Dah confirm takde sape nak join trip ke Medan, maka hari yang sama juga saya beli tiket untuk kami sekeluarga. Tinggal lagi beberapa jam je sebelum promosi tamat. Bukan setakat beli tiket hari akhir promosi. Tarikh travel pun saya pilih hari terakhir iaitu 17 November hingga 20 November 2016. Nampaknya tarikh ni je yang kami available setelah mengambil kira kerja yang belambak di opis. Boleh la kot nak lari berehat kejap. Hujung tahun dah memang sukar nak cuti sebab takwim kerja saya mula busy dari bulan Disember hingga Februari. Bukannya bulan yang lain goyang kaki, tapi 3 bulan ni lah yang paling padat sekali jadual kerja saya. Dah takde nak merasa cuti panjang akhir tahun masa mengajar dulu. Huhu.. Tahun lepas dapat juga saya ke Western Europe sebab kerja di unit lain. Tengah tahun 2016 kena pindah unit yang paling hot di opis membuatkan kerja akan bertambah banyak pada hujung tahun hingga awal tahun. Andai kata saya travel hujung tahun ni, harap dapat la meloloskan diri. Itu pun kalau bos bagi kelulusan untuk bercuti. Hihi.. Jom kita tengok apa persediaan awal yang saya buat untuk travel ke Medan buat kali pertama dalam hidup..
# FLIGHT TICKETS
Saya dapat tiket flight MAS berharga RM178.90/return untuk dewasa dan RM172.90/return untuk kanak-kanak dan tambah extra charge RM50.00 untuk anak saya yang berumur baru 2 bulan setengah sebab berkongsi seat dengan wife saya. Kira murah jugaklah harga tiket MAS yang saya dapat untuk ke Medan walaupun perjalanan hanya mengambil masa sejam je dari KLIA. Check-in lagi lama dari duduk dalam flight. Huhu.. Yang penting travel dan dapat bawa anak-anak bersama. Untuk Asia Tenggara masih mampu lagi nak bawak satu family. Lagipun di Medan nanti akan guna khidmat supir, jadi tak perlu nak rushing pergi macam-macam tempat macam trip sebelum ni.
Total air fare tambah RM50.00 menjadikan kesemuanya RM916.50 untuk kami berenam |
# BORANG PERMOHONAN KELUAR NEGARA
Selesai je beli tiket flight maka banyak la benda lain yang nak kena prepare. Walaupun trip kali ni agak mudah sebab saya tak perlu nak study dan buat route plan, tapi persediaan untuk anak-anak kena buat juga. Kena fikir berapa banyak pakaian anak-anak yang nak dibawa dan makanan tambahan serta ubat-ubatan jika jadi sesuatu yang tidak diingini especially tehadap si kecik tu. Dibuatnya sepanjang trip dia menangis sebab badan panas atau tak selesa, jadi terpaksalah standby apa yang patut. Perkara utama yang perlu dibuat selepas beli tiket flight adalah menghantar borang permohonan keluar negara untuk penjawat awam. Boleh kena surcharge kalau tak isi borang. Tambah pulak kalau terjadi sesuatu yang buruk kat sana. Jadi untuk selamatkan diri baik isi je borang tu. Bukannya kena bayar pun. Hihi..
Selesai urusan kebenaran keluar negara.. |
# TRAVEL INSURANCE
Awal tahun masa ke Thailand haritu saya tak apply insurance dari kerajaan sebab mungkin nak guna untuk travel jauh. Mana la tau kan hujung tahun ni memang betul ada trip lagi. Hihi.. Dah la boleh apply sekali je dalam setahun. Baik guna untuk travel yang jauh. Saya beli insurance untuk cover kami sekeluarga. Ada banyak insurance company yang offer travel insurance untuk family. Untuk urusan ni saya serahkan pada wife saya. Dia lebih arif tentang insurans. Hehe.. Dulu pernah beli kat Ace Jerneh. Kali ni nak try Etiqa pulak. Sebenarnya masih tak pasti lagi mana satu insurance company yang betul-betul bagus sebab saya sendiri tak pernah claim insurance. Huhu..
