Sunday, 8 January 2017

JJCP Thailand: Day 06 (Part #2)

TARIKH:
9 FEBRUARI 2016

LOKASI KEJADIAN:
SADAO - BUKIT KAYU HITAM BORDERS - KODIANG - WANGSA MAJU


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam perjalanan menuju ke sempadan, Wan update lokasi diorang di Sadao. Sedap betul tengok gambar diorang minum air kat situ. Wan share location tapi bila kami sampai tak jumpa pulak kat mana exact location diorang. Akhirnya kami set untuk berjumpa semula di pintu masuk sempadan. Kebetulan kereta Pae sampai di belakang kami. Kami cadang nak mencari beras siam dulu sebelum masuk border. Katanya kalau bawak sorang sekampit 10kg beras siam boleh lepas kat imigresen. Nampaknya kami boleh beli 50kg beras kalau dikira bilangan pasport. Hehe.. Takdelah sampai banyak tu kami nak beli. Dapat beli sekampit dua pun jadilah buat syarat kenangan masuk ke Thailand. Hehe..

Driving Route: From Hatyai to Sadao
Sikit lagi nak sampai sempadan
@ SADAO

Jam 1.10 petang kami bersama Pae sampai di pekan Sadao. Kami meronda mencari kedai menjual beras yang agak banyak juga di sini. Rasanya semua kedai beras jual harga sama kot. Malas nak memilih, kami ke kedai beras yang paling dekat dengan tempat parking kereta kami. Ada macam-macam jenama beras siam yang dijual. Kebanyakannya jenama yang tak dijual di Malaysia. Harganya pulak amat murah. Kami selalu juga beli beras siam wangi, jadi boleh tau harga standard beras siam di Malaysia. Beras siam yang dijual paling murah kat kedai ni adalah 110THB/5kg atau RM13.20. Kira murah la berbanding yang dijual kat Malaysia sekarang ni. Cuma jenama beras je yang tak pasti sedap ke tak. Dulu saya pernah beli beras siam di Kelantan. Harga RM18.00 untuk 5kg. Tak ingat jenama apa tapi yang masih ingat ianya tak sedap bila dimakan. Huhu.. Itu yang risau bila beli beras jenama pelik ni. Dah alang-alang kat depan kedai beras ni kami beli jugaklah beberapa kampit beras siam berlainan jenama. Harap lepas la kat imigresen nanti. Buat makan family, bukan seludup nak jual kat orang pun. Hihi..

Dah sampai kawasan kastam Sadao. Lepas ni baru sampai area Dannok
Besar betul bekas air tu. Sedapnya..
Antara kedai jual beras siam kat sini
Jenama tak masuk Malaysia ni. Huhu..
@ BUKIT KAYU HITAM BORDERS

Selesai beli beras secukup rasa, kami sambung perjalanan menuju ke pintu masuk sempadan. Wan dah tunggu di kawasan parking di situ. Sampai di pintu masuk, kelihatan banyak kereta sedang menunggu giliran untuk keluar dari Thailand. Rupanya lorong baru imigresen untuk keluar dari Thailand mula beroperasi hari ni. Maka banyak la yang confius nak lalu lorong baru ni. Dan terjadilah situasi potong Q yang sudah sememangnya menjadi tabiat rakyat Malaysia sejak turun temurun. Huhu.. Macam diorang je yang tak sabar nak keluar dari Thailand. Inilah satu-satunya perangai orang Malaysia yang paling dibenci. Termasuklah ikut lorong kecemasan. Teruk benar perangai. Bila la nak berubah agaknya attitude orang macam ni. Aduhai..

Driving Route: From Sadao to Bukit Kayu Hitam Borders
Di sempadan.. Babai Thailand. Bon Voyage!..
Lorong imigresen yang baru beroperasi
Disiplin membentuk peribadi mulia. Chewahh.. Hehe..
Kereta je mahal, tapi potong Q. Otak letak kat lutut agaknya..
Agak lama juga menunggu sampai ke kaunter imigresen. Ditambah dengan yang potong Q lagi lama la jadinya. Hangin betul la. Dah la minyak kereta kat E. Harap jangan la mati enjin time beratur ni. Lagi haru dibuatnya. Wife saya cukup takut bila lampu indicator minyak dah mula menyala. Saya pun risau juga sebab tak tau bila nak lepas keluar dari border ni. Kalau kat KL takde masalah sebab tau lokasi stesen minyak berdekatan. Punyalah taknak isi minyak kat Sadao tadi sebab yakin boleh isi minyak lepas border nanti. Kat meter kereta ada indicator baki mileage. Bila jalan jem ni makin cepat pulak mileage tu turun. Huhu..

Walaupun risau minyak habis tapi masih mampu tersenyum. Hehe..
Masa menunggu tu kami lihat ada satu lorong di sebelah kanan yang kosong dan hanya beberapa kereta je yang lalu lorong tu. Si Aizat dan Afiq pun keluar dari kereta dan berjalan ke arah lorong tu untuk bertanya. Rupanya ada satu lagi cara untuk keluar dari imigresen selain dari beratur panjang macam ni. Lorong yang kosong ni adalah untuk mereka yang berhenti awal di kawasan parking tempat Wan tunggu tadi dan berurusan di dalam bangunan pejabat imigresen. Lepas tu boleh terus ikut lorong yang kosong tu dan keluar dari Thailand. Kalau tau awal tadi dah lama kami buat cara tu. Sekurangnya boleh save minyak kereta sebab parking. Huhu.. Takpelah, nak buat macam mana. Dah tak sempat nak keluar dari barisan dah ni. Layan je lah beratur sampai kaunter sambil berdoa minyak kereta tak abis. Huhu..

