Monday 30 January 2017

JJCP Indonesia (Medan): Day 01 (Part #1)

TARIKH:
17 NOVEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
WANGSA MAJU - KLIA - KUALA NAMU INTERNATIONAL AIRPORT


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

@ WANGSA MAJU

Hari yang ditunggu telah tiba. Flight kami jam 8.30 pagi. Jadi kami kena bergerak awal dari rumah sebab minggu ni sekolah masih buka lagi. Next week baru sekolah start cuti akhir tahun. Anak-anak dah selesai exam. Saya juga dah maklumkan kepada sekolah anak-anak saya bercuti selama 2 hari. Bila musim sekolah, jalan di KL akan jadi lebih teruk jem di waktu pagi berbanding cuti sekolah. Mungkin ibubapa bawa kereta hantar anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja dalam waktu yang sama membuatkan jalan sesak seawal perjalanan dari rumah. Kalau masa cuti sekolah jalan tetap jem juga tapi taklah seteruk musim sekolah. Takde masalah lagi nak keluar lewat sikit untuk pergi kerja masa cuti sekolah. Hihi.. Ramai ibubapa naik motor pergi kerja kot sebab tak payah hantar anak ke sekolah. Wallahualam.. Jadi untuk mengelakkan tersangkut jem kat KL, maka sebelum subuh kami dah mulakan perjalanan ke KLIA. Tepat jam 5.30 pagi kami dah mula bergerak meninggalkan Wangsa Maju. Anak-anak takde masalah bangun awal sebab excited nak bercuti. Kalau nak pergi sekolah tu yang liat sikit nak bangun. Macam-macam alasan diberi tak nak pergi sekolah. Normal tu. Huhu..

Hujan di awal pagi menuju ke KLIA
Sepanjang perjalanan dari Wangsa Maju ke KLIA diiringi dengan hujan yang agak lebat. Biar hujan lebat asalkan jalan clear. KL akan jadi super jem bila hujan waktu pagi. Macam saya ke tempat kerja setiap pagi kena redah jem dari Jalan Jelatek ke Jalan Ampang. Kat situ je kawasan jem yang teruk. Lepas je simpang kat Ampang Park tu terus jalan clear sebab laluan menentang arus. Kereta yang masuk KL lebih banyak dari keluar. Saya takde masalah sangat sebab naik motor. Nak ikut jalan MRR2 yang popular dengan jem tu pun boleh je. Hihi.. Cuma bila hujan je leceh sikit nak berhenti dan pakai raincoat. Alangkah bestnya kalau ramai yang naik motor kat KL ni. Tapi bos-bos takkan la nak naik motor. Lagipun public transport di KL masih belum cukup efisien membuatkan ramai yang bawa kereta pergi kerja. Bos nak bersesak naik LRT? This is Kuala Lumpur bro, not Tokyo. Hahah..

Dah sampai tol KLIA
Driving Route: From Wangsa Maju to KLIA

@ KLIA

Tepat jam 6.30 pagi kami sampai di KLIA. Saya parking di Blok A untuk long terms car park. Saya dah buat pengiraan, kalau satu family 5 orang dan travel maksimum 5 hari baik parking je kereta kat KLIA walaupun sedia maklum parking rate kat sini memang mahal. Option yang murah boleh parking di Putrajaya dan naik ERL ke KLIA. Tapi disebabkan banyak beg yang nak dibawa termasuk stroller, jadi tak payah la nak bersusah payah angkut masuk dalam train. Huhu.. Ada lagi yang murah. Dari rumah jalan kaki sampai ke LRT, then naik sampai ke KL Sentral, kemudian naik bas untuk ke KLIA. Confirm murah. Tapi kena pastikan waktu flight. Kalau flight awal pagi memang kena tinggal la jawabnya. Hahah.. Dan yang termurah sekali adalah mintak tolong adik beradik hantarkan. Memang itu kerja saya hantar ke KLIA sebelum ni. Cuma time saya naik flight pulak takde orang nak tolong hantar. Nasib badan. Tak suka menyusahkan orang sebenarnya. Hihi..

