati juga. Ada dah yang bertanya bila nak buat trip macam ni lagi. Maknanya ada yang seronok la tu. Hehe.. Dulu cuma dapat tengok dan baca kat blog orang lain je tentang trip memandu sendiri ke Thailand. Kali ni saya dapat peluang tu. Jalan raya di Thailand amat lancar dan yang bestnya takde tol langsung. Kalau tak dah tentu bertambah lagi kos untuk ke sana. Huhu.. Harap kerajaan Thailand takde la nak fikir buat tol masa akan datang nanti. Dah la currency diorang makin naik bila convert dengan duit kita. Saya teringat dulu pernah ke Wang Kelian beli barang 100THB boleh bayar dengan RM10.00.. Sekarang jangan harap la. Huhu..
Seronok bila dapat merasa memandu di Thailand |
#TERKILAN
Hanya ada satu je yang membuatkan saya agak terkilan sedikit iaitu konsep konvoi yang sebenarnya. Saya mengharapkan sepanjang perjalanan dari mula hingga akhir semua kawan-kawan dapat bersama. Tapi saya juga sudah dapat agak perkara ni takkan dapat berlaku kerana beberapa sebab. Antara sebab utama adalah penggunaan kenderaan sendiri. Bila dah bawak kereta sendiri dah tentu ada yang jenis nak bawak laju dan ada juga yang perlahan. Dan sebab kedua adalah kerana ianya hanya Thailand, negara jiran je. Andai sesat, boleh je patah balik masuk sempadan. Cuba kalau buat caravan trip ke New Zealand. Mungkin caravan akan beratur panjang menuju ke destinasi sebab takut sesat. Huhu.. Perkara dah berlaku. Saya tetap bersyukur sebab takde perkara buruk yang berlaku sepanjang perjalanan. Bayangkan la masa hari pertama tu ada kereta yang rosak dan tak bersama dengan group. Line internet pulak takde lagi masa tu. Tak ke haru dibuatnya. Huhu.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Kalau la dari mula sampai akhir macam ni kan best.. |
#RAKYAT
Pada saya orang Thailand agak peramah. Kalau pekerja kedai massage terlebih peramah pulak. Huhu.. Lain macam cara dia paksa kita. Tapi secara keseluruhannya diorang ni baik dan takde rasa nak menipu atau buat sesuatu yang buruk terhadap kita. Tak dinafikan setiap negara akan ada orang yang tak baik. Alhamdulillah kami tak berjumpa dengan orang macam tu. Macam di Phuket lebih ramai orang luar dari orang Thai sendiri. Rakyat Thailand yang muslim juga boleh dikatakan ramai. Bukan setakat tu, ada yang cakap Melayu pun fasih. Senang sikit nak berborak dan bertanya. Hihi..
Order cakap Melayu je kat akak ni. Hihi.. |
#SHOPPING
Night market di Thailand adalah tempat yang paling best untuk shopping. Macam-macam barang yang dijual. Cuma kalau beli t-shirt tu kena la pastikan kualitinya. Ada yang terlalu murah tapi sekali dua pakai dah boleh buat kain buruk alas kaki depan pintu bilik air. Huhu.. Warehouse yang kami pergi masa nak balik dari Phuket tu memang saya recommend untuk singgah dan beli t-shirt souvenir. Agak berkualiti juga kain t-shirt yang dijual. Di night market boleh la nak beli barang-barang yang lain. Macam saya hanya mencari barang souvenir je. Yang lain tak berminat nak tengok. Huhu..