Aizat dan Afiq berjalan ke kereta setelah mencari info lorong kosong sebelah kanan tu
45 minit menunggu akhirnya dah nak sampai giliran kami. Legaa..
Di kaunter imigresen, semua penumpang kena keluar dan bawa pasport masing-masing. Jadi sementara menunggu kereta di depan selesai berurusan di kaunter, saya mintak semua yang lain keluar dulu. Nanti bila sampai giliran kereta kami, tinggal saya sorang je yang keluar. Baru cepat sikit proses kat kaunter imigresen. Macam biasa, RM1.00/pasport diselitkan sekali ketika berurusan. Huhu.. Selesai semuanya, kami menuju pula ke imigresen Malaysia. Kat sini baru la kereta kami kena periksa. Pegawai tu mintak kami buka boot belakang dan bertanya berapa banyak beras yang kami beli. Kami tunjuk beras yang ada dalam boot. Takde nak sorok pun sebab beli pun tak banyak. Hehe.. Selesai urusan di imigresen Malaysia tanpa sebarang rampasan. Sebelum bergerak kena bayar tol RM3.60 sebab keluar je dari sini terus masuk highway.

Selesai sudah. Jom cari stesen minyak pulak.
@ KODIANG

Masuk je highway kami terus mencari stesen minyak. Nasib baik ada BHP yang terdekat. Lega bila dah isi minyak. Muiez whatsapp bertanya di mana kami. Rupanya dia pun baru keluar dari sempadan. Saya ajak Muiez makan pasembor yang terletak di Kodiang. Kami berdua pernah makan di sini masa kerja pemantauan SBP di Utara. Dua pinggan saya makan pasembor kat sini. Hihi.. Kami set untuk berjumpa di sana terus sebab dia pun tau kat mana letaknya kedai tu. Kami dan Wan menunggu Pae sampai di BHP. Jam 3.30 petang kami menuju ke pekan Kodiang. Kami sampai di masjid Kodiang ketika azan Asar berkumandang. Selesai solat jamak, kami makan di kedai pasembor yang memang terletak di dalam kawasan masjid ni. Selain pasembor, nasi beserta daging bakar juga ada dijual. Maka kenyanglah kami makan beramai-ramai sebelum pulang ke KL. Alhamdulillah..

Driving Route - From Bukit Kayu Hitam Borders to Kodiang
Kita makan-makan dulu sebelum balik KL
Hanya 4 family je yang ada kat sini
Selesai makan, jam 6.00 petang kami mula meninggalkan Kodiang. Muiez masih lagi nak stay di sini sehingga maghrib. Maka hanya 3 kereta je yang akan berkonvoi balik ke KL. Setelah mengucapkan selamat kepada Muiez, kami mulakan perjalanan pulang. Seperti yang dijangka, kenderaan dah mula banyak di highway. Sampai di Penang lagilah banyak. Jam 10.00 malam kami singgah sekejap di R&R Gunung Semanggol untuk berehat sambil memikirkan route yang lain untuk sampai ke KL. Kami amik keputusan untuk ikut jalan dalam dan keluar semula di Bidor kerana selalunya kalau jem teruk di utara adalah di area turun bukit kat Changkat Jering menuju ke Ipoh. Kalau ada accident lagi lah teruk jem dia. Huhu..

Rehat kejap di R&R Gunung Semanggol
@ WANGSA MAJU

Kami keluar exit Taiping dan ikut jalan ke Lumut. Kami berhenti makan malam di Seri Manjung dan kemudian teruskan perjalanan ke Bidor dan masuk highway semula. Alhamdulillah perjalanan amat lancar walaupun tarpaksa ikut jalan dalam yang agak jauh. Kami sampai di Wangsa Maju jam 2.00 pagi. Setelah mengucapkan selamat jalan kepada Jay yang bertolak balik ke rumahnya, kami angkat semua barang masuk ke rumah. Dah takde masa nak kemas barang dah. Anak-anak dah sedap tidur sepanjang perjalanan tadi. Kami bersihkan diri dan bersiap untuk tidur. Pagi nanti nak pergi kerja. Harap tak tertidur lepas solat subuh nanti. Huhu..

Driving Route: From Kodiang to Wangsa Maju
Selesai sudah pengembaraan kami bersama kawan-kawan mencari pengalaman di bumi Thailand. Jumlah anggaran keseluruhan jarak pemanduan adalah 2177 km. Walaupun cuma Krabi, Phuket dan Hatyai je yang kami dapat cover, tapi banyak juga pengalaman hidup yang kami perolehi. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi join family roadtrip ni. Mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam trip ni. Harap dapat join lagi trip yang akan datang. Mana tau lepas ni kita pergi sampai ke Bangkok pulak ke. Hehe.. Apa-apa pun korang semua memang ohsem la. Moga menjadi kenangan terindah kepada semua. Thanks alot!.. Sekian. Wallahualam..

Day 06 estimated driving mileage = 630 km
*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - PASSPORT FEE  : RM5.00
  - PETROL            : RM50.00
  - LUNCH              : RM24.70
  - DINNER             : RM18.50
  - TOLL                : RM46.80
  - JUMLAH           : RM145.00

**DAY 06 EXPENSES: RM205.00

No comments:

Post a Comment