Jom cepat masuk dalam terminal cari surau
Selesai keluarkan semua barang dari kereta, kami bergegas masuk ke dalam terminal mencari surau yang terletak di Anjung Tinjau. Keadaan di dalam terminal agak kurang sesak. Mungkin tak banyak flight pagi ni. Selesai solat subuh, kami ke kaunter untuk urusan check-in beg dan boarding pass. Tetiba ramai pulak orang beratur di kaunter sebab banyak juga jadual flight MAS pagi ni. Tapi disebabkan ada bawa baby dalam stroller, maka dapatlah kami masuk special lane. Tak perlu nak beratur panjang. Kami pun dah lewat sebenarnya. Jam 7.15 pagi beratur panjang memang confirm rushing nak ke boarding gate. Hehe.. Itu yang bagusnya pengurusan KLIA ni. Special lane untuk baby dan juga warga tua. Ada sesetengah airport takde kemudahan ni. Kesian warga tua yang tak larat nak berdiri lama terpaksa beratur bersama brader sado dan atlit sukan (jika ada). Hehe..

MH0860 on schedule. Kenapa flight Malindo Air ke Bandung dibatalkan?
Sebelum pergi solat nampak tenang je kawasan kaunter
Besar ni dah naik flight ye. Ayah umur 33 tahun baru ada pasport tau. Huhu..
Inilah kaunter yang wife saya paling suka. Hihi..
Selesai urusan check-in baggage dan boarding pass, kami terus ke immigration clearance sebab boarding gate dah buka jam 7.30 pagi. Kalau kat check-in counter pun ramai, dah tentu kat tempat immigration nanti pun panjang beratur. Kat immigration counter ada special lane untuk baby dan stroller je. Kami kena beratur juga. Huhu.. Prosedur biasa kena buka semua yang ada kecuali baju dan seluar membuatkan masa agak lama untuk beratur. Tali pinggang dan kasut pun kadang-kadang kena buka juga. Demi keselamatan dalam flight. Sebab tu kena masuk seawal yang boleh. Masuk awal boleh jalan-jalan kat area duty free zone. Hehe..

Boarding pass sudah berada di tangan
Tengok betapa panjang orang beratur kat belakang tu. Huhu..
Pada saya kalau nak berurusan cepat di immigration counter, baik pakai pouch atau slingbag. Masukkan siap-siap semua barang dalam tu termasuklah cincin, jam tangan, tiket flight dan juga pasport. Terus lorongkan dalam tempat scanner tu. Takde lah nak keluarkan semuanya letak dalam tray. Takut rushing punya pasal tertinggal pulak cincin pusaka kat tray tu. Huhu.. Pernah ada kes penumpang tertinggal boarding pass dan pasport kat tray. Jenuh staff KLIA mencari owner kat boarding gate. Nasib baik staff yang jumpa. Kalau orang lain tak tau la camna penumpang tu nak naik flight. Huhu.. Kadang-kadang bila rushing macam-macam benda kita boleh lupa. Yang terlupa nak amik beg lepas scan pun ada. Hihi..

Laluan yang paling ditakuti oleh peminjam PTPTN. Hehe..
Ini pula paling ditakuti oleh ibubapa yang membawa anak-anak. Hihi..
Jam 7.45 pagi kami dah selesai melalui semua kaunter. Tinggal kaunter kat boarding gate je sebelum naik flight. Walaupun masa suntuk, tapi kedai coklat kat duty-free tetap kena singgah. Kalau anak perempuan saya si Elysha tu dah mula buat muka menunjukkan ada sesuatu yang dia nak, nampaknya terpaksa lah layan juga. Kalau tak mau sampai malam nanti kat Medan rupa dia tak berubah. Huhu.. Masa kat terminal lagi dia dah tanya boleh tak nak beli coklat. Saya pun dah janji nak beli tapi kat duty-free. Janji kena ditepati, jangan dicapati. Huhu.. Tapi dengan syarat jangan mintak coklat yang mahal. Bukan apa, kalau sorang dah dapat, yang lain takkan tengok je kan. Mencari keruh la kalau tangan yang lain kosong. Bak kata anak sulung saya Eimran, 'harapan' laa.. Macam-macam ayat generasi muda ni. Apa-apa pun deal done. Lega.. Hehe.. Tanpa berlengah, dengan pantas kami ke boarding gate. Takut lama-lama kat situ boleh jadi bertambah barang yang dibeli. Hehe..