Boleh la singgah sini kalau nak cari t-shirt souvenir yang berkualiti |
#KESELAMATAN
Selatan Thailand sudah sedia maklum dengan kes bom dan bunuh. Masa nak pergi tu saya agak risau juga. Ye lah, kalau bunuh tu mungkin kurang sikit kebarangkaliannya sebab dah tentu ada sebab orang nak bunuh. Tapi kalau bom tu kadang-kadang orang tak bersalah tengah lalu pun boleh kena. Huhu.. Alhamdulillah sepanjang trip takde berlaku perkara sedemikian. Ini lah masalahnya manusia macam ni. Tak suka kat orang A, dibomnya sampai orang B sampai Z pun terkena sekali. Haduii.. Suka-suka je amik nyawa orang tak bersalah kan. Sepanjang masa trip saya agak risau especially time check-in hotel. Kalau duduk hotel murah pun kena bom, memang tak selamat langsung nak datang Thailand. Huhu..
Risau sebenarnya bila lalu depan Lee Garden Plaza Hotel ni. Huhu.. |
#KESELURUHAN
Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan self-driving trip ke Thailand ni. Walaupun tak berapa sempurna, tapi boleh la dikatakan ianya berjalan dengan baik dan jayanya. Ini adalah kali pertama kami masuk Thailand. Sebelum ni memang tak pernah langsung. Setakat sampai sempadan kat Bukit Kayu Hitam, Padang Besar dan Wang Kelian tu pernah la. Itu pun sebab nak shopping toto. Haha.. Kalau kat Kelantan pulak pernah juga ke Pengkalan Kubur dan Rantau Panjang. Namun tak pernah sampai masuk ke Thailand guna pasport. Ye lah, first time saya ada pasport pun tahun 2011 masa pergi Australia dulu. Dah umur 33 tahun baru ada pasport. Huhu.. Tapi sekali dah buat pasport memang nak berjalan je kerjanya. Bila dah ada experience masuk Thailand, lepas ni mungkin takde masalah nak masuk lagi. Banyak lagi tempat menarik di Thailand yang belum explore. InsyaAllah ada rezeki dan ada kaki yang nak join driving trip ni boleh la buat lagi. Tunggu masa yang sesuai dan kesempatan yang ada, pack barang dan terus pergi.. Wallahualam..
Khap Khun Khrap Thailand!.. |
MY POINT OF VIEWS
Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country
@ LOCALS: 7/10
- Agak friendly. Yang over friendly pun ada juga. Hati-hati jangan termakan pujuk rayu. Hehe..
@ LANGUAGE: 6/10
- Ada yang boleh cakap Melayu. Kalau yang tua kebanyakannya tau cakap bahasa dia je.
@ SCENERY: 6/10
- Mostly lebih kurang sama pemandangan di Malaysia. Tapi kalau hotspots memang terbaik.
@ CLEANLINESS: 5/10
- Biasa-biasa je. Sampah banyak juga tepi jalan.
@ PUBLIC TOILET: 7/10
- Boleh tahan bersih juga di stesen minyak dan kawasan rehat di highway.
@ PUBLIC TRANSPORT: 4/10
- Cuma dapat naik tuk tuks je. Tambang main ikut suka. Pandai-pandai la deal. Huhu..
@ ACCOMODATION: 5/10
- Kalau berdua memang selesa. Tapi staff hotel kurang friendly la.
@ ISLAMIC: 8/10
- Ramai muslim dan banyak surau/masjid di sepanjang jalan. Takde masalah nak solat jamak.
@ HALAL FOODS: 6/10
- Banyak halal foods. Cuma kesedapan tu ikut pada tekak masing-masing. Hehe..
@ CURRENCY: 6/10
- Dulu 100THB = RM10.00.. Sekarang jadi RM12.00. Boleh laa..
@ SHOPPING: 7/10
- Banyak gerai jualan kat night market. Seronok cuci mata dan shopping.
@ WEATHER: 4/10
- Sama panas macam di Malaysia. Masa kat Hatyai lagi la terasa panas. Huhu..
@ REPEAT: 8/10
- Banyak tempat nak pergi kat Thailand ni. Surely akan repeat, insyaAllah..
@ OVERALL: 6/10
- Macam-macam pengalaman boleh dapat di Thailand. Enjoy!..
No comments:
Post a Comment