Kita try Etiqa Takaful pulak. Harap beretika la company ni. Hehe.. |
# TRAVEL TOUR
Untuk urusan travel tour juga saya mintak wife carikan. Dia ada ramai kenalan kat Facebook. Macam saya memang jarang post dalam FB. Nak accept friends pun susah sebab mesti diorang boring sebab saya tak post apa-apa. Hahah.. Wife saya ada kenalan supir masa kami ke Jakarta dulu. Jadi dia pun mintak tolong supir tu kalau-kalau ada kawan yang menjadi supir di Medan. Selalunya supir ni ada ramai contact di seluruh Indonesia. Supir di Jakarta telah suggest sorang kawan dia di Medan. Wife saya pun contact la supir di Medan untuk book tarikh. Alhamdulillah masih ada slot kosong untuk kami. Irfan nama supir kami di Medan. Dah sama macam nama anak bongsu kami, Danish Eirfan. Hihi.. Kami dikenakan bayaran sebanyak RM1800.00 untuk keseluruhan kos termasuk transport, makan minum dan hotel. Kami cuma perlu bawa duit belanja shopping je. Hihi.. Contact dia melalui FB pun boleh. Nak tau servis dia bagus ke tak kenalah baca blog saya sampai habis ye. Hehe..
Our supir @ Medan |
# CURRENCY EXCHANGE
Masa saya ke Jakarta tahun 2013 dulu tukaran wang Indonesian Rupiah adalah RM296.00 untuk sejuta rupiah. Sekarang ni dah jadi RM329.00. Fuhh, boleh tahan juga currency rate IDR sekarang ni. Baru 3 tahun dah naik lebih RM30.00 untuk sejuta rupiah!.. Banyak beza tu. Matawang kita makin jatuh rupanya. Huhu.. Nak buat macamana, terpaksa la tukar juga. Nampaknya lepas ni kena save duit lebih sikit sebelum nak travel. Harap satu hari nanti matawang kita kembali stabil la hendaknya seperti 2012 dulu di mana GBP1 hanya RM5.00 je. InsyaAllah.. Saya cuma tukar duit untuk berbelanja di sana kerana kos hotel, transport dan makan dah termasuk dalam pakej travel. Saya bundarkan kepada RM330.00 untuk sejuta rupiah bagi memudahkan pengiraan.
Cukup la kot tukar IDR3,000,000.00 dulu. Huhu.. |
# MISC
Rasanya dah takde apa nak prepare lagi. Bila guna travel tour ni kerja agak mudah sebab tak perlu nak susun itinerary. Semuanya dah disediakan. Cuma kurang feel dan adventure bila semuanya orang buatkan. Pergi satu family, ke Indonesia pulak tu. Better guna pak supir daripada memandu sendiri. Tak kuasa saya nak drive sendiri kat Indonesia yang mana jalan kat bandar sentiasa sesak dengan kenderaan. Huhu.. Duduk diam dalam kereta sambil pegang kamera DSLR lagi best. Sebelum ni saya drive dan wife saya amik gambar. Kali ni biar saya pulak yang amik tugas tu. Hihi.. Tinggal nak prepare barang-barang untuk dibawa ke sana. Bila bawak anak-anak especially baby saya yang baru 2 bulan setengah ni, maka banyak la benda yang nak dibawa. Stroller dan baby carrier dah tentu kena angkut sekali. Hihi.. Setelah semuanya selesai, yang tinggal hanya menunggu hari kejadian. Harap selamat la perjalanan kami sekeluarga selama 4 hari di Medan. Wallahualam..
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
- FLIGHT TICKETS : RM916.50
- INSURANCE : RM59.10
- TRAVEL TOUR : RM1800.00
- JUMLAH : RM2775.60
No comments:
Post a Comment