Kepada yang sampai boarding gate awal boleh rehat dan tidur sebentar kat sini. Harga RM30/hour
Kami sampai di Gate G10 jam 7.55 pagi. Terus staff yang check ticket mintak kami beratur dulu sebab bawa stroller. Lagipun memang kami kena masuk dulu sebab seat kami paling belakang sekali. Saya akan pilih seat paling belakang kalau bawa anak-anak. Senang nak manage diorang untuk ke toilet dan kawal pergerakan serta perbuatan especially anak kedua kami, Eiman. Dia ni hyper sepanjang masa. Suka betul cari gaduh dengan abang dan adik dia. Asal ada yang menangis kat rumah dah tentu dia terlibat sama. Huhu.. Tapi bab belajar memang dia amat bagus. Sampai cikgu pun pelik sebab kat sekolah dia suka main-main tapi bila exam dia yang dapat markah paling tinggi. Alhamdulillah. Allah maha Adil. Ada kekurangan dan ada juga kelebihan yang Dia berikan.

Dah boleh boarding flight. Yeay..
Laju betul budak 2 orang ni. Excited sungguh..
Antara sebab lain kami suka pilih seat belakang bila travel sekeluarga, selalunya steward dan stewardess akan bagi macam-macam makanan kat budak-budak. Boleh la mak dan ayah dia tumpang sekaki. Hehe.. Itupun kalau steward dan stewardess yang suka budak-budak la. Pernah juga dapat yang jenis tak melayan. Muka pun tak berseri je bila tengok. Mungkin last day kerja kot. Huhu.. Setakat ni saya belum pernah jumpa lagi steward yang macam tu. Kebanyakan steward lebih ramah dari stewardess. Akibat kontrol cun sangat la tu. Report kang baru tau. Hihi.. Naik flight saya tak fikir lain dah. Paling penting flight selamat di sepanjang perjalanan. Itu sudah cukup baik buat saya.

Bersedia untuk berlepas..
Flight tak penuh. Boleh conquer 3 seat terus. Selesa abis. Hehe..
Disebabkan flight tak ramai penumpang, tepat jam 8.30 pagi flight MH0860 berlepas dari KLIA menuju ke Kuala Namu International Airport di Medan. Ikut pada jadual, penerbangan hanya ambil masa 1 jam je. Jadi takde la makanan berat disediakan sebab tak sempat nak makan dah kena standby untuk mendarat. Huhu.. Nak tengok movie pun tak sempat abis satu cerita. Headphone pun tak diberi. Dulu masa pergi London sampai letih melayan movie dan lagu. Tidur dan bangun beberapa kali pun belum sampai lagi. Tapi sejak kebelakangan ni saya tak gemar nak layan movie. Layan lagu lagi best sampai tertidur. Anak-anak dah tentu layan movie tanpa suara atau main game. Untuk trip kali ni saya cuma layan flight information di monitor. Kalau tidur pun rasa tak sempat nak start mimpi. Baru mimpi 'once upon a time' dah kuar announcement untuk mendarat. Hahah..

Dalam sejarah hidup saya naik international flight paling sekejap. Pergi Kota Bharu pun jauh rasanya. Huhu..
Ini je makanan yang diberi. Jadi laa..
Flight Route: From KLIA to Kuala Namu International Airport

@ KUALA NAMU INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 9.00 pagi pilot beri announcement flight akan mendarat di Kuala Namu International Airport. Sedang elok kek yang diberi habis dimakan. Hihi.. Tepat jam 9.15 pagi flight mendarat dengan selamatnya. Ikut pada world time zone, waktu di Medan kurang sejam dari di Kuala Lumpur. Bermakna sekarang ni jam 8.15 pagi waktu Medan. Kiranya kami patah balik masa dari KL tadi. Hanya trip ke Medan je yang boleh buat macam ni. Hehe.. Bertolak jam 8.30 pagi, sampai jam 8.15 pagi. Memang terbaiklah. Hahah.. Hari ini dalam sejarah. Tak perlu guna khidmat kenderaan merentasi masa ala filem Back To The Future ataupun juga gajet dari poket Doraemon. Hanya naik flight ke Medan anda akan dapat merasainya. Hahah..

8.30 am @ KLIA and Kuala Namu Int' Airport. Magik sungguh. Haha..
Kami turun dari flight, ambil stroller dan menuju ke dalam terminal. Kuala Namu International Airport baru dibuka secara rasminya pada Mac 2014 menggantikan Polonia International Airport yang terletak di bandar Medan. Ianya adalah airport kedua terbesar di Indonesia selepas Soekarno-Hatta International Airport di Jakarta. Cuma kedudukan airport ni agak jauh dari bandar Medan iaitu hampir 40 km. Jadi kalau nak balik nanti kena pastikan bergerak awal dari Medan supaya tak terlepas flight. Hihi.. Kami ke baggage claim area menunggu beg kami keluar di belting 02. Hanya flight kami je yang baru mendarat, jadi tak ramai penumpang yang lain di terminal.

Menanti kemunculan beg kami
Tu diaa.. Beg merah kami sudah keluar..
Selesai cukup beg kami keluar dari belting, kami berjalan ke arah pintu arrival. Kelihatan hanya dua orang je lelaki yang sedang memegang board nama. Salah satunya adalah nama wife saya. Saya memang tak pernah tengok muka Irfan sebelum sampai ke sini. Masih muda lagi Irfan ni. Ingatkan sama umur macam Pak Wawan supir kami masa di Jakarta dulu. Kira oklah muda, mudah nak berborak-borak. Kalau tua sangat takut borak off-topic je. Orang tua mudah terasa. Hihi.. Setelah kami memperkenalkan diri, Irfan bawa kami terus ke luar terminal. Kami diminta tunggu di tepi jalan sementara dia mengambil kereta di kawasan parking.

Yang belah kiri tu Irfan
Airport masih baru. Semuanya nampak bersih. Harap berkekalan sampai bila-bila
Terdapat satu perubahan ketara apabila sampai di sini. Sebelum ni kepada semua pelancong yang datang ke Indonesia akan dikenakan passenger service charge mengikut airport. Kalau di Soekarno-Hatta Airport nilai service charge adalah IDR150,000.00 dan Kuala Namu lagi tinggi iaitu IDR200,000.00. Bayaran ikut per passenger pulak tu. Bila saya check semula, rupanya sejak tahun 2015 tax ini telah dihapuskan. Bukan bermaksud dihapuskan seluruhnya, tapi sebenarnya telah dimasukkan ke dalam harga tiket flight. Patutlah harga tax dalam tiket saya RM130.90/person. Huhu.. Walaubagaimanapun tak perlulah nak standby duit extra untuk balik nanti. Kalau tak sebelum ni dah kena simpan siap-siap dan asingkan untuk bayar time balik. Takut terguna masa shopping. Huhu.. Khidmat ulat porter di airport juga dah tiada dan mereka sekarang pakai baju yang tertulis porter dan khidmat gratis diberikan. Ikut pada kita nak bagi upah atau tidak. Selalunya kalau dah tolong angkat beg berat, kita bagi upah jugak la. Ikhlas dari hati. Hihi..

Contoh passenger service charge masa ke Jakarta dulu. Huhu..
5 minit menunggu, tepat jam 9.00 pagi kereta Daihatsu Xenia yang sama saiz seperti Toyota Avanza di Malaysia yang dipandu Irfan tiba di depan kami. Jadilah saiz kereta ni untuk kami berenam. Yang penting semua beg muat masuk kat belakang. Kalau tak muat, satu beg kena letak atas riba Eimran. Hihi.. Selesai loading barang dan anak-anak masuk ke dalam kereta, maka perjalanan kami mencari pengalaman di Medan pun bermula. Harap semuanya berjalan dengan lancar sehingga hari terakhir kami di sini. Ready untuk ambil gambar di sepanjang perjalanan. Wallahualam..

Kita jumpa semula pada hari Ahad ni ye
Dah sedia semuanya? Let's jom!..

*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA
  - PETROL    : RM30.00
  - TOLL        : RM7.70
  - JUMLAH   : RM37.70

2 comments:

  1. Okla bro klu kat airport tu dah provide free sevice..klu dulu mmg semak dgn org2 yg nak amik kesempatan kat tourist2,nk tlg angkat begla, teksi cas mahal xyah citelah, imigresen pun semua duittttttt.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bro. Dulu tolong angkat beg masuk dalam boot kereta pun kena tips. Padahal tak mintak tolong pun. Huhu..

      Delete